CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi??? Gelatin babi halal???

[Copy link]
 Author| Post time 10-6-2014 08:51 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 10-6-2014 03:00 AM
apa pendapat uncle ya mengani sebilangan orang Islam

yg terlalu nak memudah kehidupan  maka di ...

You lupa sorang lagi, antara tokoh ulama tersohor zaman ini, Dr Wahbah al Zuhaili pun sependapat dengan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam isu ni...

Btw apa problem u dengan Dr Asri? lagipun dia mantan Mufti, Professor Madya yang ada PHD, dia jauh lebih better dari segi judgement dan ilmu daripada mana2 ustaz pelawak yg ada kat Malaysia ni... So apa kurangnya kewibawaan dia sampai u nak pertikaikan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2014 10:56 AM | Show all posts
Orion posted on 9-6-2014 11:28 AM
daging jadi garam tu mcm mana ek?
setahu saya garam blh diguna utk awet tisu supaya DNA tak rosak.
malah ada penemuan garam kristal zaman kuno yg masih menyiman DNA.
jika kita test garam yg dikatakn berasal dr anjing tersebut, mungkinkah DNA anjing tersebut masih wujud?
dan jika DNA anjing masih wujud, adakah ini tetap dianggap istihalah?

Perkara ni masih dalam isu yang boleh dipertikaikan, bergantung kepada yang pakar (DNA) untuk menjelaskan. Ulama yang pakar Al-Quran dan Sunnah, tak semestinya pakar dalam DNA, sebab tu dia (Ulama) bertaqlid kepada kata-kata penyelidik (pakar sains) dalam isu ni. Maka, bila timbul kekeliruan atau percanggahan sesama Ulama, yang sebaiknya ambil jalan taqwa (elak yang tak pasti), kecuali bila darurat diharuskan.

Mungkin penjelasan pasal anjing dah 'bertukar' kepada garam merujuk kepada analogi anjing yang mati dalam takungan air garam, seperti contohnya mati di tepi pantai, yang mana kesannya telah 'lupus', hancur luluh, dah tidak dapat dikenalpasti sebagai bangkai anjing bila bercampur dengan air laut yang bergaram, dan dipukul ombak, dengan bauannya habis dibawa angin, yang kena panas terik yang membakar siangnya, dingin pada malamnya, mereput dan menghancur dalam masa yang panjang.... bila kesan anjing telah 'tiada', yang ada ialah 'air garam', mungkin inilah yang dimaksudkan....

Namun, jika masih ada kesan tulang atau daging anjing, sekalipun sedikit kuantitinya, maka tetap hukumnya HARAM dimakan daging itu...

mcm mana pula dgn susu yg terbentuk antara darah dan tahi.
darah dan tahi adalah najis, susu pula suci.
tapi ketiganya2 blh ada DNA yg sama.

1. Darah tidak najis ikut Ulama Syafi'iyyah. Najis mengikut pendapat Imam Abu Hanifah
2. DNA hanya sekadar untuk tahu sumbernya dari mana. Bukannya DNA itu yang halal atau haram, tapi sumbernya itu yang halal atau haram. Kalau dah tahu DNA babi, maka sumbernya haram. Bila dah diketahui sumbernya haram, dari situ hukum boleh dikeluarkan mengikut kaedah-kaedah tertentu.

sama juga air mani, darah adlh najis. Tisu pula bukan najis.
padahal ketiga2nya jika diuji setiap satu, mengandungi DNA yg sama. (jika diambil dr induk sama)

Itu perbandingan yang tak betul! Kita bercakap pasal SUMBER binatang yang dikesan DNAnya, sebab ada binatang yang halal, ada binatang yang haram dimakan. Kita tak cakap pasal DNA dari tahi dari binatang yang halal dimakan. DNA dari tahi lembu yang memang merupakan najis, yang lembu itu asalnya halal dimakan tidak menjadikannya haram semata-mata kerana DNA dikesan dari najis lembu itu.

Persoalan utama bila guna teknik DNA: (contoh umum)
-SUMBER dari LEMBU: halal
-SUMBER dari BABI: haram

Namun....

Persoalan kedua, berlaku istihalah atau tidak? Jika berlaku, sekalipun sumber asal dari babi, hukum boleh berubah.

Ada sebahagian Ulama yang kata berlaku istihalah, berdasarkan TAQLID/kebergantungan maklumat kepada penyelidik tertentu. Persoalan yang dipertikaikan bukannya kewibawaan Ulama, akan tetapi kewibawaan penyelidik yang menyatakan berlaku istihalah... adakah benar dipersetujui?

bolehkan istihalah dinafikan semata2 dgn kewujudan DNA yg terlalu seni itu?

Istihalah TIDAK dinafikan. Yang menjadi masalahnya adakah benar berlaku perubahan LEMAK BABI sehingga tidak boleh dikesan sebagai lemak babi?

DNA hanya sekadar untuk kenalpasti dari mana datangnya SUMBER makanan itu.

Last edited by mnm77 on 10-6-2014 11:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 11:31 AM | Show all posts
Saya kutip dari thread satu lagi yang membincangkan isu yang sama:
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr AsriAstro Awani | Kemas kini: Jun 07, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 07, 2014 17:51 MYT)



Dr Asri menegaskan sesuatu yang najis boleh menjadi halal. -Gambar Fail





KUALA LUMPUR: Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan.

"Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini.

"Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI.

Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan.

"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.

"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

“Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis,” tulis beliau.

Beliau juga menggemukakan contoh arak yang bertukar menjadi cuka; ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah.

Dr Asri berkata Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain juga memberikan pandangan mereka tentang DNA babi yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan.


Isu DNA ni kini dilihat berkait dengan isu Coklat Cadbury, yang mana ujian awal Kementrian Kesihatan mendapati ada dikesan DNA Babi dari sampel yang diambil dari pasaran. JAKIM pula membuat ujian dan mendapati TIADA DNA Babi dari sampel yang diambil terus dari kilang.

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:05 PM | Show all posts
Saya nak komen sikit lagi sebab isu ni dah membawa kepada banyak kekeliruan dalam masyarakat. Dalam masa yang sama saya nak sentuh juga pasal coklat Cadbury, yang mana telah jadi viral dalam alam cyber, ada pihak yang kata halal, ada pihak kata ada konspirasi JAKIM kata halal untuk jaga 'kepentingan' pihak tertentu.


Isu yang berkait dengan JAKIM dan cop halal


1. Jika kita percaya JAKIM melakukan yang terbaik untuk menjelaskan permasalahan yang timbul, maka ikutlah penjelasan JAKIM. Jika dah tak yakin dengan JAKIM, maka jangan makan coklat tersebut. Ini sama seperti kita makan di gerai atau warung di tepi parit yang diusahakan oleh orang Islam, jika kita percaya cara penyediaan makanan di situ ikut peraturan halal, maka kita boleh makan di situ walaupun tiada cop halal JAKIM. Kalau kita ragu-ragu dengan cara penyediaan makanan, usah makan di situ walaupun kedai tu kepunyaan orang Islam.

2. Jangan salahkan JAKIM atau memburuk-burukkan JAKIM tanpa mendatangkan BUKTI. Fitnah itu lebih keji dari membunuh.

** cumanya saya berharap JAKIM dan pihak Kementrian Kesihatan dapat duduk semeja, ambil sampel dari PASARAN dan juga dari KILANG, buat lagi uji kaji secara berkala. Ini dapat mengurangkan kesangsian masyarakat terhadap JAKIM. Ada beberapa kemungkinan yang perlu diteliti:
- Ada kemungkinan kilang di Malaysia ikut piawaian halal bila diminta sampel oleh JAKIM, tetapi pada waktu lain tidak ikut piawaian.
- Atau mungkin juga kilang di Malaysia memang ikut piawaian halal, tetapi bila stok tempatan terhad, coklat dari luar yang tiada piawaian halal dibawa masuk.
- Atau ada kemungkinan pencemaran yang tak sepetutnya berlaku ketika diuji oleh pihak Kementrian Kesihatan. Maka pihak Kementrian harus membuat pengumuman rasmi tentang kesilapan teknikal itu.
- Atau ada pihak yang sengaja nak sabotaj Cadbury atas sebab-sebab tertentu


Isu berkait dengan DNA Babi dan Istihalah

1. Teknik DNA boleh digunakan untuk kenapasti kehadiran DNA babi. Terkini JAKIM telah mengesahkan tiada DNA babi dalam coklat Cadbury. *Cumanya selepas ini diharap JAKIM dapat buat ujikaji lagi secara berkala dari sampel yang diambil dari PASARAN dan juga dari sampel KILANG, adakah semua sampel itu menunjukkan keputusan yang konsisten?
2. Berkait dengan isu istihalah (perubahan zat), terpulang kepada kepercayaan masing-masing untuk ikut Ulama mana yang nak ikut. Pada pandangan peribadi saya, setakat ilmu yang saya tahu (saya juga penyelidik dalam bidang yang berkait dengan Kimia), saya lebih cenderung kepada TIDAK BERLAKU PERUBAHAN ZAT, maka Gelatin babi tetap haram. Namun terpulanglah kepada diri masing-masing untuk pegang samada gelatin babi tu halal atau haram.

Saya petik balik dari Dr MAZA, walaupun dalam isu ni saya tak sependapat dengan penjelasan darinya:
"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.

"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.

Dan saya akhiri dengan hadith berikut:
عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " إن الحلال بين و الحرام بين , وبينهما مشتبهات قد لا يعلمهن كثير من الناس , فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه , ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام , كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه , ألا وأن لكل ملك حمى , ألا وإن حمى الله محارمه , إلا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله , وإذا فسدت فسد الجسد كله , ألا وهي القلب

Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahawa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada seketul daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati”.
[HR Bukhari dan Muslim]

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 10-6-2014 12:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 01:29 PM | Show all posts
DrMAZA.com
39 mins · Edited ·

KESIMPULAN ISU ISTIHALAH KHINZIR

Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?
Saya ingin rumuskan seperti berikut;

1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

2. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

3. Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan:
Fatwa (34)
Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?
A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.
Second: compounds of vegetal origin
Third: compounds of animal origin
Fourth: compounds dissolved in Alcohol
The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.
Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.

Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;

1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar)
2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon)
3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland)
4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France)
5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
8. Sheikh Ounis Qurqah (France)
9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia)
11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain)
12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK)
14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia)
16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia)
17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France)
19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan)
20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK)
22. Sheikh Tahir Mahdi (France)
23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)
26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany)
28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia)
30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany)
31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia)
32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)

4. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

5. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

6. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal.

7. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 03:59 PM | Show all posts
mnm77 posted on 10-6-2014 10:56 AM
Perkara ni masih dalam isu yang boleh dipertikaikan, bergantung kepada yang pakar (DNA) untuk menj ...

Tq atas penjelasan panjang lebar.
Nampaknya sy keliru apabila mendatangkan contoh yg tidak relevan.
Apabila awak pinpoint, baru sy perasan. Tq kerana betulkan.

Comments

Terima kasih kembali... moga bermanfaat  Post time 10-6-2014 04:16 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2014 04:08 PM | Show all posts
Saja la saya nak share insight saya pasal DNA tu. By training 3 tahun saya mengadap subjek molecular biology (pasal DNA, gene etc).

Pada pendapat saya, pakar2 ugama kena terangkan apakah yang dikatakan "transform" tu. Seperti contoh arak jadi cuka, saya faham apa yang transform dari sudut molecular level aka chemcial component. Sama macam abu, dan jugak anjing yang jadi "garam" tu.

Bab DNA yang specific pada sesuatu species dikatakan transform, saya tak boleh nak hadam. Kalau dikatakan transformed, mereka hanya akan dapat kenal amino-amino acids yang mana2 species pun ada. Kita takkan kenal ianya adalah satu unit DNA. Apatah lagi kalau ianya memang seketul gelatin, memang telah la benda tu tak transform. Kalau transform orang dah tak panggil gelatin.
Last edited by baulu on 10-6-2014 04:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 04:24 PM | Show all posts
baulu posted on 10-6-2014 04:08 PM
Saja la saya nak share insight saya pasal DNA tu. By training 3 tahun saya mengadap subjek molecular biology (pasal DNA, gene etc).

Pada pendapat saya, pakar2 ugama kena terangkan apakah yang dikatakan "transform" tu. Seperti contoh arak jadi cuka, saya faham apa yang transform dari sudut molecular level aka chemcial component. Sama macam abu, dan jugak anjing yang jadi "garam" tu.

Salam...

Memang agak susah nak terangkan sebab pakar Agama kena jadi pakar DNA juga, dan tak ramai yang ada kebolehan macam ni. Apa yang berlaku, pakar Agama dapat maklumat dari penyelidik yang lain, lalu merumuskan hukum.


4. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

Justeru, ada perbezaan pendapat... cuma bergantung kepada keilmuan masing-masing untuk terima penjelasan yang mana yang lebih mendekati taqwa.

Bab DNA yang specific pada sesuatu species dikatakan transform, saya tak boleh nak hadam. Kalau dikatakan transformed, mereka hanya akan dapat kenal amino-amino acids yang mana2 species pun ada. Kita takkan kenal ianya adalah satu unit DNA. Apatah lagi kalau ianya memang seketul gelatin, memang telah la benda tu tak transform. Kalau transform orang dah tak panggil gelatin.

Itu lah masalahnya. Bagi pihak atau Ulama yang kata 'transform', mereka seharusnya menjelaskan dengan terperinci dari maklumat penyelidik yang mana yang kata macam tu. Oleh kerana Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan Dr MAZA merupakan antara Ulama yang mempunyai impak yang besar juga melalui ruangan penulisan dan fatwa, maka sewajarnya maklumat yang lebih mendalam diperlukan. Setakat ini hanya penjelasan umum, yang mana saya rasa mereka (Ulama) juga bersandarkan kepercayaan kepada penyelidik lain dalam merumuskan fatwa mereka. Justeru dalam isu ni, kesimpulan itu belum kukuh, masih lagi dalam perbahasan saintifik. Maka sehingga dapat kepastian, sebaiknya ikut jalan taqwa, namun sesiapa yang ikut fatwa tersebut terpulanglah juga.

Last edited by mnm77 on 10-6-2014 04:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2014 04:28 PM | Show all posts
obelisk posted on 10-6-2014 01:29 PM
DrMAZA.com
39 mins · Edited ·

Alhamdulillah... nampak kalini penjelasan yang lebih neutral dari Dr MAZA

5. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

6. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal.

7. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.



Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 04:37 PM | Show all posts
obelisk posted on 10-6-2014 01:29 PM
Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;

23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)

Saya lihat ada nama Mufti Taqi Uthmani yang merupakan ahli Majlis Fatwa Eropah. Mungkinkah ramai dari ahli Majlis Fatwa Eropah juga TAK BERSETUJU dengan kesimpulan porcine gelatine itu halal?

http://www.halalhmc.org/mobile/news-details.htm?news_id=125&news_cat_id=5



Gelatine Statement

Statement in regards to the status of Porcine gelatine

Mufti Sarfraz Mohammed (Auditor for HMC non-meat and one of the HMC Scholars on their Shariah Advisory Committee) wrote a fatwa in 2010 under the guidance of Mufti Taqi Usmani Saheb.

The fatwa clarifies Mufti Saheb's position in relation to where his name has been mentioned in World Health Organisation website with other scholars and distances himself from that opinion.

The fatwa and research by Mufti Sarfraz Mohammed details very clearly that the chemical reaction and change required for the pork gelatin to become halal does not occur and therefore any substance that has pork gelatine cannot be used.

Date Added: 02 October 2013


Last edited by mnm77 on 10-6-2014 04:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 04:51 PM | Show all posts
mnm77 posted on 10-6-2014 04:37 PM
Saya lihat ada nama Mufti Taqi Uthmani yang merupakan ahli Majlis Fatwa Eropah. Mungkinkah ramai d ...

Sebenarnya sapa rajin makan soup gearbox, hatta sup ayam ni pun boleh buat sendiri gelatin.

Lepas sup dah empuk, masukler dalam fridge. Bila dia dah keras kadang2 dia macam jelly like. Itulah gelatin home-made.

Satu lagi kalau masak asam pedas rebus ikan pari. Bila keluar dari freeze, asam pedas tu mesti macam agar2. Paling banyak gelatin sebab sebab tulang dia tu cartillage yang sedap dimakan. Itulah sumber gelatin yang menyebabkan asam pedas sejuk tu jadi jelly asam pedas.

Jadi, bagi sapa yang rasa gelatin babi halal, bayangkan anda sebenarnya sedang menghirup sup tulang babi yang baru keluar fridge.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 05:04 PM | Show all posts
Secara tak langsung saya rasa umat islam cuba dikelirukan dengan istilah DNA ni. Akan ada satu  masa akan dikatakan kewujudan DNA sesuatu benda haram adalah halal dalam makanan yang asalnya halal.

DNA detection utk babi ni dipelopori oleh saintis Malaysia sebab nak jaga maslahat umat Islam. Depa guna DNA sebagai kunci kerana DNA adalah specific pada species, malah individu. Kalau depa guna detection berdasarkan rupa, colour, bau etc, sampai kesudah kita takkan tahu bahawa dalam kek cokelat kita makan ada unsur benda yang haram dimakan.

Sebab testing methodnya adalah DNA, maka fokus adalah pada DNA. Bagi orang biasa, DNA ini tak dapat dilihat, dibau dan dirasa. Padahal untuk mendapat result DNA yang mengecam sesuatu species, mestilah ada satu komponen besar, seperti gelatin ka, darah ka, hati ka, tulang sum sum ka yang telah dicampurkan dalam bahan makanan yang asalnya halal. Tanpa bahagian2 haiwan ni, DNA tidak akan dapat didetect.

Bagi saya jangan tengok DNA sebagai satu bahan remeh. Allah cipta makhluk sampai tahap DNA supaya hambanya ada kunci untuk  atau petunjuk pada sesuatu perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 06:54 AM | Show all posts
Kalo sifatnya tu was-was, dikaji zatnya...?

X pasti dgn yg ni...tu pn klo diwajibkan periksa DNA
- sblm nk tukar darah, kna check darah sendiri dulu


Calling @nobito

Asal Usul Melayu ada kaitan dengan DNA Babi




Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-6-2014 06:54 AM
Kalo sifatnya tu was-was, dikaji zatnya...?

X pasti dgn yg ni...tu pn klo diwajibkan periksa DNA ...

Dna babi dgn dna manusia ni dah nk serupa je...struktur kulitnya pon sama. Sbb tu Allah bagi manusia akal dan nafsu yg dibimbing oleh Alquran dan as-sunnah. Dan sabar tu hanya sifat yg dimiliki oleh manusia yg benar2 manusia dan sabar bukan sifat babi mahupun malaikat (x bernafsu itu).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 02:02 PM | Show all posts
DrMAZA.com
58 mins ·

Sibuk sesetengah pihak hendak mencerca majlis-majlis fatwa antarabangsa dan para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Taha Jabir dan lain-lain pasal istihalah khinzir itu, apakah pula sikap mereka mengenai firman Allah:
(maksudnya) “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Dan barang siapa yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”. (QS. Al-Baqarah:275).

Firman Allah juga: (maksudnya) “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (QS. Al-Baqarah:279)

Nabi s.a.w bersabda: “Jauhilah tujuh mubiqat (dosa besar yang membawa kepada kehancuran),” lalu baginda sebut salah satunya adalah memakan riba. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Sudahkah kita elakkan riba yang lebih dahsyat dari khilaf istihalah khinzir itu?

-----------

DrMAZA.com
Liked · 37 mins


Macam mana pula sikap kita dengan fatwa-fatwa ini?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 02:05 PM | Show all posts
DNA

Masa 20 tahun yang lalu, kalau student melayu baru sampai ke UK, mereka dibekalkan dengan satu list yang mengandungi semua bahan2 yang meng'was-was'kan.. A471, Abla bla bla (dulu saya hafal)...saya cakap list sebab panjang sangat berjela-jela, kalau pi shopping ada bawa kertas A4 dua tiga muka surat. Siapa yang buat list tu? Antaranya student-student jugak yang rajin sangat menulis surat ke kompeni-kompeni tanya, tak kurang juga yang buat penyiasatan sendiri di zaman yang tak mudah dapat info macam sekarang (internet, sheikh google etc.)

Tapi sekarang, kalau ada orang melayu baru sampai, nasihat saya pada diorang (berdasarkan nasihat dan fatwa para imam yang dipercayai yang lama dah duduk barat), tengok ingredient belakang tu, kalau tulis suitable for vegetarian and takde obvious alcohol, then halal.. Makan je lah. So macam mana? Memudahkan. Sebab tu saya setuju dengan ada satu artikel yang somebody pernah tulis, orang melayu kita ni kalau was-was pasal makanan terlebih-lebih. Saya setuju yang dia kata, kalau kita pegi rumah orang, tuan rumah dah tunjuk kiblat, kita jangan mengada check lagi. Saya juga setuju kalau kita pergi rumah orang, walaupun bukan Islam, yang bersusah payah membeli dan memasakkan kita daging halal untuk kita makan dan jangan siasat-siasat berlebih-lebih lagi, tak payah pergi ke dapur dia tanya dia masak guna apa etc. tak payah suruh dia tukar pinggan mangkuk baru untuk kita. And kalau kita pergi restoren yang bukan Islam, bila kita order makanan yang kita yakin tiada makanan haram atau syubhah di dalamnya, kita boleh makan dengan yakin. Tak payah pergi dapur dia check tempat masak dia.

It is not the question pasal kalau kita tak makan kat luar kita tak mati, bukan jugak question kalau kita tak makan cokelat tak mati, tapi ianya pasal kemudahan. Ianya pasal was-was. Bukan jugak pasal kalau makan tak jaga susah nak hafal quran, berapa banyak sheikh yang bagus-bagus (mmg byk yg dtg ke UK yang tak tersebut saya) jenis makan di restaurant tanpa ragu-ragu.

Now pasal DNA.. Ini dah hal lain. Seperti pendapat saya yang dulu, DNA ni dia test yang sangat sensitif. Apa maksud saya? Pernah tengok tak cerita CSI yang polis forensik dia sapu-sapu macam berus sapu pipi tu ke surface dinding masa cari cap jari etc? Yup, dia cari DNA siapa pernah sentuh dinding tu, tapi bukan bermakna orang yg ada DNA kat situ jadi bahan buat dinding tu. Mana2 tempat yang kita pernah sentuh, ada DNA kita, it is that sensitive. Saya ada komen jugak dulu pasal DNA test ni.

Apa DNA ni sebenarnya? Secara simple, DNA (Deoxyribonucleic acid) terdiri daripada base nucleotide C, T, G, A yang secara berkumpulnya menjadi protein. Kumpulan beberapa protein menjadi gene. Genes ni menjadi coding untuk bagaimana tubuh badan kita bertugas, so dia seperti pelan kecik yang tubuh badan kita mesti akan ikut. Tu pasal kalau silap gene, walaupun sedikit boleh menyebabkan kecacatan. Begitu cantik sungguh ‘bahasa Allah’ dalam menjadikan tubuh manusia dan begitu teratur dan tertibnya kerajaan Dia, boleh tengok link ‘bahasa tuhan dalam blog saya’.

Now, satu manusia dengan satu manusia yang lain, DNAnya ada 99.9% persamaan. Dan haiwan yang paling sama gene dengan manusia merupakan babi… (yup… bukan orang utan, beruk atau monyet) sehingga ada sesetengah saintis membuat theory yang gene manusia berasal bila beruk kawen dengan babi (yuck!) berdasarkan komposisi genenya.

So, soalan saya pada pihak yang membuat DNA test ini adalah bagaimanakah cara mereka menguji DNA tersebut? Adakah mereka mencari semua sequence atau sequence sikit yang membezakan babi dan haiwan lain (yang dinamakan DNA barcoding?) Sebab cara yang pertama tersangatlah susah dan mahal (merepeklah siapa yang kata boleh test guna style kertas litmus tu) manakala cara kedua (barcoding) terdapat banyak ‘khilaf’ di kalangan saintis sendiri sebab faktor untuk jadi salah/tak tepat adalah sangat tinggi.

So, bila ada pihak mengatakan mereka jumpa DNA babi dalam satu benda, pada para saintis ianya tidak semestinya bermaksud babi adalah merupakan satu bahan dalam benda tu. (Remember cerita saya pasal kesan DNA pada dinding tadi?) Contamination dari luar campur tahap kesalahan yang tinggi (senang sangat untuk sequence tu tersilap walaupun sikit je) campur sifat dan rupa barang yang dah berubah sifat untuk kita meragui status ke’haram’an sesuatu yang asalnya halal adalah tinggi… maksudnya… takyah ragu lah benda yang asalnya halal (kalau susah nak faham bahasa berbelit-belit).

Saya takut orang melayu kita pasal sangat sensitif dengan DNA, dia takmo solat. Sebab? Pada dia kat mana-mana lantai ada DNA anjing, najis. So jadinya dia tak solat. Dia lupa hadis yang mana-mana tempat dalam dunia ni suci as long as takder rupa, bau dan warna najis,... tak payah check DNA. Sebab kalau check DNA anjing, sure susah orang macam kita nak nak solat kat park terbuka. Islam itu agama yang memudahkan penganut, bukan menyusahkan. Feqah pernah ajar kalau kita jalan, ada air terpercik jatuh kena baju kita, kita tak payah investigate air tu datang dari mana, kalau tak, habis terfikir, eh dari bumbung, bumbung ada burung berak so najis.. Tokleh solat lagi!.. Nabi pernah renjis air pada kain dia sebelum buang air supaya tak was-was dgn bekas air incase ada terpercik buat org yg berfikiran was-was.

Ini tak termasuk lagi fatwa yang membolehkan makan sembelihan ahli kitab, walaupun saya tak ambil fatwa tersebut tapi saya taklah kutuk pada orang yang berpegang padanya. Orang-orang tersebut bukannya org yang 'huha', tapi yang hafal2 quran jugak, malah hafal lebih banyak dari saya.. Cuma bukan melayulah.. Saya pernah nampak org komen kat orang lain, "alah bukan mati pun tak makan cadbury tu", but that is not the point. The point is, jangan banyak was-was, selagi benda haram bukan dalam ingredient, tak payahlah check DNA. Makanlah, dia halal.

Elies
PhD Biomaterial/Medical Engineering
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 03:30 PM | Show all posts
Makan coklat kandos je atau crispy
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:34 PM | Show all posts
Babi adalah najis MUHALLAZAH
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:52 PM | Show all posts
baulu posted on 10-6-2014 04:51 PM
Satu lagi kalau masak asam pedas rebus ikan pari. Bila keluar dari freeze, asam pedas tu mesti macam agar2. Paling banyak gelatin sebab sebab tulang dia tu cartillage yang sedap dimakan. Itulah sumber gelatin yang menyebabkan asam pedas sejuk tu jadi jelly asam pedas.

Jadi, bagi sapa yang rasa gelatin babi halal, bayangkan anda sebenarnya sedang menghirup sup tulang babi yang baru keluar fridge.

Bagi sesiapa yang tahu apa itu gelatin, sungguh dia tak akan sanggup kata gelatin telah bertukar komposisi kimia/bertransformasi kepada unsur yang lain.

Bagi yang kata berlaku transformasi, saya ingin sangat lihat apa hujjah mereka. Fatwa Shaikh Al-Qardhawi bersandarkan kepada PENDAPAT penyelidik, dan kepada golongan yang mempertahankan pendapat tersebut, saya harap dapat lampirkan secara teknikal bagaimana GELATIN BERTRANSFORMASI.

Saya dapati, kebanyakan Ulama TIDAK PASTI samada berlaku transformasi atau tidak, maka mereka katakan JIKA BERLAKU TRANSFORMASI, maka jadi halal. Sebahagian dari mereka (Al-Qardhawi) merujuk kepada penyelidik tertentu yang cenderung kepada merumuskan berlaku transformasi, maka membahaskan dari segi kehalalannya. Sebahagian yang lain tidak merumuskan secara pasti, dan sebahagian besar yang lain merumuskan TIDAK BERLAKU TRANSFORMASI, dan disertakan hujjjah-hujjah saintifik.

Below is an article written by Muhammad Ansar Husain Nadwi (B.Tech. Chem. (Spl. in Leather), M.C.A.):

Why the making of gelatine cannot be considered Qalb-ul-Mahiyat in the Shariah.

Gelatine is nothing but raw collagen dissolved in hot water. Collagen is a structural protein found in all animals. It constitutes approximately 90-95% of the total corium of an animal skin. During the manufacture of gelatine, the hair, flesh, nerves, veins, sweat glands, albumins and other proteins are removed from the skins by means of very dilute solutions of acids (approximately 1-5%) or alkalis to leave only the corium layer of the skin. This skin is then dissolved in hot water to yield gelatine. Collagen which is present in the skin remains collagen itself in its essence even after the treatment with acid or alkali.

It is known that the collagen constitutes 90-95% of the corium layer of the skin. Now if the source of the skin is an animal which is Najis-ul-Ain then this 95% part of its skin is also Najis-ul-Ain. This means that during the manufacture of gelatine this Najasah remains in its original form until the skins are ready for boiling. After heating this collagen in water it is converted to gelatine. So the main change occurs during the heating process. Now since the mere boiling of Najis-ul-Ain substance in water is not considered Qalb-ul-Mahiyat in the Islamic Shariah therefore the change of collagen to gelatine cannot be considered Qalb-ul-Mahiyat.

Fatwa Mufti Taqi Uthmani:
http://www.fiqhcouncilbirmingham.com/page/question/54

QUESTION
There seems to be some confusion regarding the permissibility of the flu vaccine which contains porcine gelatin. It has been claimed that Shaykh Mufti Taqi Usmani also considers porcine gelatin to be halal due to the chemical change found during it's manufacturer which makes it a new and permissible substance as per the attached ruling. Please clarify the ruling and if this is really the view of the Shaykh.

ANSWER

It should be clear that porcine gelatin only undergoes an insignificant chemical change which does not render it a new substance. Indeed the view of Shaykh Mufti Taqi Usmani is not as mentioned in the question, rather, the Shaykh regards porcine gelatin to be impermissible as per the signed and stamped fatwa attached here:
Fatwa on Porcine Gelatin
http://www.fiqhcouncilbirmingham.com/storage/files/Fatwa_on_Porcine_Gelatin.pdf

Yang kata berlaku transformasi, boleh lampirkan hujjah saintifik?



Last edited by mnm77 on 11-6-2014 03:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 04:14 PM | Show all posts
obelisk posted on 11-6-2014 02:02 PM
DrMAZA.com
58 mins ·
Sibuk sesetengah pihak hendak mencerca majlis-majlis fatwa antarabangsa dan para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Taha Jabir dan lain-lain pasal istihalah khinzir itu, apakah pula sikap mereka mengenai firman Allah

Jika ada cercaan, sememangnya tak patut. Kita hormati Ulama yang disebut di atas atas kapasiti keilmuan mereka. NAMUN, berkaitan isu istilahah khinzir tu, bukannya atas dasar keilmuan Ulama yang disebut di atas yang menjadi masalah, kerana mereka hanya bertaqlid kepada PENDAPAT penyelidik tertentu. Justeru jika ada pihak yang tegas tak setuju dengan fatwa tersebut (kerana dilihat mengelirukan umat), pihak yang pertahan pendapat tersebut wajar memberikan hujjah untuk menyatakan BERLAKU ISTIHALAH. Kenyataan umum setakat 'berlaku istihalah' tidak menjadikan hujjah, bahkan menambahkan kekeliruan dalam masyarakat, kerana dah ada yang pakar dan tahu apa itu GELATIN.

Shaikh Yusuf Al-Qardawi, Dr MAZA dan ada beberapa Ulama tertentu yang lain dah terkenal dengan keilmuan mereka, dan mereka juga tidak bertaqlid kepada mazhab tertentu atas kapasiti keilmuan mereka. Justeru, jika betul mereka bertaqlid kepada PENDAPAT penyelidik tertentu berkaitan isu istihalah khinzir, sudah tentu pendapat itu haruslah KUAT dan KUKUH (berdasarkan keilmuan mereka yang selalu berpegang kepada pendapat yang KUAT). Jika pendapat itu disanggah oleh Ulama/ustaz lain, maka masing-masing eloklah datangkan hujjah masing-masing.



Last edited by mnm77 on 12-6-2014 10:24 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list