CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] TAKZIAH-3 pelajar IPTA maut selepas kereta Perodua Viva rempuh pembahagi jalan

[Copy link]
Post time 16-6-2013 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So 2 couple la ni.. ntah pe yg diorg wat pagi buta camtu.. if bkn islam leh la ckp diorg g disko mabuk beromen2 korek2.. tp sal org kite so bsangka baik je la.. diorg lik dr study group.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2013 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nash^Roy posted on 16-6-2013 06:20 PM
So 2 couple la ni.. ntah pe yg diorg wat pagi buta camtu.. if bkn islam leh la ckp diorg g disko mab ...

Semestinya.. Nanti puak ketuanan melayu orgkita sentap pulak... Kabarnya paper A4 berterbsmgan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak baru nsk naik pakai perodua.. Keta xde safety tapi nak bawak laju takut dibuli keta besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 06:36 PM | Show all posts
kesian... camner ler mak bapak dorang terima musibah mcm nie... yg cedera ringan tue... mesti terkilan amat sbb dia sorang jer yg selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 06:41 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:09 PM | Show all posts
Teringat aku waktu belajar dulu kitorg sewa kereta. Balik dari clubbing kat KL, driving on the way ke Ipoh pukul 5-6 pagi, aku ngantuk giler sampai hampir2 nak masuk parit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2013 07:13 PM | Show all posts
Muntz posted on 16-6-2013 07:09 PM
Teringat aku waktu belajar dulu kitorg sewa kereta. Balik dari clubbing kat KL, driving on the way k ...

Khelasss balik clubbing uols. ada korek2 ringan tidak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2013 07:17 PM | Show all posts


*sorang mangsan terperuk bawah kereta..
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2013 07:19 PM | Show all posts
Tiga sahabat maut, seorang cedera dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan

2013/06/16 - 18:17:50 PM
Cetak Emel Kawan
  
SHAH ALAM: Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.

Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata, seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang juga penumpang di bahagian depan hanya cedera ringan.

"Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.

"Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina adalah penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang," katanya.

Ruslan berkata, ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.

"Berikutan kejadian itu, kesemua mangsa tersepit dalam kereta dan kita (polis) terpaksa meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk mengeluarkan mangsa.

"Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan... sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu atau berpunca dari (kerosakan) kenderaan itu," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:19 PM | Show all posts
PitMie posted on 16-6-2013 05:44 PM
Nmpk gaya gitulah...mungkin setelah penat study di i-City maka kepenatan itu menjadi punca kpd ber ...
p/s: Sdkt nasihat dari org tua...kalau lelaki & pompuan naik keter bersama, eloknya jgn dok sebelah menyebelah...laki dok depan kedua2 & pompuan dok blkg kedua2 baru tak timbul pitenah...ingat tu peYno!
org tua ni ketinggalan zaman btul..
kalu dh naik kete sama2, dpn blkg, tgn tu bole merayap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:20 PM | Show all posts
aku dah  cakap dh, sesetengah budak dpt lesen mmg mandu cm setan..
patut klu baru 18 tahun tu, diwajibkn bawak kete viva pakai enjin mesin rumput aja, top speed paling tinggi 50km/jam.

ni impak kemalangan mau 100km/jam lbih...
tak sedar2 diri tu naik satu mesin 'mati cepat' kalu bawak lebih 100km/jam.. lagi mau memecut..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:28 PM | Show all posts
peYno posted on 16-6-2013 06:30 PM
Bebudak baru nsk naik pakai perodua.. Keta xde safety tapi nak bawak laju takut dibuli keta besar

terasa i.....i pun pakai viva...

apa pun takziah...innalillah..

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:28 PM | Show all posts
Adakah konluson bahawa viva  patut diharamkan pengeluaran dimalaysia apabila melihat impak drp kemalangan2 yg berkaitan dgn viva
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, sedihnya ibubapa mereka dgr berita ni...budak2 tu baru je mula belajar lebih kurang seminggu kalau yg baru masuk..baru je lepas jumpa ibu bapa dah tak ada dah kat dunia ni...kenapalah sampai pagi baru balik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:33 PM | Show all posts
DianKdeja posted on 16-6-2013 07:28 PM
Adakah konluson bahawa viva  patut diharamkan pengeluaran dimalaysia apabila melihat impak drp kemal ...

bukan hanya viva...kancil pun samala...termasuk kelisa...


kena beli keta lain la nampaknya..


tambah dah murah kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:34 PM | Show all posts
takziah..sygnya semua muda2 lagi, aku suspek bawak laju ni
harap kerajaan dapat tampal gambar2 ngeri mcm kt atas ni sepanjang hiway ngan jalan2 utama kat malaysia ni..biar setan2 yg suka bawak laju ni insaf sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2013 07:34 PM | Show all posts
Alfatihah... Mesti Ahli keluarga sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:36 PM | Show all posts
saladin780 posted on 16-6-2013 07:34 PM
takziah..sygnya semua muda2 lagi, aku suspek bawak laju ni
harap kerajaan dapat tampal gambar2 nger ...

ala paksaladin..... tak de maknanya....

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:36 PM | Show all posts
noor2 posted on 16-6-2013 07:36 PM
ala paksaladin..... tak de maknanya....

adelah maknanya


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 07:37 PM | Show all posts
saladin780 posted on 16-6-2013 07:36 PM
adelah maknanya

ala.....tuuuu rokok tu.....pak saladin hisap rokok tak? kat kotak rokok cuba tgk gambar2 lagi ngeri,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043780 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list