CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
Post time 2-8-2016 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita pasal ular, ni teringat pulak Kali pertama aku terserempak dengan ular. Dekat belakang rumah kitorang ada sangkar kucing yang agak besar siap ada kipas kotak lagi kat luar tu untuk dorang. Tapi masa kejadian tu kucing2 banyak dah meninggal cuma tinggal seekor mak kucing yang baru beranak, itupun dia tak lepak dalam sangkar.
   Lepas subuh tu, aku dengar bunyi kipas kotak tu on masa nak pergi toilet. Aku pun buka pintu grill dan nak offkan kipaslah. Dah off kan, aku ternampak kain batik dekat dengan pintu keluar untuk buang sampah. Aku tak tahulah tahap lembab aku hari tu, lama aku tengok kain tu. Siap fikir lagi kenapa ibu letak kain batik lawa ni kat belakang pulak. Cantik coraknya, hidup gitu dia punya warna. Lepas otak aku function balik baru sedar, ular sawalah sengal bukan kain batik. Sudah gelupur fikir pula macamana nak masuk dalam rumah sebab jaraknya dalam 3 kaki dari aku. Tengok dia tak bergerak aku pun lari masuk rumah dan beritahu ayah. Terpaksa call JPAM untuk uruskan sebab besar dan panjang dalam 8 kaki gitu. Time aku jumpa, tu dia dah berlingkar kekenyangan makan anak kucing 3 ekor. Kalau tak kenyang memang aku kot yang kena...huhuhuhu...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 08:37 AM | Show all posts
makkenits replied at 1-8-2016 04:04 PM
org tua2 pesan, tanam pokok limau purut tepi rumah utk elak ular masuk / lalu... x tau kenapa... t ...

Uish...kalu jadi kat aku ni..seriau tak igt dah..

Trauma berdekad gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:02 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-8-2016 06:00 PM
oh ya ke?
kiranya ular ni tak berani dekat dgn pokok limau purut ni ya?
pokok limau nipis kirany ...

ya rabbi.. ko rabun ke ipo? ngeri siott...selamba bad pegang
nasib la beliau tgh ngantuk bebeno...berani ngaco beliau tido...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:07 AM | Show all posts
makkenits replied at 1-8-2016 04:04 PM
org tua2 pesan, tanam pokok limau purut tepi rumah utk elak ular masuk / lalu... x tau kenapa... t ...

kat kg ada tanam depan pintu dapo. subur segar bugar. ada gak guna rupanya bole buat halau ular..

nasib la partner ular tu tak datang cari uols..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:08 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 1-8-2016 06:31 PM
aler...orang dah la tengah lapar nih!
tolong makan on behalf yek
baru nak menaip sambungan s ...

aku dok melantak pulut byk giler smlm nok..
lemang, ketupat palas, seri muka...dgn rendang daging...
kekenyangan smpi ke pagi...nak sarapan pagi ni pun mampu habiskan roti bakar sekeping jer...heheh


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:32 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 1-8-2016 07:02 PM
astaghfirullah hal adziim....
heyy! gila lagi pengalaman ngan ulars tak boleh lagi ke?
sampai  ...

sila sambung lagi nok...heheh


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2016 10:35 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 2-8-2016 10:32 AM
sila sambung lagi nok...heheh

haha nanti sambung karang sikit. sekarang nak cikcur di bod kenamaan jap
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:41 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 2-8-2016 11:35 AM
haha nanti sambung karang sikit. sekarang nak cikcur di bod kenamaan jap

nmpk ko bercikcur kat board kenamaan tu...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2016 10:50 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 2-8-2016 10:41 AM
nmpk ko bercikcur kat board kenamaan tu...

belah2 awal hari selalu bahan gosip soap opera kenamaan tuh semua dulu.
petang sikit baru nak feeling mistik pelbagai
takmau la pepagi dah seru hantu kat server tu kannn
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:02 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 2-8-2016 11:50 AM
belah2 awal hari selalu bahan gosip soap opera kenamaan tuh semua dulu.
petang sikit baru nak fee ...

kehkehekhhhhh......
aku pun tgh bergentayangan kat rumah EH tu...yg 1 lg aku x follow..

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:56 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 10:34 PM
Katanya selain belerang, diorang ni pon pantang dengan limau purut

buat mcm mana limau purut tu. hiris nipis-nipis lepas tu tabur je gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:59 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 07:13 PM
Cerita 4

Terjadi ke atas tuan tanah kedaung di waktu pagi, lepas subuh time sibuk bersiap nak ke  ...

adoi. ada sesuatukah di bawah katil ittew.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 12:06 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 2-8-2016 10:35 AM
haha nanti sambung karang sikit. sekarang nak cikcur di bod kenamaan jap

Uols jgn lupe bercikcur kat sini juga ye. Tggu2 gak cerita uols. Bolehlah kami berkuntum kat sini sementara tggu hot story dari board kenamaan itu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 04:28 PM | Show all posts
rigorsamsa replied at 2-8-2016 11:56 AM
buat mcm mana limau purut tu. hiris nipis-nipis lepas tu tabur je gitu?

samada tabur hidup2 sebijik gitu atau belah 2 jah
beliau takut bau limau tu kot? tapi tak pasti pulok limau nipis jadi ketakutan jugak ke tidak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 05:25 PM | Show all posts
Edited by MizzNaza at 2-8-2016 05:34 PM

[sambungan cerita 4 lagi]

Ini apa yang aku sendiri rasa time aku dikatakan tak sedar dah macam mayat tuh. lepas aku terkejut dengan imej yang terlihat berambut lagi panjang dari aku punya dengan sikat pon membelai2 jah slow motion, sikat rambut aku pun terpelanting sampai tergolek ke bawah katil. Aku pun dengan gopoh-gapahnya nak kutip balik sikat sambil nak lari keluar dari bilik lampu berkelip-kelip tuh kan.
Tau-tau aku terhantuk kat kaki katil tuh kot dan terus tak nampak apa dah.

Pada aku, aku macam duk berjalan kat tempat yang gelap amat. bukan background dalam rumah aku ke, atau luar rumah. tapi tak tau ke mana. yang aku ingat aku cuma berjalan jah dalam gelap pekat malam tuh. dalam hutan rimba tebalkah, atau dalam gua kah. ataupun dalam terowong. sebab pandangan aku memang hitam, takde bau, takde rasa apa. kadang rasa macam langkah laju, kadang macam merayap tangan aku terkontang-kanting cari haluan.

Tak lama la aku rasa macam nampak samar-samar cahaya kat depan aku. nak kena menapak lagi aku ikut cahaya tuh. makin lama makin cerah. umpama kau lalu terowong nak bertemu hujung pangkalnya. makin lama makin jelas dan sayup-sayup jugak aku dengar suara. makin didengar makin jelas suara mak aku duk azan.  aku ikut jelah mana cahaya tu sebab bunyi suara mummy pon macam datang dari sumber yang sama jugak. Kemudian aku rasa silau sangat tapi langkah aku tetap maju ke depan slowly.

Masa tulah kot aku bukak mata dan tersedar.

Hairan la kan sebab kepala aku duk atas ribaan mummy, dah kenapa pulak aku terbaring atas lantai nih? bukan ke tadi aku merentas desa ke? suara mummy bertanya macam-macam dekat aku pon aku macam bunyi gema dalam air jah. fikiran aku pon bengong-bengong. tadi aku kat mana? sekarang ni aku kat mana?

Mummy hulur air segelas dekat aku. suruh minum aku ikut minum je. tau pulak haus. tapi terasa bibir aku kering menggelupas. tadi tidak pun. Mummy tanya aku boleh bangun ke tidak? Aku angguk je, cuma rasa letih. macamkan aku baru sudah marathon perasaannya. Aku disuruh bersiap, nak dibawa ke hospital. Mummy bagitau la macam mana dia jumpa aku tadi dan macam mana keadaan aku. Aku dengar je takde reaksi, macam bengong-bengong jah.

Sampai hospital, sebabkan dia bekas misi situ jadi akses cepat sikit waktu menunggu. Doktor tanya itu ini pon aku jawab lebih kurang. Segala blood pressure aku, nadi jantung apa semua tuh dia cakap normal. takde masalah. Doktor cakap aku maybe stress. Stress ape menda? homework aku siap je. hehe nak puaskan hati aku kena la drip 1 botol. dengan 1 jarum. Rilek jelah aritu tak payah pegi sekolah dah.

petang tu lepas abang besar balik kerja, mummy ajak pegi rumah Pok Leh pulak. Pok Leh ni memang aku dah kenal dari zaman aku bayi lagi. kiranya dia tu perawat alternatif aku lah dari kecik. kalo sakit apa-apa dah pegi hospital dapat ubat semua, still kena pegi ke rumah Pok Leh jugak untuk dapat air tawar. yang aku ingat dengan Pok Leh ni, dia mesti guna beberapa jenis batu time nak siapkan air tawar tuh. Air tuh pulak sejuknya macam ada ais, walhal air botol biasa je yang mummy dah siapkan.

Jadi sampailah kitorang ke rumah Pok Leh petang tu. Mummy pon ceritakanlah apa yang dah jadi dengan aku pagi tu blablablablablabla dan macam biasalah Pok Leh pon siap-siapkan apa patut. Bila dia dah siapkan buat air tawar aku tuh, Pok Leh pun bagitau mummy yang aku nih kemungkinan besarnya dah "tersalah pijak".

"Tersalah pijak?"

Dia kata lagi mungkin aku ada salah pijak di sekolah atau ada aku pernah pergi camping tak sebelum tuh? Paling akhir aku join camping pun ada la 2-3 bulan lepas. Hmm time tu ada la jugak aku saksikan penampakan. Malam duk buat campfire bulatan besar-besaran tuh aku nampak ada bebola api seakan2 merah membara tapi berekor terbang kulu-kilir kat hutan sempadan tapak camping kitorang time tuh. Masa tu aku tak tau apa-apa, aku ingatkan sejenis bunga api jah ke apa. Until ada orang bisik dekat aku tu hantu raya. Aku memang tak tengok ke arah tu dah mulut dah sibuk kumat-kamit baca kursi. Malam tu tido pun ada jugak dengar sayup-sayup orang menjerit tapi aku tak amik port dan teruskan tido. The next day baru tau ada 2-3 orang yang histeria termasuklah lelaki.

Kalau kat sekolah, aku tak taulah. Aku tak pegi tempat pelik-pelik ke, atau ke hujung bangunan mana-mana ke. Cuma ada la sekali time aku tak sihat aku disuruh tido di sickbay asrama puteri. Aku bukan budak asrama pun tapi time tu keadaan aku teruk sangat. Aku period sampai bocor ke baju dan kain sekolah aku. Masa tu aku memang selalu menderita bila period sebab aku pernah ada masalah period tak datang selama 8 bulan sebab pernah jatuh time hurdles kat sekolah.

Mummy dah  pandang aku semacam jah time tu. Dia memang tak berkenan la aku aktif bab-bab camping nih semua. Jadi  dia mintak Pok Leh buat sesuatu supaya keadaan tak merebak katanya.
So aku disuruh duk bersila menghadap kiblat, yang kebetulan memang menghala pintu utama rumah kayu Pok Leh tu.  Aku tak ingat apa protokol prosedur yang dibuat tuh tapi kepala aku pon diurut Pok Leh dan penutupnya dia tiup dari kepala sampai ke tuilang belikat aku.

Maybe, just maybe...hijab aku ditutup ketika itu. Kot?

Aku dah tak ingat banyak lepas tu, tapi Mummy memang melarang keras aku untuk join mana-mana aktiviti lasak dan camping lagi dah. Mereputlah aku ulang alik sekolah-rumah jah sampai habis SPM.
p/s: eh lupa nak selit point di atas. Time balik dari hospital tu aku baru perasan kat dahi aku ada lebam tapi tak sakit pon kalau disentuh. Saje je nak lebam. nasib la dekat anak rambut dah.  




Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 2-8-2016 05:37 AM
Cerita pasal ular, ni teringat pulak Kali pertama aku terserempak dengan ular. Dekat belakang rumah ...

Adoii klaka plak baca citer nko ni.. tp mcm aku gak la..slalu gak blur2.. mst pk benda lain dulu sblm dpt tangkap sesuatu yg bahaya atau seram. Agak nya sbb blur la antu xmau nyakat. Bosan kata nya, x mencabar. Hahaaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kekkeladi replied at 3-8-2016 09:46 AM
Adoii klaka plak baca citer nko ni.. tp mcm aku gak la..slalu gak blur2.. mst pk benda lain dulu s ...

Kelakar seram jugaklah. Mujur tak kena belit...huhuhuhu...     
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 12:28 PM | Show all posts
wa..abis gak marathon citer tt ni. seram kelakar..tp still seram...meremang n terbayang2 gak r.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 02:02 PM | Show all posts
Baca cerita TT mcm baca novel.....  rasa mcm nampak kat mata ape berlaku... mcm tengok tv.. sape baca novel mesti boelh rasa perasaan mcam ni  


TT ada bakat tulis novel
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 03:19 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 18-7-2016 11:40 AM
Hi uols.

berkawan dengan orang yang ada sixth sense nih ok jah. tidak la pulak time kitorang le ...

aku ada kawan yang macam ni...
tapi dia tak kuat act..jantung berlubang...
kalau dia scan kadang dia yang sakit...

dan satu lagi...mak aku pun macam ni..hahhaa
maka oleh itu...anak2 beliau memang baik...
hahhaha...kata lah aku nak pergi tuisyen cepat..
konon aku cakap ada kerja sekolah nak buat...
boleh mak aku cakap...
'kau jangan ingat aku tak tau kau nak jumpa jantan...kalau kau nak pergi belajar takpe..kau jumpa jantan...balik aku sesah kau..."
dan aku pun..krikkk krirkkkk

dan so on lah....mmg payah nk menipu...
yang bagusnya alhamdulillah...anak2 tak pandai bergaul bebas..
sebab takut balik kene sesah hahahha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.112347 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list