|
NASI GORENG SERAI [cranko21]
4 mangkuk nasi putih
8 biji bwg merah ] di
4 ulas bawang putih ] tumbuk halus
6 batang serai - mayang halus
1 cwn udang kering direndam dan tumbuk kasar
1 cwn isi ayam - di hiris halus
2 sdm lada hitam - di tumbuk
4 biji lada hijau- di potong bulat2
minyak untuk menumis dan garam secukupnya
1 biji limau nipis
Cara
Tumis bawang dan masukkan udang kering - kacau
Masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak.
Masukkan lada hitam, serai & garam - kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau lagi hingga rata kemudian masukkan cili yg telah di potong2.
Sebelum di hidangkan perah
Nasi Goreng USA [hanieliza]
Bahan-Bahan:
4 pinggan nasi putih
4 ulas bawang merah [cincang]
2 ulas bawang putih [cincang]
1 biji cili capsicum merah
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
1 mankuk kecil daging ayam [dipotong nipis dan kecil]
1/2 cawan mix-vege
1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk lumat]
Garam
majerin
bahan hiasan
telur mata kerbau
salad coleslow
daun sup
tomato buah
Cara:
1. Panaskan majerin, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang beserta lada hitam.
2. Tumis hingga naik baunya.
3. Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging tersebut masak
4. Kemudian masukkan mix-vege dab telur hancur tadi.
5. Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Kemudian masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan dan hiaskan saperti dalam gambar.
NASI GORENG KUNYIT - resepi India
Bahan
4 cwn nasi putih (sebaiknya pakai beras basmati)
1 tangkai daun kari
2 sdt biji sawi serbuk (mustard powder)
1/2 sdt alba
2 sdt kunyo serbuk
5 biji lada hijau di cincang
1 sdt jus lemon
garam secukupnya
sedikit minyak sapi tuk menumis
Cara
Panaskan minyak sapi dilm kuali dan masukkan biji sawi, daun kari dan halba, goreng hingga naik bau.
Masukkan nasi, kunyit, lada hijau, garam dan jus lemon dan gaul rata.
Hidangkan panas2.
Mudah dan sedap.
Nasi goreng cina ikan masin [tarbiah]
2-3 ulas bawang putih dihiris nipis
Ikan masin(tenggiri) dipotong empat segi kecil-kecil
Kedua2 bahan diatas digoreng berasingan hingga garing dan ketepikan.
Bawang besar-utk menumis
Cili padi-dipotong serong2
Sayur campur
Lada sulah
Stok ayam Maggi
Nasi(kalau boleh jgn gunakan nasi semalam dan pastikan nasi itu seroi)
Sedikit gula
Minyak masak+sesudu minyak sapi@butter
Daun bawang dan cabai merah utk hiasan
Cara membuatnya:
Panaskan minyak masak dan campurkan minyak sapi@butter tadi.Tumis bawang besar sebentar dan masukkan stok ayam maggi secukupnya.Biar sebentar dan masukkan sayur campur serta cili padi dan dikacau sekejap.Setelah itu masukkan sedikit gula diikuti dengan nasi dan kacau hingga rata.Ratakan sekali ikan masin dan bawang putih yg digoreng tadi.Pastikan nasi goreng cukup masak(kalau nasi tu dah melompat-lompat sebutir dua tu maknanya dah cukup masakle..)Angkat dan hidang panas2 dgn menaburkan daun bawang, cili merah serbuk lada sulah di atasnya.
Yang pastinya nasi goreng ni memang sedap dan wangi..!
NASI GORENG BERIANI AYAM [NoorMasri]
Bahan-bahan:
4-5 sudu besar minyak masak
5 cawan nasi
2 sudu besar rempah beriani } dibancuh dgn sedikit air
300 g daging ayam } dipotong kecil - boleh ganti dgn daging lembu jika suka
2 cawan sayuran campur beku
5 tangkai cili kecil } diketuk - suka pedas tambah lagi
1 sudu kecil paras rata jintan putih/halus (cumin) - TAK perlu tumbuk
sedikit serbuk kunyit
Bahan A:
1 labu bawang besar }dicincang
5 ulas bawang putih }dicincang halus/ditumbuk
2 cm halia } dicincang halus/ditumbuk
Bahan sampingan:
Hirisan timun
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng
Cara membuat:
Panaskan minyak dan goreng bahan A sehingga kekuningan
Masukkan rempah beriani , jintan putih dan serbuk kunyit, goreng sebentar sehingga wangi kemudian masukkan ayam
Bila ayam masak dan airnya kering masukkan nasi, sayuran , cili api dan garam secukup rasa ;goreng sehingga sebati
Angkat hidangkan bersama timun, taburan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar jika suka
[ Last edited by NoorMasri at 25-8-2005 02:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
NASI HIMPIT GORENG [wak_ehh]
Bahan2nye
Dua ketul nasi(dipotong dadu)
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Cili Kering(Diblender) 2 sudu je.
Kacang pjg(dipotong-potong)
Udang kering(5-6 ketul)
Daging(dihiris kecil)
Telur 2 biji
Caranye.
Tumiskan bahan seperti bawang,lada,udang kering dan telur.
Kemudian masukkan kacang pjg yang telah dipotong dan daging yang telag dihiris nipis.
Biarkan dlm seminit 2.Barulah masukan nasi himpit yang telah dipotong-potong tu.
Biarkan haruman semerbak naik.Baru lah siap....Sempoi je bah....Pasti hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
NASI ARAB [Hanieliza]
Bahan
6 cawan beras basmati
6 cawan air
4 s/b minyak sapi
4 s/ minyak jagung
garam - secukup rasa
bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 ulas buah pelaga
Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis.
2. Masukkan 3 cawan beras dan kacau sehingga rata dan garing i & perang.
3. Masukan baki beras dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng.
4. Masukkan garam dan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk.
5. Masukkan dlam rice cooker dan biarkan sehingga masak saperti nasi biasa.
Nasi Arab [mie07]
Bahan-bahannya;
2 pot beras
1 mangkuk udang basah/daging
5 ulas bawang merah ]
Udang kering ] ditumbuk
4 ulas bawang putih ] halus
1 buku halia ]
Sedikit kunyit ]
1 sudu makan ketumbar ] digoreng tanpa
1 sudu jintan manis ] minyak dan
1 sudu jintan putih ] tumbuk halus
2 sudu rempah kari ]
3 biji buah pelaga ] ditumis
3 kuntum bunga cengkih ]
1 batang kulit kayu manis
4 helai daun pandan
Garam secukupnya
1/2 cawan minyak sapi
Air secukupnya
Cara membuatnya
Panaskan periuk masukkan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis,
bungan cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan-bahan yang
telah ditumbuk halus hingga naik baunya. Masukkan air secukupnya,
beras, garam, daun pandan dan udang basah/daging tadi.
Untuk hiasan
Bawang goreng dan daun sadri. Badam, Gajur dan kismis yang telah
digoring.
NASI ARAB [cranko21]
Bahan
5 cawan beras basmati (bersihkan beras dan rendam dlm 10-15 min kemudian tos airnya)
5 cawan air
2 biji bawang besar - mesin halus
1 inch halia - mesin halus
6 sdm minyak sapi (Boleh gak buat 4 sdm minyak sapi & 2 sdm minyak masak)
2 helai daun pandan
2 sdm garam (kalau kurang tambah lerrr)
10-12 biji markasah
1/2 cwn susu cair (optional - tapi boleh guna gak kalau nak rasa lebih lemak)
bahan menumis
1 btg kayu manis
2 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 biji pelaga
Cara
1. Di dalam periuk panaskan minyak sapi. Dan masukkan bahan2 tumisan goreng hingga wangi dan masukkan bawang besar, halia dan daun pandan.
2. Tuangkan aiir, (susu), markasah, garam kedalam periok, kacau dan tutup tudung periok dan biarkan air mendidih.
3. Bila air dah mendidih, masukkan beras kacau sedikit dan biarkan nasi tanak seperti biasa.
4. Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan sedikit daun parsley yg di racik halus.
NASI ARAB [bebeh]
Bahan-bahannya:-
- 2 pot beras
- 1 mangkuk udang basah/daging
- 5 ulas bawang merah - di tumbuk
- udang kering - di tumbuk
- 4 ulas bawang putih - di tumbuk
- 1 buku halia ]
- Sedikit kunyit ]
- 1 sudu makan ketumbar ] digoreng tanpa
- 1 sudu jintan manis ] minyak dan
- 1 sudu jintan putih ] tumbuk halus
- sudu rempah kari ]
- 3 biji buah pelaga ] ditumis
- 3 kuntum bungan cengkih ]
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 helai daun pandan
- Garam dan ajinomoto secukupnya
- 1/2 cawan minyak sapi
- Air secukupnya
Cara membuatnya:-
1. Panaskan periuk masukkan minyak sapi. Tumiskan kulit kayu manis
manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus hingga naik
baunya.
3. Masukkan air secukupnya, beras, garam, daun pandan dan udang
basah/daging tadi.
* Untuk hiasan:-
Bawang goreng dan daun sadri.
[ Last edited by NoorMasri at 24-8-2005 12:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
NASI KUNING [NoorMasri]
Hidangan utk 5 orang
Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 1/2 cawan air } jika guna beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau mengikut kesesuaian beras tersebut
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan } disimpul
Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi - kalau nak ganti majerin pun ok, kurang skit kolestrol
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis.
Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air, susu dan beberapa titis pewarna kuning.
Tanak hingga masak, gemburkan nasi dgn garpu.
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
Nota: Jika tanak dlm rice cooker, bila butang dah naik biarkan dlm 10 minit baru gemburkan, supaya nasi masak dgn elok.
GULAI IKAN AYA/TONGKOL
Bahan-bahan:
1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan Babas }bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
sedikit gula melaka jika suka
garam secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis
1/3 sudu kecil halba
4 keping asam gelugur
Bahan kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa |
|
|
|
|
|
|
|
NASI LEMAK [NoorMasri]
Bahan-bahan :
2 cawan beras
3 cawan santan }dari setengah biji kelapa.
( kalau beras lembut kurang kan santan jadi 2 3/4 cawan saje)
1 cm halia } di mayang - jika suka
2 kuntum bunga cengkih - jika suka
1 helai daun pandan }disimpul
garam secukup rasa
Cara membuat :
Basuh beras dan toskan.
Masukkan beras dlm periuk ( senang guna rice cooker), masukkan semua bahan2 di atas.
Masak seperti nasi biasa.
Bila nasi kering, gembur-gemburkan.
Angkat, hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, kacang tanah yang digoreng , telur rebus dan timun.
Nota: Jika tak mau letak cengkih dan halia pun boleh juga..tapi kak Noor lebih suka letak cengkih dgn halia sbb nanti nasik lemak tu lebih harum semerbak..
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil ikan bilis
15-20 tangkai cili kering }dikisar - jika nak pedas tambah lagi
5 ulas bawang merah }dikisar
1/2 labu bawang besar }dihiris
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
sedikit air asam jawa
air secukupnya
minyak masak untuk menumis
Cara membuat:
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
Goreng sehingga pecah minyak dgn api yg perlahan
Kemudian masukan sedikit air, air asam jawa, gula melaka dan garam.
Biar kan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.
Nota: Jika tak nak letak bawang hiris pun boleh hanya guna bawang merah kisar dlm 5-7 ulas utk menumis
Utk menghasilkan sambal tumis yg sedap , pastikan tumis cili kisar sehingga betul2 masak/garing.
NASI LEMAK MAMI [dear_vcool]
Bahan-Bahan
1 kg beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 10 minit, toskan2 biji kelapa parut putih, ambil santan pekat dan cair mengikut paras beras2 biji bawang besar putih (bawang Jepun), dihiris halus1 jari halia, dimayang panjang-panjang4 biji bawang putih, dimayang1 batang serai, dititik3 biji buah pelaga2 helai daun pandan, disimpulGaram secukup rasa
Cara Cara
Tuangkan santan pekat dan cair kedalam periuk nasi letrik. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan beras, beserta bahan-bahan yang lain. Masukkan garam. Rasa, jika kurang garamnya tambah. Biarkan masak sehingga kering. Setelah masak baru dikareh, supaya nasinya longgar. Enak dihidangkan dengan sebarang jenis sambal tumis dan lauk pauk yang kering beserta ulaman timun dan sayur goreng kering.
Cubalah! selalu resipi mami nih sedap! ramai yg feedback gitu!
Sumber dari: website Suria MediaCorp
Resipi dari: Mami (Asmah Laili - bekas DJ warna Radio Singapore
Nasi Lemak [ajinomotonosuga]
tenguk short or long grain rice gak.
beras tu suke ko banyak mana ko nak pakai.
PARAS air santan tu u pakai middle finger ukur. beli setin coconut milk pun ok dah? pakai separuh je mix with water depend camna u suke kelemakan nasik tu k? kalo too much nanti ada lumpy cream coconut , ada suke kukus but i prefer tak lemak sangat so i cook macam nasik biasa cuma air tu air santan je k. part paling leceh dan paling penting amount air santan tu jek.
I ajar u ok. this technique nevers fail.
dalam rice cooker lepas u basuh beras tu, sebelum buh air santan(i salu measure masa dah bubuh air santan tu) u cocok beras guna middle finger sampai bottom then u fix paras beras tu dengan running u thumb pada middle finger tu so u dapat paras tinggi beras ok? later bile u bubuh air santan tuh , amount air tu parasnya kene sama or lebih or kurang skit dengan ukuran yang u dapat dari middle finger yang bertanda dengan ur thumb tu ler. kat sini penting kene tenguk jenis GRAIN. some rice grain jenis simpan air so kalo jenis cam tu air tu kene kurangkan skit jek. some grain jenis makan air, dry cepat so air tu u lebihkan skit je ikut paras u dapat tadik la.
in another pot, u bubuh air suam then mix with coconut milk cream dalam tin with slices of onion skit, halia skit. bubuh garam secukup rasa then bubuh dalam rice cooker with beras tadik with air measurement as i provided tu, lebihan air santan simpan for next trial. kalo kurang just bubuh air biasa je. kemudian amik pandan sehelai dua dan IKAT , kasik simpul gitu, knotted gitu masukkan dalam rice cooker and cook macam nasik biasa. Hint, the best part is rice cooker ada KEEP button selain dari COOK. Keep button tu untuk keep heating dulu, so lepas cook dia pi keep biarkan keep dalam 15 minit the nasik lemak will be perfect, just nice tadak lumpy tak dry sangat tak lemak sangat ada rasa bau dan aroma umphhhhhhhh and ready to makan with apa pun.
i makan salu with ikan bilis guren with lada and bawang, dengan omellette , timun dan sambal udang. I can cook nasik lemak complete with the complements dalam masa less than 20 minit, sapa buleh bet?
Nasi Lemak [darsita]
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 |
|
|
|
|
|
|
|
nasi kebuli [dindazZz]
Bahan:
1 liter beras
|
|
|
|
|
|
|
|
Anggaran tuk masak Nasi Beryani :ni sukatan tuk 40 org [cranko21]
4 kilo beras basmati (gunakan kole atau peiuk tuk tengok brapa byk - katakan 1 periuk penuh beras - then sukat air 1-3/4 air)
2 tin susu cair
600 gm rempah beryani
1 tin kecil ghee + 1/2 tin minyak masak
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning.
sedikir kismis, gajus goreng, daun pudina atau daun ketumbar
Bahan tumisan
8 kilo Bawang besar |
|
|
|
|
|
|
|
Lontong dan kuah lodeh [cranko21]
Lontong
kalau buat lontong tu.. I kalau malas buat lontong tumbuk jer...
masak beras tu hingga lembik..
then ambil satu periok, lumurkan minyak dan scoop the nasi yg dah di masak...
dan mula di tumbuk2 hingga halus dan tambah2 lagi nasik lembik tu hingga habis...
then biarkan hingga it set
Kuah lodeh
Bahan2 ini di kisar halus
bawang besar
bawang putih
lengkuas
serai
kunyit basah
udang kering
Bahan2 lain
kobis
kacang panjang
sengkuang
lobak merah
daun salam - optional
sedikit serbuk kari ikan
santan
suun
cara:
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar dan serbuk kari hingga naik bau.. then masukkan daun salam sebentar.. then masukkan sayur2 yg dah di potong2 tadi dan suun, santan dan biarkan mendidih... rasa garam.
p.s ada gak org dia masak dulu santan tu lepas menumis bahan kisar dan serbuk kari.. bila dan mendidih baru masukkan sayur-sayuran
KUAH LODEH (VERSI JAWA) [zul_khaleda]
bahan A
1/2 kilo kacang panjang - dipotong serong
1/2 kilo kobis - diracik
1 batang carot - di potong kecil
3-5 papan petai
suun dan pucuk (agak2la)
santan kelapa (sukatan mengikut citarasa)
kunyit tepung..
bahan B (dikisar)
1 butir lengkuas
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili api
bahan C (diracih)
3 btg cili merah
3 btg serai
3-5 papan petai
bahan D (digoreng dan ketepikan)
3 ubi kentang - dipotong kecil
5 ikat tempe - dipotong kecil
5 ketul hempedal ayam
5 ketul hati ayam
500gram udang (agak2)
Cara:-
Tumis bahan B sampai garing dan wangi.
Masukkan bahan C.
Selepas itu masukkan bahan D yang telah dipotong kecil dan digoreng tadi.
Masukkan santan kelapa.Selepas tu bubuh kunyit dan garam serta perasa.
Masak di api sederhana..Jangan sampai santah pecah pulak.
Bila hampir mendidih masukkan semua bahan A.
Sedia di hidangkan bersama lontong (special punya dari daun pisang)
Kuah Lodeh [blackmore]
Bahan-bahan
kacang panjang dihiris serong
kobis
sengkuang dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng
4 keping tempe
Bahan-bahan dikisar
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh ketumbar
5 batang lada kering
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang puteh
1 biji bawang besar
5 sudu makan udang kering...dikisar kering
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar dihiris
santan kotak...garam...serbuk perasa
tumis lengkuas dan bawang hiris hingga naik aromanya...then masukkan bahan2
yang dikisar tadi...tumis sampai naik minyak then masukkan udang kering...tumis lagi
dan kalau kering....bley masukkan sedikit air...masukkan sayur2an tadi dan air
mengikut sukatan korang...then masukkan santan kotak...ikut seberapa lemak yang
korang nak...kalau aku...usually aku use about 2 kotak santan...hehehe......then
add in the tempeh...biarkan dia didih kejap...then masukkan garam...serbuk perasa
...dah...senang jer...
p/s: kalau korang nak cantikkan kuah lodeh nie...what i usually do is..belen2 minyak
sambal tumis aku kaut about 2-3 sudu makan dan add it into the lodeh...it gives
your lodeh a very nice colour...
...lagi satu...tahu goreng nie aku tak suka campurkan dalam kuah lodeh...cos nanti
kuah lodeh tak bley tahan lama sangat...kalau tahu dia cepat masam...kuah lodeh
will be affected..so..slalunya...kalau nak makannya time baru aku campur seberapa
banyak tahu yang agak2 kita nak into the lodeh...
ni regu ngan kuah nya
Sambal Goreng Pengantin [blackmore]
Bahan-bahan
daging - dihiris dan rebus...air rebusan simpan jangan buang
hati lembu - sedikit jer..
udang - dibuang hujung kepala sedikit,digoreng jap
cili merah (cili hidup)..dalam 15 batang...dihiris dan digoreng
20 biji bawang kecik - dihiris dan digoreng
10 biji bawang puteh - dihiris dan digoreng
note : bahan2 yang digoreng jangan lama dan kuning sangat..nanti pahit...agak2
dah layu dan bawang dah perang..angkat...goreng separately please...
60 tangkai cili kering - dikisar(kalau suka bley add air daging sikit dan kisar instead
of using plain water)
1 inci lengkuas - dikisar kering
2 batang serai - dikisar kering
sedikit santan
sedikit asam
sedikit belacan
gula
garam
serbuk perasa..
tumis lengkuas dan serai dulu sampai naik bau.then masukkan lada kisar...tumis
sampai minyak naik.then masukkan hati.bila hati dah masak,ambil sedikit asam
dan sedikit belacan gaulkan dengan air rebusan daging dan masukkan dalam sambal
tadi...masukkan daging, udang, bawang goreng, lada goreng, bawang puteh goreng
dan santan...kacau sampai pekat...add sedikit gula, garam dan kalau suka, serbuk
perasa...biarkan masakan nie jadi pekat sedikit baru diangkat...enak makan dengan
roti, nasi, lontong dan begitu saja...bley tahan 3 hari kalau masukkan dalam fridge...
sedap...try arr...
Serunding Kelapa [blackmore]
tapi tak pakai jintan...pakai rempah kari daging...kalau nak nie dia resepinya...
bahan2 dikisar...
1 biji bawang
3 ulas bawang puteh
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
4 sudu makan rempah kari daging...digaul rata ngan bahan2 yang telah dikisar
1 biji kelapa disanggar...tapi jangan terlalu kering
300gm daging cincang...disanggar untuk buangkan darahnya
1 sudu teh asam
2 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan gula timbang
garam...serbuk perasa...daun limau perut...daun kunyit disoyat2
tumis bahan2 yang telah dikisar tadi (yang telah digaul rata ngan rempah daging)
sehingga naik minyak...then add in air asam...kacau rata2...add in daging cincang...
garam...gula...serbuk perasa dan tumis lagi sebentar...then add in kelapa dan
daun limau perut dan daun kunyit...kacau hingga serunding nie kering dan ringan...
KUAH LONTONG atau KUAH LODEH [hanieliza]
Bahan sayuran
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan suapay lembut]
bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah
kacang.
[ Last edited by nhuda at 18-4-2007 08:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Pudina Berkeju[cranko21]
Bahan A
1-1/2 cwn beras basmathi
2 cwn air
3 sdm minyak masak
3 sdm mentega
1 cwn kacang peas segar
1 biji lada banggala merah |
|
|
|
|
|
|
|
NASI BERIANI JOHOR [NoorMasri]
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan samada perlu tambah/kurang)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tairu (plain/natural yogurt)
3 sudu besar minyak sapi
50 g gajus } digoreng
50 g kismis
1 sudu besar air mawar
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil rempah beriani
6 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 sm halia } dikisar
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan } disimpul
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan yg dikisar serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt
Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus, renjiskan air mawar dan pewarna kuning
Kacau/gemburkan perlahan-lahan dgn menggunakan garpu.
Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.
Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng
[ Last edited by NoorMasri at 25-8-2005 02:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Beryani Mudah bersama ayam goreng jintan
(I panggil nasi beryani ni |
|
|
|
|
|
|
|
LAUK PENGAPIT NASI BERYANI
AYAM MASAK MERAH [NoorMasri]
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dikisar
1/2 inci halia }
1 batang serai }
1/4 inci lengkuas }
3-4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar tomato puree
1/2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan kacang peas
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam & menumis
Cara membuatnya:
Ayam dipotong kecil-kecil. Cuci dan toskan.
Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng ayam separuh masak.
Dalam kuali lain dimasukkan sedikit minyak untuk menumis.
Bila minyak dah panas, masukkan rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang) dan goreng hingga wangi
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak dan garing.
Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air.
Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak dan kuah agak pekat.
Bila hampir masak, masukkan buah tomato yg telah dipotong 4 (jika suka) dan kacang peas.
Hiaskan dengan taburan bawang goreng sebelum dihidang.
AYAM GORENG PEDAS [NoorMasri]
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dikisar
1/2 inci halia }
10-15 tangkai cili kering } dikisar
2 sudu besar sos tomato
1 biji buah tomato } dipotong 4
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam & menumis
Cara membuatnya:
Ayam dipotong kecil-kecil. Cuci dan toskan.
Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Kemudian goreng ayam separuh masak.
Dalam kuali lain dimasukkan sedikit minyak untuk menumis.
Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak dan garing.
Masukkan sos tomato dan sedikit air.
Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak dan kuah agak pekat.
Bila hampir masak, masukkan buah tomato yg telah dipotong 4
KURMA AYAM [NoorMasri]
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 bungkus rempah kurma } campur dgn air panas jadikan pes
4 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk
2 sm halia }
2 biji buah keras }
4 cawan santan } dari 1 biji kelapa
2 biji kentang } dipotong kecil
3 biji cili hijau }dibelah 2
2 biji tomato buah }dibelah 4
2 labu bawang besar }dibelah 4
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan penumis:
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }dimayang
2 sm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Cara membuat:
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, goreng hingga wangi
Masukkan pes rempah kurma dan bahan tumbuk , kacau sehingga wangi dan naik minyak.
Masukkan ayam dan santan, biarkan mendidih.
Masukkan kentang, reneh sehingga empuk
Akhir sekali masukkan garam, bawang besar, cili hijau & buah tomato reneh seketika boleh lah diangkat.
JELATAH/ACAR MENTAH [NoorMasri]
Bahan-bahan:
1-2 batang timun-dipotong panjang
1/2 biji nenas masak - dihiris nipis
2 ulas bawang merah -dipotong nipis
3 sudu besar cuka
1 biji cili merah -dipotong nipis
gula dan garam secukup rasa
Cara membuat:
Gaulkan kesemua bahan dalam bekas, masukkan garam dan gula secukupnya.
Enak dimakan setelah dibiarkan seketika supaya rasanya sebati.
ACAR BUAH [NoorMasri]
Bahan-bahan:
600 g buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll)
10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji
15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji
3 cm halia } dimayang
15-20 biji cili kering } dikisar
15 tangkai cili padi jeruk
1/3 cawan cuka
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit bijan } disangai untuk hiasan
Cara membuat:
Panaskan minyak, masukkan cili, kacau sampai wangi dan garing.
Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau.
Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat.
Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata.
Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di atasnya.
Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara
Nota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.
DAGING MASAK HITAM [NooRMasri]
Bahan-bahan:
500 g daging
25 g kerisik
1/2 cawan kicap manis
sedikit air asam
minyak untuk menumis
Bahan tumis:
2 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih } dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
beberapa helai daun kari -optional
Bahan kisar:
1 1/2 labu bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam-optional
2 sudu besar cili kisar
Cara membuat:
Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar, tumis sehingga terbit minyak
Masukkan daging, kerisik, kicap dan air asam jawa
Renehkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat
Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau sebati
Sedia untuk dihidangkan
DALCA KAMBING[NooRMasri]
Bahan-bahan:
600 gm daging kambing bertulang
2 biji terung bulat
1 biji kelapa } jadikan 4 cawan santan
3 sudu besar rempah kari daging } dibancuhkan dengan sedikit air panas
6 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } di mayang
3 cm halia }
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 cm kulit kayu manis
setangkai daun kari
3 biji buah pelaga
2 biji ubi kentang
10 batang kacang panjang
1 biji lobak merah
1/2 cawan kacang dal } direndam dalam air panas
4 biji buah belimbing buluh
3 biji cili hijau } tak perlu dipotong
1 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat
100 gm bunga kobis
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
secubit gula
Cara membuat:
Potong daging dan bersihkan.
Kentang, tomato, bawang besar dan terung dibelah 4.
Mangga muda dan bunga kobis dipotong kecil.
Kacang panjang dipotong sepanjang 4 cm.
Lobak merah dipotong sepanjang 4 cm kemudian dibelah 3 @ 4 mengikut saiz lobak itu.
Panaskan minyak sapi & minyak masak di dalam periuk.
Tumiskan bahan yg dihiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan daun kari.
Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak.
Masukkan daging , air asam jawa dan sedikit santan. Renehkan sehingga daging lembut.
Masukkan kacang dal dan lebihan santan.
Apabila mendidih dan pecah minyak masukkan semua sayur yang dipotong.
Kacau lagi hingga mendidih seketika.
Masukkan garam dan gula secukup rasa, bila hampir masak masukkan belimbing buluh dan cili hijau.
Kacau seketika boleh lah dihidangkan
BERYANI KAMBING SPECIAL[NoorMasri]
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah biryani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puree
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
Bahan tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus
Cara membuat:
Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis .
Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah beryani, bawang goreng dan daging.
Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air.
Kacau rata. Masak hingga daging 3/4 masak.
Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar
Nota: Boleh juga tambah sket kas-kas dlm masakan ni..kasi umphh lagi..he
[ Last edited by NoorMasri on 30-7-2005 at 10:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
NASI AYAM [NoorMasri]
Anggaran utk 3-4 org makan:
Bahan utk masak ayam:
1/2 ekor ayam- dipotong 2
2 ulas bawang putih } diketuk
1 inci halia } diketuk
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan
6 cawan air
Cara membuat:
Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia dan bawang putih selama 15 minit
Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram dan beberapa titis minyak bijan
Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat bolehlah diangkat.
Bila masak potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan
Bahan untuk buat sup:
1 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
daun sup } dihiris
3 cawan air rebusan ayam
Cara membuat:
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yg dimayang dan goreng sehingga kuning.
Masukkan air rebusan ayam
Masukkan garam secukup rasa.
Angkat dan taburkan daun sup
Bahan untuk masak nasi:
2 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kena kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras tersbt
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
setitik pewarna kuning
Cara membuat:
Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
Panaskan majerin + minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi
Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning dan garam.
Tanak hingga masak.
Bahan untuk buat sos cili:
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar minyak rebusan ayam
sedikit gula dan garam
Cara membuatnya sos cili:
Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus.
Bahan untuk buat sos kicap:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam
Cara membuat sos kicap:
Campurkan semua bahan di atas kacau sebati.
Bahan sampingan:
1 biji salad
1 batang timun
2 biji buah tomato
Salad, timun dan tomato dihiris
sampingan:
Taugeh [NinoZ]
taugeh
daun kucai - jika suka
cili merah - mayang
tauhu - goreng n dice kecik2 [jika suka]
utk kuah:
bwg putih - chopped
kicap cair
sedikit sos tiram
sedikit minyak bijan
lada sulah
garam n gula secukup rasa
tumiskan bawang putih hingga keemasan..masukkan kicap n sos tiram..perisakan garam gula secukup rasa n tambahkan lada sulah
rite before nak mkn..didihkan air then tuangkan aje ke atas taugeh, kucai n cili pastu terus toskan serta merta [nak menten kerangupan taugeh]
pindahkan ke dlm pinggan then taburkan tauhu n tuangkan kuah
siapp utk dihidangkan
kalau nak lagi sedap..hiris nipis2 isi ikan talang masin [pari masin pun sedap gak..dadu kecik2] n goreng hingga garing n taburkan ke atas hidangan taugeh
Nasi Ayam [dak_angelz]
1 kg beras
500 gm lemak ayam
200 gm bawang merah - dimayang
200 gm bawang besar - dimayang
100 gm bawang putih - diketuk
3 helai daun pandan
1 |
|
|
|
|
|
|
|
NASIK DAGANG KELANTAN[mrs_livingstone]
BAHAN2
*beras nasi dagang
*halba
*santan cair
*santan pekat
*bawang putih dan merah dimayang
*a pinch of garam gula
*daun pandan diikat/disimpul(optional)
CARA2
*basuh beras dan toskan
*rendam dalam santan cair 2-3 jam bersama halba
*toskan dan kukus(makesure halba tu ada dlm nasik,tidak dibuang)~mrs letak dlm mangkuk je,then letak dlm periuk kukusan~sesekali gaul nasik
*setelelah nasik tu half cooked,angkat mangkuk berisi nasik tu dan masukkan santan pekat
*masukkan garam gula dan bawang+daun pandan..gaul rata
*kukus kembali sehingga masak~sesekali lagi kene gaul bg nasik masak rata
GULAI IKAN NASIK DAGANG KELANTAN STYLE
BAHAN2
*Ikan of ur choice,selalu ikan tongkol la
*bawang putih+merah }
*sedikit cili kering }
*halia } }diblend
*kunyit }
*lengkuas }
*kerisik(optional)
*asam keping (optional)
*santan cair
*santan pekat
*garam gula secukup rasa
*minyak utk menumis
(kami tak letak rempah kari langsung,thats the different kot~sbb tu panggil gulai ikan kot,not kari ikan)
CARA2
*panaskan minyak dan tumis bhn2 yg diblend
*setelah naik bau masukkan ikan
*masukkan santan cair dan asam keping
*apabila ikan separuh masak masukkan santan pekat
*kacau sebati dan masukkan kerisik
*apabila menggelegak masukkan garam dan gula secukup rasa
boleh la diangkat dan dihidang
NASI DAGANG TERENGGANU[NoorMasri]
Bahan-bahan:
4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)
Cara membuatnya:
Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus
Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.
Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.
(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat/tak masak pulak)
GULAI IKAN NASI DAGANG [NoorMasri]
Bahan-bahan:
1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar } jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang } byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa |
|
|
|
|
|
|
|
NASI IMPIT [NoorMasri]
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras
6 cawan air
1/4 sudu teh garam
3 helai daun pandan - utk sedap baunya
Cara membuat:
Masak nasi dlm rice cooker spt biasa bila masak ketika masih panas tekan2/lenyek dgn senduk bulat hingga hancur
Masukkan dlm bekas empat segi atau apa2 bekas, tekan2 biar sekata dan padat
Kemudian tutup dan tindih dgn benda berat selama sekurang2nya 6 jam
Potong dadu bila nak dihidangkan.
Resepi ni akak guna beras basmathi namun tetap elok jd padat dan pejal.
Lepas ni tak risau dah bila stok nasi impit segera habis..
NASI IMPIT [hanieliza]
Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang
Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn Kuah kacang
NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.
NASI IMPIT [zaiiza]
1.mengisi beras ke dlm plastik bungkusan air. jgn terlalu penuh, agak2 tiga suku je... buat la 5-6 pek
2.pastu lipat2 hujung tu & stapler.
3.cocok2 plastik tu dgn garpu biar blubang2.
4.masuk kan dlm periuk, isi air dan cuci 2-3kali, pastu isi air biar sampai pek2 tu tenggelam n masak atas dapur.
5.agak2 nagi tu dah masak, kuarkan dr periuk & tekan2 skit utk dpt tekstur yg cantik.
6.sejukkan. bila nak makan potong la ikut brapa pek nak makan.
[ Last edited by nhuda at 18-4-2007 08:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
AROMATIC BASMATHI RICE [NoorMasri]
Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 sudu besar minyak masak
4 cawan air
8 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
12 biji lada hitam
5 helai daun bay
garam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, lada hitam, buah pelaga dan daun bay selama 30 saat
Masukkan beras kacau sekejap biar sekata
Masukkan air dan garam
Biarkan nasi masak spt biasa |
|
|
|
|
|
|
|
NASI AYAM DGN CENDAWAN [NoorMasri]
Bahan-bahan nasi:
3 cawan beras
4 cawan air
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang putih (diketuk)
8 ulas bawang merah (dicincang halus)
Bahan-bahan ayam:
3 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih (diketuk)
2.5 cm halia (dimayang )
8 biji cendawan S h i t a k e kering (direndam dan hiris nipis)
3 keping paha ayam( dibuang tulangdan dipotong dadu)
5 sudu besar sos tiram
1 sudu teh biji lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
|
|
|
|
|
|
|
|
HYDERABAD RICE PILAU[NoorMasri
Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 sudu besar minyak masak
4 cawan stok ayam *
3 ulas bawang merah } mayang
1 ulas bawang putih } tumbuk halus
1 inci halia } tumbuk halus
1 sudu kecil saffron
1/2 biji kulit oren (jgn amik sampai bahagian putih nanti pahit)
1/4 cawan kismis
1 sudu besar lemon jus
garam secukup rasa
Hiasan:- jika suka
Sedikit kepingan badam } panggang terlebih dahulu
sedikit daun pudina } cincang
sket daun ketumbar } hiris
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga keperangan kemudian masukkan halia dan bawang putih
Kacau hingga agak garing
Masukkan beras kacau sekejap biar sekata
Masukkan stok ayam, saffron, garam dan kulit oren
Bila mendidih dan hampir kering masukkan kismis dan jus lemon
Biarkan nasi masak spt biasa
Hiaskan jika suka
* jika nak guna kiub ayam pun boleh just guna air biasa aje |
|
|
|
|
|
|
|
NASI DAGING [hanieliza]
Bahan2:-
1 kg daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras basmathi....dibersih dan ditoskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
Bahan tumis:-
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging,tomato sup,susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan,garam,gula,beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.
AIR ASAM
Bahan A/
Asam jawa [sebesar telur ayam]
(direndam ? cawan air suam,buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bahan B/
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi/limau nipis
Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender.Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah,buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan
DALCA
Bahan-Bahan:
600 gm daging atau ayam atau tulang
3 biji ubi kentang [potong 4]
5 batang kacang panjang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil]
1 cawan kacang dhal [rendam air panas]
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda [hiris besar]
2 biji tomato [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 biji terung bulat putih atau biru [potong lecil]
5 cawan santan [1 biji kelapa]
2 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Cara:
1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.
[Jika gunakan ayam potong kecil.Jika gunakan daging,rebus sehingga lembut dahulu]
2. Panaskan minyak sapi & minyak.
3. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
4. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Masukkan daging dan santan secukup.Renehkan sehingga lembuk/empuk.
6. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
7. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.Rasakan garam.
8. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.Biarkan api perlahan sehingga naik minyak.
9. Hidangkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|