|
seramnya takot lak nk tido kt homestay.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh jdi takut plk nk stay dkt homestay.. kite yg xnmpk ni ssh nk plih homestay yg ok atau x.. |
|
|
|
|
|
|
|
JodoKast posted on 15-8-2013 08:46 PM
Ko jawa ke atau iban? Aku Melayu.
tergelak kak tipah baca cite ang ni....kelakooo....!!
bole masuk list THE BEST TT IN MPS!
|
|
|
|
|
|
|
|
kelaka la ko ni..hilang seram aku yg baru tgk cite the conjuring ni ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
The conjuring seram benar |
|
|
|
|
|
|
|
Betul the conjuring memang serem. Tapi x seserem bila mengalami pengalaman mistik itu sendiri... %^$#%^&*% warggghhhh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
JodoKast posted on 15-8-2013 10:50 PM
Lokasi homestay adalah diutara tanah air...
Secara spesifik lokasi tidak dapat dihebahkan... bisn ...
makcik hang x mau citer ke sejarah umah beliyau iteww...
ke die xtau ato berpure2 tdk tahu |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 16-8-2013 07:27 PM
makcik hang x mau citer ke sejarah umah beliyau iteww...
ke die xtau ato berpure2 tdk tahu
Dia pun beli ataih orang. Tapi dah lama x berpenghuni la umah tu. Previous owner jual as fully furnished at super cheap price compare dengan umah2 lain yang area sama dengannya.
Maybe owner lama tau kot sejarah silam umah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ghupernya kenapa umah itew dijual fully furnished pada kadar harga jualan yang jauh dari murah dari harga pasaran semasa, sebab previous owner itu la yg dapat bertahan 5 malam jer.
Sebab malam yang ke lima tu jugak mereka pakat keluar tergesa2 amek benda yang penting je dan bertekad tidak akan kembali lagi. Ni makcik aku yang tinggal dekat2 situ citer (setelah perbualan talipon dengan kakak aku yang duk menyibuk nak tau lebih lanjut pasal hal ehwal umah itew, semalam).
Ghupernya kul 4 pagi mereka itu yakni previous owner anak branak menggemparkan penduduk disitu sebab berlonggokkan tidur di surau taman perumahan itu, sehelai sepinggang cuma membawa benda2 penting sahaja.
Dikhabarkan telah berlaku pelbagai teknik usikkan oleh siyalan siyalan yang bermastautin dirumah itew... Nanti kalau aku rajin aku share la... klu malas... TIDOOO DULUUUU.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 15-8-2013 08:13 PM
menyental sabun... hahahahahhahaa.....wooooowoooooooo
sabun di bilik mandi kah..sabun tu onek yea
|
|
|
|
|
|
|
|
JodoKast posted on 16-8-2013 01:10 PM
Citer la kat derang... so semua pun pakat keseraman kebuluan peremangan... Ghupernya ada lagi, yan ...
Apa punya brand rumah la niiiiiii....sarang pembiakkan makhluk terbuang ka??? Awat yg tak hupdate tuan rumah, gtau romah dia angker!! At least dia coci la umah tu, bukan pa, cian anak anak kecik...ni sampai ju on leh buat lawak antarabangsa plak |
|
|
|
|
|
|
|
suka baca garapan jodokast nih..
seberang perai ka, kedah ka atau perlis nih...
homestay ni multiuse utk manusia dan bukan manusia...
bru2 nih blik kg di nun utara pun dok sri malaysia..pikiaq mcm2 gak..
tp letih beraya brjln merata..pas mndi trus tidoq smpai azan subuh.. Last edited by raihaneem on 17-8-2013 06:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem posted on 17-8-2013 06:53 PM
suka baca garapan jodokast nih..
seberang perai ka, kedah ka atau perlis nih...
Uolls dok sri malaysia sg petani kah? Dikhabarkan situ ada lembaga smp masuk majalah mestika. Dulu iols pon kalu balik raya pon tdo situ jugaklah. Naseb lah xtau psl benda alah tu n tau pon lps baca majalah mestika. |
|
|
|
|
|
|
|
Alkisah Previous Owner
Puan M, seorang pegawai kerajaan yang berkerja di AS, begitu gumbira penuh ceria dengan hati yang berbunga-bunga. Yesss, akhirnya semua barang2 dah berjaya dipindahkan dari rumah yang disewa buat sekian lama, kini syukur, selamat berada dirumah baru yang dibeli sendiri dengan status pemilikan dituntut sebuah bank yang tersohor.
Puan M tersenyum puas, walaupun kepenatan yang tidak terperi. Tapi dia puas.
Lakinya Encik R begitu giat membongkar isi perut kotak2 dengan niat untuk menyusun barang2 tersebut. Anak2 mereka 7 - 16 tahun berupa 2 jantan sorang pompan berlarian kesana sini, takjub dengan keluasan rumah berkembar separa D yang bercat baru, sangat berbeza dengan rumah teres setingkat yang didiami sebelum ini.
Fast forward >>>>>>
Encik R terjaga. Jam di talipon HTC One yang dijanai Operating System (OS) Android Jelly Beans menunjukkan jam 3 pagi. Beliau terasa keresahan yang terlampau. Nak kata panas, air kondisi terpasang dengan kadar kesejukkan 18 darjah celcius. Dah terjaga tu susah pulak nak lelapkan mata. Barangkali penat menyusun barang2 masih berbaki walaupun sebotol besar isotonik seratus campur dihirup seharian untuk mengembalikan bendalir badan yang terhidrat.
Dalam kelamunan itu, POK POK POK!!! pintu bilik kelaminnya diketuk bertubi-tubi. Puan M turut terkejut dari lena tatkala pintu bilik diketuk sambil mengelap lelehan saliva yang terbaki di pipi sambil tangan kanannya mengaru-garu punggung.
Encik R terus bangun dari katil dan membuka pintu... Dihadapannya terdiri dua sosok yang amat dikenali. Sosok sosok yang terhasil dari pergaulan intim dengan Puan R iaitu anak jantannya Q dan sorang jantan lagi, G. Muka mereka seakan2 pucat, bila ditanya nak apa, mereka sekadar melangkah masuk tanpa bicara dan terus mendominasi baki permukaan tilam yang selebihnya masih dihuni Puan M yang masih terkebil-kebil dan tangan kanan masih menggaru punggung. Tidur di lantai jela jawabnya Encik R.
Keesokkan paginya Puan M menanyakan kepada Q dan G tentang perbuatan mereka mendominasi katil kelaminnya. Mereka yang kelihatan murung hanya menjawab ringkas "rumah ni tak best".
Malam ke 2, tatkala Encik R, Q, G dan F menonton talivisyen, Puan M pula sibuk didapur menyusun saki baki barangan yang belum disusun berupa pinggan mangkuk arcopal, bekas2 makanan tapauware dan abon. Tiba2 Puan M melompat, akibat terkejut, sehinggakan lakinya Encik R berlari sepantas Usain Bolt untuk memastikan keadaan bini tercintanya. "Kenapa?!!" "Tah, tetiba ada kucen tomey kale putih dok gesey2 kaki tadi. Terkejut la ai langsung menjerit" "Kucen? Mana kucennya? Tak ada pon?" "Tu yg heran tu, tadi ada la dah hilang" " Hilang pi mana, pintu semua tutup. Ish dia masuk kot mana?" begitulah gamaknya konversasi mereka mengikut hemah aku.
Jam menunjukkan 2 pagi. POK POK POK!!! lagi sekali diketuk bertubi-tubi macam semalam. Kali ini sosok yang kelihatan bukanlah anak jantan dua orang mereka, tapi sosok seorang gadis!!!! Anak pompan dorang le tu si F huhuhu. "Ha ang ni awat pulak?" Tanya Encik R. Sama macam abangnya yg 2 orang tu, sekadar membisu terus memanjat katil dan memeluk Puan M, sama jugak, masih terkebil kebil namun kali ini menggaru punggung dengan tangan kiri.
Fast forward >>>>>>
"Dia tengok je sambil senyum. Takut maaa..." desah F tatkala mereka bersarapan di kedai mamak. "Tolong maaa F taknak tidoq lam bilik tu sorang2". Encik R sekadar mengusap janggut sejemputnya itu. Puan M termenung, kendian menoleh kiri kanan memastikan tiada mata yang melihatnya, sebelum tangan kanannya pantas menggaru punggung.
"Kena panggey ostad ni bang. Ai malam tadi yang pasai kucing tu pun memang tak sedap hati". "Takpa, malam ni kita baca yasin sama-sama".
Lepas Isyak berjemaah sekeluarga, mereka pun duduk di ruang tamu dengan memegang naskah surah Yasin. Bacaan dimulakan. Dipertengahan bacaan, tetiba pintu bilik atas kedengaran seperti dihempas kuat. Masing2 dah kecut perut, cuma Encik R mengagahkan diri berlaku macho. Bacaan diteruskan dan secara tiba-tiba KELEPUK!!! naskah Yasin yang dipegang Q terpelanting seolah2 ditepis tangan yang tak kelihatan. Apalagi, Encik R terus capai konci keternya, dan mereka pakat ramai2 masuk dalam kete.
"Malam nih kita tidoq hotel noh..." bicara Encik R.
Keesokkan paginya, tatkala pintu rumah dibuka, maka terkejut beruklah mereka. Kerana segala barang2 dalam rumah kelihatan seperti dilanda garuda air yang terhempas akibat pilotnya seorang indon yang tak bertauliah.
Maka makin gusarlah jiwa mereka, terutamanya Encik R dan Puan M.
Malam ke 4 itu mereka sekeluarga memberanikan diri tidow dalam bilik yang sama. Tiada apa yang begitu merengsakan malam itu, kecuali kedengaran bunyi ketawa kanak2 dan beberapa siri ketukkan manja di pintu.
Malam ke 5, tatkala G tengah mandi, tetiba rambutnya disentap. Maka berlarilah budak itu dalam keadaan bogel dengan buih sabun meliputi badan.
Malam itu mereka berlonggok sama seperti semalam. Tepat jam 3 pagi, pintu bilik diketuk kuat. Ceh, siapakah yang mengetuk, sedangkan semuanya didalm bilik.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Munnalicious posted on 17-8-2013 08:22 PM
Uolls dok sri malaysia sg petani kah? Dikhabarkan situ ada lembaga smp masuk majalah mestika. Dulu ...
bukan...di kpla batas.. hotel tu baru lg..tp hrp2 tkdak apalah..
sri mlaysia aloq setaq best..tp sg petani tk penah p lg.. bru igt pasnih nak p dok sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Saat menyental dengan sabun, pintu tu plak bergerak, macam nak bukak, tapi pastu terus tertutup balik. Berulang-ulang. Ini sungguh merengsakan, membikin sanubari begitu tidak senang. Selesai jer, aku dengan berkeras hati terus membuka pintu dengan harapan tiada makhluk yang menunggu disebalik pintu...
lama sangat ...orang lain pooong nak labur .... |
|
|
|
|
|
|
|
Encik R menggaru2 pipi yang tak gatal, serba salah mahu dibuka atau tidak akan pintu tersebut. Puan M hanya terkebil-kebil, dan tangan kanan dengan rakus menggaru2 punggung yang sekian lama kegatalan. Ye, beliau begitu stress sejak hari pertama disitu, segala impiana tidaklah seperti yang diharapkan. Mahligai idaman yang diharapkan membawa erti bahagia dan ceria pada keluarganya, rupanya telah didiami mekhlok lain.
Punah harapan berderai impiana.
Encik R memberanikan diri merapati pintu yang masih diketuk2. Tatkala jemarinya menyentuh je tombol pintu, dengan pantas bunyi ketukan pun senyap. Namun Encik R bernekad, terus tombol pintu diputar dan pintunya dibuka...
No había nada allí. No hay gente allí. Nothing was there. Seperti petikan Telenovelas yang penuh suspen. Tak kelihatan pulak si tukang ketuk. Dan selang beberapa saat dari detik pintu terbuka, tiba tiba kedengaran seakan lolongan sayu seorang perempuan dari tingkat atas. Habis je melolong nan sayu dan seram membikin bulu di sekujur tubuh berdiri tegak, TAPP!!! bekalan letrik terputus. Seluruh rumah kegelapan. Ini membikin status seram yang dah sedia adanya begitu seram dan menakutkan, naik sehingga kadar 98.40% berbanding tadi cumalah 49.73%.
Gelap gelita, keseraman dan kepanikkan yang menghampiri maksimumnya.
Pantas Puan M, Q, G dan F melompat dari katil meluru ke Encik R. Mereka berpegangan tangan sambil molot terkumat kamit membaca apa2 ayat suci yg melintas di minda. "Allahumma laka sumtu, wa bika...." diulang ulang dari molot si F, kerna itu aja yang terkini dihafalnya bersempena puasa pertamanya di Ramadhan yang lepas.
Mereka berjalan berhimpitan. Encik R mencapai kunci kereta dan beberapa beg penting yg mengandungi dokumen2 penting. Begitu juga Puan M. Detik mereka berjalan itu, kedengaran pinggan seperti dilempar didapur. Pintu bilik bawah yang dihuni F sebelum ini dihempas kuat berulang kali. Begitu juga pintu bilik diatas.
Perjalanan yang hanya sekita 10 meter sahaja ke pintu utama terasa begitu jauh. WAAAARGGGHHH!!! G menjerit kuat, kakinya dipegang sesuatu dan direntap rentap dengan agak kuat!! Puan M terus mengheret sahaja G dengan terus memeluk erat anak jantannya itu. Kearah pintu utama objektif mereka.
Tiba-tiba sofa dihadapan mereka bergerak. Mereka abaikan dan melangkah terus saling berhimpitan. WUUUHUUUUUUIII!!! satu lolongan lagi kedengaran, kali ini dari arah dapur. Ah paras seram ini sudah begitu melampaui batas.
WARGGHHH!!! Kesemua mereka melompat akibat terkejut yang amat sangat apabila sofa yang bergoyang itu secara mengejutkan sesosok budak lelaki yang sekadar berpender melompat ke atas sofa itu yang tah dari mana datangnya. Sambil tersengih. Mukanya pucat lesi dengan anggaran usia sekitar 5 tahun. Dia sekadar tersengih dan melihat tajam mereka yang berhimpitan itu.
Mereka abaikan, kaki yang terketar ketar dan lantai yang tetiba basah akibat pengencingan tak terkawal Q dan G, terus melangkah gigih, walaupun sebenarnya masing2 dah rasa macam xde kepala lutut.
Mereka berjaya sampai ke pintu, dalam kepanikkan Encik R terketar-ketar membuka 2 lapis pintu, 1 kayu dan 1 lagi grille dan direinforced dengan 4 padlocks. Memang sungguh menyesal ENcik R pasang kunci banyak2.
WOOOOOOOO!!!! Satu lagi lolongan dari arah dapur. 10 bijik mata anak beranak terpaku ke arah dapur. Bukan dilantai, tapi disiling. Tangan ENcik R semakin ligat membuka padlock terakhir yang nampaknya begitu susah nak buka, sebabnya di siling dapur walaupun dalam kesamaran malam, boleh dilihat dengan jelas sosok Ju On merangkak perlahan-lahan disiling menuju kearah mereka.
Dalam jarak lebih kurang 3 meter Ju On tu dari mereka, berjaya pula Encik R membuka padlock terakhir, terus berhamburan mereka keluar dari rumah itu. Naik kereta, dan ke surau berdekatan.
Encik R dan Puan M bertekad tidak akan kembali ke rumah itu lagi, meninggalkannya dipenuhi perabot dan peralatan yang baru2. Sayang sekali. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hehehe haku baca citer TT jodo ni confuse nak takut ke nak gelak..kuat betul menggaru bontot pn.M.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|