CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: willow12

engku emran sedang mencuba pikat erra kembali? #prayformomandayah

[Copy link]
 Author| Post time 12-4-2014 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari blog kak jee.. entri suatu ketika dahulu...and kak jee mmg dah mengaku yg dia refer pd erra fazira.


http://www.dapurkakjee.com/2011/12/lebam-di-kedua-belah-tangan.html?m=1

Monday, December 12, 2011

LEBAM DI KEDUA BELAH LENGAN ARTIS...ANGKARA SIAPA?


Semalam, seorang teman rapat telefon Kjee. Katanya dia ke sebuah kelab (bukan kelab malam) di pinggir Ibu Kota. Suaminya bawa dia kesana bersama anak mereka untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Sweet kan? Suami buat semua secara mengejut.

Tiba di sana, kawan Kjee ni bersua dengan seorang artis terkenal. Artis ini yang juga penyanyi dan pelakon, menyapa suami kawan Kjee. Suami kawan Kjee ni, seorang pemuzik terkenal. Kemudian masing2 duduk meja berasingan.


Si artis bersama seorang temannya (wanita). Artis itu tetap kelihatan ayu jelita walaupun tanpa mekap. Mungkin baru keluar dari gym di kelab tersebut. Artis tu nampak kurus sangat.


Kurus makan hati ke kurus sebab dia nak maintain body sebab jadi artis. Walhal artis ni pernah muncul dalam satu rancangan beberapa bulan lalu dan Kjee tengok badannya agak berisi.


"Kurus cantiklah Kjee. Bukan kurus makan hati. Kalau kurus makan hati, pasti terserlah di wajah dia." Oh ya ker. Kjee tanya kerana sejak dua menjak ni ada banyak gossip, rumahtangga dia ada masalah.


Kemudian kawan Kjee kata, suami dia ternampak lebam di kedua2 belah lengan bahagian atas artis itu. Lebam macam kena cengkam dengan kuat! Artis tu pulak selamba guna t-shirt berlengan cukup pendek!


"Suami saya kata, lebam tu nampak teruk sangat. It's a very nasty bruise! Macam dia kena cengkam dari orang yang tak nak melepaskannya. Artis tu putih gebu! Tapi saya haraplah Kjee, bukan sebab perbuatan orang tetapi mungkin tidak disengajakan," kata kawan Kjee.


Suaminya, kata kawan Kjee berharap lebam itu tidak disengajakan. Tetapi sebagai seorang lelaki, suami dan bapa, dia cukup kesian dengan artis itu,


Hmmm sebenarnya, Kjee pun tahu sedikit sebanyak kisah artis ni sering dijadikan 'punching bag' orang yang dia sayangi. Kjee pernah duduk di sebuah kondo di Gombak, lewat 90-an dulu. Artis ini tinggal di Tingkat 5, Kjee di tingkat 4. Masa tu dia baru bertunang dengan seorang artis, penyanyi yang cukup popular.


Dia seringkali dipukul oleh penyanyi itu hingga lebam2 sebab terlalu cemburu. Malah penyanyi lelaki itu pun pernah buat lagu mengenai keterlanjurannya kerana kekasihnya itu bukan lawannya!!


Kemudian emak artis ni bertemu Kjee dan meminta tolong Kjee nasihatkan anaknya (artis wanita tu), supaya lupakan tunangnya. Menangis2 mak itu menceritakan bagaimana anaknya teruk dipukul oleh artis lelaki tu.


Iyshhh siapalah Kjee nak menasihat? Kjee suruh bonda artis itu berdoa. Doa ibu cukup mujarab, kata Kjee. Dan akhirnya, putus jugak pertunangan artis itu dengan penyanyi tersebut.


Tetapi, kisah yang Kjee dengar semalam mengenai lebam2 di lengan artis itu, harap2 bukan sebab bergelut atau sebagainya. Mungkin ia berlaku secara tak sengaja.


Kata Nadia, kesian kan Mama, artis cantik tu. Tak semua orang cantik rupanya mendapat kebahagiaan yang mereka mahu. Selalu orang cantik dapat suami kaya dan hidup penuh kemewahan.


Entahlah sayang...rezeki masing2. Itulah janji Allah swt sebelum mereka dilahirkan di dunia ini. Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 11:31 PM | Show all posts
bagus... moga ada jodoh semula... pas nie hargai ler apa yg ada! naper ler smp bercerai... xleh hadam rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
So sweet....doakn yg trbaik utk mereka brtiga...
My friend pon xbleh tahan tgk jnda dia..xsngka janda dia makin lawa selepas dceraikn..tp my friend dh remarried dgn skndal dia so telan air liur je lah huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:32 PM | Show all posts
Depan Mata: Cinta Erra-Emran masih tebal?

Minggu ini, Depan Mata dikunjungi tetamu yang juga teman sekerja, Abie Abdullah (Penolong Ketua Penyunting Harian Metro) yang ingin berkongsi cerita mengenai teman baik­nya, Erra Fazira dan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Naluri Abie berasakan masih ada cinta di antara mereka. Katanya, Jumaat lalu, melalui akaun Instagramnya, Emran memuat naik status berbentuk dialog bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya mengenai keinginannya untuk membawa puterinya makan angin ke New York sebelum September depan.

Hasratnya dibalas Aleesya yang berbunyi lebih kurang begini: “What about Mom, Ayah?” Engku Emran menjawab: “Yes, she can come along, why don’t you ask her later if she wants to follow, Sweetie.”

Status itu bukan saja menimbulkan pertanyaan pihak media, malah mendapat sokongan ‘pengikutnya’ yang mahu melihat mereka bersatu semula.

Sokongan berupa doa-doa itu membawa pengertian yang mereka mahu melihat mereka bersama kembali, terutama atas nama Aleesya yang sangat memerlukan kedua-duanya.

Malah, sejak kebelakangan ini, Engku Emran menerusi akaun @iamkumbre memuat naik gambar mereka berdua, termasuk foto perkahwinan dan lagu nyanyian Erra yang menjadi kegemaran Aleesya. Difahamkan, Emran berbuat begitu sempena hari jadi Aleesya pada 30 Mac lalu.

Bagi Abie, status itu bagaikan memberi klu baru dalam hubungan yang terlerai 18 Februari lalu, untuk kembali bersatu. Nyata masih ada sayang di antara mereka dan lebih nyata adanya Aleesya, sangat sukar menolak ‘sayang’ itu.

Dia teringat pertemuan de­ngan Emran kira-kira dua tahun lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Emran jelas buntu ketika itu mencari penyelesaian dan cara terbaik serta langkah terakhir adalah me­ngerjakan umrah di Tanah Suci memohon yang terbaik daripada Allah kerana dia tahu Allah Lebih Tahu apa yang terbaik untuknya, Erra, Aleesya dan keluarga mereka.

Dalam pertemuan itu, Emran mengakui wujud ‘gangguan’ sehingga hubungan mereka suami isteri sentiasa ‘panas’. Untuk memandang wajah masing-masing pun sukar. Dengan kata lain, mereka terkena sihir.

Biarpun tahu angkara siapa, Emran mengambil jalan me­ngunci mulut daripada memberitahu siapa si polan itu. Dia lebih selesa memaafkan saja dan berdoa supaya diberi hidayah oleh-Nya.

Dalam perkembangan hari ini, terutama melihat status @iamkumbre, adalah baik kalau mereka rujuk kembali. Cinta mereka masih menebal, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:33 PM | Show all posts
iamkumbre While listening to 'Empire State of Mind' by Jay Z and Alicia Keys in the car this morning, Aleesya and i had an intimate coversation...i told her i wanna take her to this city before she starts her Primary 1 in Sept this year...then she immediately said "what about Mom, Ayah?"...so i replied "Yes she can come along, why dont you ask her later if she wants to follow k Sweetie"...NYC skyline and a scene frm my fav movie that was shot at the Empire State Building...  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 12-4-2014 11:18 PM
iamkumbre Ok this is why Ayah thinks u like coming to Aseana alot Sweetie...the spot whr u r standi ...

Ya Allah..aku pulak yg excited...doakn lah mereka brdua brsatu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2014 11:38 PM | Show all posts
bambimo posted on 12-4-2014 11:33 PM
Ya Allah..aku pulak yg excited...doakn lah mereka brdua brsatu..

hahaha si engku emran pun dah tak malu2 nak mengaku kat public yg dia mmg tengah kejar erra balik.. insyaAllah niat yang baik akan dimakbulkan Allah..kesian plak tengok dia berdua je ngan aleesya.. bertambah kesian lagi kat erra sebab tak bole jumpe aleesya hari2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:43 PM | Show all posts
Terpulang pada empunya badan. Apapun moga berbahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 12-4-2014 11:38 PM
hahaha si engku emran pun dah tak malu2 nak mengaku kat public yg dia mmg tengah kejar erra balik. ...


Tu la..erma prnah ckp 2tahun erra brsabar..myb bla ee dh khilangn erra dia baru tahu erti pnyesalan...cm gila ##lak pun ada hehehe
Pngjaran utk semua..hrgai lah sepenuhnya pasangn kita..huhuhu Last edited by bambimo on 12-4-2014 11:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:56 PM | Show all posts
Niat yg baik beserta doa dan usaha tentu beroleh kejayaan, itupun dengan izinNya
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:56 PM | Show all posts
semoga bersatu kembali dan dpt baby lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:57 PM | Show all posts
Baguslah…masih blm terlambat. Tapi kalau sedar itu semua semasa masih suami isteri kan bagus…tak payahlah nak susah payah naik turun mahkamah. Tapi apa2 pun, smoga berbahagia... kalau erra dapat terima emran balik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
naina posted on 12-4-2014 11:56 PM
semoga bersatu kembali dan dpt baby lagi

Tu le..kesian byk buang masa...klo buang yg keruh amik yg jerneh myb boleh develop kluarga bhgia..dpt adik utk aleesya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku jd EF, aku rujuk je balik
Dah ada org sayang n cinta agong
Nak tggu apa lagi
Umur makin meningkat.....takkan nak fefeling remaja bebas kehidupan bagai
sok EE dah terpikat kat pompuan lain, and EA pun sayang kat bakal mal tiri tu, ko gak yg melepas lg merana
So takyah jual mahal sgt la EF
Hidup kita bukan selamanya di atas
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:13 AM | Show all posts
my opinions ... x pyh rujuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:17 AM | Show all posts
snowsahara posted on 13-4-2014 12:13 AM
my opinions ... x pyh rujuk

Yup...tgk juga keadaan. Ada sesetengah orang, rujuk tapi tak lama kemudian kembali berduka...sbb mmg dah tak ada keserasian dan kembali bersama hanya kerana kesian dgn anak2. At last, semua org  menderita kerana perlu melalui perpisahan buat kali kedua. Jadi harap2 kalau mereka rujuk kembali, kena betul2 usaha sama2...kalau tidak ia akan lebih menyakitkan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 12:23 AM | Show all posts
nk24 posted on 13-4-2014 12:17 AM
Yup...tgk juga keadaan. Ada sesetengah orang, rujuk tapi tak lama kemudian kembali berduka...sbb m ...

correct.
dlm kes EF ni i think no more 2 rujuk balik ....
nmpk mcm byk hal yg x serasi psl dorang ni... then juz fren2 sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:25 AM | Show all posts
Muka elisya sebijik muka erra lerr
tang hdung j lain
await mncung tajam hdung erra xnurun ke anak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
so sweet la ee ni... or bahasa kasarnya gila talak! apapun doakan yg terbaik..
gosip yg erra bermadu b4 ni sahih ke? so status ee ni suami org lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilak talak gitew...sian aleesya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073295 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list