CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

[CERPEN] *DARI BALIK TIRAI KEHIDUPAN* (U) -Alhamdulillah, dah selamat dibukukan

[Copy link]
 Author| Post time 29-1-2015 03:21 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 29-1-2015 09:58 PM

             PART 3
           

            Mendung dirasakan hidupnya kebelakangan ini. Marlisa sudah penat mahu berkeluh-kesah. Semakin menambah dosa pula sedangkan Allah SWT tidak suka akan hamba-Nya yang suka merungut. Buat apa mahu mengeluh tentang takdirnya yang sering dirundung malang. Itu takdirnya dan memang tidak boleh diubah tetapi nasib, ya nasib masih boleh diubah. Marlisa nekad, dirinya perlu berubah. Dia sudah letih, mempertahan rumahtangga yang sememangnya tidak membahagiakan. Bahagia yang diidami hanya kekal sebagai mimpi. Semakin hari semakin hilang realiti kebahagiaan yang diidaminya.

            Lebih memeritkan, layanan suaminya semakin hambar. Marlisa sering berkecil hati dengan tindakan Abang Hisham. Keintiman suaminya dengan Maznah akhir-akhir ini semakin menjeruk rasa pedih di hati. Kecewa, ya rasa itu yang kian menyemarak ke seluruh pelusuk sanubarinya. Hatinya, seperti dipatah-patah hingga remuk-redam. Dia benar-benar tidak tahan dengan semua itu. Boleh pula mak, ayah dan keluarga mertua menyokong tindakan agar Hisham dan Maznah bersatu kembali. Walaupun Maznah dan Marlisa adik beradik berlainan bapa, mana mungkin dia sanggup bermadu.

            “Lisa dah nekad. Abang lepaskan Lisa.”

          Hisham dengan pantas menoleh, memandang wajah ayu yang kian keruh riaknya dari ke hari. Lama juga wajah itu ditatap, mencari jika tutur itu hanya lawak semata-mata namun gagal. Semakin serius wajah ayu itu jadinya. Isteri yang masih duduk di sebelah dipandang, diam tidak berkutik susuk itu.

             “Apa Lisa cakap ni? Jangan nak berguraulah.”

             “Lisa tak main-main bang. Lisa dah fikir masak-masak. Lepaskan Lisa!”

             “Lisa, tak baik cakap macam tu. Bergegar tiang Arasy bila dengar Lisa nak minta cerai. Apa yang tak kena lagi Lisa?” Terkejut dengan apa yang isterinya utarakan hingga mengelukan lidah. Ke mana menghilang, Marlisa yang penuh dengan sopan dan kelembutan? Hisham menghembus nafas panjang.

             “Lisa, jangan bertindak melulu. Abang sayangkan Lisa,”

             “Sayang? Kalau abang betul-betul sayangkan Lisa, ceraikan Lisa. Lisa dah tak sanggup bang. Lisa dah tak sanggup hidup macam ni!”

              Marlisa mengulum kata-kata. Tiba-tiba disapa sebak lalu dia menangis. Jauh di sudut hati, sayangnya masih menimbun namun memikirkan kekuatan diri semakin lemah, berhadapan dengan ujian dan dugaan yang saban hari menguji kesabaran, dia semakin tertekan. Apabila lidah dan hati tidak seiring, itulah jadinya. Pemikiran rasional gagal berfungsi dengan baik.

              “Lisa, jangan macam ni. Lisa dah tak sayang kat abang dan anak-anak ke?”

               Kedua tangannya kini berada di atas bahu wanita itu. Hisham juga turut dijangkiti sebak dari isterinya. Dia perasan akan perubahan Marlisa sejak kemunculan Maznah. Dia tidak mampu mengelak dari Maznah walaupun sudah puan mencuba. Hisham sendiri buntu. Dia mengahwini Marlisa kerana didesak oleh kedua belah pihak. Namun semakin lama, dia semakin menyintai wanita bernama Marlisa tetapi kemunculan semula Maznah membuat dia semakin keliru.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 03:47 PM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 07:21 AM
Hisham dengan pantas menoleh, memandang wajah ayu yang kian keruh riaknya dari ke ha ...

perghh..byk ayt bru.blh kopi.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 04:08 PM | Show all posts
sedapnya bahasa wipers..
betul kata Nicki tu..rasa duk melangut sambil tengok air sungai menderu lembut ditiup angin saja.........................

anyway, Macam mana Hisham boleh nikah ngan adik ipar ni?..cer citer..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 05:11 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-1-2015 04:08 PM
sedapnya bahasa wipers..
betul kata Nicki tu..rasa duk melangut sambil tengok air sungai me ...

sebenarnya Ipo, ini yang saya lihat pada satu pasangan yang saya kenal. Saya kenal dengan mak ayah perempuan ni, tak tahu kata anak mereka.
Yang hairan umur baru 19, anak dah besar (yang sulung darjah 5 yang kecik 6thn). tak ke pelik.
Lastly baru tahu yang dia kahwin dengan abang ipar dia sendiri dan saya juga kenal kakak dia.
pelik, kan.

*cerita yang betul, kakak dia lari ke kl, so jumpa lelaki lain n kahwin. Adik dia pula dari sekolah (Form 4) dah jaga anak2 akak dia. Bila habis sekolah, mak lelaki and mak perempuan kata kahwin. Ayah budak perempuan tu mula2 tak berapa sokong tapi akhirnya terpaksa juga setuju lepas pikir nasib cucu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 05:29 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 29-1-2015 05:33 PM


               “Lisa,” dengan nada lembut dia memanggil wanita yang kini sedang tersedu-sedu.

               “Lisa dah tak sanggup bang. Lisa dah cuba cekalkan hati tapi makin lama Lisa makin lemah. Lisa dah tak tahan lagi, hidup bersama abang,”

               “Tapi kenapa Lisa? Abang tak pernah berlaku adil ke selama ni?”

               “Abang ada jawapannya. Jangan tanya Lisa. Lisa tahu, abang masih sayang Kak Maz, kan?”

               “Lisa!Abang...”

               “Kenapa abang teragak-agak? Memang sah abang masih ada hati dengan dia. Dahlah bang, dari biar abang buat dosa lebih baik Lisa beralah. Lisa tak nak jadi penghalang.”

              “Lisa, abang tak bermaksud nak sakitkan hati Lisa. Abang tak tahu apa yang jadi kat abang. Abang memang sayangkan Lisa,”

              “Sudahlah bang, tak cukup kalau sayang hanya meniti kat mulut tapi bukan bertapak di hati. Lisa memang dah tak sanggup.”

              “Abang memang ikhlas sayangkan Lisa. Sampai hati Lisa buat abang macam ni.”

               Marlisa menelan liur yang semkin kelat rasanya. Perkataan sayang yang keluar dari mulut lelaki itu ibarat sepasang tangan yang sedang mencekik lehernya. Sayangkannya tetapi melayan bekas isteri begitu mesra hingga melebihi had yang sepatutnya. Dia tahu akan risiko yang perlu dihadapi jika mengahwini lelaki bernama Hisham, bekas abang iparnya. Dia terpaksa mengorbankan masa muda, mengahwini lelaki itu hanya kerana mengenangkan nasib anak-anak saudaranya yang sedang membesar.

              “Lisa, fikir masak-masak dulu. Jangan terburu-buru sayang.”

              “Abang, Lisa dah tak tahu nak cakap apa lagi. Lisa tak tahu apa yang ada dalam kepala abang tu. Kalau abang masih sayangkan Kak Maz, kembalilah pada dia. Lisa dah penat, pertahan rumahtangga kita ni. Biarlah Lisa mengalah. Lagipun, anak abang, anak Kak Maz juga. Berilah Lisa peluang hidup dalam ketenangan. Lisa doakan abang akan bahagia dengan Kak Maz. Lisa tak akan ganggu hidup abang lagi. Tolonglah bang.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 09:59 PM | Show all posts
@Nicki_Meow @Ipo dan pembaca sekelian,

Post #21 ada sikit pembetulan.
Masa copy dari word tadi tersilap tengok.

Kesulitan amat dikesali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2015 10:03 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 29-1-2015 10:06 PM

          PART 4


                Marlisa duduk sambil memeluk lutut. Kepalanya dipanggung, menghadap lautan yang luas terbentang di depan. Bibir mugilnya menguntum senyum sedang di dalam hati memuji kebesaran Illahi atas ciptaan-Nya yang sangat indah. Tidak lama kemudian, dia memejamkan mata. Aliran air jernih sudah mula menurun, membasahi pipinya. Hiba, tiba-tiba dia merasa begitu. Peristiwa beberapa hari lepas, kembali menerjah ke kotak ingatannya.

            “Marlisa, kembali pada abang ya?”

             Marlisa merenung tajam ke wajah lelaki di depan. Seorang lagi dia terpaksa hadap. Entah kulit jenis apa yang ditampal ke muka lelaki itu hingga berani menunjuk muka? Empat bulan lalu, elok saja dirinya dibuang bagai sampah oleh lelaki itu kerana mahu kembali semula ke sisi Kak Maznah dan hari ini... merayu-rayu agar dia kembali. Dia bukanlah jenis yang sudah meludah, menjilat kembali.

             “Lisa, tolonglah kembali pada abang. Lisa tak kesian kat anak-anak ke?”

              Marlisa menjulingkan mata ke atas. Dia sudah kebal dengan alasan yang menggunakan nama anak. Hatinya yang semakin keras seakan mustahil mahu menjadi lembut apabila mendengar perkataan anak. Bukankah ibu mereka sudah kembali? Mengapa masih mengharap padanya? Cukuplah pengorbanan yang telah dia lakukan dahulu. Mengabdikan masa muda remajanya demi keluarga itu. Mengorbankan pelajarannya semata-mata mengambil-alih peranan ibu dari kakaknya yang lari mengikut lelaki lain.
      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 10:08 PM | Show all posts
jeng... jeng... jeng!
Adakah Marlisa akan kembali semula ke pangkuan Hisham.
Jom nantikan.
Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum sis @wipers81... Sihat ke? Ada cerita baru nampaknya... As usual memang senantiasa beri kepuasan kepada pembaca seperti saya... Good job sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 11:06 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 29-1-2015 10:48 PM
Assalamualaikum sis @wipers81... Sihat ke? Ada cerita baru nampaknya... As usual memang senantiasa b ...

Alhamdulillah, sihat Zam.
Ke mana menghilang?
Alah, karya saya biasa aje. Orang lain punya karya lagi hebat dan bagus dari saya ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 12:16 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 30-1-2015 12:18 AM


“Lisa,”

“Abang Hisham nak apa lagi? Kan ke abang dah baik semula dengan Kak Maz? Kenapa masih cari Lisa lagi?” Naik turun nada Marlisa.

“Maznah dah permainkan abang.”

“Permainkan abang?” Rasa terkejut cuba dikawal dengan baik oleh Marlisa. Mata yang sedikit membeliak kembali diredupkan.

“Sebenarnya... Maznah mengandung,”

“Baguslah Kak Maz mengandung. Bukan ke abang memang inginkan anak lagi?”

“Bukan macam tu. Dia dah mengandung masa kami menikah,”

“Apa!”

“Ya Lisa, dia dah mengandung tapi bukan anak abang.”

Marlisa terdiam. ‘Padan muka kau Hisham!’ Perlukah kata-kata itu keluar dari mulutnya?

“Abang minta maaf sebab buat Lisa macam tu. Abang ketepikan Lisa semata-mata nakkan Maznah. Abang bersalah Lisa. Abang...”

“Abang, Lisa tahu, Lisa tak cantik macam Kak Maz. Lisa tahu potongan badan Lisa tak mengancam macam Kak Maz. Lisa sedar semua kekurangan Lisa bang.”

“Lisa, bang betul-betul minta maaf. Abang menyesal,”

“Dah tak ada gunanya bang. Kalau dulu abang pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca, hidup abang tak akan macam ni. Dah jalan ni yang abang pilih, teruskanlah bang. Lagipun dah suratan takdir, jodoh antara kita cuma takat tu aje. Lisa pun tak naklah kata Lisa ni baik. Masing-masing tak sempurna bang.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 12:17 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 30-1-2015 12:21 AM


“Lisa, abang tetap nakkan Lisa semula.”

“Lisa tak nak. Cukuplah sekali abang kecewakan Lisa.”

“Abang janji akan bahagiakan Lisa. Abang takkan kecewakan Lisa lagi. Baliklah Lisa.”

Sambil bibirnya mengukir senyum sinis, Marlisa berkata, “wah senangnya mulut abang menabur janji. Dulu pun abang janji perkara yang sama tapi bila Kak Maz balik habis hilang janji manis yang abang tabur tu. Tak bang, Lisa takkan balik. Lisa tak sanggup berdepan dengan masalah yang akan muncul selagi Kak Maz ada. Keputusan Lisa muktamad.”

“Lisa, tolonglah. Abang perlukan Lisa.”

“Bila abang dalam kesusahan baru perlukan Lisa? Masa abang tengah berseronok dengan Kak Maz, Lisa yang depan mata abang pun buat tak nampak. Dahlah bang, Lisa kata tak nak maka tak nak. Baliklah bang. Jangan kacau Lisa lagi. Bagilah Lisa peluang, hidup dalam keadaan tenang. Lisa dah tak ada hutang apa-apa dengan abang.”

Sukar benar peristiwa itu mahu nyah dari ingatan. Marlisa kembali meletak dagu ke lutut. Tangan kanannya mencapai satu ranting kecil tidak jauh dari di sisinya. Ligat tangan menconteng-conteng di atas pasir pantai itu. Sesekali, ketam kecil yang berjalan mengiring menjadi mangsa usikannya. Dia ketawa dalam hati. Marlisa sudah berazam, apabila keputusan sudah dibuat sesekali dia tidak akan berpatah kembali. Biarlah kisah silamnya berlalu pergi. Semua itu akan dibuat sebagai rujukan untuk masa akan datang. Pujukan demi pujukan dari Hisham yang kini bekas suaminya hanya dipandang sepi. Biarlah lelaki itu dengan kehidupannya.

Anak-anak? Ah, bukankah ibu mereka sudah balik. Sejahat-jahat wanita itu, tetap ibu kepada Alif dan Akif. Dia tidak tergamak mahu memisahkan kasih antara ibu dan anak. Marlisa hanya mampu melihat dari jauh kehidupan anak-anak itu. Dia sudah biasa hidup dibuang keluarga. Sehingga kini dia tidak tahu apa salah besar yang telah dia lakukan hingga selalu disisih oleh keluarganya sendiri? Hanya di masa keluarganya susah, barulah dirinya dicari. Maznah, hanya kakaknya itu yang selalu dilebih-lebihkan. Dia sahaja yang selalu buruk. Biarlah disimpan kemas kenangan manis sepanjang menjadi isteri kepada Abang Hisham. Tidak dinafikan, lelaki itu adalah suami dan ayah yang baik. Menyesal? Dia tidak mahu walau ada sebesar hama perasaan itu singgah di hatinya. Dia redha.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 12:22 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 30-1-2015 12:26 AM


Oh makcik kau jatuh!”

Dadanya berombak-ombak. Nafasnya sedikit kencang akibat dihambat rasa terkejut. Boleh pula sebiji bola melantun tepat ke bahu kirinya. Nasib baik bukan di kepala. Tangan kanan sudah menggosok di bahagian yang sakit itu. Bola itu kini sudah berada di dalam genggaman. Dengan bibir bawah digigit, dia memandang bola tersebut dengan geram berserta rengusan halus. Kemudian, meliar mata mencari si pembuat onar.

“Maaf cik. Bola saya tu.”

Pantas Marlisa mengalih muka memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapan. Wajah yang sedang menyengih dipandang dengan mata yang meluas. Atas, bawah lelaki itu dipandang. Sinis benar pandangan Marlisa. Geram... patutkah rasa itu bertandang di dalam hati?

“Main tu, tak boleh ke elok-elok sikit! Nasib baik tak kena kepala saya ni,” merah padam muka Marlisa.

“Maafcik, saya tak sengaja,”

“Tak kiralah sengaja ke tidak. Tengoklah sekeliling, ada orang ke tak?”

“Amboi garangnya. Kan saya dah minta maaf tadi.”

Lelaki itu berkata dengan selamba sedang Marlisa semakin membulatkan mata. Patutkah reaksi lelaki itu begitu, seperti orang yang tidak membuat sebarang kesalahan. Dan Marlisa pula, mengapa berangin semacam saja?

“Saya betul-betul minta maaf cik,”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 12:23 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 30-1-2015 12:27 AM


“Ayah cepatlah sikit.”

Panggilan itu membuatkan Marlisa berpaling dengan pantas. Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berlari-lari anak, dipandang. Walaupun ia pandangan pertama, dia terus jatuh cinta pada kanak-kanak yang sangat comel itu. Serta-merta dia teringat pada Alif dan Akif.

“Maaf ya cik.”

Marlisa tersentak. Terleka pula dia menatap wajah comel yang sedang melaju ke arahnya itu. Perlahan-lahan, bibir mugilnya mengukir senyum.

“Tak apa. Maafkan saya kalau tertinggi suara tadi.”

“Kalau saya yang kena pun akan marah juga. Saya Fakhrul Hadi,”

“Saya Amzar,” sampuk kanak-kanak itu sambil menghulur tangan, memotong perlakuan lelaki itu lalu ketawa terbahak-bahak.

“Amzar...” lelaki bernama Fakhrul Hadi berkata sambil gigi diketap sedang mata membeliak. Kemudian dua beranak itu ketawa bersama.

Marlisa turut sama tertawa kecil. Lucu benar dengan telatah kanak-kanak itu. Lagak bagai orang yang sudah dewasa. Walaupun pada pertemuan pertama, terasa seperti dia sudah lama mengenali insan di depan. Melihat telatah kanak-kanak bernama Amzar, terubat sedikit rindunya pada dua beradik itu. Marlisa, memang sukakan kanak-kanak. Rezekinya mahu memiliki zuriat sendiri masih belum ada dan kini semuanya telah lenyap.

“Maaf ya cik. Anak saya ni memang macam ni.”

“Apa nama makcik...”

“Amzar, kakaklah sayang. Makcik pula,” sambil bibir mengukir sengih Fakhrul Hadi  memandang wanita muda itu. Boleh pula dia beramah-tamah dengan wanita itu. Hatinya, tiba-tiba terusik.

“Tak apa, nak panggil makcik pun tak apa. Nama makcik, Marlisa,” tangannya sudah dihulur dan dengan pantas disambut oleh si kecil itu.

‘Marlisa,’ desis Fakhrul Hadi. Memang padan dengan empunya diri yang cantik dan manis.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 07:16 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 11:06 PM
Alhamdulillah, sihat Zam.
Ke mana menghilang?
Alah, karya saya biasa aje. Orang lain punya karya ...

agak busy sikit lately sis... sbb tu jadi SR skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 07:19 AM | Show all posts
wipers81 replied at 30-1-2015 12:23 AM
“Ayah cepatlah sikit.”
Panggilan itu membuatkan Marlisa berpaling dengan pantas. Seorang kanak- ...

wah! lisa dh jumpa pengganti rupanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 08:09 AM | Show all posts
selamat pagi semua...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:21 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 09:29 AM
“Lisa,” dengan nada lembut dia memanggil wanita yang kini sedang tersedu-sedu.
...

Tak sangka true story.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:21 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 01:59 PM
@Nicki_Meow @Ipo dan pembaca sekelian,

Post #21 ada sikit pembetulan.

haish.nma sy tak sebut punn.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:29 AM | Show all posts

btul kata org.cinta tu buta. Sebb tu Marlisa korbankan masa remajanya.

Adooi.....bygkn.ko dah korban seme then ko dicerai.aduhh..aku takleh bygkn!

Nasib aku remaji single lgi..hehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.441646 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list