CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irisismail

All About Nora Danish Versi 9....Jemput masuk!!!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-6-2014 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 11:10 AM | Show all posts
saadiah5 posted on 18-6-2014 10:59 AM
pokoknye......meluattttt,kawinlaaaaaaaaaa habis cite.

dah meluat watpe masuk rumah si comel neh...sakit eh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:11 AM | Show all posts
banyak betui gossip pasal nowa ni...dah umah ke 9...

maha hebat gittew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 11:13 AM | Show all posts
HIBURAN
Cetusan hati Farid, Nora




FARID KAMIL dan Nora Danish memberikan impak lakonan tersendiri untuk filem Pengantin Malam.

KALAU diikutkan, bukan mudah untuk mengaturkan sesi fotografi bersama dua pelakon popular, Farid Kamil dan Nora Danish lantaran kesibukan jadual kerjaya masing-masing sekarang ini.

Secara kebetulan, mereka bergandingan dalam filem baharu terbitan Metrowealth, Pengantin Malam. Maka, pihak Metrowealth telah membuat satu sesi fotografi khas untuk mempromosikan filem berkenaan.

Selain bercerita tentang lakonan yang ditampilkan dalam filem bergenre seram arahan Eyra Rahman itu, kedua-dua pelakon berkenaan turut ditanya tentang kehidupan peribadi masing-masing.

Menceritakan tentang kehidupan yang dilalui sekarang, Farid menyatakan, kini dia dan isterinya, pelakon Diana Danielle sedang melayari bahtera kehidupan dengan lebih gembira bersama anak mereka, Muhammad yang bakal mencecah usia setahun.

"Apabila melihat Muhammad membesar di depan mata, dia seperti bayangan diri saya sewaktu kecil dahulu. Malah, perkara ini turut diakui oleh ahli keluarga dan saudara mara saya.

"Dahulu, ibu saya pernah menyimpan impian untuk melihat saya membesar sebagai seorang hafiz tetapi tidak kesampaian.

"Jadi, mungkin impian itu akan saya perturunkan kepada anak pula dan saya akan masukkan Muhammad ke sebuah sekolah tahfiz nanti," luah Farid.

Memandangkan usia Muhammad bakal mencecah usia setahun tidak lama lagi, pelakon itu turut ditanya sama ada dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, mereka tidak pernah merancang menambah cahaya mata dalam tempoh tertentu, sebaliknya ia terpulang kepada rezeki dan Farid sendiri memang ingin memiliki cahaya mata.

"Kalau diikutkan, siapa yang tidak mahu mendapat lebih ramai anak, cuma ketika ini Diana terikat dengan kontraknya bersama sebuah produk yang memerlukannya memberikan komitmen dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu yang membabitkan mereka dengan ibu mentuanya, Norsiah Ramli sehingga timbul dakwaan yang mengatakan dia tidak membenarkan Muhammad bertemu neneknya, Farid lantas menjawab dengan tenang mengenai hal itu.


SUAMI pelakon Diana Daniele ini menjawab persoalan tentang isu ibu mentuanya, Norsiah dengan penuh profesional.

Jelasnya, selama ini dia langsung tidak pernah menghalang kalau Norsiah mahu bertemu dengan Muhammad. Namun, sehingga kini dia dan Diana tidak tahu di mana ibu mentuanya itu berada.

"Saya pernah berbincang dengan Diana mengenai perkara ini dan berpesan supaya dia mencari ibunya. Bagaimanapun, isteri saya itu mengatakan yang dia belum lagi bersedia buat masa ini.

"Kalau diikutkan, saya tidaklah mahu terlalu memaksa atau mendesak Diana. Bagi saya, kalau ada rezeki, ibu mentua saya itu akan tetap berjumpa dengan cucunya suatu hari nanti," ujarnya.

Kelainan

Bercerita tentang perjalanan karier seninya pula, Farid menjelaskan, filem terbaharu lakonannya bersama Nora Danish, Pengantin Malam akan ditayangkan di pawagam pada 19 Jun ini.

Menurutnya, dalam filem tersebut dia membawakan watak seorang suami bernama Razif yang cuba menyembunyikan kisah silam tentang isterinya, Maya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Ketika saya mula ditawarkan berlakon dalam filem ini, saya menjangkakan yang Pengantin Malam ini sama seperti filem seram lain. Namun begitu, sangkaan saya ternyata jauh meleset.

"Misalnya, pembikinan filem ini tidak seperti yang saya bayangkan pada peringkat awal. Ternyata, Eyra selaku pengarah telah mengambil pendekatan yang berbeza untuk menghasilkannya menjadi sebuah filem seram yang baik," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengalami sebarang gangguan sepanjang menjalani penggambaran, pelakon itu menyatakan tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku terhadap dirinya dan semuanya berjalan dengan lancar.

Terserah jodoh

Berbeza dengan Farid yang kerap ditanya tentang kehidupan rumah tangganya sekarang, Nora Danish pula ditebak mengenai hubungan 'istimewa' dirinya dengan Mohamed Nedim Mohamed Nazri yang juga anak seorang menteri.

Jelas Nora, buat masa ini dia tidak mahu terlalu terburu-buru ke arah memikirkan untuk mendirikan rumah tangga, malah tidak kisah andai kata jodohnya bukan dengan Nedim.

"Kalau ditanya tentang ikatan perkahwinan, saya rasa biarlah hati kami sama-sama terbuka terlebih dahulu.


DUA pelakon berkaliber ini mengalami pengalaman menarik ketika berlakon dalam filem Pengantin Malam yang merupakan sebuah filem seram.

"Secara jujurnya, saya serahkan kepada jodoh dan tidak kecewa sekiranya jodoh Nedim dengan wanita lain.

"Tidak dinafikan yang kami pernah berbincang mengenai perkahwinan, namun tidaklah terlalu serius.

"Lagipun, keluarga saya juga tidak mendesak dan mereka mahu yang terbaik untuk diri saya," jelasnya dengan lebih terbuka.

Biarpun keinginan untuk kembali mendirikan rumah tangga itu memang ada, namun kegagalan dalam perkahwinan yang terdahulu membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati.

Sekat pengikut

Ditanya mengenai perasaannya apabila dinobatkan sebagai artis Malaysia yang mempunyai paling ramai pengikut Instagram iaitu sebanyak 837,000 orang, Nora tenang memberikan jawapan.

Mengakui tidak menjangkakan perkara tersebut, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Puteri itu meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pengikutnya yang menulis komen negatif.

"Saya sangat kesal kerana kebanyakan komen yang ditulis ada yang berbaur lucah dan sudah tentu ia sangat memalukan. Lebih mengecewakan lagi, komen itu ditulis oleh golongan remaja lelaki yang masih berusia belasan tahun.

"Memandangkan tidak mahu Instagram peribadi saya terus disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab, saya ambil keputusan untuk menyekat 5,000 pengikut," tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang pembabitannya dalam filem Pengantin Malam pula, kata Nora, dia membawakan watak sebagai seorang isteri bernama Maya yang diganggu dengan situasi aneh.

Ujarnya, biarpun diberi watak sedemi- kian, namun dia bersyukur kerana sepanjang penggambaran berlangsung, tiada sebarang perkara pelik yang terjadi ke atas dirinya.

"Semasa penggambaran, para pelakon dan kru akan beramai-ramai bersembahyang berjemaah apabila masuknya waktu solat. Jadi, itu yang membuatkan kami berasa lebih dilindungi sehingga semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz34xNlVFhJ
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:13 AM | Show all posts
apa yg si lisa tu komen...x smpt nak komen thread da kene katup
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:15 AM | Show all posts
noradanish Not nice this baju. ❌⁉️

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni sr je. Tp kes terbaru ni but ai tak tahan nk komen. Mana Ned ni, pertahankan la insan kesayangan awak ni, kena serang Kiri kanan. Kesian nd..
#team nd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 11:15 AM | Show all posts
@ilya thread JTM dah kena solex
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 11:19 AM | Show all posts
saadiah5 posted on 18-6-2014 10:59 AM
pokoknye......meluattttt,kawinlaaaaaaaaaa habis cite.

klu meluat jgn gegeh masuk umah nd untuk saratkan ati ko tuh lagi nanti lagi lorat okeh
baik ko p bersihkan ati ko kt umah sana
just my 2kupang
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:19 AM | Show all posts
sultan melaka pon tau jeles tawww

sultanmelakaofficial
Sebenarnya beta jelaous cara bossned treat nora sbb beta tak boleh treat isteri beta macam tu #HarapBossNedFahamPerasaanBeta #sultanmelaka #SultanBerjiwaRakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 11:20 AM | Show all posts
bts spain

bossned_ Haahahahah ! Coming soon ! @noradanish @ermafatima 6min
jam_tangan_berjenama_bwh_rm100 Wahhh cant wait @bossned_ 7min
bundleladies 1st 7min
sultanmelakaofficial Beta akan tunggu #BossNedMarahBetaLagiKe #sultanmelaka 7min
ashjamaluddin Laka laka laka .. hahaha 6min
[size=13.513513565063477px]


Last edited by irisismail on 18-6-2014 03:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:20 AM | Show all posts
saadiah5 posted on 18-6-2014 10:59 AM
pokoknye......meluattttt,kawinlaaaaaaaaaa habis cite.

Baiknyer yew ni... ok, apa kata, u arrange semua matters berkenaan wedding tuh:

  • Baju ND & bossned*
  • Baju pengapit2 & bridesmaids / groomsmen* (kalau nak harga best, pi tanya cho & min)
  • Baju anak2 ND & Ned *
  • Baju family ND & Ned*
  • Baju anak2 buah ND & Ned*
  • Lokasi - 3 majlis juga - tak leh cikai2 taw..
  • All the paperwork berkenaan
  • Guestlist*
  • doorgift*
  • Pelamin and decor*
  • Entertainment masa receptions
  • Hantaran dua belah pihak
  • Book kadi
  • Cari saksi
  • Invite media*
(*3 majlis - nikah resepsi ND & Bossned)

Paling penting, seating arrangements kena utamakan JTM dan family. Kalau boleh depa dok atas pelamin. Pengantin tak yah sanding. Dan lebihkan doorgifts untuk depa, depa suka kaut sampai penuh peluk - family ramai kekdahnya.

Bukan apa, mmg lah boleh buat simple dan cukup syarat. Tapi ni adalah wedding yang ber-restu dan beradab. So... thanks lah ye!




Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:25 AM | Show all posts
Sorry nak tanya Ned tu kerja apa ya...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:25 AM | Show all posts
check in... apa pun akan sokong perempuan dicaras bukannya pencaras
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:28 AM | Show all posts
irisismail posted on 18-6-2014 10:57 AM
Nora niiiii memang bijak laa... very good.. me like!!!!

Makcik very very like juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:28 AM | Show all posts



beekhan112 If everyone is going to take everything I say to heart then perhaps we should be concerned about jumping out of a plane without a parachute  26min


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 11:28 AM | Show all posts
OT jap - PS dah bertudung ke? ke fesyen?

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:29 AM | Show all posts
xAthenax posted on 18-6-2014 11:22 AM
hahaha ayat nd macam adik kaka jer
kalau dalam wassap , asyik2 kata not nice this not nice that
...

ai pon kekadang cakap camtu gak dgn member2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:32 AM | Show all posts
ig nadya

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:34 AM | Show all posts
siapakah ini org?

yatisuleiman Bossned....nape nora blocked sy....sy peminat tegar dia....semalam ok jer....sy baca ig beekhan....org hentam nora sy backing...tp at d end nora block sy....

bossned_ Awal pakai tudung tapi awal menipu and bohong mcm tu saja? Memalukan ! @yatisuleiman .. Awak kata saya pergi lubang neraka ye? Kutuk saya di page org lain.. Don't act innocent !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.111259 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list