CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

Pengalaman Anggota Pasukan Seragam B'hadapan/Melalui Kejadian Menyeramkan

[Copy link]
Post time 17-9-2013 04:05 PM | Show all posts
kalalu aku pun berselerak jugak tengok camtu punya ngilai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 04:16 PM | Show all posts
Kejadian ni saya tgk kt phone yg kwn anak saya record.kejadia thn lepas di jalan bukit putus baru.abang kawan anak saya duduk di tepi jalan.saja tgk polis buat road block..masa tu dah tengah malam tapi tk tau pukul berapa.

Saya tak tau mereka nampak then mereka record or mereka saja2 record..tapi dari yang saya nampak benda tu naik turun naik turun di tengah jalan.mereka ambik dari bukit putus lama rasanya..memang terang sangat sebab ada lampu jalan..memang seram gilerr..tapi nampak jgk kereta jalan perlahan.tak taulah kot kereta tu pun nampak.tapi mmg dia naik turun naik turun dekat dgn road block polis..benda yg naik turun tu macam kak ponti sebab baju putih labuh n rambut mengerbang..

N abg kawan anak saya tu mmg tak pandai IT kot nak kata dia menipu..dengarlah suara mereka bising2..memang real n menyeramkan..kawasan bukit putus kan..

Tu je cerita tak best dari saya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Setelah agak beberapa lama , setelah beberapa selekoh kemudian, mereka ternampak beberapa suluhan lampu picit mengarah kepada kereta mereka.
Kereta diperlahankan dan sesampai saja dekat maka tahulah mereka ada sekatan jalan yang dilakukan oleh sepasukan polis ...
Apabila kereta hampir berhenti, seorang daripada aggota polis tersebut mendekatkan diri dan menyuluh kepada mereka berdua dan juga ke bahagian belakang kereta dan kemudiannya menggamit tangan , menggsyakan arahan agar meneruskan perjalanan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
"Nasib baik kami tak buka tingkap , Pak Ndak..."

"Nasib baik dia suruh keluar kereta...." balas ku...

Cerita peristiwa yang mereka alami adalah sama dengsn yang aku alami ...

Anggota polis tersebut berpakaian warna perang , berseluar pendek dengan mengenakan stokin panjang hampir ke lutut tetapi memakai beret ....

Lebih baik lagi ilustrasinya adalah anggota polis Malaya zaman atuk nenek kita ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:23 PM | Show all posts
Salah satu cerita yang ditulis dalam Harian Metro..

Lembaga ganggu operasi imigresen (Walkie-talkie mengilai)

Oleh Zaid Salim
[email protected]

HULU TERENGGANU: Sekumpulan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu yang menjalankan operasi membanteras pendatang tanpa izin di kawasan pembalakan dalam air di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir di sini, awal pagi semalam, seram sejuk apabila terdengar suara wanita mengilai.

Suara menyeramkan itu hanya didengari daripada satu walkie-talkie sedangkan terdapat beberapa lagi walkie-talkie digunakan pegawai dan anggota terbabit dalam kejadian jam 3.30 pagi.

Berikutan itu, operasi yang bermula jam 11 malam di kawasan berkenaan dibatalkan apabila beberapa pegawai dan anggota menggigil untuk meneruskan tugas.

Ketika itu, mereka sedang menjalankan pemeriksaan dalam kongsi atas air di sungai terbabit.

Pegawai Imigresen, Mohd Rizal Hashim Bakri yang berada bersama kumpulan itu mulanya menyangka suara itu hanya gurauan rakan setugas, namun sangkaannya meleset kerana tidak didengari walkie-talkie lain.

“Walkie-talkie yang dipegang pegawai itu adalah jenis lama yang bergelombang tinggi dan kemungkinan suara hilai lembaga halus boleh menembusinya,” katanya.

Mengulas kejadian terbabit, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Norazman Abd Ghani yang mengetuai operasi membabitkan 40 anggota, termasuk empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri mengakui terlihat satu lembaga dengan jelas.

Selepas ternampak lembaga bermata merah dan berambut panjang di atas pokok kira-kira dua meter dari tempatnya berdiri, katanya, beliau tanpa menceritakan kepada anggota lain segera kembali ke kenderaan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

Katanya, operasi di kawasan 20 kilometer menghampiri sempadan Kenyir/ Gua Musang, Kelantan itu pertama kali dilakukan.

Beliau berkata, kejadian mistik itu pertama dilaluinya sepanjang bertugas dengan Jabatan Imigresen.

“Sebelum ini, saya tidak percaya cerita mistik, apatah lagi mengenai kewujudan langsuir yang dikatakan hanya khayalan semata-mata, tetapi selepas melihat sendiri wajah ngeri dan hilai lembaga itu, ia memang menakutkan,” katanya.

Dalam operasi sebelum itu, katanya, dua lelaki nekad terjun ke dalam sungai selepas terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, lapan lelaki Thailand yang lena tidur dalam kongsi atas air ditahan kerana tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen, Ajil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber: HarianMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada tercuri dengar cerita dari pegawai JPJ...
Soal siasatvberkenaan kemalangan bas ekspres yang menyebabkan maut ....
"Apa nak buat, orang tak percaya"
Itu alasan terakhir si pemandu sebelum masuk lokap ...

Dari curian dengar aku , pemandu bas tersebut tiada di dalam bas.Dia ditinggalkan bas tersebut sejauh kurang lebih 200 meter...
Dia mengejar bas tersebut dan mendapati bahawa ianya telah melanggar guardrail lebuhraya...
Dari ceritanya, dia memberhentikan bas, kerana mengalami kerosakan hawa dingin...Dia berada di belakang bas untuk memeriksa .ketika membuka kompatmen belakang, bas tersebut bergerak kehadapan dan seolah olah ada yang memandunya ...
Jalan tersebut berkeadaan rata...

Tu jer yang aku dapat dengar sebab pastu ada orang join sembang ngan diorang .. jadi diorang tukar topik lain...

Nak buat lapuran kemalangan yang melibatkan nyawa macam ni memang tak boleh diterima ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 09:35 AM | Show all posts
menarik kisah kat sini....
nak tanya bro @zulka mesti dia banyak pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:03 AM | Show all posts
syahoney posted on 19-9-2013 09:35 AM
menarik kisah kat sini....
nak tanya bro @zulka mesti dia banyak pengalaman

cerita memang byk hani...
tapi nak kena recall balik, bukan apa, takut nti cerita bercampur aduk sebab byk sgt,
kang dh campur aduk kang dh jadi cerita tipu plak kang, tak pasal2 dpt dosa kering..
nti la kalau ada kelapangan, sy buat karangan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:07 AM | Show all posts
zulka posted on 19-9-2013 10:03 AM
cerita memang byk hani...
tapi nak kena recall balik, bukan apa, takut nti cerita bercampur aduk  ...

trimas abang zul...jasamu dikonang~
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread yg sgt best,.,.kalo ada forumer dkalangan ahli berunipom....share share la skettttt...,drebar ambula pon buleyyyy....kan tt kannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:35 AM | Show all posts
kisah ringkas, semasa masih btugas dlm ATM sekitar awal 90an...
mcm biasa aku gi solat isyak sekitar 930 mlm kat madrasah(surau)
bilik bujang aku dekat dgn madrasah....
biasanya mlm minggu suasana dlm Kem Tentera terutama bilik bujang lengang.....
kiranya mlm minggu tu mlm utk keluar bersuka ria la bagi org2 bujang...
masa smpai kat surau tu takde sorangpun yg solat...kiranya aku sorang je la yg ada....
masa tahiyat akhir....aku perasan ada org masuk dlm surau nak solat gak....
lepas solat aku tengokla sape yg masuk tadi.....oh rupanya budak Company D....
aku panggil dia Man... memang dah kenal sgt la....

so akupun balik bilik... dlm perjalanan ke bilik aku terserempak dgn member 1 bilik dgn Man ni..mcm tegopoh gapah je.... tak sempat aku tanya...dia bersuara.. "weh ko dah tau belum? Man eksiden kat depan Muzium Negara... moto dia tebabas langgar tiang flyover...."
aku mcm tekedu...bertanya "errr..Man camaner?" dlm masa yg sama aku teringat yg dia tgh solat kat surau
"camner apa...meninggal on the spot.....tengkuk dia patah..."
aku yg kebingungan, melihat kearah surau....lampu masih terpasang....aku nekad patah balik...nak tengok sape yg tgh solat sbenarnya....smpai kat surau...seperti yg dijangkakan...kosong..takde orgpun......




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:36 AM | Show all posts
zulka posted on 19-9-2013 11:35 AM
kisah ringkas, semasa masih btugas dlm ATM sekitar awal 90an...
mcm biasa aku gi solat isyak sekita ...

Allahuakhbar......hurm~

Al-fatihah buat Man
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:34 PM | Show all posts
takde citer nak kongsi

tunggu citer dr porumer lain je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:06 AM | Show all posts
up
post ni
calling utk para anggota penyelamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu dorg pencen la baru dpt citer. Skrg ni dorg bz..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 04:24 PM | Show all posts
Cerita dari peg. imigresen yang bertugas di border.

Nama watak (bkn nama sebenar) :
Pegawai Imigresen = Ali
Pegawai Kastam = Ana

Pada malam kejadian, ada 2 orang pak guard yang bertugas. Masa tu nak dekat pukul 11 malam ke atas. Biasalah bila dah jam macamtu memang tak ramai kenderaan yang lalu. Memang sunyi yang amat. Macam biasa 2 orang pak guard tu duduk dalam pondok guard sambil bersembang... dan tak lama lepas tu muncul la si Ali ni join diorang bersembang jugak. Si Ali ni nak balik rumah dia sebenarnya, kebetulan dia lalu situ terus la join pak guard ni melepak. Pondok guard ni dekat tempat jalan masuk ke kuarters imi dan kastam tu. Kuaters dan border seblah menyeblah jek. Di Depan, tepi serta belakang border dan kuarters tu adalah hutan. Memang sunyi kalau malam.

Tengah-tengah diorang bersembang tu, muncul pulak si Ana. Join diorang bersembang. Yang peliknya si Ana tu lama sungguh dok melepak kat situ. Sedangkan before ni x pernah pulak dia melepak kat pondok guard tu. Just bertegur sapa je ngan pak guard tu... Tapi pak guard dan Ali fikir mungkin dia bosan kot, xda teman bersembang. Sampailah nak dekat pukul 1 pagi.. barulah si Ana ni blah dari pondok guard tu dan balik ke kuarters beliau. Diorang dok pandang je Ana balik sampai ke kuarters. Siap nampak lagi si Ana pasang lampu dalam rumah. Masa ni memang diorang xda fikir apa2.

Keesokkan hari... si Ali cakap la kat sorang member dia ni. Member dia pegawai kastam yang sama bertugas ngan si Ana. Semalam Ana melepak ngan kitaorang kat pondok guard sampai nak dekat pukul 1 pagi... pelik... sebab sebelum ni x pernah dia macam tu. Bercakap pun hanya bila perlu je. Tetiba member dia ni terkejut la... jeng... jeng... jeng... korang tau apa member dia cakap? Member dia cakap... Eh si Ana bukan balik kampung bercuti ke? Seminggu dah dia cuti... Kosong rumah dia tu. Mana ada orang. Terus Ali terkejut beruk dan seram sejuk bila member dia bagi tau si Ana tu tengah cuti... Habis tu siapa yang bersembang ngan diorang malam semalam? Siapa yang ada di rumah Ana malam tu? Siap pasang lampu lagi. Sampai sekarang kes tu menjadi misteri kepada Ali dan 2 orang pak guard tu...

Setiba Ana kembali bertugas... Ali sendiri bertanya Ana betulke dia Baru balik bercuti dari kampung. Dan si Ana mengesahkan memang dia baru balik dari bercuti di kampung. Tapi si Ali x cakap pa pe pun dengan Ana pasal yang diorang alami pada malam tersebut... Siapa nak bagitau beb... dahla Ana tu stay sorang2. Pompuan pulak tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 09:41 PM | Show all posts
salam semua, menarik tred ni, aku pun ada gak kisah2 mistik dlm servis dulu, pernah gak bukak tred kisah mistik di kem tentera dulu.

Pengalaman semasa rekrut...

aku menyertai tentera pada tahun 1997 dan menjalani latihan asas di satu kem tentera di Ipoh, kem ini wujud sebelum perang dunia kedua lagi, semasa perang dunia kedua kem ini pernah di kuasai oleh tentera Jepun, semasa kali pertama melangkah masuk ke kem ini pun aku dah rasa gerun semacam..pasal keadaan sekelilingnya yg begitu suram...ditambah pulak dgn jurulatih yg garang..:@ Malam pertama di kem tu biasalah baru jumpa kawan2 baru ni so berborak panjang la atas katil, mlm tu ada la dlm 5 termasuk aku yg blum tido lg, tgh asyik berborak datang la 2 org MP yg baru wat rondaan di sekeliling kem sergah kami yg lum tido ni, biasalah kul 12 mlm semua dah kena tido, apa lagi kami pun buat2 la tido, kendian salah sorang MP tu cakap, 'hangpa ni tido lewat2, sat gi jumpa hantu jepun tak dak kepala baru hangpa tau'! uish..meremang gak bulu tengkok bila dia cakap cam tu, lepas jer 2 MP tu blah, kami sambung balik menyembang..(memang keras kepala tul) tgh dok syok2 menyembang..tiba2 semua berhenti bercakap...mcm ada malaikat lalu kata org... then serentak dgn itu semua (5 org ni) pandang kat satu tingkap bercermin tapi tertutup rapat la..nah...ada kelibat org lalu...yg aneh nya tak dgr pun bunyi tapak kaki..kendian bila pandang pulak ke tingkap sebelah tingkap tadi adoiii...ada muka melekap kat tingkap tu..biji mata di nampak cam bulat besar...tapi wajah cam kurang jelas skit..semua yg tgk tu terpaku jap...sambil memandang sesama sendiri..ntah mcm mana ada sorang member cakap'hangpa nampak tak apa yg aku nampa?' yg lain jawab ;nampakkk'..so apa lg semua lintang pukang la lari ke katil masing2...kecuali aku je yg masih kat tempat berborak tu..bukan pasal tak takut...pasai port berborak kat katil aku...heheh aku pun apa lg baca apa yg patut kendian tido berbungkus cam kepompong la..ngeri je bila diingatkan balik peristiwa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dari anggota SPAD ...
Di suatu malam, bersama sama ngan anggota yang lain membuat sekatan jalanraya di suatu tempat dalam daerah Rawang.
Kira kira jam 2 pagi, kelihatan sebuah kereta datang melalui jalan menghala tuju kepada mereka.
Sampai dekat pegawai tu menggamit tangan agar pemandu memberhetikan keretanya.
Pemandu tersebut ; Seorang wanita memberhentikan keretanya dan menurunkan cermin tingkap.
Seperti kebiasaan, pegawai tersebut bertanya kepada wanita muda tu arah tujuan .Jawab wanita muda tu bahawa dia dari Tg. Malim hendak ke Selayang...dan melalui jalan ni sebab tak mahu pusing balik memasuki lebuhraya dari sana.

Pegawai tersebut sambil bersoaljawab , menyuluh lampu picitnya ke arah dalaman kereta.

"Baiklah, tak mengapalah... awak pun berdua .."(sambil menyuluh di tempat penumpang disebelah pemandu).
Berhati hatilah memandu...selamat jalan.."

Setelah hampir waktu bertugas, mereka pun mengemas peralatan untuk dimasukkan ke dalam kereta peronda..
Dalam masa itu mereka berbual bual dan tercetus perbualan berkenaan pemandu wanita tersebut.
Ketua pegawai operasi bertanya apakah betul ada dua orang di dalam kereta seperti yang dikatakan olehnya sebab dia sendiri berada disebelah kereta bahagian penumpang hadapan dan tiada kedapatan orang lain cuma ada pemandu sahaja.
Pegawai yang memeriksa mengesahkan bahawa terdapat seorang lagi disebelah pemandu sebab dia ada menyuluhnya dan melihatnya...
Mereka berdua berbalah kata ...
Kemudian kedua mereka terdiam seketika kemudian keheningan seketika itu dipecahkan oleh pegawai tersebut dengan kata kata soalan perlahan .... kenapa kaean pemandu tu hanya pandang ke hadapan dab tidak menoleh sedikit pun? Pakaiannya pun , tiada corak saja, warna agak cerah ...
dan ada sedikit rupa kegusaran dan gelisah yang ditunjukkan oleh pemandu wanita muda tersebut apabila pegawai tu mengatakan bahawa dia berdua di dalam kereta tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni diceritakan oleh abg ipar aku sorg pesara tentera.. dlm hujung tahun 90an dlu dia tlibat ngan operasi/latihan dlm hutan.. pegawai dia arahkan kwn dia n bbrp org g wat rondaan kt dlm hutan... nak jadikan cerita diorg tsesat... hari pun dh lewat so diorg wat kputusan bkhemah di suatu tmpt tepi air terjun dlm hutan tu... ade sorg kwn dia ni pegi la mandi kt kwsn air terjun tu.. mlm tu lepas mandi kwn dia rasa tak sedap badan.. seram sejuk.. panas badan dia... so kwn2 yg lain suruh la kwn abg aku ni g rehat kat khemah dia... esoknya lepas semua bgn... kwn2 yg lain pelik la tgk kwn dia yg sakit tu tak bangun2 lg... diorg pun kejutkan la suruh bgn... tapi kwn dia tu x bg respon.. kaku semacam je...

Last2 baru diorg sedar kwn dia tu dah meninggal dunia.. kat hidung ngan telinga mayat tu ade mengalir darah... abg aku ckp.. bbrp org dlm team tu kluar pegi cari bantuan...so tinggal 2 org anggota yg lain tu jaga mayat kwn dorg yg mati tu...

Bantuan tiba pun lepas 2 hari.. sebab tmpt diorg tu jauh dlm hutan... dgr dari cerita 2 org anggota yg teman mayat tu dlm hutan... mcm2 makhluk yg dtg kat diorg nkkan mayat tu... sambil mengapai2 tangan... ade yg rupa mcm beruk... ade badan manusia kepala mcm seladang...

Yg ngerinye tu.. ade ketika mata mayat tu 2-2 tbeliak...wlaupun dah byk kali dtutup... mcm2 perasaan ada.. takut... nak lari tinggalkn myt tu sorg dlm hutan kesian plak...laporan bedah siasat mngesahkan arwah kwn abg aku tu kene virus kencing tikus...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkenaan virus kencing tikus ni aku sangsi sikit ... sebab baru baru ni ajer timbul kes ni ... tapi sejarah pengetahuan aku ( tempat hutan berlembap ) ni adalah dusebabkan terhidunya spora cendawan beracun ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.100579 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list