Syahadah ni penyaksian/pengakuan kan...
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Akan tetapi sejauh manakah penyaksian kita itu ye..maksud aku sejauh manakah kita ini menyaksikan/mengakui yang Allah itu Tuhan yang disembah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah....
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).
Kalau orang menuduh kita dalam sesuatu perkara yang kita tidak terlibat, janganlah membalas tuduhannya, (walaupun kita mengetahui yang dia yang sebetulnya terlibat) kerana dia yang akan menanggung dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri maka janganlah kamu membalas mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, nescaya dosanya kembali kepadanya dan pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)
Jikalau telah melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa di dunia ini agar tidak muflis di sana.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya."
Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah
Ayat Yang Ringan Di Bibir , Namun Berat di Timbangan(Mizan) Pahala di Padang Mahsyar - Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus
*Sampaikan walau 1 ayat
2 kalimah yang ringan di lidah,tapi berat di timbangan mizan di Padang Mahsyar kelak.jadikan amalan rutin harian, download, play,repeat berulang kali dan kita baca sekali sewaktu masa lapang, atau sewaktu drive kereta. dalam 1 jam drive kereta itu dah berapa banyak pahala yang kita boleh kumpul. Kita semua banyak dosa, sewaktu amal kita di timbang di akhirat nanti, kita sangat mengharap sesuatu yang 'berat' di timbangan amalan kebaikan/pahala kita
Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:
“2 kalimah yang ringan di lidah,
berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:
SubhanAllahi wa bihamdih,
SubhanAllahil-`Azim“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Maknanya:
SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung
Muslimin muslimat sekalian,
Ambillah peluang setiap masa yang terluang untuk kita mengingati ALLAH. Di dalam hadith di atas, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah menyatakan akan kelebihan kalimah dzikir ‘SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim’ yang tidak sepatutnya kita abaikan. Kalimah ini sangat mudah untuk disebut, tetapi subhanALLAH ganjaran pahalanya besar, malah disukai oleh ALLAH Ar-Rahman.
Justeru, janganlah kita membiarkan masa yang berlalu tanpa kita mengamalkannya. Samada sedang berjalan, sedang menunggu, sedang berehat, sedang memandu atau mana-mana ketika pun, janganlah kita biarkan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan dzikrullah. Apatah lagi seperti kalimah dzikir di atas. Mudah, tapi besar ganjarannya.
Di bawah ini, telah saya bikin videonya supaya mudah untuk diingati. Anak-anak saya sudah pun menghafalnya, alhamdulillah. Dan saya harap diri saya, ahli keluarga saya dan anda semua tidak mensia-siakan umur kadar sedikit ini dengan tidak mengamalkannya…
kalau kita perhatikan ialah - benda benda yg small je macam zikir, solat sunat
dan jauhi benda yg kiat suka buat liek ngumpat gossip tulsi berwenang wenng mengenai agama , kurang sopan...u know
Sahabat , ayuh kita baca Ayat Quran & Hadis Nabi SAW tentang dahsyatnya azab seksa neraka/narr , supaya kita dapat berusaha keras untuk menghindarinya , ingat, sebarang usaha untuk menghindari azab neraka/narr ini adalah sekarang masanya (di alam dunia) , bila kita start masuk ke alam barzakh/kubur , tertutuplah sudah peluang kita buat selama-lamanya , kita tak tahu bila ajal kita, boleh jadi dalam masa terdekat, ajal tak kenal usia, silap-silap esok ajal kita dah sampai, accident/sakit jantung dll . sentiasa kena bersedia... nak kumpul pahala , nak bertaubat , nak tinggal perkara dosa, nak solat, nak sedeqah, nak berbakti kepada ibu bapa, nak tolong orang susah, nak baca Quran, nak zikir , nak selawat , nak puasa , nak jadi orang Soleh , bertaqwa, beriman ...sekarang adalah masanya , jangan sampai kita menjadi orang yang menyesal tak sudah di alam akhirat nanti seperti digambarkan oleh Allah di dalam Surah AS Sajdah ayat 12 :
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"
beberapa ayat al Quran mengenai Neraka/Narr :
Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). (16) Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (17) (Ibrahim [14] : 16 - 17)
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah [2] : 24)
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29) (Al-Kahfi [18] : 29 )
(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. (11) Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh. (12) Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (13) (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14) Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (15) (Al-Furqaan [25] : 11 - 15)
mudah-mudahan Allah berikan kebaikan kepada kita di dunia, dan kebaikan di akhirat , Ya Allah Ya Tuhan Kami , Selamatkan diri kami daripada azab Neraka/Narr . Amiiiin
Fadhilat dan Keistimewaan 2 solat berjemaah , semua solat berjemaah ada kelebihannya(27x ganda), tetapi 2 solat ini ada "extra" . Seboleh-bolehnya , cuba usaha solat berjemaah walaupun hanya 2 orang . rugi besar kalau kita melepaskan peluang , benda bukan susah pun, solat subuh sendiri, 2 rakaat, kalau berjamaah pun 2 rakaat juga . isyak berjemaah 4 rakaat, isyak sendirian pun 4 rakaat , rugi kalau tak berjemaah . yg terbaik adalah berjemaah di Masjid .
ya....kamu bagus koliba
ni contoh org yg mengaji, ada jalan thoriq...
ada guru pengajian...
sebab nak mengenal, bukan dgn cara baca quran terjemahan melayu semata
tanpa berguru....pasti tak kesampaian...
nama quran, ada nahu sorof...asbab...
jgn jadi org terpedaya org setan sendiri...tanpa guru
asek hayal merenung fikiran akal..
pastu tunjuk dakwah pandai petik quran hadis sana sini
buat jadi peluru takut kena luku...
hahaha....kan perangai akher zaman
terserlah kehuduhan....
itulah manusia yg xsedar diri bermasalah
teruskan koliba....pembukaan pon cantik...
ya....kamu bagus koliba
ni contoh org yg mengaji, ada jalan thoriq...
ada guru pengajian...
sebab nak mengenal, bukan dgn cara baca quran terjemahan melayu semata
tanpa berguru....pasti tak kesampaian...
nama quran, ada nahu sorof...asbab...
jgn jadi org terpedaya org setan sendiri...tanpa guru
asek hayal merenung fikiran akal..
pastu tunjuk dakwah pandai petik quran hadis sana sini
buat jadi peluru takut kena luku...
hahaha....kan perangai akher zaman
terserlah kehuduhan....
itulah manusia yg xsedar diri bermasalah
teruskan koliba....pembukaan pon cantik...