CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Naurah_rik

Yang ni dinamakan Pelaris?

[Copy link]
 Author| Post time 6-1-2015 03:59 PM | Show all posts
myakayina replied at 6-1-2015 08:58 AM
teringat kisah satu restoran thai yg agak popular satu ketika dulu di kawasan tempat tinggal aku..ad ...

tu la. yang aku dengar restoran pattani memang berlambak guna pelaris...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2015 04:03 PM | Show all posts
nawkazdika replied at 6-1-2015 09:47 AM
kalo tk salah ade jugak yg pakai pelaris hanya utk serikan kedai dia........maknenyer utk senang org ...

aku setuju .. ada satu kedai betoi-betoi keluar tol tempat tinggal aku. bayangkan area tu bape ramai la yang lalu lintas. tapi orang bole tak perasan ada kedai kat situ. aku bole perasan pun ayah aku kerap singgah makan situ tauke kedai tu kawan ayah aku. sempat jugak dia menyungut ramai komen, kedai dia "tak buka" .. padahal siap pasang lampu lip lap lip lap tuuuu.


hahaha. part tu aku pun selalu fikir macam ko. last-last baru faham , patutlah tak laku, nasi pun mentahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 04:04 PM | Show all posts
mnSK replied at 6-1-2015 10:55 AM
tau tak korang, kedai2 cina semua pakai pelaris... baik kedai makan sampai ke kedai no 4D... hari2 k ...

hahahaha .. baru "faham" patutlah ramai macam "ketagih" terutama ke kedai 4D tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 04:33 PM | Show all posts
Edited by Naurah_rik at 6-1-2015 03:40 PM

ANAK BUAH AKU KENA SANTAU ...

Perghh tajuk nak sensasi je, kisah ni baru je jadi time TAHUN BARU hari tu. Aunty aku bawak anak-anak dia (umur 8 dan 6 tahun) pergi makan kat area pantai merdeka. Kononnya nak bagi budak-budak seronok sebelum buka sekolah. Dia berjanji nak bawak diorang naik bot. Kononnya laaa.

Sampai sana diorang pekena apa yang patut. Lupa nak cakap, anak buah aku dua orang tu bukan main tembam gila. Yang kakak umur 8 tahun tu berat badan pun dah hampir 60kg. Yang adik tu tak pasti pulak aku,. Baru ni pegi melawat diaorang, yang si adik tu dah makin fatso aku tengok.

Ok ok sambung cerita, balik je dari rumah yang si kakak tu jadi muntah-muntah. Esoknya perubahan diri dia memang ketara. Makan tak lalu, padahal sebelum ni pun pantang jugak (pantang tengok) ..... bawah mata dia jadi macam mata panda dah. (Lebam) Banyak asingkan diri. Biasanya bukan main lasak. Mulanya aunty aku ingat dia ni sakit biasa je. Sebab sebelum ni, dia pernah jadi kemurungan yang kronik sebab gigi dia kena cabut (konon tak cantik) ... dan cuma kembali ceria bila gigi dia dah tumbuh. So aunty aku ingat anak dia tu kena penyakit macam dulu.

Tapi kali ni nampak berbeza sangat. Bila orang tanya dia, dia cuma angguk dan geleng je. Bercakapnya tidak. Sampai la malam tu, dia jadi lembik dan kuku dan bibir dia bertukar ke warna biru. Waktu tu aunty aku memang gelabah gila la. Tunggu siang je tak teragak-agak bawak jumpak akak yang ubatkan aku dulu. (korang baca la thread DISANTAU BEKAS ISTERI TUNANG)

Macam aku dulu, anak buah aku tu pun keluar kaca  *lebih banyak daripada aku. Kata akak yang ubatkan tu, anak buah aku kena santau angin. Tu pun kena sipi-sipi je. Perghh acah pun bukan main teruk lagi sakitnya. Aku tak bole bayang kalau memang cun tujunya! Alhamdulilah, 3 kali dia berubat Allah izinkan anak buah aku dah kembali sihat seperti sediakala.

Penutupnya, aku cuma nak cakap mintak maaf la kalau ada forumer orang kedah kalau ada yang terasa ka apa naaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:55 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-1-2015 10:36 PM
Aku lak suke mcflurry butterscotch...adakah mekdi pakai pelaris?
Sbb hari2  lps blk keje mesti aku ...

aku lak suka shake kat mekdi, mslahnya smpai skrng tak lalu nak makan, sbb dok teingat darah dan daging org2 Islam kat syria..........

adakah ada org dah pasang ilmu pembenci kat mekdi ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:56 PM | Show all posts
menjawab persoalan TT , tak pernah pula rasa nak mkn atau minum kat mana2 kedai tertentu atas sebab rasa nak beli je, samada mmg tak suke mkn sbb tak sedap, atau mmg nak mkn atas rase sedap..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2015 09:52 AM | Show all posts
yang penting bacalah basmalah kalau x dan nk baca doa makan..
bapak aku pernah ajar lepas makan basuh tangan dalam pinggan tu jugak lpas 2 minum air tadi.. insha allah terlidung dari benda2 jahat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:54 AM | Show all posts
maksud santau angin ape eh?
kirenyer org tu buat santau mmg nak kenakan anak buat ko ker?
ngeri lak dgr...
dah lameeee gile aku tak g pantai merdeka..
bile bace cerita ko ni.. jadi seram lak nk p jalan2 sane..
alang2 kita p penang terus la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 02:49 PM | Show all posts
cat_miow replied at 6-1-2015 09:55 PM
aku lak suka shake kat mekdi, mslahnya smpai skrng tak lalu nak makan, sbb dok teingat darah dan d ...

benci tu BUKAN sebab ilmu pembenci .. tapi sebab di dalam hati masih ada iman. yeahhhhhh boikot!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 02:53 PM | Show all posts
cat_miow replied at 6-1-2015 09:56 PM
menjawab persoalan TT , tak pernah pula rasa nak mkn atau minum kat mana2 kedai tertentu atas sebab  ...

yelah, kalau TERKENA jadi la macam saya. Yang memang asalnya jarang lunch luar (kecuali tak balik rumah - rumah dengan opis dekat je) ... Dan cuma rasa something bila mana asyik teringat nak pergi ke kedai tu je. Asalkan beli dah cukup senang hati. Dan hanya "sedar" bila tak ke kedai tu semasa bulan puasa. Ini sebenarnya hujah saya! .............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 02:55 PM | Show all posts
AyamHutanJantan replied at 7-1-2015 08:52 AM
yang penting bacalah basmalah kalau x dan nk baca doa makan..
bapak aku pernah ajar lepas makan bas ...

bole guna untuk panduan buat orang macam aku yang kurang ilmu ni. Tapi lepas makan takkan nak hirup air dalam pinggan tu? Kalau setakat senduk sikit dengan sudu air tu bole tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 03:03 PM | Show all posts
khailya replied at 7-1-2015 09:54 AM
maksud santau angin ape eh?
kirenyer org tu buat santau mmg nak kenakan anak buat ko ker?
ngeri la ...

eh tak.. orang takde nak kenakan anak buah aku tu. Cuma mungkin dalam banyak-banyak pelanggan situ dia yang terpilih.. apa yang aku selalu dengar, orang yang belajar santau ni sampai satu tempoh (jangan tanya bape lama, sebab aku pun tak tahu) diaorang kena "lepas" santau tu pada seseorang. (secara random) Jika tidak "ilmu" yang dipelajari akan memakan diri. Walahualam.

Santau ni ada dua.

Satu,
Yang menggunakan barang yang nyata, cth , miang buluh, kaca yang ditumbuk, ulat bulu, bisa ular dll .... Dan dibaca beberapa mentera dan diletakkan ke dalam makanan/minuman seseorang.

Dua,
Yang menggunakan makhluk lain seperti jin atau syaitan diseru seterusnya dihantar kepada mangsa untuk tujuan memudaratkan mangsa. Yang ni namanya santau angin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu, Santau angin ni susah sikit nak diubatkan.

Sumber , google dan apa yang aku tau.


Meh la penang, aku stay sini. hikhik


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 03:08 PM | Show all posts
oh mcm tu.. baru faham....huhu
igtkan santau tu ditujukan utk anak buah ha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 03:53 PM | Show all posts
khailya replied at 7-1-2015 02:08 PM
oh mcm tu.. baru faham....huhu
igtkan santau tu ditujukan utk anak buah ha....

hihi ..  tak dituju sebab ada masalah apa pun ..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 04:04 PM | Show all posts
Naurah_rik replied at 7-1-2015 03:53 PM
hihi ..  tak dituju sebab ada masalah apa pun ..

tak ditujukan pn effect die teruk..
ni lagi la kalau yg betul2 disantau..huhuhu ngeriii
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 04:51 PM | Show all posts
Naurah_rik replied at 7-1-2015 02:55 PM
bole guna untuk panduan buat orang macam aku yang kurang ilmu ni. Tapi lepas makan takkan nak hiru ...

alaaaa..awat xlalu plak air tangan ang jugak bukan minum banyak pun cukup la seteguk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 08:02 PM | Show all posts
Naurah_rik replied at 7-1-2015 02:49 PM
benci tu BUKAN sebab ilmu pembenci .. tapi sebab di dalam hati masih ada iman. yeahhhhhh boikot! { ...

alhamdulillah, moga2 saya dapat istiqamah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 01:27 PM | Show all posts
khailya replied at 7-1-2015 03:04 PM
tak ditujukan pn effect die teruk..
ni lagi la kalau yg betul2 disantau..huhuhu ngeriii

itulah aku pun tak bole dibayangkan ... kata aunty aku, akak yang ubatkan tu ada cerita, aku seorang hamba Allah ni terkena santau (santau angin) macam anak buah aku jugak la kat medan selera. Masa kena tu , tengah dok makan, pastu muntah darah meninggal dekat situ jugak. Walahualam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 01:29 PM | Show all posts
AyamHutanJantan replied at 7-1-2015 03:51 PM
alaaaa..awat xlalu plak air tangan ang jugak bukan minum banyak pun cukup la seteguk

bukan tak lalu.. aihhh nak geli apa aih. cuma rasa malu la nak hirup pinggan pulak lepas makan. insyaAllah lepas ni aku praktikkan. tuang sikit dalam pinggan pastu amek camca, cedok sikit pastu telan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 01:29 PM | Show all posts
cat_miow replied at 7-1-2015 07:02 PM
alhamdulillah, moga2 saya dapat istiqamah

amin ..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082852 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list