CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: grafreak

Ulik Mayang Yang Berhantu

[Copy link]
Post time 11-11-2013 02:37 PM | Show all posts
edoraixora posted on 11-11-2013 09:58 AM
maknenye sore akak x sedap ler tu
x sampai standad piawaian lagu tu

Hahahaahaa.....ko mmg laaaahh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 02:49 PM | Show all posts
dulu kat sekolah ada gak buat persembahan tarian lagu ni.. nasib baik takde apa2 yg jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:10 PM | Show all posts
laki pun kena histeria no...ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:33 PM | Show all posts


memey hok JPAM ni, ite2 blako jah ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 04:00 PM | Show all posts
rasa dah ada topik ulik mayang ni...
lagunya ada unsur2 pemujaan..sebab tu kalau dimainkan..setan2 ni suka lah menyakat
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 04:03 PM | Show all posts
dah search tak jumpa lak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2013 04:08 PM | Show all posts
grafreak posted on 11-11-2013 04:03 PM
dah search tak jumpa lak.

ini dia tred nye...tapi xpe kot wat tred baru

http://english1.cari.com.my/foru ... read&tid=756401



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 04:13 PM | Show all posts
edoraixora posted on 11-11-2013 04:08 PM
ini dia tred nye...tapi xpe kot wat tred baru

http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewth ...

thanks. mod kalao nak merged pun ok.

patut la. search ULIK. thread tu ULEK

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 04:14 PM | Show all posts
grafreak posted on 11-11-2013 04:13 PM
thanks. mod kalao nak merged pun ok.

patut la. search ULIK. thread tu ULEK

function merge katenye dah xde....

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 04:49 PM | Show all posts
bukan ke lgu tu mcm mantra panggil semangat laut.. yg selenge g main buat ap.. mcm kte dok pgil la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 05:25 PM | Show all posts
aku pun pernah kena
masa kem motivasi anak2 bomba dulu
masa darjah 5
tempat kat bagan lalang...
habis terbang semua khemah2
seb baik xde kejadian mistik
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I dh ade post psl ulik mayang ni dlm benang sblm ni. Tajuk misteri ulek mayang.. Ni dr pengalaman sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 11-11-2013 04:08 PM
ini dia tred nye...tapi xpe kot wat tred baru

http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewth ...

Haaa ni pun thread yg I post dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:21 AM | Show all posts
azrain98 posted on 11-11-2013 10:34 AM
kat chalet morib sedara aku menari ala2 tarian ulik...malam2 laktu...dia menari2 tapi bila stop byg  ...

mak aih scary nya kalau sendiri yang alami
mesti berdebar tgk bayang2 gerak sendiri huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 06:56 PM | Show all posts
myths2011 posted on 12-11-2013 11:21 AM
mak aih scary nya kalau sendiri yang alami
mesti berdebar tgk bayang2 gerak sendiri huhuhu

lagi2 byg2 tu tk henti2 nari...ikut je belakang dia mmg menjerit la hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 01:27 PM | Show all posts
lagu tu seru penunggu laut...
tak kira kat terengganu ker..... kat lumut ker...... kat sabah ker..... kat pd ker....
tetapla tak seberapa nak boleh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2013 01:58 PM | Show all posts
Meh kita tengok kembali mitos/lagenda pasal ulek mayang ni.

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.

Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.


Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.

Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

"Aku tahu asal-usulmu", kata Puteri ke-7.

"Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat."

Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.



kat uitm lendu dulu ada kisah nampak benda menari ulik mayang. tahu lak diorang padahal gambar je.aku nampak macam mak yong je. ahaha



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 02:35 PM | Show all posts
siapa yg buat lagu ni? siapa yg nyanyi? ish misteri btl.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 02:40 PM | Show all posts
aku dan kumpulan dulu pun pernah menari ulik mayang ni kat tepi laut..kat Terengganu... kena marah hahahahha.....tapi alhamdulillah takde apa2 yg berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 03:21 PM | Show all posts
dulu masa umur aku 10tahun, aku ada bace satu buku ni.. cerita pasal terengganu.. bla.. bla bla..
novel la kiranya.. kisah puteri2 ni..
at the end tu ada mentera lengkap pasal puteri 7..
siap dgn lirik lagu ulek mayang.. dari puteri 1 - 7..
aku ingat2 lupa.. katanya ada yg puteri pulang then  tinggal kat bukit puteri..
ada yang pegi sini.. ada yang gi sana..
masalahnya aku tak ingat buku tu letak mana..
yer la dah pindah randah.. buku pun xtau campak mana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045573 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list