CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_gebu

Misteri Rumah Lama Aku

[Copy link]
 Author| Post time 16-3-2016 05:32 PM | Show all posts
Edited by cik_gebu at 16-3-2016 05:37 PM

kisah 10

gostan balik cerita aku masa baru je habis study, masih lagi kat kampung halaman baru je start keje.  masa ni aku tengah couple dengan ex bf.

kisahnya bermula bila dia dapat offer kerja di kl. so aku bagilah gambar sebagai pengubat rindu kan ( masa ni belum ada fb ke, my space ke , no ) . ada terlintas juga takut jadi perkara buruk akibat bagi gambar kat orang kan.  sebab aku pernah dengar  cerita, gambar tu boleh dibuat macam-macam.

tapi disebabkan dia ni anak usatazah dan terpelajar, dia juga bagi gambar dia kat aku, so aku fikir positive lah. sebelum dia pergi, bf aku ni ada bagitau aku yang satu hari nanti aku tak dapat lupakan dia. so aku anggap biasalah, yelah tengah bercinta kan.

so dia pergilah kl, lama-kelamaan dia jarang contact aku, aku anggap may b dia bz sebab terpaksa fokus kerja kat tempat baru. mesti lah kena tunjuk performance baik-baik.

sehinggalah pada suatu malam, bila sampai jam pukul 12am aku akan terjaga sendiri teringatkan dia dan tak boleh tidur sehingga ke pagi. setiap malam begitulah rutin aku. aku perasan lepas dia pergi kl dia tak contact aku dah, mula-mula je dia contact aku.

so, aku membuat kesimpulan dia tak serius dengan hubungan kami. aku kuatkan semangat tak cari dia jugak walaupun ada rasa rindu.

so, aku heran kenapa tiap2 malam aku terjaga macam ni dan tak boleh tidur. aku rasa ada sesuatu yang tak kena sehinggakan period aku pun  tak betul.

period aku keluar macam air paip, dan sentiasa keluar darah berminggu-minggu lamanya sehinggakan berat badan aku menjadi 39kg sahaja. ( kurus kering )

aku tak tau nak ceritakan pada siapa masalah aku ni,  pada satu hari, tergerak hati aku nak menceritakan masalah aku ni dekat kawan aku.

dia cakap nanti dia tolong tanyakan pada seorang pak cik ni apa masalah aku sebenarnya. aku menganggap hubungan aku dengan bf sudah putus dan aku nak ambil balik gambar2 yg aku bg dekat dia. aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. aku tak pernah rasa terseksa teramat rindu pada seseorang tanpa sebab yang logik.
jadi setiap hari aku bertahan dari membuat kerja gila cuba menghubungi dia.

sehinggalah aku dapat feedback dari kawan aku ni bagitau pak cik yang dia kenal tu suruh aku berubat sebab dah terkena akibat gambar tu bagi kat orang. aku terduduk masa tu macam mana nak buat ?

aku cuba contact ex bf aku sebab nak gambar, dia tak nak bagi. aku cakap kita dah putus, kenapa nak simpan lagi. secara logiknya begitulah, kalau kita tak nak kenapa nak simpan ?

dia cakap, dia tak buat apa2 pun kat gambar aku. padahal aku tak tanya pun dia buat apa kat gambar aku. sampai sudah tak nak pulangkan gambar.

lalu aku ambil keputusan contact mak dia, cakap baik2, tak d tuduh2. aku cakap, mak cik saya nak minta tolong anak mak cik pulangkan gambar saya. dia tak nak pulangkan jugak u ols , tak tau kenapa.

finally, aku mintak tolong kawan aku contact dia cakap elok2, kawan aku ni pandai sikit copy writing dia. last sekali dia pulangkan melalui kawan aku, tapi dalam keadaan marah jugak lah. bengo tak tau kenapa macam tu. bukan aku cerita kat family dia pasal dia.

aku pun tak d maki2. aku biasa je ikut process flow. lama jugak la aku berubat kan, duit pun banyak habis, jiwa pun sakit.

gitu la kisahnya. proses2 berubat tu mengambil masa yang lama. tapi yang paling teruk adalah nak recover balik.

dan sekarang ni Alhamdulillah aku dah 200% recover, jiwa tenang.

moral of the story, pada pendapat aku, jangan simply bagi gambar kat orang. tapi sekarang ni tak d dah  kot ilmu macam ni. gambar pun tak minta izin tuan boleh je ambik dalam internet kan. tapi beringat lah still must be careful. jangan update semua aktiviti kita 24 jam, fb tu kalau boleh private aje.

ok lah sayang-sayang ku. aku cerita ni untuk pengajaran sahaja. kisah2 lama ni dah lama aku humban dalam gua, dah shutdown kemas2.

ok, bye










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 10:16 AM | Show all posts
dok gua musang ke dulu? kampung halaman pulak kat mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 05:03 PM | Show all posts
Edited by cik_gebu at 17-3-2016 09:01 PM
feuersturm replied at 17-3-2016 10:16 AM
dok gua musang ke dulu? kampung halaman pulak kat mana?


dulu kat kuala krai. rumah kampung halaman sekarang i tak boleh bgtau. sorry ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 09:27 PM | Show all posts
Edited by cik_gebu at 17-3-2016 09:31 PM

kisah 11

ni aku nak cerita pengalaman aku pergi berubat. dah lama sakit bertahun-tahun mestilah bermacam-macam pengalaman dan bermacam-macam ragam tok bomoh , setat dan stazah yang aku jumpa ni kan.

eh aku nak cerita pasal gambo ex bf aku ambik tu. masa kitorang couple dulu kekonon cintan habis aku bg banyak juga lah gambo tu kan. tapi aku ingatlah gambo mana satu aku bagi dan yang mana satu dia tak pulangkan. dia ingat aku ni vodo. i just pretend that i am looks like a stupid person, ok. eh, betul ke omputeh aku ni ? ye la kan tengah buat copy writing ni mestilah berirama macam2 barulah lagu tu sedap didengar ye dok.

pahtu aku pun g lah jumpa tok bomoh ni,  nama ayoh mak. dia ni suka berubat dalam gelap. dia pasang lilin, cahaya nampak samar-samar macam kat restoren romantik tu. tapi aku bukan la dok sorang2 situ bahaya la kan, ramai orang datang berubat.

macam-macam kes. sampai turn aku, aku g lah duduk kat tempat dia dok bersila, cerita masalah aku, boleh ke tak ayoh mak tolong ambo ambik gambo yg ex bf ambo ambik, dia tak nak pulangkan. lepas tu dia , jawab buleh, ayoh mak buleh tulung mu. mu kena sedia benda ni bla, bla , bla....

ok, ayoh mak nanti malam jumaat ni ambo mari bawak barang tu.

malam jumaat tu, aku pun g lah jumpa ayoh mak lagi lepas maghrib. korang tau tak macam mana dia buat ?
malam tu, masa dia nak ambik gambar tu aku tak boleh imagine macam mana dia nak buat sebelum tu. kan dia berubat dalam gelap. aku perati lah dalam kesamaran malam dalam cahaya lilin tu, ayoh mak pergi berdiri dekat tepi tingkap yang terbuka, dia macam bercakap dengan sesuatu. aku rasa bukan orang lah sebab tingkap tu tinggi kot dari aras tanah.

korang rasa benda apa yang ayoh mak tengah bercakap tu ? aku rasa dengan khadam dia. lepas dia bercakap2 tu, ayoh mak datang dekat tempat aku bagi 2 keping gambar aku. aku tengok gambar tu macam dah pudar. ayoh mak cakap gambar tu duduk dekat rumah tok bomoh jawa so basah sikit may b dekat rak simpan gambar tu tiris kena hujan.

gitu lah kisahnya.


next time aku share lagi kisah berbomoh dengan ayoh mak ni  



  

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_gebu replied at 17-3-2016 09:27 PM
kisah 11

ni aku nak cerita pengalaman aku pergi berubat. dah lama sakit bertahun-tahun mestilah b ...

Scary nyo tok moh awok nih...kalu guno kadam..bakpo awok g lagi berubak ngan tok moh tu...??
Thumb up...awok skoloh maahad perempuan ko dulu???
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
skerinya sis.yg psl tokmoh tu mcm lawak pun ade kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2016 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerite la lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bookmark....sila sambung Tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 01:21 PM | Show all posts
tiba2 lif pun terbuka, aku kat tingkat 13 , menggigil rasanya aku. nasib baik diusik macam ni je aku, jangan ada penampakan dah, harus pengsan dan orang tak jumpa aku, sebab tak d sape2 pun kat banguanan tu. aku ambil keputusan untuk tak meneruskan naik lif dan turun ikut tangga. korang bayangkan rasa nak tercabut kepala lutut dari tingkat 13 aku turun ke 3.
ade yg folo x ms nk turun tangga tu
mcm dlm filem annabelle





Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2.. Teruskan bercerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. Sambunglah cite lg tt
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:45 PM | Show all posts
TT ooo TT....sambungan please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2016 11:53 AM | Show all posts
Edited by cik_gebu at 27-3-2016 11:55 AM
supernaturalee replied at 23-3-2016 01:21 PM
ade yg folo x ms nk turun tangga tu
mcm dlm filem annabelle




tak d yang follow, dari tingkat 13 sampai ke bawah,  dindingnya  berkaca dan see through, boleh dengar dorang pasang ayat ngaji nak hambat setan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2016 11:57 AM | Show all posts
awaynepian replied at 19-3-2016 10:42 PM
Scary nyo tok moh awok nih...kalu guno kadam..bakpo awok g lagi berubak ngan tok moh tu...??
Thum ...

i ols dah stop berubat lah lepas tu lepas tau dia pakai khadam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2016 12:20 PM | Show all posts
Edited by cik_gebu at 27-3-2016 12:25 PM

ok, sorry uols... i ols bz minggu ni tak sempat nak menaip, out station. ni baru buleh sambung.. thanks uols sudi baca.

kisah ni adalah untuk sharing sahaja dgn member2 kat sini pasal kisah lalu untuk dijadikan pengajaran....  stay cool and be happy, ok


sambung cerita ..


kisah 12

ayoh mak ni memang kelakar aku rasa,  buat aku geram dan rasa vodo pun ye jugak kalau diingatkan kembali. nak sembuhkan tak fikir pun benda ni khurafat masa tu.

masa ni aku berubat lagi lepas ayoh mak ambik gambar untuk aku tu. kali ni g berubat sebab aku tak leh tido malam2, mata jaga je rasa ada orang dok perati kita. memang tension kalau tak boleh tidur.

giler lah aku pun tak tau macam mana aku boleh harung semua ni.

puncanya, dia cakap macam-macam lah. aku malas nak dengar dan hadam, janji ayoh mak boleh rawat aku kasi sembuh.

haaa, kali ni memang kelakar giler... dio suruh carikan botol kosong 7 biji dengan penutup mesti kemas takut hantu terlepas keluor hahah,  lepas tu pulut tujuh kaler , yang ni aku beli water kaler lepas tu kaler kan pulut tu 7 warna.haaa kreatif tak mak uols... confirmlah, hantu tu mana tau pun hahahah. dan bunga 7 kaler.

lepas siapkan semua barang tu, maka pada malam jumaat keliwon tu berangkatlah aku ke tempat berubat tu.

sesampai kat sana, tiba turn aku .. ayoh mak suruh sumbatkan semua bahan2 tu ke dalam botol. lepas tu dia baca lah ayat2.... kemudian dia ambik botol tu letak kat ketiak aku lah,  kat kaki lah, etc...

banyak nya hantu aku ada wakakakakaka.......

lepas habis proses tu, dia pesan kat aku... mek nanti mu tohok ( buang ) botol2 ni dalam sungai yang mengalir ye. jangan sampai botol ni pecah ye, bahaya.


aku pun ikutlah apa yang dia pesan tu. lepas balik rumah, aku perati la dari sari ke sehari ada perubahan ke tak kan. sama aje.

bape banyak ekor hantu aku ada nih, bengo memang sah aku kena tipu.

lepas tu aku dah tak pegi dah rumah ayoh mak tu.... temberang je uols.


ok, iols stop dulu. nanti sambung.

bye, salam sayang dari iols...





Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 05:41 PM | Show all posts
cik_gebu replied at 27-3-2016 11:53 AM
tak d yang follow, dari tingkat 13 sampai ke bawah,  dindingnya  berkaca dan see through, bo ...

oh really...






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 03:01 PM | Show all posts
sambung la tt. lama dah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2016 12:08 PM | Show all posts
Edited by cik_gebu at 6-4-2016 12:12 PM

haaaaa ... .  baru teringat .. cerita kali ini kira scarry jugak la


kisah 13


pls refer to the previous thread, aku ada cerita yang bf aku ambik gambar aku kan. so aku pergilah berubat sebab tak leh tidur malam. kejang je mata sampai ke pagi, sampai berat aku 39 kg dalam masa 3 bulan. tinggal tulang dah.

setiap tengah malam otomatik mata bukak sampai ke pagi. pandang sana, pandang sini rasa macam mata sedang memerhatikan kita.

satu hari aku g jumpa sorang bomoh ni, masa sampai ke rumah tok moh ni dah lewat dekat asar.  aku ingat kena berubat kat rumah dia, rupanya kena panjat bukit. ada la lagi 2 orang mak cik datang berubat dengan aku, ada la teman naik bukit. aku bawak sorang kawan masa ni.

sesampai kat atas bukit tu, aku nampak ada kolam kecil. jernih je air, tapi aku heran ada sekor lintah besar, panjang sejengkal dan gemuk sebesar ibu jari. geli geleman aku rasa. aku memang tak boleh lintah ni.

lepas bomoh tu baca-baca, dia suruh mak cik tu masuk. lintah tu tak bergerak pun, dok situ je.  lepas mak cik tu keluar, giliran aku pulak. aku teragak2 nak masuk sebab aku nampak lintah tu bergerak2. iiii geli....


bila aku cecah kaki je, terus lintah tu bergerak laju pergi kat kaki aku, terus aku menjerit ketakutan. nasib baik tok bomoh tu cepat2 tangkap lintah tu dan buang ke atas rumput.

yang herannya lintah tu aku tak nampak pun masa bomoh tu campak, hilang.

lepas habis upacara tu, kami pun turun sebab masa tu dah dekat sangat nak maghrib. masa turun ni la aku rasa seram sebab  kami semua ni dengar orang mengilai hihihihi...

nasib baik ramai2, tapi semua orang cepat2 jalan nak sampai bawah la...

sekian, nanti sambung lagi k





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt please sambung. Tasabarrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:06 AM | Show all posts
Misteri nak buat takut je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064164 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list