|
Suchi posted on 24-11-2013 11:39 AM
amboi miaw aok ade sini pulok
selalu kat bod sebelah..
iols mmg selalu lepak sini sbb suka baca ...
Saje lepak sini..
Tkt slh ckp kat sana.. kna smn pulok...
Hihi
Tp memang sungguh la... budak tu buat histeria sbb nk suh abg senior pegang dia...
Gatal weh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Best tread ni.. tt teruskan menulis ya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah histeria tp tak de la histeria menjerit jerit tu just aku menggigil satu badan dan menggelupur je. Masa tu kat asrama aku ramai yg kena histeria. Actually aku ni golongan berani tp hari tu aku demam dah tiga hari so badan aku lemah. Kedian aku mimpi kain putih terbang kejar aku pastu aku terus kena tindih sambil kancing gigi dan tangan aku cekek leher aku sendiri. Masa tu ada budak histeria menjerit kebetulan aku lalu tiba tiba aku rasa seram sgt dan nampak satu lembaga besar dtg nak peluk aku tp mungkin aku ni semangat kuat so lawan la tp tu la sbb demam akhirnya aku yg lembik... camtu rupanya yer rasa nak kena rasuk... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pn pernah jaga org kena histeria..10 ke 15 org mcm tu la..paling saya tak leh lupa kena peluk dgn lembaga hitam masa duk hostel sekolah, jumpa lembaga takde muka tp bertudung kat rumah dengan gangguan masa menuntut di kolej dlu...tu je la paling sy xlupa...yg lain tu...sy rasa xde apa2 sgt pun...sebab jd satu mlm je dn tak berturut2 mcm cite kat atas tu...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
prickly posted on 24-11-2013 03:08 PM
saya pn pernah jaga org kena histeria..10 ke 15 org mcm tu la..paling saya tak leh lupa kena peluk d ...
Yeala memang letih jaga org histeria ni. Asrama aku dulu gitu gak sekali histeria 3,4 orang. Kita yg senior ni la yg kena jaga. Tido ramai ramai kat surau...
Yg aku tak leh lupa masa perkhemahan badan pengawas dan aku dijemput jadi fasilitator. Malam tu ada budak pompuan histeria dalam khemah. Aku pegang kaki dia sekali dia tendang kat perut aku sampai aku tercampak keluar khemah... senak perut aku... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik
teruskan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedang aku sibuk mengira, aku pun pandang muka sorang-sorang budak-budak yang ikut keluar, rambo malam-malam. Ah.. semua ada. Mana ada yang tertinggal. Pagar asrama aku pun dah nampak kat depan tu.
Tiba-tiba kat depan kita orang, tak pasal-pasal sebatang pokok jatuh betul-betul kat lorong nak masuk ke kawasan asrama aku.
Ah.. kena block ngan pokok pulak. Dalam hati macam mana pokok nie boleh jatuh. Serentak kita orang pandang kat atas pokok yang berhampiran. Tak ada apa-apa. Tiba-tiba kita orang terdengar lagi suara cik pon mengilai nyaring macam ada kat sebelah kita orang. Lintang pukang aku lari, nasiblah siapa yang tertinggal, aku dah tak peduli.
Sampai saja kat dorm aku, terus aku naik atas katil mengigil sampai ke pagi...
Esok paginya, masa nak bersiap ke sekolah baru kita orang bercerita balik kes semalam.
Aku tanya sorang-sorang , siapa yang nampak benda tu. Macam-macam versi pulak yang keluar.Ada yang nampak benda putih terbanglah, ada yang cakap benda tu kat sebelah kita orang lah, tapi yang pasti semua dengar bunyi suara mengilai tu.
Aku tak nampak apa-apa tapi dengar bunyi tu pun dah cukup buat aku takut. Memang tak ada siapa pun yang boleh tiru bunyi tu.
Sedang aku bercerita kes malam tadi, baru aku perasan kawan aku itik, budak sama kelas dengan aku tak join breakfast dengan kita orang.
Mana pulak itik nie, dah lambat dah nak pergi sekolah nie. Pagi-pagi kalau murid tak ikut perhimpunan, memang kena denda. Aku pun pergi cari itik kat dalam dorm, Katil dia masih bersepah. Pelik dah nie takkan dia tak kemas katil dia. Siapa yang duduk hostel memang tahu peraturan ni, sebelum pergi sekolah katil memang nak kena kemas dulu.
Kemudian aku cari balik kat dewan makan, tak jumpa jugak. Ah.. nie mesti dah pergi sekolah, sebab dah lambat dah nie.
Dalam hati aku membebel, budak ni memang sajer buat aku marah. Masa perhimpunan aku pun mula cari dia. Eh.. tak nampak pulak, sampai kat kelas pun tak der. Mana itik nie... dia tertiggal kat dalam hutan semalam ker?...
Bersambung.....
|
|
|
|
|
|
|
|
aisehhh...nk smbgn tgh syok baca
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 24-11-2013 04:30 PM
Yeala memang letih jaga org histeria ni. Asrama aku dulu gitu gak sekali histeria 3,4 orang. Kita ...
huhu...memang..tak tau lah mcmne dorg boleh kena rasuk. Ada kawan yang pernah kena histeria, sy tanya dia..apa dia rasa,dia kata mula2 nk jadi tu dia rasa kepala dia besar..macam kebas, lepas tu dia xingat apa..cuma nampak dia berjalan tepi jalan lepas tu jumpa mayat yang sgt ngeri duk panggil dia, ada yang tak ada kepala..ada yang tak ada tangan..duk kejar dia.dia lari la..pastu ada yang peluk dia..dia meronta..tu kot yang diorg meronta sakan tu. dia ckp..dia dgr org panggil nama dia..tapi sayup2..macam tu. bila sedar..dia rasa mcm baru sedar dari mimpi, letih dan penat..dia rasa pelik kenapa org berkerumun tepi dia.byk jugak dia pergi berubat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan citer seram tp citer lucu.
Kat asrama aku memang selalu xder air. Memang susah jugaklah terutama time nak mandi dan solat. Satu hari tu lepas preb malam aku ngan member aku pi lah kat taman sekolah. Kat taman tu diorg buat macam kolam ikan dan adalah tanam pokok-pokok bunga. Kat situ ada paip air yang sentiasa ada air so kalau nak mandi dan ambil air sembahyang memang kitaorg p kat situ. Sblm ambil air sembahyang aku ngan member aku buang air kecil kat satu kawasan pokok-pokok bunga. Dah habih tunai hajat, aku pun tariklah zip seluar tp tersangkut. Gila sakit. Takkan nak balik asrama tak zip seluar pulak. Aku bg tau kat member aku masalah aku, rupanya dia pun sangkut juga. lepas kami bertukar pendapat kami rasa kami salah pilih tempat tunaikan hajat. Aku ngan member aku terus minta maaf bebyk sbb salah pilih tempat sambil berjanji lain kali tak buat lagi. Yang ajaibnya, secara serentak kitaorg dpt tarik zip dengan mudah.
So moral of the study. Kalau nak lepas hajat tu berhati-hatilah. Mungkin ada makhluk lain yg sekodeng kita. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe itik dah kene golek tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa saspen... tak sabar nak tau apa nasib itik |
|
|
|
|
|
|
|
Kat dalam kelas, macam biasa aku selalunya mengantuk. Tak perform, disebabkan aktiviti malam yang padat.. hehe... Penat seharian belajar, menyebabkan aku terlupa sekejap pasal itik. Masa balik dari sekolah nak ke dewan makan baru aku teringat pasal itik. Dalam aku sibuk beratur menunggu giliran nak ambik makanan, aku macam ternampak mamat poyo dah nak habis makan kat sudut belakang mengadap partition pelajar perempuan.
La.. kat sini rupanya kau. Jerkah aku kat itik.. Rupanya dia ni tak pergi sekolah, ponteng. Malam tu pulak dia tidur kat dorm bawah tak berani nak naik kat dorm dia.Patutlah aku cari pagi tadi tak ada.
Malam ni kita orang malas nak keluar. Ah.. penat, takut pun ada.
So petang tu aktiviti sukan kita orang berakhir ngan lepak-lepak makan burger kat warung depan sekolah.
Tengah lepak-lepak sambil borak-borak kosong, jumat member aku budak paling selamba pun citer semalam ada budak lelaki pergi "ASPURI" tapi kantoi ngan warden perempuan. Aku pun terkejut, malu giler kalau kantoi silap-silap kena buang asrama nie. Budak yang kantoi tu pulak popular kat sini, sebab dia rajin azan waktu nak sembahyang.
Jumat dengan selamba cakap kalau dia yang pergi asrama puteri conform tak kantoi. Haha.. semua kawan-kawan aku tergelak. Kita orang masih teringat malam tu dia yang paling cuak masa kelam kabut kena kacau ngan kak pon.
Malam tu kita orang dah tak fikir pun nak pergi asrama puteri, tapi bila kita orang dengar ada group yang nak pergi, aku tiba-tiba semangat nak follow.
Kita orang bersiap ngan pakaian hitam dan dalam pukul 2.30 pagi, kita orang mulakan perjalanan giler nie.
Hati aku dah berdebar-debar, bukan apa kalau kantoi malu besar aku. Karang awek aku kata apa pulak..
Dari jalan ke dewan makan, aku meyusur ke belakang dan panjat pagar asrama puteri nie. Dalam hati aku terfikir mana group yang lagi satu. Dia orang ikut jalan mana.
Tak jauh dari tempat aku panjat pagar nie, aku ternampak lembaga hitam samar-samar dah berada kat koridor asrama perempuan nie. Dalam hati aku tersenyum, oh korang dah sampai dulu yer..
Aku siap bagitau kawan-kawan aku follow belakang aku, aku pun nak join sama group tu.
Jumat pun pelik tengok aku sebab selamber giler terus nak terjah dah macam over confident pulak..
Aku pun cakap yang aku ternampak group tu dah ader kat koridor dah. Kita ikut jer. Tapi sorang pun member aku tak nampak apa yang aku nampak.
Aku pun cakap dia orang dah sampai la.. sama macam kita pakai baju warna hitam. Jumat tanya aku lagi, siapa? Aku cakap geng zulu laaa. Jumat terkejut mana ada, zulu tak jadi pergi laa..lepas dengar ijam kantoi dengan warden perempuan.Aku lepas dengar lagilah terkejut nak jer aku lari terus ikut pagar depan lepas aku dengar apa jumat cakap. Habis aku nampak siapa kat koridor tu? Ah.. nak buat apa nie..
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat apa ni?
tunggu sambungan laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
leader79 posted on 25-11-2013 10:40 PM
Kat dalam kelas, macam biasa aku selalunya mengantuk. Tak perform, disebabkan aktiviti malam yang pa ...
buat apa p aspuri??
xsabor nak tau sambungan..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Berani tol ek gi aspuri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 26-11-2013 03:26 PM
Berani tol ek gi aspuri...
haha.. aku rasa bukan aku sorang yang pernah pergi asrama puteri, panjat tangki air sekolah, curi makanan kat dewan makan, naik atas siling, intai bini warden, panjat pagar,dan macam-macam lagi kerja gila aku buat masa duduk hostel. Haha.. semata-mata nak letak ayat i'm waz here.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya aku dah lama mengidam nak masuk asrama puteri nie.. Bukan ada niat jahat pun. Masa tengah zaman remaja tu, perasaan ingat tahu memang meluap-luap..hehe.. Aku dengar macam-macam cerita pasal budak-budak perempuan nie. Masa sekolah "black out" tak ada elektrik, budak-budak lelaki tepu tak tahu nak buat apa. Tapi budak-budak perempuan siap buat unggun api macam tengah berkhemah.
Ada aku dengar jugak dia orang ada yang lesbian. Dorm bersih giler dan macam-macam lagi yang sensored hehe..
Masa aku tahu cuma group aku jer yang ceroboh aspuri nie, aku dah tak sedap hati. Dahlah ijam baru kantoi.
Aku pulak dah nampak lembaga hitam kat koridor nie. Perasaan takut lagilah bertambah-tambah. Masa tu aku dah tak ada pilihan lain, kecuali keluar balik. Masa aku nak patah balik tu, ada pulak budak yang tak setuju.
Dah alang-alang sampai, jom kita tengok apa yang best kat sini. Aku tak adalah sampai nak masuk dorm diorang cuma lalu jer kat situ.
Masa aku lalu kat koridor dia orang, kasut dan selipar budak-budak nie kat luar rupanya. Maknanya dalam dorm tak pakai selipar. Bersih giler kalau macam nie. Mulalah jumat nak start buat dajal alihkan selipar dia orang. Budak-budak kat hostel nie kalau pasal selipar memang sensitif. Ha..ha aku pun sama cari idea nak buat dajal.
Lepas tu kita orang lalu kat bilik air diorang nie. Terkejut giler aku pasal bergelap. Nak jimat elektrik apa dia orng nie. Takkan masa masuk baru buka lampu. Tapi alih-alih dengar orang ketawa kat dalam tu.. Giler apa budak-budak perempuan nie masuk bilik air dalam gelap.. Lepas tu kita orang dengar suara yang perlahan dan seram memanggil nama kawan aku. Itik.. itik.. Faisal..faisal berulang kali.. Eh.. siapa pulak nie.. bukan semua orang tahu nama itik nie sebenarya faisal.. dan macam mana dia tahu aku and the geng ada kat sini...
Bersambung....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|