|
[Tempatan]
{4} Lagi ikan paus mendarat ke pantai...3 tan & masih idup katanya!
[Copy link]
|
|
Pontian ngn segamat tu dekat ke jauh?
Possible ke paus yg mati tu, paus yg sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ismail (kiri) bersama Hamid menunjukkan bot yang digunakan mereka untuk menarik ikan paus gergasi yang terdampar ketika ditemui di Jeti Nelayan Sungai Rambah, Pontian semalam.
PONTIAN – Seekor ikan paus gergasi yang terdampar kira-kira 50 meter dari Pantai Rambah di sini kelmarin diberi gelaran nama 'Si Corner' ekoran tingkah lakunya yang banyak kali berpatah balik ke kawasan cetek di tepi pantai ketika misi menariknya ke tengah laut dijalankan.
Seorang nelayan, Ismail Sirat, 47, berkata, dia bersama abangnya, Hamid Sirat, 59, serta seorang lagi rakan terpaksa bergelut lebih tiga jam dalam usaha menarik mamalia itu ke perairan yang lebih dalam.
Katanya, ikan paus itu akan berpusing dan berpatah balik ke kawasan cetek setiap kali ditarik menggunakan bot miliknya yang dilengkapi sebuah enjin berkekuatan 115 kuasa kuda ke tengah laut selepas mengikat tali pada ekornya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|