Edited by Exoskeleton at 1-6-2020 04:44 PM
Sedang aku asyik berkebun di halaman rumah (pokok wife aku, tapi aku pulak yang kena take care), tiba2 saja anakku yang kecil memanggilku, “ayah…ayah…ada orang call”. Aku pun bertanya kembali, “siapa?”. Lalu anakku menjawap, “Ramli Pervert…”. Aiseymen…nama mamat ni aku tak tukar lagi dalam fon aku. Aku pun mengambil henfon tersebut dari tangan anak aku dan melihat ianya sudah dijawap. Dalam erti kata yang lain, Ramli mendengar perbualan kami dua beranak.
Aku: Hello Assalamualaikum… Ramli: Wa’alaikummusalam...wah2…kemain baik lagi bagi salam. Kau letak nama aku Ramli Pervert? Aku: Memang kau pervert pun…kenapa call aku hujung2 minggu ni? Tak tau ke aku cuti 2 hari je seminggu? Ramli: Eh? Laju tukar topik. Memang la paling kuat pun orang cuti 2 kali je seminggu. Aku: Fikri tu kerja 4 hari, cuti 4 hari. I is jeles u know? Jadi ape kehenye? Ngaco orang tengah berhujung minggu ni? Ramli: Panjang ceritenye…apa kata kita keluar lunch? Boleh kita borak panjang2 sikit. Lagipun aku tengah bujang ni (isteri dalam pantang kat kampung).
Kami pun sepakat nak jumpa di KFC kawasan rumah aku, sebab aku malas nak pergi jauh2. Sedang aku berjalan masuk ke dalam rumah untuk bersiap2, anakku bertanya, “pervert tu apa ayah?”. Dengan bersahaja aku pun menjawap, “pervert tu antara makhluk2 yang tak berfaedah”.
Setengah jam kemudian, aku tiba di KFC. Aku melihat Ramli sedang duduk sambil memakan ayam dengan lahapnya. Aku pun terus ke kaunter untuk membuat pesanan dan seterusnya ke tempat mengambil sos yang agak hampir dengan Ramli. Ketika aku nak masuk KFC tadi, ada orang bagi flyer sama ada makanan kesihatan atau promote gym, aku pun tak sure sebab aku selalunya me“ninja”kan diri bila jumpa orang yang hulur2kan flyer ni.
Jadi sorang brader yang badannya agak2 sado tu menghampiri meja Ramli, lalu bertanya, “bang…sorang je?”. Ramli hanya melihat brader sado itu atas bawah sambil mulutnya sibuk menguyah2, kemudian dengan muka selambanya dia pun menjawap, “sori der…aku ni straight”. Terkulat2 muka brader tu bila mendengar jawapan Ramli yang sedemikian rupa…brader tu pun berjalan keluar dari KFC.
“Woi…tak semua orang nak mengorat kau lah”, aku menegur Ramli sambil meletakkan tray makanan di atas meja. “Aku bukan apa…semenjak dua menjak ni ramai pulak yang ngorat2 aku”, kata Ramli dengan muka selambanya seakan meminta2 penampar tak berapa nak sulong dariku. “Kau jangan nak buang masa aku…aku bagi jugak penampaq sat gi”, aku membalas balik sambil menyising lengan baju yang sedia pendek itu. “Ok…ok…macam ni, aku nak minta tolong kau sikit ni…”, Ramli berkata kepadaku dengan saspennya sambil diselang seli tangannya menyuapkan cubitan ayam ke mulutnya. Hatiku menjadi berdebar2 dan tertanya2, “nak pinjam duit ke? Jadi penjamin pun jenuh jugak dibuatnya nanti…tapi harap2 jangan lah mintak tolong menda2 yang mistik ataupun MLM”.
Keadaan semakin berdebar2 apabila Ramli tak meneruskan perkataannya, dia selamba saja makan ayam dia sampai habis seketul. “Woi…cakapla cepat…kemendanya?”, aku memecah suasana saspen itu. “Macam ni…minggu lepas, mak aku call…dia minta aku tengok2kan Oyang kat Kg Mentimun (aku main letak je), mak aku dah lama tak pergi jengok dia. Lagi pulak kawasan situ dah hutan abis, maklumlah kampong tinggal…mak aku tak larat nak meredah bagai…”, terang Ramli dengan panjang lebar.
“Ooo…tapi aku rasa benda ni tak berkaitan dengan aku”,aku berkata kepada Ramli dan kemudiannya menghirup air sarsaparilla jenama Mug yang dah tak berstraw. “Kaitannya kau teman lah aku…”, lembut je ayat yang keluar dari mulut Ramli ketika itu. “Bloody hell...kau ingat aku takde kerja lain? Apa faedahnya yang aku dapat?”, aku mula menyirap. “Alahhh…nanti aku bayarkan KFC yang kau makan ni. Win win situation kan?”, Ramli cuba merasuahku. “Hotak kau…KFC ni bayar dulu baru makan lah syaiton!”,aku meninggikan suara. “Shhhh…jangan kuat2. Hahaha. OK2…kau tau kan nanti cuti sekolah bulan 11 nanti? Aku ada pakej cuti2 kat Lego Land untuk kau satu family, free of charge…siap penginapan”, Ramli memujukku sambil menunjukkan details2 dah siap booking di dalam henfonnya.
Aku mula membayangkan muka anak aku yang bongsu berkata,“tenkiu dedi”. Sedar2 saja aku sedang menaiki kereta Ramli pada hujung minggu berikutnya. “Sh*t…termakan jugak aku dengan pujukan mamat ni…”, aku berkata sendirian di dalam hati sambil mengusya panas Ramli di sebelahku yang sedang memandu sambil menyanyi2.
Aku: Kau tau ke tempat dia kat mana? Ramli: Boleh la…aku tau pun sebab signboard jalan tu dekat dengan laluan nak masuk kampong tu. Nanti kita parking kat pekan, lepas tu naik bas. Takkan aku nak tinggalkan Angela (nama kereta Ramli) ni kat tepi2 jalan sunyi? Aku: ……. (dalam hati: menyampah pulak aku berborak dengan mamat ni). Ramli: Kau nak dengar cerita hantu tak? Aku: Cerita je lah…macam lah kau tak cerita kalau aku kata tak nak sekalipun.
Ramli dan Adiknya
Korang masih ingat lagi kan, Ramli ada seorang adik OKU. Jadi satu hari tu sewaktu Ramli sedang berehat2 di kampongnya, ibu Ramli meminta dia mencarikan adiknya yang masih belum pulang dari surau. Mengikut kebiasaannya, adik Ramli tu biasa ke surau pada waktu maghrib dan pulang selepas isyak. Tak seperti abangnya yang bernama Ramli tu…Tapi kadang2 dia akan melencong ke kedai kopi untuk main dam.
Jadi dengan bertemankan lampu suluh, Ramli pun mengikut sahaja kehendak ibunya itu walaupun hatinya agak lubang libu nak keluar lewat2 malam tambahan pula badannya masih lagi terasa penat dari memandu. Malam itu sangat gelap kerana lampu2 jalan di kampong tu tidak menyala. “Apa lah lampu ada tapi tak pasang…tak bayar bil letrik ke apa? Kalau tak boleh buat kerja, bagi je lah jawatan tu kat orang yang boleh buat kerja”, Ramli mengomel sendirian. Agak politik di situ…tapi tu ayat Ramli, bukan ayat aku.
Tidak lama kemudian, Ramli ternampak kelibat seperti orang berjalan skipping dengan riang rianya. “Hah…ni tak lain tak bukan, si Samad (nama adik Ramli) lah ni”, Ramli berkata sendirian sambil menghembuskan nafas lega kerana tak perlu baginya untuk berjalan melepasi kawasan kubur kampongnya.
Tetapi harapannya punah apabila yang dilihatnya Wak Dun yang berjalan skipping macam kanak2 riang sambil memegang hujung bawah kainnya (nasib tak nampak bebird). Wak Dun merupakan salah sorang yang agak2 macam tak betul sikit di dalam kampong Ramli.
Ramli: Assalamualaikum, Wak Dun. Wak Dun: Gilo apo bagi salam kat orang gila. Hahahahahaha. Ramli: Astaghfirullah hal azim…menduga betul orang tua ni. Wak Dun ada nampak tak adik saya, Samad? Wak Dun: Oh ada tu tadi… Ramli: Kat mana Wak Dun nampak dia? Wak Dun: Jalan straight, lepas tu korna baring, kat roundabout ambil pukul 3:21 Ramli: Kejadahnya 3:21? Kampong kita ni mana ada roundabout? Wak Dun: Ado…ado…percayolah. Ramli: Boleh gila aku melayan orang tua ni.
Wak Dun menyambung jalan skippingnya sambil menyanyi, “matanya meleret2 selalu…rupanya manis2 ayu”. Ramli menggeleng2kan kepala sambil berkata di dalam hati, “apa nak jadi lah orang tua ni…lirik pun meraban”. Ramli menyambung langkahnya untuk mencari Samad, secara tak sedar dia mengikut jalan sepertiyang telah dikatakan Wak Dun tadi.
“Eh? Macam betul pulak apa orang tua tadi kata, selekoh ni dah ramai dah buat bebudak rempit kampong ni baring sambil bergolek2 bila melayan lap. Tapi roundabout...?”, Ramli berkata sendirian sambil menyuluh di hadapannya. Kelihatan satu pokok besar, di tengah2 simpang yang tidak dapat nak ditebang ketika membuat jalan di kampong itu.
“Ooo…ni ke yang dia panggil roundabout tu…”, Ramli berkata sendirian sambil menyuluh2 pokok itu. Dia menelan air liurnya lalu hatinya berkata, “pokok ni tak boleh seram lagi ke? Lepas tu apa ye…? Pukul 3:21? Macam mana nak kira?”. Tiba2 ternampak kelibat seperti perempuan keluar dari pokok besar itu. Ramli cuba menyuluh ke arah kelibat tersebut seperti kebiasaan yang dilakukan oleh sesiapa yang berhadapan dengan situasi seram.
Wajah perempuan itu putih licin tapi ada retak2 sikit,bibirnya merah gelap, matanya pula gelap tetapi urat matanya berjurai ke tanah, maka bergolek2lah biji matanya di tepi2 kakinya bila dia melangkah. “Ooo…ni ke yang matanya meleret2 tu…”, baharulah Ramli faham akan lagu Wak Dun itu tadi. Dengan pantas Ramli memusingkan badannya dalam gaya siap sedia untuk melarikan diri, akan tetapi perempuan muncul betul2 di hadapan mukanya apabila Ramli memusingkan badannya.
Pandangan Ramli pun menjadi kelam, dia dijumpai oleh penduduk kampong yang melalui jalan itu ketika hendak ke surau untuk solat subuh. Dia dibawa pulang ke rumah dalam keadaan badannya menggeletar…imam kampong coba memberikan Ramli air untuk diminum bagi memulihkan semangatnya tetapi tidak berkesan.
Tiba2 saja Wak Dun yang tidak tahu dari mana datangnya menyiram Ramli dengan baldi berisi air yang sejuk sekali. Menyebabkan Ramli bangun dan menengking2 Wak Dun, sehinggakan adik beradik Ramli terpaksa menahan dan menyabarkannya. Sekaligus badan Ramli berhenti dari menggeletar…Wak Dun pun berjalan meninggalkan rumah ibu Ramli sambil gelak terbahak2.
*kembali ke waktu kami di dalam kereta
Aku: Habis tu adik kau macam mana? Ramli: Pak Imam hantar dia balik naik motor. Rupanya2 dia tolong Pak Imam, rantai motor putus
Kami pun tiba di pekan Tangkak dan seterusnya menaiki bas ke Segamat. Sampai saja di kawasan jalan kampong, semak samun kiri dan kanan, Ramli meminta driver bas itu menurunkan kami di simpang 3 di hadapan. Driver bas itu berkali2 bertanyakan pada Ramli seakan tak percaya yang dia mahu turun di situ.
“Ok, kita dah sampai kat jalan masuk rumah Oyang”,kata Ramli kepadaku. Aku pula meninjau ke kiri dan kanan, jalan itu kereta banyak lalu lalang tapi tak kerap. Lalu aku pun berkata kepada Ramli, “aku tak nampak signboard kampong pun?”. Ramli hanya tersenyum dan menjawap, “memang takde signboard ke kampong tu…landmark dia yang aku ingat signboard biru ni la”.
Aku dah mula menyesal dengan keputusan aku untuk mengikut si budak Ramli. “Gila apa ni? Punya banyak signboard simpang 3 warna biru sepanjang2 jalan tadi. Kalau tersalah turun pun satu hal jugak”, aku berkata sendirian di dalam hati. Aku pun mula berjalan mengikut arah ke bawah “T” junction itu, tetapi Ramli memanggilku sambil berkata, “kau nak pergi mana tu?”.
“Eh? Bukan jalan sini?”, aku menjawap dalamkehairanan. “Jalan dia belakang signboard biru ni”, Ramli menjawap kepadaku. Aku bertambah2 hairan kerana pertamanya di situ ialah “T” junction, bukannya simpang 4. Keduanya mana orang pergi atas “T” junction kan? Belakang signboard pula tu. Ketiga, jalannya pun tak ada belakang signboard tu, kami berjalan diatas rumput2 dan mula memasuki hutan.
Dalam kami mula meredah hutan itu, aku mula menyoal siasat si Ramli. Aku: Kau sure ke jalan yang kau ikut ni? Ramli: Aku sure lah…last aku pergi sini masa zaman student dulu. Aku: Oyang ni siapa dengan kau? Ramli: Oyang ni…macam mana aku nak cakap ek? Dia moyang kepada nenek aku.
Aku pun berkata di dalam hati, “kejadah apa yang aku dengar ni? Berapa pulak umur orang tua tu? Kita ni mencari tulang ke pun?”. Hatiku bertambah menjadi berdebar2…lalu aku menyambung lagi monologku di dalam hati, “neraka apa yang aku tengah buat ni?”.
Bersambung… |