|
[Tempatan]
[Edisi Cmen bukan C4] Kevin Morais mati bukan sebab kes rasuah katanye
[Copy link]
|
|
Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan
http://www.malaysiakini.com/news/321058
25 Nov 2015, 7:26 malam  25 Nov 2015, 8:49 malam

Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.
Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.
"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.

"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.
Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.
Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai 'kurang memberangsangkan'.
“Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.
SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.
 |
|
|
|
|
|
|
|
"...he specifically bequeathed his apartment to a dear friend of his...."
dear friend ke lover? memang sah kevin ni rogayah |
|
|
|
|
|
|
|
ooo tgh draf kertas pertuduhan Najib rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
ooooh, patutlah lah kena simen...
dah macam kes altantuya pulak.....
lepas ni, bijan akan buat sumpah laknat kat masjid kepong, 'saya tak pernah jumpa lelaki itu'.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dekat dunia boleh la lepas Najib...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku x nak speku pape..cuma byk beno kebetulannya najib tuya dan kevin ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak paham.. Kevin meninggal early September.. tapi parcel yang mengandungi pendrive tu tiba di Atlanta pada October...
Memang tempoh yang lama sebegitukah bila hantar parcel pada zaman sekarang? katakanlah Kevin posted parcel itu sehari sebelum kematiannya, kira2 sebulan jugak tiba di US...
Siapa2 yang selalu online shopping boleh verify?
Akak bukan apa.. takut ada plot lain je di mana parcel tu dihantar selepas oleh orang lain selepas kematian Kevin.. kira family Kevin Team A vs Team B masing2 ada plot tersendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 26-11-2015 04:58 AM
Auta hindu je tu. Aku tak semudah itu nak percaya mcm macai macai yg lain tu. Dari mati terbunuh sia sia lebeh baik mati yg ada ganjaran dr pihak pihak
yg berkepentingan. Plot cerita boleh buat kemudian. Dah biasa nonton filem tamil
|
|
|
|
|
|
|
|
nak nampak lagi byk beno kebetulan.....kena buat gmbr photoshop mcm najib mkn bersama dgn tuya....
itu akan lebih dpt menyakinkan rakyat....
|
|
|
|
|
|
|
|
milo_888 replied at 26-11-2015 12:51 PM
Akak tak paham.. Kevin meninggal early September.. tapi parcel yang mengandungi pendrive tu tiba di ...
Kalau biasa beli.brg iherbs Dr us tu
..mmg dlm jangka waktu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok... thanks.. akak baca semula tadi...
Parcel tu tiba di Atlanta in late October..
Kevin found dead on Sept 4th..
Ni dah makan masa hampir dua bulan ni kalau parcel tu dihantar even sehari sebelum kematian mendiang...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye nok mmg ada sesetengah parcel kelembaban bak siput babi
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks chuols tolong tepek article 
|
|
|
|
|
|
|
|
barangkali mendiang kevin guna penghantaran biasa dimana memang mengambil masa sebegitu lama utk sampai ke destinasi.
umpama kita pos surat bersetem, tarikh dihantar awal bulan sampai destinasi mungkin tgh atau dh ke hujung bulan...
akak rasa laaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat x semudah tu dibodohkan cam macai UMNO 

|
|
|
|
|
|
|
|
mesti jibby x sangka kan...igt die blh tutup kes lps ugut si richard tu...
sure die x sangka moris ade abg..(charles yg ddk kt amerika) and moris ade simpan another info dlm pendrive...
semoga die ade pembelaan dan yg jahat ditangkap! |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kat US heshe ada kaki jugak nokk besan samseng
beli barang mahal bedozen tak bayar pun wat lek wat pis je
|
|
|
|
|
|
|
|
AG nafi SD, anggap dakwaan Charles melampau
http://www.malaysiakini.com/news/321163
Hari ini, 2:47 tengahari  Hari ini, 2:49 tengahari

Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais tidak ada kaitan dengan siasatan firma pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.
Sehubungan itu, beliau menolak akuan sumpah berkanun (SD) yang dibuat oleh adik TPP itu, Charles Suresh Morais bahawa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
"Dakwaan Charles itu adalah sangat melampau dan tidak masuk akal. Malah apabila beliau (Kevin Morais) dipindahkan kembali ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2004, belum ada laporan berhubung 1MDB," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian.
Mohamed Apandi yang kini di Nanning, China berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan Charles dalam akuan bersumpah dalam permohonan beliau supaya mayat abangnya terus disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga bedah siasat kali kedua.
Katanya, apabila Charles membayangkan bahawa tertuduh yang didakwa di mahkamah tidak terbabit dalam pembunuhan Kevin Morais, beliau dilihat cuba mencampuri perbicaraan mahkamah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik Dakwa Kematian Kevin Morais Ada Kaitan Dengan Siasatan Terhadap Seorang Pemimpin Kanan Negara
http://www.siakapkeli.my/2015/11 ... vin-morais-ada.html

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Adik kepada mendiang Kevin Morais mendakwa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan rasuah yang melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.
Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes yang membabitkan seorang pemimpin dan isterinya.
“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka kerana gusar perbualan itu dirakam.
“Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.
Charles juga berkata dia tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur.
Menurutnya, laporan pertama mendapati Kevin berkemungkinan mati kerana lemas.
“Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya.
Disebabkan itu, Charles memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Disember depan.
Berikutan kes pembunuhan Kevin Morais, seorang anggota tentera dan enam lagi yang lain didakwa di Mahkamah Majistret pada 28 September lalu.
“Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.
“(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia ‘tahu terlalu banyak’ mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.", kata Charles memetik laporan FMT.
Selain dari memfailkan perintah mahkamah itu, Charles juga turut mendedahkan Kevin Morais ada menghantar satu pen drive kepadanya sebelum dia dibunuh.
"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata maklumat di dalam pen drive itu perlu dikongsi dengan pihak polis supaya tindakan dapat diambil.
"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.
"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Tambah beliau juga, keengganan berbuat demikian adalah juga satu perbuatan jenayah.
"Jika dia (adik) mengetahui bahawa kesalahan tertentu berlaku tetapi enggan mendedahkannya, dia juga lakukan satu kesalahan," katanya.
Mengulas soalan bagaimana sekiranya polis menuntut untuk mendapatkan pen drive tersebut, Khalid berkata "Pihak polis boleh mahu banyak perkara. Saya ingin tahu siapa yang membunuh abang saya." |
|
|
|
|
|
|
|
kata2 AG baru yg dilantik selepas AG lama dibuang....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|