CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
 Author| Post time 10-10-2015 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 10-10-2015 07:59 PM

Mata terpaku saat melihat rekaan di butik Jovian Mandagie. Suzie teruja lalu membelek beberapa helai baju. Rambang mata. Blouse dan dress menjadi pilihan Suzie. Sudah empat helai disambar.  Masih ghairah memilih lagi.

Darren terpaksa mengikut rentak Suzie. Berdiri di satu sudut sambil memegang telefon bimbit. Leka bermain candy crush. Faham dengan tabiat wanita yang gemar membeli belah. Maka Darren membiarkan saja tingkah Suzie.

"You .. Is it nice?"

Suzie ingin mendapatkan pandangan Darren. Menggayakan dress labuh dihadapan Darren. Berjalan persis model 'catwalk'.

Darren merenung sejenak sebelum menggeleng.

"I don't think so !"

Suzie mencapai baju rekaan lain pula. Dress pendek tanpa lengan. Meminta pendapat Darren kali ini.

"Too sexy ! But its up to you !"

Darren malas layan. Suka hatilah jika Suzie ingin berpakaian macam mana sekalipun. Tiada kaitan dengan Darren.

"Then you pilihlah design untuk I.."

Spontan Suzie menarik tangan Darren menuju ke arah deretan baju baju.

Hendak tak hendak, Darren terpaksa menurut. Membelek setiap helaian pakaian. Mana yang dirasakan sesuai untuk tubuh tinggi lampai Suzie dan menarik rekaannya di ambil. Lebih kurang dalam 3 helai. Kesemuanya diserahkan kepada Suzie untuk memilih mana yang berkenan.

"I yakin dengan taste you.."

Tanpa berfikir panjang Suzie segera mencuba saiz baju sesuai mengikut rekaan pilihan Darren. Usai mendapat baju yang bersesuaian dengan bentuk badannya, Suzie terus membuat pembayaran. Riak wajah gembira.

Darren membiarkan saja Suzie berbual dengan gadis di kaunter pembayaran. Bila bersendirian begini, bayang Shelly menjelma.

Imbas kembali kenangan bersama Shelly..

Shelly hanya mampu merenung saja rekaan terkini di butik Armani Exchange. Menelan liur melihat harga yang tertera. RM1500 untuk sehelai baju.

Memikirkan diri kini sudah tidak mendapat elaun bulanan dari Papa membuat Shelly mematikan hajat untuk membeli belah. Duit di akaun bank pula makin susut. Gaji Shelly setakat cukup cukup menampung hidup dikota metropolitan ini. Shelly mengeluh. Kalau dulu duit bukan satu masalah.

Manakan tidak, gunakan saja kad kredit platinum Papa maka dapatlah Shelly memiliki segala yang dihajati.

Namun, sejak Shelly berdegil untuk tidak mengahwini Alex, Papa membatalkan semua kad kredit Shelly dan menyekat elaun bulanan. Terpaksa Shelly berdikari tanpa sesen pun duit dari Papa.

Lantaran sudah terbiasa hidup dalam kemewahan, Shelly tidak betah berada dalam situasi begini. Duduk dirumah bujang. Tiada pendingin hawa dan pemanas air.

Setiap malam Shelly tidur berpeluh akibat kepanasan. Bila tiba pagi, Shelly terpaksa menjerang air untuk dibuat air mandian kerana tiada pemanas air. Tidak biasa mandi air sejuk.

Shelly sendiri buntu memikirkan masa depan. Rela berkorban demi untuk bersama Darren. Kadang kesal kerana terlalu menurut kata hati.

"Sayang.."

Darren menyapa mesra kekasih tersayang. Shelly dilihat termangu sendirian dari tadi.

Wajah muram Shelly berubah ceria. Bahagia menatap pujaan hati. Terlupa semua gundah.

"I ada something untuk you.. "

Darren ingin membuat kejutan. Menyarungkan sebentuk cincin dijari manis Shelly.

"You nak kahwin dengan I tak?"  

Darren berseloroh. Menanti jawapan balas si gadis.

Shelly terpana.

"Of course lah I nak ! You ni kan..."

Wajah Shelly memerah. Malu tapi mahu.

"Kalau macam itu next week kita pergi Jabatan Agama tanya prosedur untuk you convert.. Then we can plan our marriage.."

Besar harapan Darren untuk melihat Shelly bergelar muslimah sejati. Bukan sekadar untuk mengahwininya saja. Darren inginkan agar Shelly ikhlas memeluk Islam.

Berjanji pada diri sendiri untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik buat Shelly. Darren juga akan memantapkan lagi pengetahuan agama demi membimbing Shelly ke jalan diredhai Allah.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2015 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 10-10-2015 01:09 PM

"Mr Daydreaming.. It suits you ! You memang suka berangan 24 jam ek?"

Sekali lagi Darren dikejutkan kembali dari imbasan kenangan Shelly. Berpaling ke arah Suzie.

"Biar I tolong you pegang.."  

Darren menawarkan bantuan. Soalan Suzie dibiarkan tak berjawab. Cuba  menghapuskan bayangan Shelly dari ingatan.

Suzie akur. Menyerahkan bungkusan berisi pakaian kepada Darren.

"You nak I hantar balik office ke atau rumah?"

Darren sekadar inginkan kepastian dari Suzie. Memandangkan tugasan mereka disini sudah tamat. Baru pukul 1 petang. Sempat untuk kembali ke pejabat dan menyelesaikan kerja tertunggak walau mereka diberi pelepasan untuk berehat setelah selesai melakukan khidmat komuniti.

"I nak balik rumahlah.."

Suzie membuat keputusan kemudiannya.

Darren hanya menurut. Mungkin esok saja Darren akan masuk ke pejabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-10-2015 01:02 AM

Kepala Darren pusing menghadap komputer riba dari tadi. Email bertalu talu masuk tentang pemberitahuan nama staff yang memohon cuti dan masih menanti kelulusan Darren dalam sistem.

Melihatkan hampir 10 staff serentak meminta cuti pada tarikh sama, Darren segera membelek kalendar.

Patutlah Raya Haji rupanya.. Darren baru teringat. Raya Aidil Adha bakal disambut dalam masa dua minggu dari sekarang.

Padanlah ramai mahu bercuti. Template Excel tersimpan dalam fail 'staff and reportee' dibuka. Darren ingin memeriksa kapasiti pekerja sebelum meluluskan mana mana staff bercuti.

Mak Ai.. Ini tak boleh jadi..Lebih 20% staff tak ada.. Darren mencongak sendiri.

Pantas menghantar email kepada semua pekerja supaya masuk ke bilik mesyuarat. Ada hal penting ingin dibicarakan.

Selang beberapa minit kemudian hampir ke semua 40 staff melaporkan diri kepada Darren memenuhi ruang bilik mesyuarat. Suasana agak bising dengan suara perbualan.

"Team.. Listen up.."

Darren memula bicara. Inginkan perhatian semua.

"It's pertaining your leave application during this coming Aidil Adha.. I cannot afford to release more than 6 peoples on the same day..  I need your support to maintain our capacity.. Please discuss among yourself and get back to me before 10 AM tomorrow.."

Enggan memberatkan kepala, Darren memberi kebebasan kepada semua berbincang sesama sendiri. Itu lebih bagus dari membiarkan Darren membuat keputusan.

Bibit bibit tidak puas hati kedengaran. Tiada siapa mahu mengalah. Kekecohan melanda membuatkan Darren terpaksa bersuara meleraikan.

"Yana, anything you want to update me?"

Darren merenung pekerja senior berbadan gempal itu.

"It's totally unfair... Please Mr Darren ! First come first serve lah.. Akak dah apply cuti ni lama.. Takkan nak kena tukar pula.. Lagipun akak kena balik kampung suami akak tahun ini.."

Yana meluahkan ketidakpuasan hati. Hancurlah harapan untuk beraya dikampung jika Yana tidak berjaya mendapatkan cuti.

"We are based on capacity.. There is no such thing as first come first serve basis .. Ensure your back up is here if you really need to go on leave on this particular date.."

Darren memberi pilihan kepada Yana. Pandangan beralih ke arah Shima yang merupakan 'back up' kepada Yana.

"I kena balik Pahang, Mr Darren.." Shima segera membantah.

"You sepatutnya minta pelepasan lebihlah.. Ini festive session.. You should talk to the higher management.."

Razif sememangnya membenci Darren mempertikaikan arahan Darren.

"Betul tu ! Lagi satu priority should be given to senior staff !"

Haikal menyampuk. Juga tidak gemarkan cara Darren.

Terbiasa berdepan dengan protes dari staff bawahan membuatkan Darren tahu untuk mengawal kemarahan. Riak wajah biasa.

"Team, there is no such thing as seniority or first come first serve basis.. Please think about it.. If I were to approve all the 10 staffs to go on leave.. How the loss of productivity will be mitigated? Those whose taking MC or EL will further impact our daily operation process.. Hence again.. I need your support and co operation to curb this problem.."

Ikutkan panas baran Darren mungkin hanya maki hamun saja yang keluar dari mulut terhadap Razif dan Haikal.

"So both of you.." Darren memandang ke arah Razif dan Haikal.

"Since your leave was approved on Raya Haji last year..  Then, priority will be given to the others for this time.."

Keputusan yang agak adil pada pandangan Darren. Keutamaan harus diberi kepada mereka yang tidak berjaya mendapatkan cuti tahun lepas. Lagipula bagi Darren, cuti umum satu hari yang diberi sebenarnya sudah memadai.

"Tapi Encik Darren.. Baby sitter I tak ada nak jaga anak I masa Raya Haji nanti.. Sebab tu I kena ambik cuti tu.. I harap you consider.."

Wajah Malar resah. Terdesak untuk memastikan cutinya diluluskan.

"I will think about it ! But please look for the other alternatives.. Perhaps you can get you mother or mother in law to take care of your child?"

Walau seorang lelaki dan masih bujang, Darren faham kesukaran dialami ibu bekerjaya. Tambah pula Malar baru saja melahirkan anak kedua. Pasti susah untuk mencari pengganti menjaga bayinya.

"Please lah Encik Darren.. Kalau Mak I sihat dan Mak Mertua sanggup jaga anak I , I takkan ambil cuti ini..Takkan I nak bawa baby I datang office.."

Malar buntu memikir dimana harus mencari pertolongan jika Darren tidak meluluskan cuti.

"We will see how it goes first.."

Darren cuba memujuk.

"Meeting dismiss !"

Masih banyak lagi urusan terbengkalai, Darren menamatkan mesyuarat.

"I will resign if my leave is not approved !"

Razif mengugut. Sudah bekerja hampir 10 tahun membuatkan Razif yakin dirinya kebal.

Darren senyum mendengar provokasi Razif.

"Ok ! Just hand over your resignation notice.."

Riak wajah Darren masih selamba meski menyampah dengan ugutan Razif.

"I akan adukan perkara ini pada Cik Suzie !"

Giliran Haikal pula mengugut.

"By all means, please do so !"

Sumpah Darren tidak hairan jika Haikal mengadu kepada Suzie. Suzie tak ada hak untuk mencampuri urusan Darren mengendalikan hal pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 08:41 PM | Show all posts
mokcun dulu ada bos pompuan andartu cenge ..

banyak cikadak...dia ja yang betui..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-10-2015 09:16 AM

Aplikasi Microsoft Office Communicator Server atau OCS berkelip di komputer riba menandakan satu mesej baru masuk. Darren menggerakkan tetikus untuk membuka. Nama Suzie tertera. Mengeluh bosan.

Suzie Ong : Your staff came to see me

Darren segera menaip balas.

Darniel Hazren Lee : Regarding??

Sementara menanti jawapan dari Suzie, Darren menumpu perhatian membuat weekly forecast atau ramalan mingguan untuk setiap portfolio yang diuruskannya.

Satu lagi pesanan OCS masuk dari Suzie. Panjang berjela sehingga membuat Darren malas membaca. Mengabaikan saja. Ada kerja lebih penting untuk dilaksanakan.

Telefon di atas meja Darren pula berbunyi. Terpampang nombor sambungan pemanggil. Tahulah Darren panggilan itu datang dari mana.

"Yes, Miss Suzie... Anything ?"

Darren menyoal acuh tak acuh.

Kedengaran suara Suzie mengarahkan Darren untuk masuk ke biliknya.

Walau agak semak dengan bebanan kerja, Darren terpaksa akur dengan kehendak lady boss.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-10-2015 01:17 PM

Gym sememangnya 'escapism' terbaik untuk Darren setiap kali berdepan masalah. Senaman cardio menjadi pilihan utama. Berlari laju diatas threadmill sejak 30 minit lalu. Peluh merecik diwajah.

Kehadiran Rere dan Hakim diabaikan. Marah dengan Razif dan Haikal. Tambah bengang bila Suzie cuba masuk campur.

"Dia gaduh besar dengan Suzie tadi.."

Rere menceritakan kepada Hakim tanpa dipinta. Mencuri pandang ke arah Darren.

Hakim yang sedang minum tersentak. Memikir sejenak. Padanlah Darren dilihat berwajah tegang sebaik saja keluar dari bilik Suzie

Macam orang baru lepas gaduh dengan awek.. Itulah yang bermain difikiran Hakim tatkala berselisih dengan Darren dipejabat tadi.

"Kadang aku pelik dengan Suzie.. Dia macam ada masalah dengan Darren.."

Belum sempat Hakim menghabiskan kata kata, Rere mengisyaratkan Hakim supaya mengalih pandang ke arah kiri.

Hakim menurut saja permintaan Rere. Agak terkejut melihat kemunculan Zaheeda disini. Gadis itu dilihat sedang melenggok berjalan masuk.

Spontan jantung Hakim berdegup pantas. Terkena panahan asmara.

"Weyh.. Awek 'hot' tu pergi kat Darren lah... Jom kacau daun..."  

Rere memang sudah lama memerhatikan Zaheeda dipejabat. Sekadar cuci mata.

Cuma lantaran kesibukan kerja, mereka berdua jarang berpeluang berborak kosong meskipun berada dalam satu pasukan.

"Tak sangka dapat jumpa Encik Darren.."

Zaheeda senyum sambil berdiri disebelah Darren.

Bukan kebetulan mereka bertemu disini. Sejak mengetahui Darren mendaftar sebagai ahli gym, Zaheeda mendapat idea untuk turut serta. Bolehlah menatap wajah lelaki pujaan lebih lama. Peluang untuk merapatkan diri dengan Darren juga agak tinggi.

Hal ini kerana, Darren sentiasa serius dan sibuk ketika berada dipejabat. Sukar untuk Zaheeda mencari masa berduaan dengan Darren. Perlu bijak mencari peluang. Dan Zaheeda berharap usahanya berjaya.

"You buat apa dekat sini?"

Darren menghentikan larian. Tekak terasa haus. Berura ura untuk mengajak Hakim dan Rere melepak sekejap lagi.

"I nak bersenamlah, Encik Darren.."

Darren tertawa sebaik mendengar jawapan balas Zaheeda.

"Bersenam pun mekap sekati dekat muka.."

Memang Darren tahu setiap pengunjung datang sini untuk bersenam akan tetapi solekan yang dikenakan Zaheeda seperti tidak sesuai pada pandangan matanya.

Riak wajah Zaheeda berubah masam. Terasa hati dengan gurauan Darren.

"Hi Bro.. Siapa ni?"

Hakim menyapa mereka berdua. Mematikan gelak tawa Darren seketika.

Kura kura dalam perahu.. Pura pura tak tahu.. Pantun dua kerat yang kena dengan keadaan Hakim sekarang.

Berharap Darren memahami hasrat hati dan memperkenalkan dirinya kepada Zaheeda. Inilah saat yang dinanti nantikan oleh Hakim. Mata sukar dialihkan dari wajah cantik Zaheeda.

"Ini Zaheeda.. "

Darren segera memperkenalkan Zaheeda kepada Hakim meskipun Darren tahu Hakim sudah lama mengenali Zaheeda.

Masakan tidak, hampir setiap kali pertemuan antara mereka, Hakim meminta Darren supaya menjadi 'telangkai' untuknya dan Zaheeda.

Kesibukan kerja membuatkan Darren sering terlupa akan permintaan temann baiknya. Mungkin ini waktu yang sesuai untuk mereka berkenalan.

"Kalau you nak tahu inilah dia Hakim.. Ketua Credit Risk and Analyst.. Still single and available.."

Meski nada bergurau, namun Darren mahu Zaheeda jelas tentang status Hakim. Selebihnya terserah pada Hakim untuk memulakan langkah memikat.

"Nice to meet you, Zaheeda.."

Hakim menghulur salam perkenalan. Debaran terasa didada. Kali pertama bertentangan mata berdua begini .

Rere ingin mencampuri perbualan Hakim dan Zaheeda namun Darren lebih pantas menarik Rere untuk berlalu.

Dalam keterpaksaan, Rere menurut saja langkah Darren. Baru memasang angan untuk berbual mesra dengan Zaheeda.

Sebagai seorang lelaki, Rere dapat membaca bahawa Hakim menaruh hati terhadap Zaheeda. Menyesal kerana memberitahu Hakim tentang gadis itu tadi.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2015 04:14 AM | Show all posts
Hakim perasan perhatian Zaheeda lebih tertumpu kepada Darren. Malah Zaheeda memilih untuk duduk bersebelahan Darren berbanding Hakim. Melayani Darren makan persis seorang isteri disisi suami. Bukan ketua dan pekerja. Lauk pauk dalam pinggan Darren semuanya disendukkan oleh Zaheeda.

Walau Darren menolak namun Zaheeda tetap berdegil sehinggakan Darren terpaksa membiarkan sahaja.

Hakim hilang selera untuk makan. Menolak pinggan masih penuh berisi nasi dan lauk ke tepi. Meneguk air teh ais kesukaannya.

Kalau tadi Hakim gembira apabila Zaheeda menyatakan persetujuan untuk makan malam bersama. Beranggapan Zaheeda juga ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat. Kini semua angan angan hancur musnah.

"Aku gerak dululah, bro.."

Hakim pamit untuk pergi.

Jarang Hakim balik awal begini. Gara gara tidak tahan melihat telatah Zaheeda disisi Darren. Rere pula sudah lama meminta diri untuk pulang.

Darren hanya terpaku memerhatikan langkah Hakim. Tanda tanya terbit dengan perubahan sikap Rere dan Hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:48 AM | Show all posts
Lady Boss 'Suzie'  suka kat Darren kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2015 09:54 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-11-2015 09:21 PM

"Encik Darren, Kak Laily sakit nak bersalin !"

Malar berlari masuk ke bilik Darren. Terburu buru sehingga terlupa langsung untuk mengetuk pintu. Nafas mencungap lemah.

Darren terus saja menutup komputer ribanya. Bangun lalu berjalan pantas untuk mendapatkan Laily yang sedang dikerumuni ramai pekerja wanita didalam 'pantry'.

Wajah Laily berkerut menahan kesakitan. Memegang erat tangan Darren yang baru mampir.

"Tolong akak, Encik Darren.."

Suara Laily agak lemah.

Darren panik sekejap.

"Hang on , Kak !"

Darren cuba menenangkan Laily.

"Has anybody called ambulance?"

Memandang wajah pekerja wanita satu demi satu. Kesemua menggeleng kepala. Darren bungkam.

Staff lelaki cuma berdiam diri. Menjadi pemerhati dari tadi.

Segera Darren menyeluk poket  mengambil telefon bimbit untuk menghubungi talian kecemasan. Risaukan Laily dan anak dalam kandungannya. Manalah Darren tahu merawat wanita ingin melahirkan anak. Darren sendiri belum berkahwin apatah lagi memiliki zuriat.

Satu suara membantutkan tindakan Darren. Nyaris telefon bimbit terlepas dari tangan.

"Happy birthday to you... Happy birthday to you.. Happy birthday Darniel Hazren Lee.. Happy Birthday to you !"

Para pekerja menyanyi beramai ramai sambil bersorak gembira. Ada yang membaling tepung ke muka Darren. Suka dapat mengenakan ketua mereka di hari lahir.

Darren tak sempat mengelak mahupun berkata apa apa untuk menghalang. Habis kotor baju dan seluar yang dipakai.

Zaheeda berjalan sambil menatang sebiji kek bertulis 'Happy Birthday 27 Darren'. Tertera pesanan di kek 'Pls get GF ASAP'. From your lovely staffs.

"Wait.."

Darren tunduk. Mata pedih termasuk tepung. Mengesat dengan tangan.  

Laily yang tadi berpura sakit bangun ke arah Darren. Memarahi Razif yang membaling tepung tepat ke wajah Darren. Menyua beberapa helai tisu buat Darren.

Zaheeda segera meletakkan kek. Mendapatkan Darren untuk menghulurkan bantuan. Mata Darren merah.

"Biar I tolong, Encik Darren.."

Jari jemari runcing Zaheeda menyentuh rambut Darren dan membuang tepung yang melekat.

"Nevermind ! It's okay.."

Darren segera menolak. Bimbang gelagat mereka menjadi perhatian semua. Boleh menimbulkan curiga dan prasangka.

Namun, Zaheeda tetap buat 'bodoh'. Membasahkan beberapa helaian tisu lalu dilap pelahan pada wajah Darren untuk membersihkan kesan tepung. Berada dekat dengan Darren membuat Zaheeda teruja. Lantas pandangan sekeliling tidak dihiraukan lagi.

Darren kaku seketika tatkala tangan lembut Zaheeda menyentuh kulit muka. Terkenangkan seseorang yang kini telah jauh.

Shelly ! Darren senyum sendiri. Tak semena. Hanyut dalam kenangan indah cinta lama. Dulu Shelly selalu memanjakan Darren seperti anak kecil. Rindunya Darren pada Shelly.

Zaheeda beranggapan bahawa senyuman terukir dibibir Darren adalah khusus buatnya. Diri terbuai indah. Riang ria. Ada bunga api terbit dalam hati.

Dari arah pintu, Hakim hanya mampu memandang. Perasaan bercampur baur.

Niat hati untuk mengajak Darren keluar meraikan hari lahir bersama Rere malam ini terpaksa dibatalkan.  Mood Hakim terus hilang apabila melihat adegan 'hindustan' Darren dan Zaheeda 'live' depan mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-10-2015 01:08 AM

It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again...

Menusuk jauh ke kalbu. Lagu nyanyian Wiz Khalifa dan Charlie Puth dimainkan berulang kali. Lirik yang dialunkan membuat Darren selalu mengenang saat bersama Shelly.

Sejak peristiwa di pantry pejabat petang tadi, Darren sukar menepis bayang Shelly dari ingatan. Rindu membara.

Bersendirian dimalam hari jadinya bertemankan potret Shelly. Gambar gambar mereka berdua masih menjadi hiasan kamar Darren. Ternyata masa beredar pantas. Hingga kini Darren merasa Shelly disisi. Menemani diri dikala sunyi.

Let her go... Suara akal berbisik lagi. Meminta Darren menerima hakikat bahawa Shelly sudah tiada lagi didunia ini. Cinta mereka juga sudah lama berakhir.

Darren malas ambil peduli realiti. Bahagia dengan jalan hidup sekarang. Bersendiri.
Selagi berdaya, Darren akan mempertahankan memori bersama. Andai terpaksa bersendirian hingga ke akhir usia juga Darren rela. Hanya Shelly yang mampu takluki hati Darren. Mustahil ada pengganti.

"You are my heart, my soul and my everything.. You akan hidup dalam hati I selamanya..."

Darren berbicara sendirian sambil mata merenung gambar Shelly ditangan.

Kedengaran bunyi loceng ditekan berulang kali. Darren meletakkan semula potret Shelly diatas meja. Bangkit malas untuk membuka pintu. Menyumpah seranah kedatangan tetamu yang tak diundang.

Hampir terkeluar bola mata Darren apabila melihat wajah tetamu sebaik saja pintu terbuka...

"Miss Suzie?!"

Buntu memikirkan rasional Suzie berada dirumahnya pada waktu begini. 10 malam !  Agak lewat untuk seorang wanita melawat kediaman seorang lelaki. Apatahlagi yang bujang dan tinggal sendirian seperti Darren.

"I..."

Lidah Suzie kelu. Menurut kata hati untuk menemui Darren malam ini juga. Ada perkara penting ingin dibicarakan berdua.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:24 PM | Show all posts
nice one
masih menunggu update...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 09:52 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 13-10-2015 12:57 AM

"I have no intention to interfere in your personal affairs.. But please Mr Darren.. I need to know.. What is the actual relationship between you and her?"

Suzie tidak mahu reputasi baik Darren tercalar hanya kerana seorang gadis. Darren adalah ketua termuda dalam organisasi dan miliki masa depan cerah untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya. Suzie boleh nampak potensi diri Darren. Miliki karisma dan pakej lengkap sebagai seorang ketua.

Darren endah tak endah. Sudahlah kedatangan Suzie malam malam buta begini.

Nasib baik gerai mamak berdekatan kondominium yang diduduki Darren masih buka. Dapatlah mereka lepak berbincang disini.

"Few clarifications required here.."

Darren sudah dapat  merasakan bunga bunga perbalahan antara mereka berdua sedang bermula. Merenung tepat ke dalam mata sepet Suzie. Kali ini riak wajah serius.

"First, who is 'her' that you're reffering to... Second, what's wrong if i am having relationship with whosoever 'her' as per your concern.. Third, what makes you think you are in the position to ask this irrelevant question at the first place?"

Soalan sinis dan sarkastik diutarakan oleh Darren. Meneguk kopi panas kesukaannya. Menanti jawapan balas dari Suzie.

Suzie sudah mengagak reaksi Darren. Menghela nafas panjang sejenak. Menyemai kesabaran dalam diri.

"I am asking you now as a leader, Mr Darren ! You are reported to me ! Just answer my question.."

Namun, Suzie enggan mengalah. Darren memang suka mencari pasal ! Menjeling , geram.

"Anne.."

Darren memanggil mamak yang sedang menghidang minuman pada pelanggan lain.

"Sekarang pukul berapa?"

Darren menyoal mamak yang terkebil kebil datang ke meja mereka.

"10.45 malam la dey.."

" Ok thanks, Anne !"

Darren berpaling menghadap Suzie semua.

"Beyond office hour already.. You're no longer my boss, Miss Suzie ! See you tomorrow then..."

Sekeping RM10 diletak atas meja untuk membayar harga minuman mereka berdua. Darren bingkas bangun.

"Keep the change !"

Usai berkata begitu Darren terus berlalu meninggalkan Suzie sendirian.

Berjalan kaki sahaja untuk kembali ke kediamannya. Berbakul makian dalam hati ditujukan kepada Suzie.

Namun langkah Darren mati apabila mendengar jeritan Mamak gerai.

"Dey, amoi you sudah pengsan lah !"

Dada Darren berdebar kencang. Suzie pengsan?! Tiada pilihan lain. Darren terpaksa berpatah balik. Berlari pantas mendapatkan Suzie yang sedang terbaring atas tanah.  


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 11:26 AM | Show all posts
elia bila nak sambung huhuhu dah banyak kali refresh ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 12:28 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 14-10-2015 09:39 AM

Hari ini dalam sejarah !

Buat pertama kalinya Darren mempunyai perasan berbeza terhadap Suzie. Kalau selama ini hanya kejengkelan dan ketidakpuasan hati saja wujud buat wanita itu.

Tetapi kini, Darren benar benar risaukan Suzie. Riak wajah cuak. Memangku kepala Suzie.

"Open your eyes , Miss Suzie !"

Darrem menepuk pipi Suzie. Sayang tiada reaksi balas. Mata Suzie masih terpejam rapat. Darren mengangkat Suzie lalu didudukkan atas kerusi. Tubuh Suzie dibiarkan bersandar.

Pantas Darren berlari untuk ke parking lot mengambil kereta. Hajat hati ingin membawa Suzie ke hospital. Meminta tolong Mamak kedai memerhatikan Suzie sewaktu ketiadaan Darren.


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe hatap cerpen ini x de slot sinetron erkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 10:52 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 14-10-2015 08:13 PM

Wajah lelaki kacukan Melayu Cina itu ditenung lama. Nampak tenang tidur dalam keadaan duduk di sisi katil. Suzie memandang sekeliling. Persekitaran hospital sunyi sepi. Tiada bayang jururawat kelihatan.Mengalihkan gebar yang menyelimuti tubuh. Niat hati untuk mengejut Darren mahu mengajak pulang. Serba salah kerana menyusahkan Darren tadi.

Suzie menyentuh bahu Darren. Menepuk berulangkali untuk menbangunkan. Tak semena Darren meracau menyebut satu nama...

"Shelly.. Shelly.."

Bibir Darren terkumat kamit menyebut 'Shelly'. Mata kekal terpejam. Kadang Darren dilihat senyum sendiri. Sedang bermimpi barangkali.

Shelly?!

Entah kenapa Suzie jadi penasaran mendengar nama itu. Hajat hati untuk mengejutkan Darren tergendala. Membiarkan saja Darren hanyut dibuai mimpi.

Darniel Hazreen Lee... Tak kacak sangat tapi not bad.. Suzie membuat analisis rupa paras jejaka dihadapan mata.

Boleh membuatkan gadis menoleh dua kali andai bertentang mata. Muda dan berkerjaya. Gentlemen juga walau kadang agak kebudak budakan hingga adakalanya membuat Suzie naik 'angin'.

Suzie senyum sendiri. Darren memang istimewa ! Sayang hingga kini masih menyendiri.

Siapalah agaknya gadis  yang berjaya membuatkan Darren jatuh cinta?

Tiada jawapan untuk itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2015 11:26 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-12-2015 05:44 PM

Hakim terpaksa menggantikan tempat Darren memandangkan Darren tidak masuk pejabat hari ini. Walau agak serabut kerana mengalas dua tugasan sekaligus, Hakim ceria kerana peluang untuk mendekati Zaheeda terbuka luas. Berjalan menuju ke bilik Darren untuk mencari fail penting. Baru Hakim perasan bilik Suzie juga kosong. Memberi makna Suzie juga tidak hadir.

Macam berjanjilah pula Tom and Jerry ni.. Hakim gelak sendiri mengenang Suzie dan Darren. Keduanya menyerupai watak animasi itu. Sukar untuk menentukan yang mana satu Tom atau Jerry. Kadang Darren tampak dominan lebih dari Suzie.

Baik Suzie maupun Darren sama sama keras kepala. Jarang mahu mengalah. Lantang bersuara menegakkan pendirian sendiri. Sesuailah kalau kahwin. Bercakaran hari hari.

Hakim terus keluar dari bilik Darren. Ada mesyuarat penting untuk dihadiri. Darren mungkin akan menyertai perbincangan nanti melalui conference call.

Enggan melengah masa, Hakim berjalan pantas. Masa masih berbaki 10 minit sebelum mesyuarat bermula. Menghala ke tandas lelaki untuk melepaskan hajat terlebih dahulu. Menolak pintu untuk masuk ke dalam.

Namun, satu suara perbualan menarik perhatian Hakim. Rasa macam biasa dengar.  

Didorong perasaan ingin tahu, Hakim meregangkan sedikit pintu lalu memasang telinga. Mengintai ke arah dalam. Terkejut melihat Rere sedang berbicara dengan seorang staff lelaki di sinki. Memburukkan teman baik mereka sendiri.

"Ala Darren tu bukan bagus mana pun ! Kaki kipas kaki ampu semualah ! Bayangkan dari officer biasa naik leader tak sampai setahun kerja !  Lepas tu jadi Line Manager sekarang ni Head of PnL pula..Kau rasa ilmu apa dia pakai?"

Rere sengaja mewujudkan provokasi untuk menjatuhkan Darren. Lebih kepada sakit hati kerana melihat kemesraan Zaheeda melayani Darren semalam.

"Kau tak tahu cerita ke? Dulu Darren tu ada skandal dengan Head of Department lama.. Sebelum ganti dengan Suzie.. Tu yang senang naik pangkat.."

Haikal yang memang 'anti' Darren menokok tambah.

"Tak respect senior macam aku dengan Razif pula tu.. Ikut suka hati mak bapak dia reject cuti orang ! Dia ingat dia tu besar sangat ke?"

Dendam membara apabila mengenang Darren bermatian untuk tidak meluluskan permohonan cuti raya Aidil Adha Haikal.  Sanggup bertegang urat dengan Suzie demi mempertahankan keputusannya. Malah campur tangan Suzie tidak berjaya mengubah pendirian Darren.

"Biasalah tu manusia ... Baru ada pangkat sikit dah berlagak !"

Rere mencemuh lagi. Suka hati melihat reaksi Razif. Sanggup mengkhianati kawan baik demi kepuasan diri.

Rere cuba sabotaj Darrren? Tak boleh jadi ni.. Aku kena 'preempt' Darren...

Hakim membatalkan hasrat untuk masuk ke tandas. Terus ke bilik mesyuarat.

Sungguh Hakim tak sangka Rere sanggup menikam Darren dari belakang.

Manusia rambut sama hitam.. Hati lain lain.. Kini Hakim mengakui kebenaran perumpamaan itu.

Setahu Hakim, Darren tidak pernah menyakiti hati Rere. Tergamak Rere berkata begitu tentang Darren.

Benarlah juga kata bidalan. Kawan makan kawan. Jelas terjadi depan mata Hakim.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-10-2015 12:23 AM

Yana tercengang mendengar 'gosip sensasi' dari bibir Razif. Khabar angin bertiup kencang mengatakan Darren dan Suzie menjalin hubungan. Semua cerita tercetus kerana ada teman Razif ternampak kemesraan Suzie dan Darren sewaktu menyertai khidmat masyarakat di Hospital Besar Shah Alam.

"Tak logik lah !"

Yana segera menafikan.

Mustahil Darren dan Suzie bercinta. Masakan tidak kedua mereka pantang bertemu. Pasti akan tercetus pertelingkahan. Bak kutub utara magnet bertembung, menolak antara satu sama lain.

"Aku pun rasa tak mungkin ! Encik Darren tu baru lahir, Cik Suzie kita tu dah sekolah darjah 1.. Jauh sangat beza umur diaorang !"

Malar juga menidakkan kata kata Razif. Darren dan Suzie memang tak sepadan. Umpama kakak dengan adik.

"Ala Che Ta dengan Zain tu lagi jarak umur.. 11 tahun.. Rileks aje ! Apalah sangat 7 tahun tu.. Lagipun Cik Suzie tu cun apa.."

Shima pula menyampuk. Menyamakan dengan pasangan pelakon Malaysia. Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Pada pandangan mata Shima, Suzie dan Darren agak sepadan. Darren 'chinese look' dan sekali pandang  wajah kedua mereka nampak seiras. Macam adik beradik pun ada.

"Aku rasa betullah ! Cik Suzie tak masuk kerja hari ini, Encik Darren pun tak ada.. Entah entah dorang 'dating' sakan semalam celebrate birthday Encik Darren..."

Laili pula menyerkap jarang.

Zaheeda hanya menjadi pendengar setia.

Kecewa jika benar Darren dilamun cinta terhadap Suzie. Sukar menerima hakikat andai itulah kebenarannya. Malu kerana mengharap kasih orang tak sudi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 12:47 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 15-10-2015 09:21 AM

Darren hanya ketawa mendengar sakit yang dihidapi oleh Suzie.

Period pain sampai pengsan? Lembik !  Sempat mengutuk dalam hati.

Sia sia Darren menemani Suzie semalaman sehingga sanggup mengambil cuti kecemasan hari ini. Beranggapan Suzie mengalami sakit serius maka Darren rela berkorban masa dan tenaga demi memastikan Suzie selamat.

"Stop laughing please ! You lelaki apa tahu !"  

Wajah Suzie merah. Malu apabila ditertawakan oleh Darren. Silap Suzie kerana membenarkan doktor bertugas memberitahu penyakit yang dihidapi didepan Darren.

Dalam masa sama, hati Suzie berbunga girang kerana Darren setia menemani sejak semalam.

Walau Suzie tahu Darren cuma membantu atas dasar kemanusiaan dan simpati.

Tambah pula Suzie pasti Darren tidak tahu bagaimana untuk menghubungi kaum keluarga Suzie. Maka Darren terpaksa menanti sehingga Suzie sedar.

Apapun, Suzie tetap bersyukur dengan sikap prihatin Darren. Ternyata Suzie tidak salah menilai keperibadian Darren.

" So when is your cycle actually?"

Darren bertanya selamba. Fahamlah Darren kenapa Suzie agak emosi dan selalu marah marah kebelakangan ini. Perubahan hormon rupanya.

"Cycle? Maksud you?"

Suzie kurang faham.

"Ala you punya periodlah.. Kan fix tiap tiap bulan ikut cycle.. I nak tahu bila so that I boleh be prepared.."

Darren sekadar bergurau.

"Be prepared for what?"

Sekali lagi Suzie buntu untuk memahami pertanyaan Darren.

"Be prepared  lah supaya I tak buat you stress... Marah marah..  Sebab I tahu perempuan masa menstrual memang sensitif.. Tak boleh tersentuh hati sikit ! Bad mood memanjang.."

Suzie kaget mendengar kata kata yang keluar dari bibir Darren.
Setahu Suzie, Darren adalah anak tunggal. Tidak ada kakak atau adik. Jadi bagaimana Darren boleh arif perihal wanita?

Mungkin dari pembacaan atau internet kot .. Tebak Suzie.

Dewasa ini memang banyak rencana dan fakta di internet mengenai wanita. Maklumat semua hanya dihujung jari.

"Macam mana you tahu?"

Spontan soalan terpacul dibibir merah delima Suzie.

" Sebab Shelly macam tu ! Bad mood jer bila datang bulan..."

Sejenak Darren membayangkan wajah Shelly difikiran. Rindu dan kasih mencurah curah pada sang kekasih.

Shelly?!

Suzie makin penasaran untuk mengetahui misteri disebalik Shelly.

Sejak semasa tidur nama itu sentiasa bermain di bibir Darren. Kini dalam jaga juga Darren menyeru 'Shelly'.

Pasti Shelly antara insan penting dalam hidup Darren.

Sekali lagi Suzie membuat andaian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 05:09 PM | Show all posts
panjangnya cerpen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.343681 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list