bukak radio spore ria 89.7fm
segmen misteri jam 12 kalau tak silap
dengar lagu intro segmen jam 12 tu
try la try la Last edited by nelayan on 14-1-2014 12:45 AM
haahaaa.. x berani akak nak buka or baca lirik2 tu... sekali menjelma haruuuuuu... dah la penakut.. sejak kawin dah x tgk citer2 hantu.. sebb nyer asben x suka aka penakut.. heehee.. dia kata nanti mlm termimpi2... so akak mmg x tgk dah.. baca citer ni pun kt opis jer.. tu pun klu xde org time lunch x bukak MPS nih.. sebb pernah terdgr bunyi org heret selipar kt belakang bila toleh xde org pun.. hairan sebb xde org kt sini yg pakai selipar.. & lantai berkarpet... huuhuu.. meremang bulu roma time tu...
Kalau siapa yang layan Wujud spore sure korang akan dengar lagu background yang seakan menyeru..Huhuhuu..Dalam setiap episode memang akan ada.Aku mmg automatically akan mute kan volume klu. lagu tu keluar jek... seram weh......Tambah lak dgr situasi2 dlm episode tu.
damian_lee posted on 8-1-2014 09:28 PM
patut masuk bod Gosip ... mak TT secantik uqasha senrose ... hihihih ..
Dulu pernah berga ...
kalau kita suka perati susunan jampi atau mantera orang2 nusantara, kesemuanya hampir sama kaedahnya. khusus, mantera atau jampi untuk mengubat sesuatu penyakit yang ada kaitan dengan makhluk halus... biasanya, susunan adalah seperti berikut:
BASMALAH
[rangkap wajib]
wahai [nama]
aku tahu asal mula mu jadi
engkau berasal dari [bla bla bla]
[sebutan pada sejarah atau keturunan yang bernama di atas]
[option]
[penegasan tentang diri perawat - contoh - aku adalah zat bla bla bla]
[ayat perintah kepada nama yang di atas untuk meninggalkan tubuh pesaki]
[option]
[ancaman kepada nama kalau tak meninggalkan pesakit]
[rangkap wajib]
berkat [sebutan KEKUASAAN/KEHEBATAN PELINDUNG PERAWAT atau KALIMAH TAUHID atau NAMA NABI SAW]
kalau kita suka bertanya pada orang2 tua yang dikenal sebagai perawat, untuk satu penyakit sahaja, seperti sawan kanak2 suka menangis, kita akan berjumpa berbagai usul-asal mulanya sawan... jarang ada yang sekata.
rangkap itu sangat mudah diubah menjadi sesuatu yang compatible dengan agama. mungkin di zaman sebelum islam, rangkap wajib seperti basmalah itu adalah sebutan kepada dewata mulia raya atau sang hyang tunggal.
ada beberapa kesimpulan yang boleh kita ambil apabila meneliti rangkap jampi atau mantera orang2 nusantara, antaranya, katalah ada betul makhluk halus yang menganggu samada di hantar atau datang sendiri, makhluk2 tersebut rasanya tidak kenal namanya sendiri, tidak tahu dia itu siapa dan mudah dimanipulasi oleh manusia atau sejenisnya yang sedikit lebih pintar kerana berteman dengan manusia... dalam bahasa kasarnya... mereka itu dungu... dan akan tetap reside dalam badan manusia kalau ia jenis yang dihantar sehingga satu syarat terlihat ulihnya untuk keluar dari sana, contohnya, sehingga matahari menjadi bulan barulah engkau boleh keluar kesini... dan mereka tak akan jadi seperti genie kepunyaan sinbad dalam lampu ajaib