CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pestol

KUASA DUNIA DAN AHLI SIHIR

[Copy link]
Post time 28-3-2014 06:14 PM | Show all posts
pestol posted on 28-3-2014 06:05 PM

iya, memang tak tau

tapi apa buktinya?
gambar-gambar tu ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2014 03:13 PM | Show all posts

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
صدق الله العظيم

http://shafiqolbu.wordpress.com/ ... hir-rasulullah-saw/

Peristiwa Yahudi menyihir Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.
.
Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.
.
Bersama bahan-bahan tersebut dibuat patung berupa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka di takdirkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Disebut dalam banyak hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Abbas r.a., Ibnu Majjah, Muslim, An-Nasai r.a. dll.
.
Daripada Syaidatina Aisyah r.ha. menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya. Perkara yang telah dilakukan, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam merasa ragu-ragu samada sudah dilakukan atau tidak dan Baginda merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya. Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam Rasulullah berdoa, kemudian berdoa dan berdoa lagi. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang laki-laki menemui Nabi  Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda sedang tidur. Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Malaikat yang berada di sebelah kaki bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kepala Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?
Malaikat yang di kepala: Thabb.
Malaikat yang di kaki: Apakah Thabb itu?
Malaikat yang di kepala: “Sihir.”
Malaikat yang di kaki: Siapakah yang menyihirnya?
Malaikat yang di kepala: Lubaid Al A’sham, orang Yahudi.”
Malaikat yang di kaki: Dengan apa disihirnya?
Malaikat yang di kepala: Sikat dan rambut yang gugur beserta mayang kurma kering.
Malaikat yang di kaki: “Di manakah sihir itu diletakkan?”
Malaikat yang di kepala: “Dalam bungkusan daun tamar di bawah batu besar dalam telagakeluarga Zarwan.”
Malaikat yang di kaki: Dengan apakah kita akan merawat dan memulihkan Muhammad ini?
.
Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah‘Mu’awwidataini’(Surah Al-Falaq & Surah An-Nas).


Nabi Muhammad  Sallallahu Alaihi Wasallam kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut. Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai… kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan. Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum. Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam. Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan. Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.
.
Anas ibnu Malik ra menceritakan, “Bahawa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka kerana hal tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat, ketika para sahabat datang menjenguknya, mereka menyangka, bahawa hal itu hanyalah disebabkan sakit biasa. Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua-dua surah ini; malaikat Jibril akan mengubatinya dengan membacakan kedua surah itu. Lalu Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam. keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat dan segar-bugar.”
.
Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?” Baginda menjawab: “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.” Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)
.
Dalam hadis lain: “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
.
Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 12:27 PM | Show all posts
nelayan posted on 29-3-2014 03:13 PM
أعوذ بالله من ال&#15 ...



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hebatnya akhlak baginda Rasulullah.
Seteruk itu Baginda disihirkan namun baginda tetap melepaskan org yg mensihirkan baginda.

[size=18.399999618530273px]اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
[size=18.399999618530273px]اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 12:54 PM | Show all posts
mareenie posted on 30-3-2014 12:27 PM
اللَّهُمَّ صَل&# ...

mungkin tukang sihir yahudi beranggapan yg bangsa yahudi ni bangsa pilihan
dgn sbb merasakan mereka adalah bangsa pilihanlah mereka sanggup bersekutu dgn syaithon
Rasulullah S.A.W lepaskan yahudi tu drpd dpt hukuman dunia sbb Allah S.W.T sahaja yg layak mengadili
Wallahu'alam

tp walaumcm mana pun

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَمَكَرُواْوَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
صدقالله العظيم


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 12:00 PM | Show all posts
unoryah posted on 28-3-2014 06:14 PM
iya, memang tak tau

tapi apa buktinya?

bukti nya lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:40 PM | Show all posts
syahman: sumpah tak kesah


SO? YG HANG PI BACA APEHAI? SEMAK JE KOMEN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2014 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? Owh my my my
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 03:02 PM | Show all posts
ada update yang lain tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 10:49 AM | Show all posts
freemason ni main sihir gak ke?baru tau.igt dorang ni xpcya menda2 sihir ni.rupanya pcaya juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 02:28 PM | Show all posts
gorgoro posted on 11-6-2014 10:49 AM
freemason ni main sihir gak ke?baru tau.igt dorang ni xpcya menda2 sihir ni.rupanya pcaya juga

zaman firaun kan dia amalkan sihir
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 02:36 PM | Show all posts
Berapa banyak da thread pasal freemason ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 04:48 PM | Show all posts
alphawolf posted on 11-6-2014 02:36 PM
Berapa banyak da thread pasal freemason ni?

xpe bia la mod
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 06:06 PM | Show all posts
Aku suka baca benda macam ni...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 06:41 PM | Show all posts
layan muvie NOW YOU SEE ME.....pasal sekumpulan magician yg dipanggil 4 Horsemen nak join kultus magik dipanggil THE EYE.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2014 11:38 AM | Show all posts
Yustan posted on 16-6-2014 06:41 PM
layan muvie NOW YOU SEE ME.....pasal sekumpulan magician yg dipanggil 4 Horsemen nak join kultus mag ...


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 01:20 AM | Show all posts
Kalo ahli sihir baik mcm merlin OK lah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite da vinci code
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 03:14 AM | Show all posts
Sihir paling best ialah duit kertas/electronic. Tatau asal mana? Siapa yg pegang printer duit kertas, dia la yg pegang kuasa. Siapa yg bebas drp duit kertas/electronic zaman ni?

Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:41 PM | Show all posts
Muzik pun sihir gak.. sihir berlesen.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 02:59 PM | Show all posts
applemy posted on 9-9-2014 02:41 PM
Muzik pun sihir gak.. sihir berlesen.

semua benda pun sihir, macam handphone/gadjet dan lain2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.083929 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list