CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nahzaluz

Syiah: Dari siapakah mereka mengambil mazhab mereka?

[Copy link]
 Author| Post time 29-12-2003 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 2003-12-29 01:03 PM:
Boleh ke sesiapa yang ada info mengenai Abdullah bin Saba`secara detail.Nahzaluz ada sumber ke kat net ni..boleh bagi URL nya.Mungkin akhie Moasri(DR Mohd Asri Z ???) ada kitab-kitab rujukan mengen ...


Ada. Rujukan syiah ada. Rujukan sunni pun ada. Nanti saya bubuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2003 04:59 PM | Show all posts
Rujukan Sunni

http://arabic.islamicweb.com/shia/ibn_saba_founder.htm

http://arabic.islamicweb.com/shia/ibn_saba_true.htm

http://www.ansar.org/books/sabaa.htm

Tengok buku صدق النبأ في حقيقة ابن سبأ di http://www.fnoor.com/books.htm

Forum budok-budok Arab Sunni Syiah duk bincang Abdullah bin Saba’
http://www.fnoor.com/fn0386.htm

Dan yang ni kalau ada masa, sambil-sambil duk buat kerja, buka dengar kaset-kaset ni: http://www.shiaa.org/
Click صوتيات أهل السنة

Laman-laman web Syiah.

Anta cari sendirilah kat sini apa yang anda nak tahu. Anda boleh baca tulisan mereka sendiri:  http://www.topshia.com/


WA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2003 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-12-29 10:36 AM:
Ulama' Syiah terkemudian mcm Murtadha al-'Askari cuba nafi. Tetapi ulama' muktabar Syiah zaman dulu semua kata ada.


Tak pernah pun terbaca mahu pun terdengar pendapat mengatakan dari Imam-Imam Syiah terutama nya Imam 12 anak cucu Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan Abdullah bin Sabaa' adalah pengasas Syiah... dalam salahsilah Imam 12 Mazhab Ahlul Bait pun tak ada nama Abdullah ni.... Betul ke dakwaan Nahzaluz ni? Macam mana Nahzaluz seorang Sunni tahu lebih dari Imam-Imam Syiah? Musykil jugak ana... bukan tak nak percaya... tapi was-was... ada syak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2003 04:02 PM | Show all posts
Tak pernah pun terbaca mahu pun terdengar pendapat mengatakan dari Imam-Imam Syiah terutama nya Imam 12 anak cucu Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan Abdullah bin Sabaa' adalah pengasas Syiah... dalam salahsilah Imam 12 Mazhab Ahlul Bait pun tak ada nama Abdullah ni.... Betul ke dakwaan Nahzaluz ni? Macam mana Nahzaluz seorang Sunni tahu lebih dari Imam-Imam Syiah? Musykil jugak ana... bukan tak nak percaya... tapi was-was... ada syak.


Abdullah bin Sabaa' bukan dari keturunan Nabi S.A.W. Dia merupakan Yahudi yang memeluk islam ketika zaman pemerintahan Uthman dari San'a, Yaman. Tetapi dia merupakan pencetus gerakan syiah yakni menggunakan Ali sbg Washi Nabi S.A.W sebagaimana semasa ia yahudi mencetuskan idea Yushak bin Nun sebagai washiy Nabi Musa A.S. Peranan Abdullah Ibn Saba' diperakui oleh Ulamak Sunnah mahupun syiah. Peranan Ibn Saba' ini tidak ubah spt St Paul yang menyesatkan pengikut ajaran injil dgn konsep triniti. St Paul juga adalah yahudi yang mengikuti ajaran injil.

Malah Ibn Saba' pernah dibicarakan oleh Saidina Ali A.S. kerana perkataannya yang zindiq. Masalahnya, selama 14 kurun lamanya tidak ada pihak yang mempertikaikan akan kewujudan Ibn Saba'! Dan kenapa baru sekarang mahu mempertikaikan kewujudan Abdullah ibn Saba'?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2003 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-12-30 02:34 PM:
Tak pernah pun terbaca mahu pun terdengar pendapat mengatakan dari Imam-Imam Syiah terutama nya Imam 12 anak cucu Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan Abdullah bin Sabaa' adalah pengasas Syiah... d ...


Sebabnya mudah saja lax kalau anda faham. Syiah lain, pegangan Imam-Imam tu lain. Syiah percaya S. Ali tu maksum. Imam-Imam tu tak percaya. Syiah percaya Budak yang ghaib tu akan jadi Imam Mahdi. Imam-Imam tu tak percaya......

Gitu ler lebih kurangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2004 07:07 PM | Show all posts
salam


nahzalus yg mulakan, dan nahzalus yg menjadi hakimnya. tak kisahlah tu. akhirnya mereka bergantung kepada kitab2 mereka, juga musuh2 Ahlul Bait a.s, utk mendapatkan sumber tentang asal usul syiah. samalah juga macam org Kristian yg mendakwa Islam sesat dan al-Quran ciptaan Rasulullah saw melalui hasil2 yg mereka tulis dengan tangan permusuhan mereka terhadap Islam. what to expect?

cuba lihat satu keanehan ini (yg diperolehi dari MENJ melalui thread Nahzalus itu)

Berkata Ibnu Hajar mengenai Saif bin Umar, pencipta mitos Abdullah bin saba

” Lemah dalam Hadits, pakar (rujukan) dalam sejarah" ( “ Taqriibut Tahdziib “ no :2719).

http://al-ahkam.com.my/forum/sho ... earch=true#Post9353


Lihatlah! ASWJ bersandar kepada seorang yg diriwayatkan oleh ulamak2 Islam sebagai penipu dalam mendapatkan bahan2 menolak Syiah. demi menolak Syiah, mereka menghalalkan dan mensahihkan para penipu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2004 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by moasri at 2003-12-30 04:02 PM:
Abdullah bin Sabaa' bukan dari keturunan Nabi S.A.W. Dia merupakan Yahudi yang memeluk islam ketika zaman pemerintahan Uthman dari San'a, Yaman. Tetapi dia merupakan pencetus gerakan syiah yakni me ...


Tidak perlulah pula   menjurus kepada pertikaian samada Abdullah bin Sabaa' itu ujud atau mitos semata-mata... persoalan pokok yang ditanya adalah menyentuh persoalan Imam 12 dalam Syiah itu bukan mengikut tunjuk ajar Abdullah bin Sabaa' di dalam meyakini bahawa mereka adalah Ahlul Bait yang patut menjadi pemimpin umat Islam dan meyakini bahawa Saiyidina Ali itu adalah pemimpin yang sepatutnya menggantikan Rasulullah s.a.w., lantas tertolak pendapat bahawa Imam 12 mengambil Abdullah ini sebagai pelopor atau pembawa Mazhab... sedangkan banyak hujah AlQuran dan hadis yang merujuk kepada Ahlul Bait sedang Rasulullah s.a.w. belum wafat lagi... oleh itu rasa nya Abdullah bin Sabaa' tidak releven dalam persoalan pegangan Mazhab dalam Syiah... ramai mengetahui bahawa tidak ada ajaran atau kitab beliau(Abdullah) yang mewnjadi panduan Syiah. Harap Dr. Mohd. Asri dapat huraikan buat semua... kita semua mencari ilmu dan isu Syiah-Sunnah ni patut diketahui dengan mendalam... kita cari kebenaran. Berbincang secara ilmiah pun dapat pahala, Insha Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2004 09:03 AM | Show all posts
salam,

1. 12 org imam itu adalah orang soleh. Diperakui oleh para ulamak ASWJ. Masalah timbul apabila manusia2 menisbahkan perkataan/perbuatan ke atas mereka. Sedangkan mereka tidak berkata demikian. Mereka bukanlah pengasas mana-mana mazhab.

2. [quote]Berkata Ibnu Hajar mengenai Saif bin Umar, pencipta mitos Abdullah bin saba

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2004 09:35 AM | Show all posts
Kalau Imam 12 bukan pengasas mana-mana mazhab, maka mazhab apakah yang mereka ikut? Mazhab 4 ASWJ ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2004 09:41 AM | Show all posts
Salam

apa definisi ASWJ yg anda faham? Adakah ASWJ hanya terhad kpd empat sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2004 04:39 PM | Show all posts
Jawab dulu soalan apakah mazhab Imam 12. Apakah mazhab mereka? Apakah mazhab utama lain dari 4 Imam ASWJ? Saya serahkan kepada ilmuan di sini untuk menerangkan... saya bukan nak berbalas hujah tetapi mencari jawapan. Silakan.
Reply

Use magic Report

Sunni_Indo This user has been deleted
Post time 4-12-2004 12:35 AM | Show all posts

lax

pertanyaannya...

darimana syi'ah 12 imam mengambil panduan agama mereka???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2004 03:40 PM | Show all posts
Imam Ridha AS adalah putera kepada Imam Musa al-Kazim AS bin Ja'far al-Sadiq AS bin Muhammad al-Baqir AS bin Ali Zainal Abidin AS bin Husayn AS bin Ali AS bin Abi Talib telah menghadiri satu majlis yang diadakan oleh al-Makmum di Marvi yang dihadiri bersama oleh sekumpulan ulama Iraq dan Khurasan.

Al-Makmum berkata: " Beritahukan kepadaku tentang pengertian ayat....' Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami.....' [Surah al-Fatir:32]

Ulama tersebut menjawab: " Allah Azza Wajalla menghendaki dengan pengertian tersebut ' semua ummah'. Lalu al-Makmun berkata: " Apakah pandangan anda wahai Abul Hasan?"

Maka Imam al-Ridha AS menjawab: " Saya tidak akan berkata sebagaimana mereka itu berkata.

Tetapi saya berkata:

" Allah menghendaki al-Itrah
al-Tahirah [keluarga yang suci]."
Reply

Use magic Report

Sunni_Indo This user has been deleted
Post time 5-12-2004 06:38 PM | Show all posts

dari mana?

dari buku mana kita dapat mengambil perkataan para imam Syi'ah?

ataukah SYi'ah tidak memiliki buku yang memuat perkataan imam mreka?
Reply

Use magic Report

Sunni_Indo This user has been deleted
Post time 5-12-2004 06:39 PM | Show all posts

billl

apakah kisah abdullah bin saba' hanya diriwayatkan oleh tobari lewat jalur saif bin umar
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2004 06:52 PM | Show all posts
ada,menurut saya syiahlah yang paling menjaga hak-hak para Imam,ilmu-ilmu mereka dan yang paling taat pada mereka.Hal ini anda boleh teliti dari dahulu sampai sekarang,sebagai contoh kesetiaan mereka dalam memelihara maqam Imam Ali a.s(Ayatullah Sestani dan para muslimin syiah di Iraq),dll yang tak mampu saya coretkan disini,pengalaman-pengalaman mereka dalam mempertahankan kemulian ahlul bayt a.s. dari zaman berzaman.

Berapa ribu darah yang telah mereka korbankan,berapa lautan air mata yang telah mereka tumpahkan,berapa pahit derita yang mereka rasakan..hanya Yang Maha Pengasih sajalah yang mengetahuinya.

jika anda ingin meneliti kata-kata para Imam silalah kepada mereka,tentu anda akan didekatkan dengan lautan ilmu Para Imam a.s. seperti mana yang saya melaluinya.Dan saya bersaksi dalam hal ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


wysiwyg This user has been deleted
Post time 17-1-2005 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 25-12-2003 04:17 PM:
maaf aku cuba memberi sedikit pendapat..
aku rasa pecahan hanya timbul setelah zaman keempat2 khalifah.
kerana sebelum itu Islam bergerak secara hakiki   dan bersatu.
cuma setelah itu baru timbu ...


Salaam,
Saya setuju dgn anda.Cuma bkn semua pengikutnya.Hanya sebahagian kecil yg cintakan perpecahan itu saja..
Ada sebahagian sahabat yg memencilkan diri setelah Nabi wafat kalau tak silap saya?Seperti Bilal bin Rabah.Dan kaum2 suffah,ada yg tinggal di gunung2 luar kota makkah.Ada kah sahabat seperti Bilal harus kita lupakan?Dan pd zaman itu belum wujud syiah kot?
Maaf kalau salah...wassalaam...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 01:07 AM | Show all posts
tidak, perselisihan pendapat telah berlaku diantara Ahlul Bayt a.s bersama pengikut mereka seperti Salman Al-Farisi,Abu Dzar al-Ghifari dan Miqdad al-Aswad dan sebahagian manusia yang mengingkari hak mereka.Dan pengikut ini didalam bahasa Al-Quran dan hadis dikenali sebagai 'syiah'.

[ Last edited by irfani on 19-1-2005 at 01:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 01:08 AM | Show all posts
persoalanya kepada siapa persoalan ini harus kembali?bukan perpecahan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 01:12 AM | Show all posts
jika anda memilih pendapat majoriti maka disitulah anda kembali.tetapi kita harus ingat ketika Allah berfirman dalam Kitab-Nya.

"Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.087286 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list