CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AwgSagi

[PURBAKALA]Tentang Jin Kerajaan Negeri Perak

[Copy link]
Post time 16-10-2013 09:01 PM | Show all posts
edoraixora posted on 16-10-2013 01:17 AM
adat istiadat kesultanan melayu di zaman silam...

setiap kali pertabalan sultan mesti diadekan up ...

Kawan akak keturunan Raja2 Perak (dia pun bergelar 'Raja' jugaklah kan..) dan citer peribadi dia berkenaan beting beras basah ni mengesahkan apa yang "pembentang" di atas tu tulis.

Memang kata dia Sultan Perak sekarang ni, masa pi Beting Beras Basah tu, beting tu tak naik... sebab dia bukan keturunan raja2 asal yang layak memerintah Perak ke haper... something laidetlah. Jin tu hanya akan naikkan beting tu for the rightful heirs/members of Perak royalty.  And bila dia nak pakai aksesori2 istiadat pertabalan, macam ada gelang/cekak kat lengan tu.. tak boleh, asik2 benda tu terpelanting/tak boleh melekat pada badan.

Dia kata, masa dia kecik2, nenek dia bawak dia dengan adik-beradik dia ke beting beras basah. Seru punya seru, beting beras basah itu actually NAIK. Dia kata dia dengan abang2 dia dengan adik dia turun dari bot and lari2 atas beting tu.   Tapi susah ada jin saka macam royalty ni. Satu family kena belenggu. Puas berubat nak buang saka.

Allahua'lam. Kot tipu kawan akak yang bergelar Raja ni... tipulah akak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 09:05 PM | Show all posts
k_a_a posted on 16-10-2013 09:36 AM
Disebabkan dia bukan anak gahara & isterinya pun sama, seingat saya masa sultan skrg nak ditabalka ...

Beting tu memang tersedia naik ke dia mcm submarine boleh turun naik? Sorry kalau saya tanya soklan bodoh... sebab daripada cerita kawan saya... bunyi macam beting tu boleh turun naik... and bila dia naik.. tengah2 Sg Perak tu macam ada kawasan lapang yang tak dilitupi air. Hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:49 AM | Show all posts
actually beting tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:54 AM | Show all posts
aku baru tau..nice info dan sangat tertarik nak tahu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 09:08 AM | Show all posts
Terimakasih @bluezink @k_a_a @arthos7 @theflash @pr3ttytw33ty @palmolive @manja377 @ThousandSwords @pelukis.plan @degil81 @edoraixora @ninja boy @nurkasih74 @fielah @akakbosan & @hantukiller kerana respon thread ni.

Jadi benda ni semua dipanggil saka yer? So nak berubat ni kena ZASS atau kena SLOWTALK atau memang dah sukar sebab berakar-berurat dah?

Kisah ni menarik kerana Jin Kerajaan ni pernah dicatat dalam buku karangan Frank Swettenham bertajuk Malay Sketches. Saya pernah buat thread mengenainya di board MPS & LMS. Masa baca buku tu saya tak tau pun bahawa ada sejarah awal tentang perjanjian antara jin dan peneraju negeri perak. Baru ni saya tau kaitan Jin Kerajaan dan 'mengubat raja secara menurun' yang disaksikan dan ditulis oleh Frank Swetteham dalam buku tersebut. Saya paste kan sebahagian cerita tu dan biodata Tok Guru Agama Sultan Perak ketika itu.

"Mungkin patut saya katakan di sini bahawa Adat Berhantu ini maknanya menyeru syaitan, atau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan serupa dengan perayaan ahli-ahli sihir di Bricken seperti yang dapat dibenarkan oleh adat Melayu dan keadaan persekitaran. Pengubatan cara ini biasa dibuat di negeri Perak apabila semua ubatan lain gagal menyembuhkan. Bila sahabat handai si sakit telah membuat keputusan bahawa masanya sudah sampai untuk Adat Berhantu ini, tiada apa yang dapat menahan mereka dari melakukannya, dan jika si sakit itu meninggal semasa persembahan itu, maka puas juga hati kerana semua yang perlu dilakukan telah pun dilakukan mengikut mana yang terdaya, dan selepas itu terserhalah pada Tuhan. La-ilahail-ALLah, Muhammad Rasul-Allah - "Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh-Nya"

"Wanita yang berpakaian lelaki itu ialah pawang, penyeru roh, seperti ahli sihir, bukanlah ahli sihir Endor, tetapi seorang yang sangat terkenal di negaranya dan di kalangan penduduk di situ. Dalam kehidupan biasa dia sebenarnya seorang wanita yang kelakar bernama Raja Ngah, kerabat diRaja sebelah perempuan dan keluarganya mahir tentang segala yang berkenaan dengan perkara ghaib. Di suatu sudut bilik itu ada lima atau enam orang gadis memegang gendang asli, suatu alat bunyian yang terdiri dari sekeping kulit yang direntangkan di sebelah sahaja dan alat ini biasanya dipukul dengan jari. Ketua kumpulan ini anak perempuan Raja Ngah sendiri."

"Sekejap selepas saya duduk, upacara bermula dengan Pawang menutup kepada dan mukanya dengan satu kain sutera, sementara kumpulang bunyi-bunyian tadi mula menyanyi satu lagu dengan irama yang ganjil dalam bahasa yang tidak diketahui. Saya diberitahu bahasa itu bahasa pemujaan, lepas menyatakan puji-pujian, menyerunya supaya turun dari gunung atau keluar dari laut, dari bawah tanah atau atas angin dan meringakan kesakitan Raja."

"Mula-mula apinya menyala dengan baik, tapi lama-kelamaan, sementara mereka yang menyanyi menjerit semakin kuat hendak menarik perhatian semangat yang agak lambat bergeraknya, sumbu pelita itu mula bergetar dan nyala apinya sesekali menjadi besar, maka jelas pada mereka yang percaya bahawa Jin yang berkenaan sedang menunjukkan dirinya melalui dian itu. Entah bagaimana Pawang yang sepatutnya masa itu sudah tidak sedarkan diri, sedar pula tentang hal ini, lalu dengan pelita itu, menaburkan lantai di sekelilingnya dengan beras kunyit dan air mawar; kemudian bangun lalu diikuti oleh pengikut-pengikutnya, dia melakukan upacara yang sama kepada setiap saudara mara lelaki keluarga yang ada di situ, tidak henti-henti berkumat-kamit sesuatu yang ditujukan kepada semangat tersebut. Lepas ini selesai dilakukan dia pun duduk di tempatnya di atas tikar dan selepas seketika, mereka yang menyanyi tadi memulakan lagu lain pula, memuji-muji satu jin lain, memanggilnya pula untuk datang dan meringkankan sengsara Raja.

Saya telah pastikan bahawa setiap negeri ada semangat sendiri, setiap daerah pun ada peruntukannya, kemudian ada pula selebihnya untuk orang-orang perseorangan.

Dalam negeri ini, terdapat empat jin yang utama mereka adalah Jin Kerajaan, juga dikenali sebagai Junjung Dunia Udara; Maya Udara, Mahkota si Raja Jin dan Sutan Ali."

"Keempat-empat ini dikenali sebagai Jin Arwah, dan Jin ini pengawal sultan dan negeri. Sebagaimana sebiji bintang bersinar lebih dari yang lain, begitulah satu Jin melebihi yang lain, dan saya telah menamakan mereka menurut darjat keagungannya. Untuk menghormatkan mereka, empat payung putih dan merah digantung dibilik itu, mungkin sekali untuk kegunaan mereka sebaik sampai dari rumah mereka yang amat jauh itu. Hanya Sultan dan negeri sahaja yang layak berhubung dengan semangat yagn ternama ini; bila dipanggil mereka enggan bergerak melainkan dirayu dengan serapah khas untuk mereka, diringi dengan bunyi-bunyian, dan dinyanyikan oleh sekurang-kurangnya empat penyanyi diketuai oleh Biduan diRaja.

Jin Kerajaan mesti disertakan dengan gendang diRaja, dimainkan oleh pemukul gendang negeri, jika kehadirannya dikehendaki, tetapi tiga jin yang jin yang lain itu memadai dengan alat yang saya sebut pada awal tadi.

Ada juga hantu biasa yang menjaga orang-orang biasa: seperti Hantu Songkai, Hantu Melayu, dan Hantu Belian; yang akhir ini sebenarnya 'Hantu Harimau' tetapi supaya lebih hormat ia digelar Hantu Belian supaya tidak menyinggung perasaannya."


Manakala Mufti Kerajaan ketika itu memang tidak bersetuju dengan adat tersebut. Beliau mungkin tak mampu menghalang adat yang telah dipusakai turun-temurun itu.

Dalam satu bab bertajuk Tahyul Orang Melayu, beliau menceritakan pengalamannya melihat teknik menilik barang kepunyaannya yang dicuri orang dan mengeluarkan air dari keris. Dia sendiri takjub mengenai teknik itu dan mengongsikan pengalamannya dengan Sultan Perak ketika itu. Kebetulan Tok Guru Sultan Perak terdengar perbualan itu lantas dia menegur melalui surat. Saya salinkan di bawah ini:


"Pada satu petang saya menbincangkan berbagai-bagai jenis tahyul ini dengan Sultan Perak, dan saya tidak perasan guru agama baginda telah masuk dan menunggu untuk mengimamkan sembahyang maghrib. Tok Guru tersebut, tidak syak lagi telah terdengar hujung perbualan kami dan merasa sungguh aib, kerana keesokan harinya saya menerima sepucuk surat darinya, sebahagiannya adalah seperti berikut:



Pertama puji-pujian bagi Tuhan, yang memberi segala yanG baik, yang maha mengasihani semua hambanya.
Dari Haji Wan Muhammad, Tok Guru Kepada Yang Maha Mulia Sultan Perak, kepada Tuan Residen yang mentadbir Kerajaan Perak.


Seluruh dunia ini di dalam tangan Tuhan Yang Maha Agung, Dia memberinya sebagai warisan kepada sesiapa yang Dia suka di antara hambanya. Agama yang benar juga datangnya dari Tuhan, dan Syurga itu balasan orang Yang takutkan Tuhan. Keredaan dan kedamaian adalah untuk mereka yang menurut jalan yang lurus, dan merekalah pada akhirnya nanti akan menemui keagungan yang sebenar. Tidak ada Raja yang boleh membuat baik, tidak ada yang lebih berkuasa kecuali dengan pertolongan Tuhan Yang Maha Agung dan juga Yang Maha Kuasa.


Saya memberi sepuluh ribu salam. Saya ingin tahu tentang amalan berhantu, membuat diri seseorang menjadi gila dan hilang pertimbangan, seperti yang menjadi adat Raja dan Penghulu di Negeri Perak ini, adakah ini betul menurut agama Tuan, Tuan Residen, atau adakah ini salah? Kerana amalan yang demikian adalah dosa tidak terampun dalam agama Islam, kerana orang-orang yang mengamalnya hilang pertimbangan dan membazir barang dengan tidak bersebab; ada yang mencampakkannya ke dalam air, ada yang menaburkannya ke dalam hutan. Bagaimanakah kelakuan yang demikian dianggap dalam agama tuan?


Tuan residen, adakah salah atau benar? Saya ingin tuan memberikan saya jawapan, kerana amalan yang seperti ini sungguh menyeksakan orang miskin. Penghulu mengutip wang dari rakyat, kemudian mereka membuat persiapan besar-besaran untuk makanan, menyembelih kerbau atau ayam, dan semua ini dibuang seperti yagn telah saya sebut. Menurut agama Muhammad, adat-adat ini membawa kemusnahan.


Saya memberi berbanyak-banyak salam, janglah tuan tersinggung, kerana saya tidak faham ada tuan, Tuan Residen.


(Tandatangan) HAJI MUHAMMAD ABU HASSAN."

Biodata Mufti kerajaan Perak di Zaman Kolonial

Mengenai Mufti Kerajaan Perak yang pertama ada orang berpendapat adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ke-III, muftinya ialah Daeng Selaili atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran ialah Haji Besar, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tepi tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad yang diriwayatkan ini. Lama beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Ada yang menyebut tahun 1887 M - 1916 M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917 M, dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918 M hingga tahun 1925 M.

Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416 H/2 Februari 1996 M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886 M - 1887 M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887 M - 1916 M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki tahta tahun 1918 M).
Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan Perak tersebut pernah belajar kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana.

Haji Wan Muhammad pertama datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuklah ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-Marbawi.

Haji Wan Muhammad meninggalkan keturunan yang ramai, di antara anak beliau yang menjadi ulama ialah Haji Wan Abdur Rahman, Haji Wan Abdullah Zawawi (pernah sebagai Qadhi Tapah), Haji Wan Yusuf (pernah sebagai Imam Masjid Ubudiah, Bukit Chandan).
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:01 AM | Show all posts
akakbosan posted on 16-10-2013 09:05 PM
Beting tu memang tersedia naik ke dia mcm submarine boleh turun naik? Sorry kalau saya tanya sokla ...

beting tu sebenarnya apa tak pasti.. rasanya mcm tanah / pasir yg beralun .. sebab tu perahu akan tersangkut situ dan perlu tunggu air naik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 02:27 PM | Show all posts
akakbosan posted on 16-10-2013 09:01 PM
Kawan akak keturunan Raja2 Perak (dia pun bergelar 'Raja' jugaklah kan..) dan citer peribadi dia b ...

Pernah terbaca kat mana laaamaaaaaaaa sudah... pasal Permaisuri Perak (isteri Sultan azlan) kan org biasa....
MAsa nak tabalkan dia sebagai permaisuri dia hampir2 lemas kat pusaran tu...aku agak kat beting pasir tu la...sebab tu dia halang wan zaleha kawen dgn anak dia (Raja Nazrin) sebab takut kena macam dia rasa....entah la..waAllahualam...


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 16-10-2013 04:16 PM
Aku tak reti nak komen apa



tau xpa ..sampai x tau sapa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 12:59 PM | Show all posts
nice info...mekaseh tt sbb sudi share
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 01:35 PM | Show all posts
best citer ni
sebab real dan dekat dengan kita
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 10:00 PM | Show all posts

akua de tebace kisah sama jugak.pasal seru antu nieh..masa zaman sultan abdullah? yg jww birch,,dipanggil pawang diraja untuk sakitkan jww birch,tapi tak jalan.....birch tetap takde pape yg berlaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2013 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 27-10-2013 10:00 PM
akua de tebace kisah sama jugak.pasal seru antu nieh..masa zaman sultan abdullah? yg jww birch,,di ...

Kepercayaan org2 tua ber'isi' tmpt saya, org putih tidak masuk di'tuju' kerana mereka saudara 'yg derhaka pada ALLAH'. Ni jawapan stended klw ada org ngajuk kenapa tak di'tuju' BUSH & BOS ISRAEL. Mereka pun 'tanak drop my waterface'.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2013 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 dulu sibuk sangat dengan adat la, pantang larang la sampaikan cina kuli jadi tokey bijih timah pun diorang tak perasan, sampaikan penjajah masuk diorg tak terlawan... nasib datuk maharajalela buka mata lawan penjajah, itupun kena hukum dan sultan pula tak boleh berbuat apa2... cukup2lah wahai melayu dari duk pikir pasal jin2 tahyul mahyul tu... takde faedah malah menjurus kearah syirik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 01:30 AM | Show all posts
sahamboi posted on 27-10-2013 11:55 PM
Orang2 dulu sibuk sangat dengan adat la, pantang larang la sampaikan cina kuli jadi tokey bijih tima ...

100% like. org melayu ni had ilmu batin setinggi gunung pun akhirnya bila kerja jd kuli cina jgk!

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 27-10-2013 11:55 PM
Orang2 dulu sibuk sangat dengan adat la, pantang larang la sampaikan cina kuli jadi tokey bijih tima ...

hahaha...setuju amat2....skrg pun still gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yer tak yer jugak kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2013 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 27-10-2013 11:55 PM
Orang2 dulu sibuk sangat dengan adat la, pantang larang la sampaikan cina kuli jadi tokey bijih tima ...

Nak buat camne, tu jer ilmu yg dpt mereka pelajari. Nak belajar ilmu 'benggali putih' atau serani, agamawan tak benarkan, itu dikatakan ilmu kapir.
Yg herannya, org sekarang lagi hebat, bulih jual benda yg di'baca'kan. Org tua2 dulu bagi free jer utk amal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 10:42 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 28-10-2013 08:25 PM
Nak buat camne, tu jer ilmu yg dpt mereka pelajari. Nak belajar ilmu 'benggali putih' atau serani, ...

Nanti diorg cakap sekarang nak kencing berak kena bayar 30sen... kalau dulu ko melepas la katner pun free je takder orang marah.... kihkihkih...

kalau dulu nak cari orang alim ulama mengajar ilmu agama memang senang, la ni nak cari ustaz tangkap hantu lagi ramai berganda-ganda dari ilmuwan agama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 28-10-2013 10:42 PM
Nanti diorg cakap sekarang nak kencing berak kena bayar 30sen... kalau dulu ko melepas la katner p ...

Hahaha.
Sungguh sinis sedara. Dalam sinis ada benarnya.
Kalau saya kata, saya pernah jumpa JIN live & pernah tinggal dgn mereka 2thn++. Mereka amat maju dari kita, apa kita ada, mereka lebih lagi. Saya tak tipu. Percaya ker? Nanti saya sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 05:00 AM | Show all posts
surf2, terjumpa ni..

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : حَدَّثَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، ذَاتَ لَيْلَةٍ نِسَاءَهُ حَدِيثًا ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ : كَأَنَّ الْحَدِيثَ حَدِيثُ خُرَافَةَ ، فَقَالَ : أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ ؟ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلا مِنْ عُذْرَةَ ، أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَمَكَثَ فِيهِمْ دَهْرًا ، ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الإِنْسِ ، فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنَ الأَعَاجِيبِ ، فَقَالَ النَّاسُ : حَدِيثُ خُرَافَةَ

Aisyah RA mengkhabarkan:

“Pada suatu malam, Rasulullah SAW bercakap-cakap dengan isteri-isteri Baginda. Salah seorang dari mereka berkata: “Percakapan macam ini seperti percakapan khurafat.” Rasulullah SAW bersabda: (( Tahukah kalian apa khurafat itu? Sesungguhnya khurafat itu nama seorang laki-laki dari ‘Udzrah yang disembunyikan oleh jin pada zaman Jahiliyah. Ia tinggal bersama mereka (jin) beberapa lama. Kemudian para jin mengembalikannya ke alam manusia lagi. Khurafat bercerita tentang keajaiban-keajaiban yang ia alami di alam jin kepada orang-orang. Lantas, (untuk cerita-cerita macam tu) orang-orang berkata: “Itu cerita Khurafat”. ))

Hadith ini adalah salah satu dari 2 buah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Tirmidzi RA dalam kitabnya yang agung Syamail Al-Muhammadiah dalam bab hadith yang menceritakan tentang kalam Rasulullah SAW di waktu malam. Ataupun dalam bahasa kita yang lagi mudah, bedtime stories lah. Cakap-cakap ringan sebelum tidur.

sos kurafat  :Kum apa kumbat. Bat apa batman. Man apa mantol. Tol apa tolak. Lak apa laksa. Sa apa saku. Ku apa KHURAFATTTT! Ini semua KHURAFATTT!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044352 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list