CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecik82

Datuk Ahmad Yakob - Menteri Besar Kelantan

[Copy link]
 Author| Post time 14-5-2013 01:00 AM | Show all posts
Dato' Ustaz Ahmad bin Yakob Yang Ku Kenali
Artikel yg menarik untuk dikongsi
Oleh Samsudin Mohamed Noor


Insan ini telah menjejak kaki ke kerusi nombor satu Kerajaan Kelantan selepas PRU13 dengan penuh cabaran dan sedikit rungutan, tidak sepertimana Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 1990 dahulu.
Bukan semua orang nampak, malah beliau sendiri melihat dan merasa betapa darjat dirinya jauh beza dengan Tok Guru umpama jarak dari puncak Everest dengan dasar laut di Mindanao.


Inilah pengertian dari apa yang diucapkan oleh tuan empunya badan, Dato’ Ahmad Yakub kepada Tok Guru ketika diminta sebagai pengganti. MB.


Tujuan coretan ini adalah sekadar memberi sedikit pembetulan terhadap beberapa kekeliruan yang tersebar di media massa, laman sosial dan cakap-cakap yang mengaitkan perlantikan Dato’ Ahmad Yakub serta barisan EXCO Kerajaan Kelantan selepas PRU13.


Ia dikatakan satu usaha misteri, “cah keting” dan usaha tergesa-gesa beliau merebut jawatan tersebut. Saya merasa hairan, kenapa kita tidak mendapatkan maklumat yang tepat dari Tok Guru mantan MB dan Datuk Seri Presiden PAS terlebih dahulu tentang perlantikan Dato’ Ahmad, sebelum membuat sebarang ulasan, kerana mereka berdua memang tahu dan terlibat. Begitu juga dengan senarai barisan EXCO yang memerlukan perkenan pihak Istana. Saya percaya banyak pihak dan ahli politik amat mengerti situasi ini, dan sejarah telah berlaku kepada Idris Jusoh di Terengganu dan Shahidan Kassim di Perlis pada tahun 2008 dahulu.


Berbalik kepada perlantikan Dato’ Ahmad Yakub sebagai MB, ada tuduhan mengatakan sebaik saja PAS mendapat kerusi majoriti selepas PRU13, beliau bergegas ke Istana untuk angkat sumpah sebelum jawatan MB diperolehi oleh orang lain. Tidakkah kita teringin untuk mengambil maklumat yang betul sebelum membuat tuduhan?
Tahukah bahawa baginda Sultan perlu ditunjukkan surat perlantikan yang ditandatangani oleh Presiden parti terlebih dahulu sebelum menerima angkat sumpah?


Adakah kita tahu bahawa Presiden menandatangani surat tersebut setelah mendapat cadangan dari Tok Guru? Inilah beberapa soalan yang mesti diperolehi jawapannya sebelum melontar pelbagai kenyataan.
Dalam isu ini ada sesuatu yang dilihat sebagai double standard, Dato’ Ahmad sahaja yang menjadi sasaran tuduhan. Kenapa tidak turut dihalakan kepada Tok Guru dan Presiden yang memang bertanggung jawab dalam isu perlantikan beliau sebagai MB. Adakah kerana Dato’ Ahmad dikira seorang insan yang lemah, lalu beliau seorang sahaja yang menjadi sasaran?


Saya mula mengenali dan berkawan dengan Dato’ Ahmad Yakub sejak awal Januari 1987, sama-sama mengajar di SM Rantau Panjang. Untuk mengetahui peribadi, keikhlasan, kejujuran tawadhu’ dan amalan harian beliau boleh dirujuk kepada sesiapa yang pernah mengajar bersamanya termasuk Haji Ghazali Ismail, calon BN Parlimen Rantau Panjang pada PRU13 baru-baru ini. Selama enam tahun di sekolah tersebut saya sempat menjadi kawan rapat beliau kerana persamaan fikrah dan parti, sehingga dapat berkongsi menyelesaikan masalah keluarga, kewangan, rumahtangga dan perkahwinan saya.


Tahun 1995 ketika hampirnya PRU9, beliau memaklumkan kepada saya tentang tawaran pimpinan parti untuk calon DUN Pasir Pekan, dan pohon untuk beristikharah. Saya amat yakin bahawa beliau bukan meminta tetapi ditawarkan. Kemenangan dalam PRU9 itu memulakan karier beliau sebagai wakil rakyat, dan kami diberi peluang untuk meneruskan lagi persahabatan dan hubungan kerja kerana beberapa bulan kemudian saya meninggalkan profesyen perguruan kerana diterima ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri. Dari hubungan seorang kawan, akhirnya menjadi pegawai beliau ketika beliau menjadi EXCO Kerajaan Tempatan dan saya menjadi PSU Kerajaan Tempatan. Terakhir ialah menjadi Setiausaha Sulit Kanan beliau selama 7 tahun 3 bulan ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar.


Tujuan maklumat tersebut adalah sekadar menunjukkan bahawa saya mempunyai “autoriti” untuk menjadi “penilai” terhadap peribadi Dato’ Ahmad Yakub. Hubungan bukan sekadar kawan, rakan sekerja malah sebagai bos. Memang keikhlasan dan kejujuran dalam diri seseorang hanya Allah yang Maha Mengetahui, namun berbekalkan “sesudu” ilmu agama dan pengalaman yang Allah kurniakan kepada saya, bolehlah dijadikan lampu suluh untuk menjejaki siapa itu Ahmad bin Yakub. Kata orang, peribadi lakonan hanya boleh bertahan beberapa ketika, lama kelamaan watak sebenar akan terserlah.


Tuhan telah takdirkan persahabatan kami tidak pernah putus di tengah jalan sehingga kini. Saya yakin dengan suluhan saya kerana dalam tempoh 26 tahun berada di hadapan mata saya, beliau mampu istiqamah, mempertahankan sikap dan peribadi yang tidak meragukan saya walau pun telah menjadi pemimpin yang tinggi dalam kerjaaan dan parti. Saya percaya beliau bukan berlakon. Kalau ia hanya lakonan, tidak mungkin boleh bertahan melebihi suku abad.


Sebagai Setiausaha Sulit, mendampingi beliau bukan hanya di pejabat, tetapi hingga ke luar negara. Walau pun pengajian dan pendidikan beliau tidak setanding dengan Tok Guru, berbekalkan didikan dari Universiti Al-Azhar dan tarbiyyah di pondok ayahandanya Tok Guru Yakub di Berangan, sudah mampu mengawal peribadi beliau untuk menjadi insan yang bertaqwa dan warak.


Kelapangan masa yang di manfaat dengan membaca al-Qur’an, bangkit di awal pagi untuk bertahajjud, berhati-hati terhadap makan minum dan perkara syubhah, sifat qana`ah, menghargai pandangan dan usaha orang lain, bertimbang rasa, jujur dam telus, bertolak ansur dan sanggup menerima seadanya serta segala macam sifat mahmudah yang ada pada diri beliau kelihatan di mata saya.


Jika ada kesempatan, beliau suka berbincang tentang halatuju hidup dan menghitung usia yang semakin usang. Kadang-kadang beliau meluahkan apa yang ada di hati, betapa indah dan bahagianya jika di penghujung usia begini dapat dihabiskan waktu dengan memperbanyakkan amalan fardi, serta memberi sumbangan dan membimbing masyarakat dan parti secara sukarela, bukan melalui jawatan yang tinggi.


Jawatan TMB dirasakan tertinggi buat beliau dan tidak pernah terfikir yang Allah kurniakan kepadanya. Oleh kerana itu, setiap kali dikemukakan sesuatu jawatan termasuk jawatan MB, beliau menolak, lantaran merasa tahap kemampuan dirinya yang tidak ke mana. Perkara ini jika mahu, boleh disahkan dengan Tok Guru.
Mungkin kita boleh tuduh bahawa beliau hanya bersendiwara, mempamirkan sikap tawaduk demi menguatkan lagi kriteria kepada Tok Guru untuk menambah markah sebagai calon terbaik. Kalau ini dijadikan hujah, maka apa lagi petunjuk yang boleh kita pakai untuk mengetahui isi hati sebenar sesaorang. Siapa yang boleh menilai keikhlasan seseorang melainkan hanya mengukur secara zahir.


Pengalaman selama lebih 7 tahun sebagai SUS Kanan, tidak kelibat di hadapan mata saya beliau menyalahgunakan kuasa bagi mengumpul kekayaan, membantu sanak saudara dan keluarga untuk mendapatkan kawasan lombong, tanah sawit, kawasan balak dan seumpamanya. Beliau tidak pernah menggunakan kuasa semata-mata untuk memberi sesuatu kelulusan, sebaliknya di bawa ke dalam mesyuarat yang memenuhi syarat-syarat teknikal jabatan untuk diluluskan.


Bukan sedikit kenalan dan kawan beliau yang hampa bila mana permohonan mereka ditolak kerana tidak mendapat kelulusan mesyuarat, sedangkan sebelum itu berkali-kali mereka telah mengunjungi beliau untuk mendapatkan syafaat. Untuk beliau over rule keputusan mesyuarat, tidak sekali-kali.
Saya ingin mengajak semua pihak untuk menyiasat isteri, anak dan menantu, adik beradik dan kaum kerabat beliau, sejauh mana manfaat yang diperolehi dari kedudukan beliau selama ini, serta menyiasat terhadap pemilikan aset dan hartabenda beliau. Inilah kekuatan yang ada pada diri Dato’ Ahmad Yakub.


Beliau bukan seorang tokoh pidato yang hebat, bukan pendebat yang tangkas mematah hujah, tetapi memiliki kekuatan peribadi yang disebutkan tadi. Memperolehi pengganti yang memiliki keilmuan dan ketokohan sehebat Tok Guru mungkin tidak akan diketemui di sepanjang abad ini, namun inilah aset yang ada pada diri Dato’ Ahmad Yakub, bagi menerus dan mengatur urustadbir yang baik peninggalan Tok Guru.


Tanyalah mana-mana pegawai di jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan beliau bagi mendapat maklumat dan gambaran sebenar serta menilai Dato’ Ahmad Yakub, sepanjang beliau berada dalam pemimpin Kerajaan.
Kesimpulannya, menuduh beliau merebut jawatan MB, terlibat dengan konspirasi dan usaha “cah keting” hanyalah menempah dosa kering.


Kerana saya yakin, jika hari ini pimpinan tertinggi parti mengarahkan beliau untuk meletak jawatan, dan hanya menjadi ADUN biasa, beliau akan menyambut dengan rasa syukur dan itulah yang ditunggu-tunggu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 03:49 PM | Show all posts
ade sape2 tau kenapa husam xmasuk dlm senarai exco?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 10:14 PM | Show all posts
kecik82 posted on 14-5-2013 12:30 AM
Insha Allah dia tak taksub macam sesetengah pengikut partinya..dekat kawasan saya tu tak pernah me ...

Tq kaka.. akan cuba update seberapa banyak info mengenai mb baru kelantan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 10:17 PM | Show all posts
luraziera posted on 14-5-2013 03:49 PM
ade sape2 tau kenapa husam xmasuk dlm senarai exco?

Banyak sangat rumornya..apa yang pasti Husam tak sebaik yg diperkatakan ramai...salah satunya setiap projek yg dilancarkan olehnya banyak jadi projek gajah putih..itu yang tak berapa digemari oleh Tuanku Sultan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:22 PM | Show all posts
kecik82 posted on 14-5-2013 10:17 PM
Banyak sangat rumornya..apa yang pasti Husam tak sebaik yg diperkatakan ramai...salah satunya seti ...

owh,ye?hmm.tp ade dgr2 sultan v xperkenan dia jd exco.tp anak2 muda suke dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 10:22 PM | Show all posts
YAB Datuk Ahmad Yakob menerima fail simbolik penyerahan tugas oleh YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Teratai Kota Darulnaim pagi tadi.



:-Pantun yang ditujukan oleh YAB Dato' Ahmad Yakob kepada YB Tuan Guru di Majlis Jasamu Dikenang pagi tadi..

Suasa tuan di majlis bertunang
Mahligai idaman di pinggir hutan
Jasa tuan pastinya dikenang,
Zaman berzaman tetap di ingatan.

Berhilir sampan ke pulau pandan
Selasih bersemi di jalan pulang,
Selagi hayat dikandung badan
Kasih kami tidakkan hilang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2013 10:24 PM | Show all posts
Teks Ucapan Yang Amat Berhormat
Datuk Menteri Besar Kelantan
Di Majlis Serah Tegas Menteri Besar
Bertarikh: 4 Rajab 1434H bersamaan 14 Mei 2013M
Bertempat di : Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim
Masa : 11.00 Pagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
قال الله تعالي : أعوذ با لله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Yang bermaksud : Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun (Surah Fatir,ayat 28)

Pertamanya, marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi-tinggi syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya membolehkan kita untuk sama-sama berkumpul di dalam majlis makan tengah hari sempena meraikan persaraan Yang Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia dari memegang tuags sebagai Menteri Besar Kelantan. Saya mewakili seluruh jentera pentadbiran negeri merakamkan setinggi-tinggi- terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Guru yang sudi hadir untuk bersama-sama kita pada tengah hari ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Tuan Guru sangat besar ertinya kepada saya dan seluruh warga kerja Kota Darulnaim yang saya yakin tidak pernah luntur kasih sayangnya kepada Yang Berhormat Tuan Guru. Juga saya rakamkan terima kasih kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang telah mengambil langkah mengadakan majlis sebegini bagi meraikan jasa dan sumbangan Yang Berhormat Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Ayat yang telah saya bacakan di awal ucapan tadi menggambarkan bagaimana kehebatan kekuasaan Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan binatang ternak yang bertebaran di muka bumi ini. Kelainan jenis dan warna kulit manusia sangat menakjubkan di mana dalam jumlah beratus-ratus billion manusia yang pernah hidup di dunia semenjak zaman Nabi Adam alaihissalam sehinggalah ke hari kiamat, tiada seorangpun manusia yang sama dengan manusia yang lain. Wajahnya pasti berlainan, suaranya pasti berlainan, bahkan jika hampir mirip sekalipun, ia tetap akan berbeza khususnya di cap ibu jarinya serta iris matanya yang mengikut ilmu sains, kedua-duanya merupakan ciri khusus seseorang manusia yang pasti tidak akan sama dengan manusia yang lain. Demikian juga dengan kehebatan Allah SWT mencipta binatang ternak yang melata di bumi, kehebatan dan keagungan Allah SWT ini menjadikan sistem hidup binatang sangat teratur tanpa perlu diajar oleh sesiapa. Bahkan hakikatnya masih banyak lagi jenis binatang khususnya di laut dalam yang masih belum dikenali dan diterokai oleh manusia. Apa yang paling istimewanya ialah, selepas Allah SWT menyebut tentang kekuasaanNya ini, ia diakhiri dengan peneagasan bahawa mereka yang memahami rahsia alam dan sebenar-bearnya takut kepada Allah SWT ialah golongan ulama.

Di sinilah kelebihan golongan ulama. Islam tidak mengangkat golongan ulama sebagai manusia yang maksum dan tidak menafikan tuntutan fitrah manusia semulajadi dalam diri para ulama sebagaimana sesetengah agama yang lain, tetapi Islam dalam masa yang sama tetap meletakkan ulama di tempatnya yang tersendiri. Dalam hal taqwa kepada Allah SWT, golongan ulama diiktriaf di dalam al-Quran sebagai golongan yang paling takut kepada Allah SWT melebihi golongan yang lain.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Di sinilah kejayaan tersebar YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Beliau telah berjaya memecahkan persepsi sebahagian besar rakyat Kelantan bahkan seluruh negara khususnya terhadao golongan ulama. Pastinya kejayaan ini akan dikenang dalam lipatan sejarah zaman berzaman. Ia lebih penting dari kejayaan membina bangunan yang tinggi dan jalan raya yang bersimpang siur. Kejayaan mengubah minda manusia ini bukanlah satu kejayaan yang kecil. Jika sebelum ini, persepsi rakyat terhadap golongan ulama ialah ulama tidak boleh mentadbir dan hanya layak berada di beranda madrasah atau masjid membelek kitab kuning untuk dibaca di dalam kuliah, tetapi hari ini dengan kejayaan YB Tuan Guru mentadbir negeri Kelantan lebih daripada dua dekad, persepsi ini telah berjaya diranapkan.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hakikatnya, buat mereka yang mengenali Yang Berhormat Tuan Guru, misi beliau ini telah lama diucapkan di dalam ucapan-ucapannya semenjak sebelum tahun 1990 lagi. Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Tuan Guru telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan yang tentunya tidak akan memberikan ruang kepada tokoh seperti Yang Berhomat Tuan Guru untuk menonjolkan idea-ideanya..

Namun hari ini, di era teknologi maklumat dan alngit terbuka, segala maklumat dapat diakses dengan mudah. Yang Berhormat Tuan Guru dikenali ramai sekalipun media massa utama berusaha sebaliknya. Alhamdulillah, hari ini, ke mana-mana Yang Berhormat Tuan Guru pergi di seluruh negara, beliau disambut hangat oleh setiap lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan Melayu, bahkan bangsa Cina dan India yang non muslim turut memberikan sambutan hangat kepada lagenda rakyat Kelantan ini. Saya yakin, misi dakwah yang merentasi bentang perkauman dan darah bangsa yang dibawa oleh Tuan Guru telah berhasil menumpulkan keris nasionalis yang diasah oleh golongan-golongan tertentu.

Hasilnya, non muslim begitu menyambut baik perjuangan Islam dan tanpa segan silu mengangkat panji-panji perjuangan Islam kerana yakin bahawa Islam tidak pernah menzalimi penganut agama lain sebagaimana yang telah terbukti di Kelantan.

Alhamdulillah, inilah kejayaan terbesar Yang Berhormat Tuan Guru. Selama lebih dua dekad Yang Berhormat Tuan Guru berpenat lelah menghadapi pelbagai ujian pasang surut dalam perjuangan saya kira membuahkan hasil yang sangat-sangat berharga.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Selain itu, di dalam aspek pentadbiran, saya kira Yang Berhormat Tuan Guru telah menunjukkan model yang terbaik kepimpinan ulama kepada seluruh warga tadbir dan rakyat Kelantan umumnya. Selaku Menteri Besar, Yang Berhormat Tuan Guru telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru dikuasai pada tahun 1990. Pelbagai saranan dan pembaharuan terus dilaksanakan membuka mata ramai pihak bahawa sebenarnya Islam lebih layak untuk mentadbir berbanding syariat ciptaan manusia.

Yang Berhomat Tuan Guru memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk perjuangan parti. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
Sungguh ketara sekali, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka. Hasilnya, sekalipun silih berganti pemimpin di peringkat kerajaan pusat, kerajaan Kelantan alhamdulillah gagal dijatuhkan dalam enam kali pilihanraya umum berturut-turut, satu tempoh yang cukup lama bagi sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan untuk bertahan sekalipun diasak dengan pelbagai serangan.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Justeru, apabila saya dimanahkan untuk menggalas jawatan ini selepas beliau menyuarakan hasrat untuk berundur, terasa satu beban yang berat sedang terpikul di atas bahu saya. Terasa amat jauh saya dan Tuan Guru dari pelbagai aspek menjadikan saya gerun dan bimbang andainya saya tidak mampu untuk mengulangi kejayaan sebagai yang telah beliau terokai. Jalan-jalan kejayaan yang beliau terokai bagaikan gunung yang tinggi untuk saya daki agar dapat berdiri sama tinggi- dengan beliau. Namun, mengenang bahawa ini adalah amanah, saya menerima permintaaan Yang Berhomat Tuan Guru untuk mengambil tempat beliau dengan segala kekurangan yang ada pada diri saya. Dalam hal ini saya ingin menyebut sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq di hari pertama beliau memegang jawatan Khalifah :
أيها الناس فإني قد وليت عليكم ولست بخيركم فان أحسنت فأعينوني وإن أسأت فقوموني
Yang bermaksud : “ Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu, dan aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu; sekiranya aku baik maka tolonglah aku, dan jika aku jahat maka luruskanlah aku.”

Justeru dalam hal ini, saya memohon semua pihak agar membantu saya untuk menggalas amanah yang berat ini. Khusus untuk Yang Berhomat Tuan Guru, sentiasalah memberikan tunjuk ajar kepada kami warga tadbir untuk meneruskan dasar Membangun Bersama Islam yang telah diasaskan oleh Yang Berhormat Tuan Guru. Nasihat dan pandangan daripada Yang Berhomat Tuan Guru sentiasa kami perlukan dalam usaha untuk terus membangunkan Kelantan sebagai sebuah negeri yang membangun berpagar syariat.

Suasa tuan di majlis bertunang
Mahligai idaman di pinggir hutan
Jasa tuan pastinya dikenang,
Zaman berzaman tetap di ingatan.

Berhilir sampan ke pulau pandan
Selasih bersemi di jalan pulang,
Selagi hayat dikandung badan
Kasih kami tidakkan hilang.

Sekali lagi, setinggi-tinggi kasih kami kepada Yang Berhomat Tuan Guru, semoga jasa dan pengorbanan Yang Berhormat Tuan Guru selama 23 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan akan diganjari oleh Allah SWT. Dan pastinya ia tetap akan dikenang selama-lamanya dalam sejarah Kelantan bahkan sejarah negara ini umumnya. Saya akhiri dengan lafaz :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 10:39 PM | Show all posts
luraziera posted on 14-5-2013 10:22 PM
owh,ye?hmm.tp ade dgr2 sultan v xperkenan dia jd exco.tp anak2 muda suke dia.

Yup..anak muda memang ramai suka dia disebabkan personaliti dia lebih kurang Anwar Ibrahim jer..cara berceramah pun bersemangat aku bukan apa..selalunya yg petah bercakap ni kalau buat kerja hampeh sikit... sedih ramai yg duduk kutuk YAB Ustaz Mad ni pasal isu Husam...ada kata dia giler kuasa la..Untuk pengetahuan enko, Ustaz Mad dah 2 kali tolak untuk jadi ADUN Pasir Pekan ni tapi masyarakat setempat tak nak dia berundur..Paling aku respect masa perkahwinan anak perempuan dia tahun lepas dia jemput semua penduduk kawasannya untuk meraikan majlis tu dan cara dia layan kami rakyat marhaen macam kami ni sedara dekat..Abang Ipar aku naik segan lak sebab masa tu ramai jer Datuk2 ADUN datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2013 10:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 10:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 10:20 AM | Show all posts
kecik82 posted on 14-5-2013 10:39 PM
Yup..anak muda memang ramai suka dia disebabkan personaliti dia lebih kurang Anwar Ibrahim jer..ca ...

Owh,aku xnafikan.biasanya yg ckp byk ni keje xjalan..hmm.tp tulah,diharapnye dia berubah.cepat keje n cepat mulut
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 10:30 AM | Show all posts
kecik82 posted on 14-5-2013 10:17 PM
Banyak sangat rumornya..apa yang pasti Husam tak sebaik yg diperkatakan ramai...salah satunya seti ...

Sokong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 09:44 PM | Show all posts
cecurut posted on 15-5-2013 10:30 AM
Sokong

lamo betul tak tegur sapa ngan.. enko sekarang memang tak boleh nak online siang hari dah...kerja asyik membukit stress giler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 09:46 PM | Show all posts
YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob menaiki motosikal untuk menghadiri majlis solat jenazah bapa kepada Saudara Rosli Abdullah, AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan beberapa bulan lalu di Wakaf Bharu, Kelantan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 09:49 PM | Show all posts
Mesyuarat Kali Pertama sebagai MB :-






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 09:51 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2013 09:54 PM | Show all posts
Kunjungan hormat Dewan Muslimat Pas :-










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:59 AM | Show all posts
luraziera posted on 15-5-2013 10:20 AM
Owh,aku xnafikan.biasanya yg ckp byk ni keje xjalan..hmm.tp tulah,diharapnye dia berubah.cepat kej ...

NATO - No Action, Talk Only












Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:02 PM | Show all posts
semoga MB Kelantan yg baru ni akan memajukan lagik
Kelantan  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 03:33 PM | Show all posts
cikanggun posted on 16-5-2013 11:59 AM
NATO - No Action, Talk Only

Talk..talk..talkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.086803 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list