micha posted on 1-12-2014 02:12 PM
Shila tu sbg medium utk naikkan etnik je sbb karatz dia kn penyokong tegar... Haha
akak nk lagu ...
good idea gak kan sebenarnya shila tu..alang2 dia dah ada nama kat china, boleh bawak sekali lagu etnik kat sana.. cuma dia kena berlatih banyak untuk bentuk suara.. maybe berkampung sebulan intensive course bersama kak ani..
persatuan karyawan pun problem jugak kan...masing2 berebut jawatan ke ape tah.. sebab tu iols cakap kak ani kena kumpul semua yang terbukti bersuara lenggok untuk meeting dan propose untuk dapat geran..
alang2 amelina nak buat comeback ni..harap pak ngah leh buat satu lagu untuk dia..amelina pon leh bawak lagu irama malaysia dgn bagus..suka dgr dia nyanyi sri langkat. Last edited by kakprik on 1-12-2014 02:28 PM
somehow kak ani memang nampak 'terpaksa' mengubah genre dari muzik asli tradisional ke ethnic fushion sebab nak tarik pendengar dan mungkin nak dapat better airplay especially dari radio2 swasta....kalu dgr album2 dia yg terdahulu sebelum Aura, kebanyakan lagu2 kak ani mmg tradisional abis....start dari Aura kak ani cuba utk explore sumthing yang current (ethnic fushion)... meols kagum sbb kak ani sangat berbakat baik dr penciptaan lagu mahupun lirik...personally meols rasa album Aura still produk sheols yg terbaik, dijadikan bahan/sampel untuk research katanya....Sawo Matang pun bagus, tapi x sehebat Aura...the latest yg sheols produce (album duet) tu ada lagu yg best, ada jugak yg hauk (meols paling suka lagu duet kak ani-marsha).
meols rasa yg membunuh muzik2 tradisional ni sebab lambakan muzik2 dari Indon bila mana org mula beralih arah utk taste lagu2 indon...pendek kata radio ERA la pembunuh kelangsungan muzik2 tradisional sampaikan retis2 yang selama ni dok nyanyi lagu2 asli pun susah nak cari makan...dlm masa kejatuhan muzik tradisional, si syura sempat lahirkan 2 album tradisional scr berturutan (Balaghah & khazanah pujangga), namun seakan sukar utk mencari tempat sbb lagu2 tetap tak dimainkan di radio...takde org nak dengar katanya!
yg paling terkini pun si Fauziah Gambus tu la....tu pun meols x pernah dengar lagu2 sheols!ratu irama keroncong (Nas Adilla) pun dah beralih arah apatah lagi zehra zambri yg x seberapa itu....
refleCtion posted on 1-12-2014 02:38 PM
somehow kak ani memang nampak 'terpaksa' mengubah genre dari muzik asli tradisional ke ethnic fushio ...
yup..radio2 swasta memang faktor penyumbang kepada jahanamnya muzik etnik ni.. bayangkanlah radio era, ada carta APOP.. hotfm ada slot Saranghae ke ape tah.. slot untuk lagu tradisional? takde. sepatutnya diorang kena la berusaha untuk martabatkan muzik etnik ni sebab rating antara yang tertinggi di malaysia ni.
cemolot posted on 1-12-2014 01:40 PM
boleh tak nak cakap salah satu penyebab merudumnya irama ni disebabkan kak ani sendiri..
macam ma ...
Kesian Kak ani ko nak salahkan dia. Sebenarnya dia dah buat mcm2 utk naikkan balik irama Malaysia. Dia start buat fusion etnik sbb lagu2 asli pure memang xde radio nak mainkan. Lagu Hala Timur tu pon xde sgt radio swasta nak mainkan. Bila Kak Ani buat lagu rentak moden sikit mcm Hatinya Tak Tahan dgn Racau Sang Khalifah baru la radio swasta mcm Era tu nak putarkan. itu pon x selalu. Lepas tu terus xde putar2 dah. Aku x penah dgr apa2 lagu dr album Cintaku Satu kat radio.
refleCtion posted on 1-12-2014 02:38 PM
somehow kak ani memang nampak 'terpaksa' mengubah genre dari muzik asli tradisional ke ethnic fushio ...
Syura ni aku ingat lagi statement dia. Dia sebenarnya nak nyanyi lagu pop. Tapi selain lagu Kasih Tak Terjamah, dia xde lagu pop lain yg popular. Kebetulan sbb lagu2 asli dia agak famous mcm Bakawali dgn Tenung2 Renung2 tu yg FMC suruh dia buat lagu asli. Kuar la album Balaghah. Mula2 lagu Nazam Berkasih tu tak popular pon. radio x mainkan pon. Tapi rezeki dia dpt g final AJL. Wlpn nyanyi x sedap tp org ingat entrance kuar dr gendang besar. Org2 ckp2 sikit. Tup2, pastu lagu dia kuar kat radio Era. Siap masuk carta smpi popular lagu tu. Aku rasa tu la last ada lagu asli pure yg dpt wide radio coverage. Pastu dia kuar dgn album asli sekali lagi, Syahda Berdendang yg ada lagu "Candak" tu. Masa ni la Syura kuarkan statement dia nk nyanyi lagu pop tp FMC x kasi sbb peminat dia semua nk dia nyanyi lagu etnik. So dia pon x kisah truskan jugak kuarkan album etnik smpi Khazanah Pujangga. Aku mati2 ingat album Khazanah Pujangga tu album kompilasi lagu2 etnik dia tp menang AIM plak.
micha posted on 1-12-2014 01:59 PM
Artis2 yg top perlu buat... Esp artis yg rmai karatz mcm ct, shila amzah, hafiz, akim, , cube lah ...
siti dh hasilkan lentera timur tu noks
tp hasilnya, tak rmi yg menyokong...stesen radio mcm nak tak nak jek putar..itu pun pulun putar gak sbb single2 dr siti, nama besar dlm industri
cemolot posted on 1-12-2014 02:50 PM
yup..radio2 swasta memang faktor penyumbang kepada jahanamnya muzik etnik ni.. bayangkanlah radio ...
tu la padahnya bila stesen2 radio ambik DJ yg tak der quality..asal tak laku kuar AF hambik jadi DJ..memang diaorang belasah pasang lagu2 yg diaorang suka jer la..
Sebenarnya dlm 10 thn kebelakangan ni banyak je artis2 yg kuar dgn lagu etnik tapi diorg ni tak diangkat di radio2 swasta mcm
tahun 2008, Karen Tan (AF4) penah kuarkan single etnik tp rasanya radio RTM je kot yg mainkan. Karen ni x silap smpi skrg nyanyi lagu etnik kat function2. Sayang Kak Ani tak duet dgn dia dlm lagu bahasa Melayu. Dia punya lenggok melayu sedap
Pastu ada Dior dangdut etnik kpop kesayangan kak @sepitsiput . Yg ni aku x leh tolong. Aku x minat lagu dia tp aku applaud usaha dia . Dia ni pon x penah aku dgr kat radio. Tau sbb masuk semi muzik2
Ada jugak kumpulan Akasia dari Gangstarz tu. nyanyi lagu pop etnik tp yg ni langsung x popular wlpn bersama dgn julfekar tu
Ada jugak yg nyanyi lagu world etnik mcm Amira ali. Tercalon AIM tp x penah menang. Siap buat lagu keroncong dlm bahasa inggeris lagi
Tak lupe gak protege Kak Ani, dr Ihab ni. Siap menang kat AIM lagi. Tp hapah x penah dgr lagu dia dlm radio
Last edited by Body_language on 1-12-2014 04:29 PM
Body_language posted on 1-12-2014 03:41 PM
Kesian Kak ani ko nak salahkan dia. Sebenarnya dia dah buat mcm2 utk naikkan balik irama Malaysia. ...
iols bagi cadangan je...sebab nampak kak ani tying too hard.. bila dia blend tu yang iols dah tak kenan..
tapi iols tetap sanjung kak ani sebagai penyanyi etnik terulung ok.. sebab kalau kak ani tarik diri.. memang pupus teruslah irama etnik kat malaysia ni..
I pon rasa Stesen stesen radio ASTRO lah yang menjahanamkan industry muzik irama Malaysia/etnik kreatif di Tanah Nusantara ini. Apabila astro start dengan radio Era sebagai radio berformat iaitu hanya menyiarkan lagu-lagu ikut standard semasa sahaja maka ketika itulah tumbuh station2 lain yang menggunakan format seperti Radi Era maka terpinggirlah irama Malaysia yang pada ketika itu rancak di mainkan. Lagu-lagu Indonesia pon sampai boleh ada carta, apa kes? sekarang pon siap ada carta Kpop gak ke?
kakprik posted on 1-12-2014 04:02 PM
tu la padahnya bila stesen2 radio ambik DJ yg tak der quality..asal tak laku kuar AF hambik jadi D ...
kan kak..selain bimbo, memekik2 pagi2 buta juga kriteria utama untuk menjadi dj swasta.. sayangah kalau gini.. lama2 hilang irama etnik ditelan zaman..