|
Kat tempat keja aku ada org gini..sesedap mulut mengangkat puji diri sendiri..nak muntah dgq..hari2 aku doa cepat2 lah minah ni berambus
kalau dia dah stat nak puji diri sendiri n kondem org, aku blah ja dari situ..tp kalu sora jenis kuat cam mekrofon tu susahla jugak nak nyahkan sora dia |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina posted on 22-1-2014 11:40 PM
Kat tempat keja aku ada org gini..sesedap mulut mengangkat puji diri sendiri..nak muntah dgq..hari2 ...
Lebih kurang mcm tuh la perangai dia..aduyai..kdg2 penat nak control muka..ada jgak aku melawan tapi aku xsuka...sebab jadi riak pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah baca mane ntah, org yg provoke ni, dia suka tengok response kita, kalau kita melenting, lagi seronok..so bila dia provoke, ko senyam je, diam je..tak yah komen pape..mcm kita marah org gak, kalau lawan kita just ckp ok..senyum, diam..mati kutu la..nak lawan camne lagi dah..kalau boleh blah dari situ, blah je..kalau x boleh blah, pokus pada bende lain..main nset ke..apa2 je la yg boleh alih perhatian ko..ko mindset je dlm mind ko..ko simpati kat dia sbb sanggup merendah2 kan org walaupun kelemahan diri pn ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko ''yeer.. keeer..'' kan ajer... sarkastik skit..hheuhe... |
|
|
|
|
|
|
|
ko hentam jer dia balik.. biar dia xberani nak rendah2 kn org..
org yg mcm 2 kne kasi ajar ckit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku senang jer, aku sound elok elok. Klu ang rasa ang tu bagus itu ang punya pasai tapi jangan nak kritik aku.... jaga hal masing masing ler. ...
sometimes orang yg suka tindas orang ni kita kena gak lawan sekali sekala baru dia tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah ini selalunya berlaku pada orang ego...dia rasa dia paling hebat dan selalu rendahkan orang...nak bagi dia sedar kita kena jatuhkan ego dia...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
FAMILI
Tenang walau dikritik
2014/01/23 - 06:48:44 AMSusunan Mahani Ishak | [email protected] Kawan
Secara jujurnya, tiada seorang pun mahu dikritik. Seseorang akan menganggap diri tidak bagus dan mungkin berasa malu jika kritikan dilemparkan kepadanya, malah cuba membetulkan kesalahannya.
Apa yang pasti, kritikan adalah lumrah perlakuan manusia apabila tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan seseorang. Kebiasaannya, apa yang dinamakan kritikan ini ialah kata-kata dan ungkapan yang akan menghalang sesuatu tindakan yang sudah atau sedang diambil.
Bagi yang tidak tabah dan tidak tahan dengan kritikan dan hujah yang diterima, pasti akan menyerah kalah dan berundur.
Bagaimanakah pula reaksi anda jika dikritik? Marah, mahu menangis, menjawab atau cuba lari daripada realiti. Ada yang berpendapat, walaupun tidak semudah seperti disangkakan, anda perlu menerimanya dengan hati terbuka demi peningkatan atau kemajuan diri yang lebih baik.
Realitinya, ada sesetengah perkara yang dilakukan, orang lain boleh menegur, memberi nasihat atau kata-kata semangat kepada anda. Asasnya, tiada manusia yang sempurna atau dalam kata lain, semua perkara yang dilakukan ada kala betul dan bertepatan tetapi bukanlah mustahil kesilapan boleh berlaku.
Justeru, jika anda dikritik, ia perlu lihat dari sudut positif dan negatif. Jangan bersedih hati, sebaliknya bersabar dan belajar menerima kritikan itu. Terima kritikan dengan minda terbuka dan hati yang positif. Ambil masa untuk muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri.
Di sini, beberapa panduan mudah untuk sentiasa positif, khususnya dalam membina kerjaya anda.
Mendengar dengan penuh perhatian akan menjadikan kritikan sebagai galakan untuk meningkatkan produktiviti, sekali gus mengetepikan andaian negatif bahawa kritikan itu sengaja menjatuhkan reputasinya.
Tindakan itu hanya menyukarkan anda menjadi lebih baik terutama apabila individu yang memberikan kritikan adalah majikan sendiri. Keadaan itu akan menjejaskan hubungan di tempat kerja, sekali gus menyukarkan anda meningkatkan pencapaian kerja hingga menjejaskan kenaikan pangkat berikutan majikan mengandaikan kakitangan itu sukar mengakui kelemahan dan tidak berusaha mengatasinya.
Sebaiknya, cuba menarik nafas panjang dan membuat kiraan sepuluh bagi menenangkan diri. Jika perlu, cuba untuk tidur. Ini bagi membolehkan kita membuat pertimbangan sewajarnya dan tidak mengambil tindakan terburu-buru, sekali gus mengelak timbul kekesalan di kemudian hari. Paling penting, kerja adalah kerja, sesuatu kritikan itu bertujuan membina.
Mengakui kesilapan diri, namun tetap menyalahkan pihak lain bukan tindakan baik. Sepatutnya, anda perlu bersikap bertanggungjawab dan memohon maaf supaya kesalahan tidak berulang. Tiada siapa sempurna dan semua orang melakukan kesalahan.
Kritikan tidak menjejaskan seseorang. Justeru, jangan takut dikritik supaya anda tidak dihantui perasaan negatif hingga menjejaskan keupayaan diri. Dengan memberikan perhatian kepada kritikan orang yang kita hormati, kita akan memperoleh input positif. Perspektif lain, sekiranya tiada sebarang kepentingan, anggap ia sebagai kritikan yang tidak menjejaskan kerana mereka itu cemburu pencapaian anda.
Sebenarnya bukan mudah untuk mengukir senyuman dan menerima secara terbuka setiap kritikan, namun ia adalah kemahiran yang boleh dikuasai. Pastikan ia menjadi strategi yang mampu meningkatkan keupayaan diri bagi membangunkan potensi diri. Justeru, terima segala kritikan dengan tenang dan anda merasai kelainannya
|
|
|
|
|
|
|
|
La kesiannya kt tt. Aku pernah melaluinya |
|
|
|
|
|
|
|
wat bodo jer... orang macam nie xperlu layan... nti lagi ler dia nak menunjuk2... biarkan ajer... emosi x stabil tue... |
|
|
|
|
|
|
|
nanacinta posted on 24-1-2014 07:09 PM
Masalah ini selalunya berlaku pada orang ego...dia rasa dia paling hebat dan selalu rendahkan orang. ...
AKu tak nafikan..ego dia agak tinggi..
Aku pernah tegur dia, tegur pon sebab niat aku baik aku xnak dia buat kesilapan lagi sekali,
tapi jawapan dia terus " aku tahu apa yg aku tgh buat"
Geram gak aku bila dia buat aku mcm tuh..niat aku baik kot
|
|
|
|
|
|
|
|
mahaniishak posted on 25-1-2014 02:46 PM
FAMILI
Tenang walau dikritik
"Sebaiknya, cuba menarik nafas panjang dan membuat kiraan sepuluh bagi menenangkan diri. Jika perlu, cuba untuk tidur. Ini bagi membolehkan kita membuat pertimbangan sewajarnya dan tidak mengambil tindakan terburu-buru, sekali gus mengelak timbul kekesalan di kemudian hari. Paling penting, kerja adalah kerja, sesuatu kritikan itu bertujuan membina."
currently tengah cuba untuk senyum bila kene tegur.
Bila cuba untuk tahan emosi tuh yg payah tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Promote article sendiri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dear kalau u susah sangat nak luahkan perasaan terkilan pada dia..
why not u sms dia sent email or tulis surat pada dia..
bagi tau yang u terluka dengan certain certain perkara.. rather than u keep it for urself..nanti bernanah lagi haru tau.. dalam surat tu u bagitau u bukan nak marah ke hapa cuma nak hubungan tu tak akan dingin and tak mau gaduh kemudian hari..
all the best! |
|
|
|
|
|
|
|
mahaniishak posted on 27-1-2014 12:06 PM
Promote article sendiri ni
serius ??
article sendiri?
nice! |
|
|
|
|
|
|
|
Buat bodoh jer.....pastu pk apa yg best kat awak....kat dia xlak... |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan aku sorang macam ni.
kadang kalau dia ngata kita, sampai terkedu ooo.
tambah2 bila dia kritik, bab2 fizikal, rupa paras. sentap kuasa sepuluh ok.
tapi tu lah, dalam lazer2 dia, baik kawan aku ni.
senang mintak tolong. jenis ingat member, kalau apa2.
so elok jelah aku dok berkwan dgn dia sampai sekarang.
dengan syarat lazer je kan dia balik. muahahaha.
hahahha. habis citer. biar sesame sentap gitu. kehkeh.
|
|
|
|
|
|
|
|
tengah_bosan posted on 27-1-2014 02:42 PM
serius ??
article sendiri?
Yup..im journalist. Desk family. Specific woman desk |
|
|
|
|
|
|
|
nuhanis posted on 27-1-2014 09:55 PM
ada kawan aku sorang macam ni.
kadang kalau dia ngata kita, sampai terkedu ooo.
tambah2 bila dia k ...
ha mintak petua nak sesama sentap tuh boleh??
hahahhaa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|