CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aidan90

Insidious Incident. PLAY..PAUSE..STOP

[Copy link]
Post time 10-7-2015 09:58 AM | Show all posts
menarik.... cepat sambung cerita lainnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 10:37 AM | Show all posts
menggigil lah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
bilik bibik mmg slalu jd saksi keangkeran umah2 di shah alam kikikik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:56 AM | Show all posts
ce amik gambar kawasan kubur time malam2
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:59 AM | Show all posts
insidious chap 3 mmg buat aku sakit jntung...
sikit2 terkejut..sikit2 terkejut..xsuke
tp pompuan tu comelll sgttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 02:10 PM | Show all posts
miz_butcher replied at 10-7-2015 07:29 AM
Makk..skeri cerita kau aidan.. Punya tahap dewa jin tu buat kite tertipu kan, siap bau nasik goreng  ...

Jangan la jelmakan diri buat free show depan aidan. Maw pitam tak bangun seminggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2015 02:15 PM | Show all posts
nenek_lampir replied at 10-7-2015 08:26 AM
Matila nakkk... nasib baik golap tak ada orang.. kalau la mereka mereka terus menyamar dah tu terlaj ...

ha'a nasib ler gelap je. Kalau tak mau habis 1 kuali aidan melahap nasi goreng. Dah la makanan faveret. macam tau-tau je.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 02:18 PM | Show all posts
syahoney replied at 10-7-2015 11:56 AM
ce amik gambar kawasan kubur time malam2

Insha Allah nanti aidan amek pic upload kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 02:20 PM | Show all posts
aidan90 replied at 10-7-2015 03:37 AM
Waa..bunyi guli .
Takot..Tapi tu la setakat ni aidan kena kacau pun sekadar dengar bunyi j ...

tau takpaa....tp sebab masa tu x aktif porum,,tau ja la bunyi guli,,tp xtau makna bunyi..klo tau,,tobat x duduk umah sorg2...kakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 02:22 PM | Show all posts
Dadadi replied at 10-7-2015 11:59 AM
insidious chap 3 mmg buat aku sakit jntung...
sikit2 terkejut..sikit2 terkejut..xsuke
tp pompuan t ...

Yes. Banyak terkejut-terkejut je. Tapi hantu die tak legend la bagi aidan, hantu orang tua sakit asma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 02:59 PM | Show all posts
Kisah 3 (Gabung Katil)

Thanks pada yang sudi baca. Terpulang kepada individu untuk percaya atau tak. Setiap apa yang berlaku kat aku ada moral disebalik kejadian, yang aku selalu ingatkan kat diri aku sampai sekarang. (Muhasabah diri)

Ni kisah masa aku stay di sebuah asrama MRSM  nun jauh di utara. Aku memang ingat sangat-sangat apa yang berlaku masa tu. Mana taknya bukan tiap-tiap hari jadi. Waktu tu umur aku 13 tahun. Nak dipendekkan cerita, aku sampai lambat time register asrama so nasib aku memang TERAMAT baik dapat la bilik yang paling-paling hujung sebelah hutan.   Depan bilik aku betul2 pintu kecemasan untuk keluar ke perkarangan asrama (sebelah belakang).

1bilik 4 orang kat mrsm, kira bagus la tu, tak macam sesetengah asrama lain, berkongsi 8 - 12 orang dalam 1 bilik, dapat locker kayu petak tu je. Mrsm mewah sikit dapat locker besi 2 pintu. Ala-ala almari la. Sebelah atas boleh susun-susun deodoran ke hape menatang semua. Meneruskan cerita....oleh kerana aku jugak paling lambat sampai kat bilik tu, I did not get to choose which bed I prefer, which was totally sucks. Tengok-tengok bebudak ni dah cop 3 katil lain. Ceh. Cepat je dorang. Aku la redha dapat katil tepi pintu. Kira kalau orang nak masuk bilik aku, bukak je pintu mesti nampak aku dulu. Loker pulak kat hujung katil sebelah kaki.

Nak dijadikan cerita ada 1 malam tu aku nak cuci baju sikit-sikit, dalam lepas isya. Masa tu hari sabtu, so banyak student yang balik weekend jumpa mak ayah tercinta. Bilik aku dengan tandas agak jauh sebab tandas tu kat tengah-tengah. Elok je lagi berapa meter nak sampai tandas, ada sorang budak blok tu jugak tengah keluar tandas, sampai je kat aku. Die senyum, aku pun senyum balik la walaupun aku tak rapat dengan dia sangat. Kenal-kenal macam tu je. Dia ni time tu terkenal la satu blok aspuri, tak tau la kalau ada yang tak pernah dengar. Dah elok die jalan melepasi aku, boleh pulak dia patah balik dan tarik tangan aku. (Tarik lembut macam nak bagitau sesuatu.) Lepas je tarik tangan aku, dia cakap, seolah-olah berbisik,

"Tandas penuh sekarang ni, elok awak basuh baju lain kali je."

Dah lepas cakap dia terus balik bilik dia. Terbeliak biji mata aku jap. Lembik lutut. Dari tempat aku berdiri tu aku dah boleh nampak dalam tandas, sumpah tak ada sorang pun dekat dalam tu. Tak ada 1 bunyi air pun waktu tu. Aku bukan percaya bulat-bulat apa budak tu cakap. Tapi disebabkan budak tu terkenal, aku jadi seram bila dia cakap macam tu. Sehari sebelum tu budak tu dikatakan kena rasuk sebab tu dia FAMOUS di kalangan budak aspuri. Alah budak aspura pun mesti tau punya pasal ni. Aku buat dek je masuk tandas teruskan niat aku nak basuh baju. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Elok dah selesai semua, aku balik bilik dengan riang sebab tiba masa nya untuk baca novel horror favourite aku "Fear Street (Switched) by R.L Stine.".
Sampai je bilik ada kawan aku, (Amy) tengah kelam kabut nak pakai tudung. Amy ni aktif koku, so tak silap aku dia ada jawatan apa tah. AJK surau macam tu ler. .

Aku : "Ko nak pergi mana kelam kabut ni wey?"
Amy : "Budak tu kena rasuk balik, aku nak pergi tengok ni"
Aku : "Ohh yeke. Dia kena rasuk kat mana?"
Amy : "Kat bilik sakit la. 2 hari dah dia kat situ je. Mana ustaz bagi dia balik bilik. Barang dia pun warden tolong ambik kan.
2 hari dah dia kat situ je. "


Ya Allah, habis siapa yang tegur aku tadi? Siap berani-berani tarik tangan aku? Aku dah tak sedap hati waktu tu sebab tinggal aku sorang dalam bilik lepas Amy keluar. Rasa tak senang duduk. Yang lagi 2 orang mesti sedap je tidur atas katil empuk kat rumah masing-masing. Aku cepat-cepat pergi tandas, ambil wudu', balik bilik dan mulakan bacaan yasin. Sempat la aku baca ulang 4 kali sementara nak tunggu Amy balik. Elok je dia masuk bilik dia ajak aku tidur gabung katil je malam tu. Aku pun setuju la. Aku still tak cerita kat dia pasal incident budak FAMOUS tu tegur aku sebab aku tak nak dia makin takut. Waktu tu pun aku tengok muka dia dah pucat. Yelah siapa suruh nk tengok orang kena rasuk, kalau tak kuat better jangan tengok. Senang cerita tak payah ada di tempat kejadian langsung.

Dah selesai gabung katil, kitorang pun siap-siap untuk tidur. Katil aku dengan Amy kira nya ada di tengah-tengah bilik, betul-betul bersebelahan dengan loker. Pintu loker pun boleh bukak sikit je sebab terhadang dengan tepi katil. Sebelum tidur tu, aku teringat yang mak aku ada bagi sehelai kertas tertulis surah yasin ala yang kat kedai ada jual tu. Aku lekat  kertas tu dekat pintu masuk bilik, sebelah dalam. Ambil yasin, kunci pintu, tutup lampu, lompat atas katil. Yeeha. Yassin tu aku letak bawah bantal sebab takut sangat. Aku dengan Amy masing-masing tak boleh tidur malam tu tapi kitorang diam je, tak de mood nak sembang. Aku baring mengiring ke kanan, menghadap loker aku.

Tak lama lepas tu, aku tak pasti pukul berapa, aku dengar macam ada bunyi kertas-kertas dikoyakkan!   Bunyi tu betul-betul datang dari hujung katil aku, depan pintu! Kalau korang tengah marah lepas tu ambil kertas banyak-banyak dan koyakkan. Macam tu lah bunyi nye. Seolah-olah ada yang marah. Aku perasan Amy rapatkan diri kat aku so aku pasti bukan aku sorang je yang dengar.  Dalam gelap gelita tu aku terketar-ketar tarik selimut pelan-pelan. Elok tengah tarik selimut dah dekat leher, tetiba loker aku pulak digoncangkan dengan kuat! Astaghfirullah... Jarak loker tu dengan muka aku tak sampai 1 depa pun! Aku tutup mata, jantung berdegup laju, berpeloh-peloh, tangan terketar-ketar. Aku kuatkan jugak tarik selimut sampai tutup kepala aku dan baca ayat kursi. Dekat seminit jugak loker tu bergoncang, diselang seli dengan bunyi kertas terkoyak. Aku boleh dengar bunyi deodoran, perfume, bedak ape semua terbalik sebab memang kuat digoncang! Kalau ikutkan hati, aku dah nak melompat lari keluar bilik waktu loker tu kena goncang, tapi mengenangkan bunyi kertas-kertas dikoyakkan tu masih ada di hujung katil, aku gagah kan diri untuk tak berganjak.

Bunyi loker tu hilang tak lama lepas tu, aku tak ingat berapa minit sebab tak de nye aku nak tengok jam! Tapi bunyi kertas koyak-koyak tu ada lagi, aku teruskan baca ayat kursi ulang-ulang sampai la aku tertido dan tak sedar bila bunyi tu stop. Bangun nak solat subuh aku, lompat dari katil terus terkam lampu dulu! On. Amy blur-blur tanya aku,

"Ko dengar apa aku dengar malam tadi?"

Aku diam je dan terus check depan pintu, bawah  katil, tapi tak jumpa apa-apa kertas pun yang terkoyak. Kertas yang aku tampal di pintu pun elok je melekat. Next, aku tarik katil aku ke tempat asal. Aku panggil Amy ke depan loker aku. Aku bukak loker sepantas kilat... Aiikkk.. Elok je deodoran dan barang-barang lain tersusun rapi, tak tunggang langgang pun.
Amy pelik dan terus dia cakap,

" Apehal ko tunjuk kat aku loker ko ni?"

Aku : "Kan kuat benor loker ni kena goncang semalam. Kalau penuh pundi kencing aku, dah terkencing atas tilam dah aku malam tadi"
Amy : "Jap. Aku dengar bunyi kertas koyak, lepas tu ada orang main-main rambut aku, tarik-tarik, siap gelak-gelak lagi. Tapi aku tak dengar bunyi loker."


Huhhhh! Tarik rambut? Gelak? Waii nasib baik la aku tak kena macam tu! Aku diam je lepas tu tak cakap apa-apa dan terus je ke tandas untuk ambil wudu'. Selesai solat subuh, masing-masing sambung tidur balik sebab mengantuk sangat. Hari isnin dekat kelas siang-siang baru la aku cerita balik kat Amy 'incident' budak FAMOUS tu tegur aku. Terkejut Amy.

Budak tu sepanjang hari dekat bilik sakit dengan warden. SEPANJANG HARI.

Mana logik akal nya? Ini bukan technical problems lagi dah. Ini 'insidious incident.' Sesuatu yang tak dapat dijelaskan. Hanya DIA mengetahui segala sesuatu.
Wallahualam.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 03:11 PM | Show all posts
serammnyerrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 03:23 PM | Show all posts
oh mai... seramnya citer TT nih... kata td x berapa nak seram.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 03:24 PM | Show all posts
oh mai... seramnya citer TT nih... kata td x berapa nak seram.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 05:30 PM | Show all posts
aidan90 replied at 10-7-2015 03:34 AM
Thank you daun keladi.
Amacam dah dengar ke The Day That Never Comes? Best tak? Tu s ...

Intro dia best Rasa macam nak terus p cari kod gitar. Tapi album mana ni? Macam sebelum St. Anger je rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 05:41 PM | Show all posts
aidan90 replied at 10-7-2015 02:59 PM
Kisah 3 (Gabung Katil)

Thanks pada yang sudi baca. Terpulang kepada individu untuk percaya atau t ...

Huhu seram citer ni. Bunyi kertas kena koyak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2015 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mama rasa sbb aidan pagar bilik tu sebab depa tak leh nak kacau tu yg suh org bukaj pintu, puiii dasar jahat! Siap pemohong masak nasik suh org keluaq! Ni jenih jahattt! Aidan apa jadi lagi di rumah tu, kengkawan lain ada kena kacau mcm aidan tak? Berani sungguh awak dok sorang kat bawah tu....tp takpa, awak dah pagarkan bilik.  Actually aidan mama pun tak terfikir nak pagarkan bilik, kena start mulai saat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
xsangka tt layan cod ngan metallica..hati kental jugak tt ni ye.. sambung le lg..btw lagu the day that never comes tu dari album death magnetic, tahun 2008 kalo xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 10:54 AM | Show all posts
walaupun aku x penah tgk cite Insidious & hantu2 sewaktu dengannya, aku rasa scaryyyy weii cite ko ni... aku mmg xkan la tgk cite2 hantu ni kan.. hantu skang dah canggih eh..pandai main smartfon
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah wah.. best la citer tt ni.. nak lagi! Nak lagi!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083447 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list