CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Tempatan] 'Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul' - TMJ

[Copy link]
Post time 4-9-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi mail ni tak dpt jawatan FIFA cam tmpahang... selagi tu la dia meroyan


kat fb je laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat tmj kate kat umno td, rupenye pasukan bola sepak msia.. Anyway,kalau bkaitan dgn umno iols pcaya je, kepala dan ekor same je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 02:26 PM | Show all posts
                TMJ Hina Tengku Mahkota Pahang Sebagai Bodoh Sombong
Posted on September 4, 2015 by Editorial|  


       
                        Kuala Lumpur – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini sekali lagi meneruskan sindiran tajamnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diterajui oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Melalui laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail mempertikaikan sumbangan FAM selama 30 tahun ekoran prestasi buruk pemain Malaysia terhadap perlawanan menentang UAE semalam.‎

“Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan.

“Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur” ujarnya melalui laman Facebook itu sebentar tadi.

Terdahulu Tunku Ismail menyifatkan kegagalan skuad kebangsaan itu berpunca dari kegagalan FAM.

“Ianya sudah terlambat.

“7-0 untuk separuh masa pertama. Ianya merupakan satu peluang pemilihan untuk mengubah kedudukan bola sepak Malaysia, tetapi ianya sudah terlambat. Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul!” ujarnya lagi.

Anakanda Sultan Johor itu turut memohon maaf kepada peminatnya sambil menyifatkan arena bola sepak negara telah mati.

“Saya mintak maaf kepada kepada penyokong bolasepak tanahair kerana telah membunuh bolasepak tanahair.

Dan terakhir sekali tahniah kepada penyokong bolasepak tanahair yang telah berjaya menyokong FAM untuk membangunkan bolasepak tanahair” ujarnya pula.

Terdahulu perlawanan lewat malam tadi menyaksikan Malaysia nyata bukan tandingan pasukan‎ ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mengalami kekalahan‎ besar 10-0 pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

‎Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 September ini. – SuaraTV

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 02:32 PM | Show all posts
                                            
Tunku Ismail Sultan Ibrahim


                                                                                                                      PERSATUAN Bolasepak Negeri Johor sedia menawarkan bantuan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memperbaiki imej bola sepak tanah air yang disifatkan semakin hancur susulan kekalahan teruk 10-0 keatas pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

        Penasihat Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan tersebut bagi mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan.

        Tunku Mahkota Johor itu juga memaklumkan bantuan yang ditawarkan itu bersyarat.

“Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong, pecat Dollah (jurulatih kebangsaan) secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur.

“Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70 hingga 80 peratus.

        Setakat untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20 hingga 25 peratus bahagian daripada hak penyiaran,” katanya yang dipetik dalam Facebook rasmi Johor Southern Tigers, di sini,  semalam.

        Tegasnya, FAM harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dilakukan.

“Pembangunan akar umbi boleh dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab.

“Dengan hasil daripada hak penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan, khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting,” katanya.

        Katanya,  kewujudan akademi dapat membantu mentaliti pemain yang dilihat perkara utama yang boleh memupuk sikap profesionalisme.

“Di sini dilihat kepentingan pendidikan,para pemain yang sedia ada kini tidak boleh diselamatkan.

“Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu lagi. Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bola sepak tanah air perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap pemain bola sepak negara,” katanya.

        Beliau juga menyuarakan bagi ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama yang dilihat tidak berfungsi untuk bercuti.


Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 02:35 PM | Show all posts
dia nak bagi budget tu ambik lah
mana tau ada perubahan
tak cuba tak tahu
or tak cuba tu lah jadi macam sekarang sampai ada yang nak buat BERSIH 10.0 pulak dah
so why not ambik budget dia upah joachim low ke masuk malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:20 PM | Show all posts

Ber guling aku gelak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2015 04:25 PM | Show all posts
Kena pendekatan begini la...
Main bola peringkat negeri/ kelab dalam liga gaji RM2000 maksimum.
Dpt wakil malaysia dpt RM 5000 sebulan. Kira spesel la dptr wakil malaysia. Elaun tambahan pun dpt bila terlibat dlm kejohanan. Kenak kick dari skuad kebangsaan gaji 2000 balik.
Kalau menang kejohanan minimum dapat 50,000 bonus berdasarkan tarap kejohanan. Menang piala dunia bagi 1 juta sorang pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 04:27 PM | Show all posts
Mula2 aku baca tajuk, aku ingatkan dia hencap Najib dgn UMNO... rupanya bukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
duit pin tak sedar tokeh cina prc yg bagi

budget kununn
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 04:47 PM | Show all posts
Aik tmj hina tmp.. mak saudara tmj bkn adik beradik dgn ayah beliau kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
M.Rose replied at 4-9-2015 03:20 PM
Ber guling aku gelak.

takde apa yg nak digelakkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
DeMax replied at 4-9-2015 09:48 AM
Tu la kalu semua pemain keturunan Indon mewakili Malaysia...level tahap 1MDB ......

Kita xde option pemain lain ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 12:10 PM | Show all posts
huhuh mcm ckp kt diri dia sendiri jerkkk..kepala x betol ekor pon x betol kannn kannn
pemahaman aku la
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mengata diri sndri ke?
"kepala xbetul ekor pon xbetul"
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 12:22 PM | Show all posts
Atifan replied at 5-9-2015 12:14 PM
mengata diri sndri ke?
"kepala xbetul ekor pon xbetul"

kannnn...pemahaman aku la..
kalau kepala dia dulu betol .....
maju makmur n sejahtera dah bangsa johor......
kannn kannnn

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 12:25 PM | Show all posts
Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan Johor dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini banyak disiarkan di muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa lalu diberi jolokan "Peristiwa Gomez".


Pada 10 Julai 1992, putera kedua Sultan Iskandar, Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris, naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed Vello. Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dibahaskan dalam parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama lima tahun selepas siasatan.

Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut.


Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri agar memencilkan pasukan hoki Johor dari semua perlawanan kebangsaan. Pada November 1992, Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar (English College), meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya. Selepas itu, Gomez merawat muka dan perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana menyerangnya.


Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku anggota Angkatan Tentera Johor, sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ijoHULK replied at 5-9-2015 12:25 PM
Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan Johor dan puteranya Tunku Abdul Majid ...

menarik cite ni

pasti bangsat puaka johornlaknat bangga dan kata

sultan ko berani buat camni?? hidup johorr

jerit mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang kencang kt fb je
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 03:10 PM | Show all posts
Topuiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kita sedar.. semenjak mail dan jawa johot layan bola sin e 2013... mutu bolasepak pasukan kebangsaan makin merudum... kenapa??

salah mail.. dia ingat duit dapat membeli semua

mat yo antara kerakusan mail.. dan lihat apa jadi pada mat yo... mat yo antara pemain yg baik tapi semenjak masuk jdt dan dikeluarkan... prestasi dia merudum.. begitu jua pemain2 lain yg dibeli pastu diaimpan kebangku simpanan
sedar2 la mail   ko tu assibiyah ko bukan nak naikkan mutu bola mesia pon... ko hanya tahu pasal negeri ko ke... kenegerian ya amat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.090137 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list