|
[Tempatan]
VOL 1 : Kes Adam Rayqal, 5 bulan: Pengasuh, rakan serumah direman tujuh hari #4
[Copy link]
|
|
Huhu..xleh nk follow dah thread ni..xsanggup..kuar je air mata ni..tabahkanla keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 4-7-2018 03:11 PM
Oh, patutlah. Tq sis.
Sedangkan kat sekolah pon, cikgu boleh detect budak nipu ke tak uolz. Dari anak mata pon boleh tahu especially if tanak pandang sangat muka kita masa bercakap. Atau anak mata bergerak2 melilau ke sana ke mari mencari idea nak kelentong kita. |
|
|
|
|
|
|
|
xbole nak pukul rata semua..baby aku 6 bulan aku terpaksa hantar pengasuh..kalo ikot aku nak je hantar kat nursery yg aku hantar anak aku yg 1st..tapi owner nursery xnak sebb dia xtrust staff dia jg baby... which is aku sgt respect owner taska tu..end up aku hantar baby aku ke pengasuh..alhamdulillah aku dapat pengasuh sebaya mak aku..yg sgt penyayang...kadang2 ade je taska yg xbetul.. xde sape yang nak anaknya kena aniaya ngn org..sume nak yg terbaik utk anak diorg
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 4-7-2018 03:58 PM
Ekceli...apa maksud dikepak kepak di sini? Takleh imagine la.
Kaki dan tangan tu di lipat2 nak kasi muat beg tu
Macam orang bakar ayam golek tu |
|
|
|
|
|
|
|
MsAzr replied at 4-7-2018 04:01 PM
Risau kot2 dia dah selamat buat sama macam baby ni
Sebab katanya dah lama tak nampak anak angka ...
OOOMMMGGGGG REAAAALLLYYYY |
|
|
|
|
|
|
|
aah pengasuh di rumah x leh lebih dr 5 org budak..tu pun kene berlesen jgk n pg kursus..leh report ni
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 4-7-2018 04:05 PM
OOOMMMGGGGG REAAAALLLYYYY
Ni pemahaman iolls dengan perkataan dikepak2 |
|
|
|
|
|
|
|
astaghfirullahalazim..... kenapa dibuat mcm tu baby nya... sampai terpusing kepala ni syaitannn je yang sanggup buat mcm ni.. binatang pun reti sayangkan anak..
|
|
|
|
|
|
|
|
MsAzr replied at 4-7-2018 04:05 PM
Kaki dan tangan tu di lipat2 nak kasi muat beg tu
Macam orang bakar ayam golek tu
Allahu...yelah kan tengok video polis bwk peti ais jenis kecik je kan. Setinggi org dewasa je. Mesti bahagian freezer kecik je. Ok dh boleh byangkan macamana nk sumbat baby. Ni mesti sumbat ganas2 asalkan boleh tutup peti ais je ni. Ades terbayang plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengasuh ni betul ke orang tempatan. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dpt dr fb ada y share. Ingatkan tersedak susu. Ni head injury???arghhh kejam gile pengasuh tu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya dikepakkan mcm org yg jual ayam kt pasar yg kepakkan ayam sebelum dipotong kecil ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju klu nak citer pengalaman sdri ke pengalaman jiran ke sedara mara macik pacik kau baik bukak thread sdri
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempat 'iklan diri' jadi pengasuh bayi lain sebelum ditahan
Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 12:01 PM
PETALING JAYA: Pengasuh suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi dipercayai sempat mengiklankan dirinya dalam sebuah grup pengasuh di Facebook beberapa jam sebelum ditahan.
Suspek yang menggunakan nama akaun Facebook, Qayla Adriana Aoki dikatakan telah menawarkan khidmat menjadi pengasuh sebagai tindak balas kepada posting iklan seorang wanita yang sedang mencari seorang pengasuh anaknya.
Pengasuh berusia 33 tahun itu turut meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen posting berkenaan.
Norhaslinda Md Nor yang mendakwa nyaris menghubungi wanita itu berkata, dia membuat posting iklan mencari pengasuh untuk anak keduanya kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.
Norhaslinda atau mesra disapa Linda ketika dihubungi mStar Online berkata dia tidak menyangka pengasuh terbabit, yang menjadi suspek kes kematian Adam Rayqal turut meninggalkan mesej di ruang komen posting tersebut sekitar pukul 3 petang Selasa.
"Ya saya up posting pukul 11.30 pagi (Selasa) ingat nak survey awal (pengasuh) untuk saya hantar anak dalam Oktober nanti selepas bersalin anak kedua.
"Lagipun saya rancang nak bekerja semula nanti. Tapi tak sangka dia ada komen dalam tu," kata wanita berusia 25 tahun itu.
Linda turut memanjatkan rasa syukur kerana Allah menjauhkan dirinya daripada berkemungkinan menjadi mangsa kezaliman pengasuh tersebut.
"Alhamdulillah Allah jauhkan dari manusia kejam seperti itu. Saya belum hubungi pengasuh tersebut kerana agak sibuk semalam," katanya.
Susulan berita kematian bayi berusia lima tahun itu, Linda berkata dia kini serik dan takut untuk menghantar anaknya dijaga pengasuh.
"Fobia sangat sebab anak pertama pernah kena dengan pengasuh lama sebelum ini. Sebab itu saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga anak sendiri sekarang," katanya.
Pada malam Selasa, netizen digemparkan dengan berita Adam Rayqal yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Gombak.
Mayat Adam Rayqal ditemui di bahagian atas peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya, kira-kira pukul 11 malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat bayi berkenaan yang dibalut dengan kain lampin dan disumbat di dalam beg berwarna hijau ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.
Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.
Pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun sudah ditahan polis bagi membantu siasatan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 4-7-2018 04:04 PM
Sedangkan kat sekolah pon, cikgu boleh detect budak nipu ke tak uolz. Dari anak mata pon boleh tah ...
Tak jugak. Sis bipolar ada masa mata ke kiri dan ke kanan. Ada masa renung mencengkam. Ikut mood tapi straight to the point itu pasti. Tapi nature budak budak selalu cakap benar kecuali mak bapak hajau menipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alyazahra replied at 4-7-2018 03:45 PM
I slalu doa kalau ade rezki I bukk company sndiri, memg bnde utama I akan sedia is tempat pjagaan ...
Amin sis. Boleh i apply keje dgn u Hehe. Takat ni keje kt taska paling best kot. Anak2 boleh angkut skali dh jimat kt ctu |
|
|
|
|
|
|
|
X sanggup ikuti perkembangan berita.... |
|
|
|
|
|
|
|
pergh, kepak2 tu maknanya lipat-lipat & twist asal muat la kan. bangsat betul. xkisah la mati dicederakan atau x sengaja, apak hak dia nak buat arwah macam tu. pastu boleh pulak cari budak asuhan lain. what's wrong with her???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|