CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NekNgah

All about Ben Amir : Benomena Vol3

[Copy link]
 Author| Post time 7-6-2021 05:34 PM | Show all posts
Ben kena rajin buat live spontaneouly untuk simply say hi pada followers.

Tolonglah Ben, berinteraksi sedikit dengan fans.  

Dengan IG BAOFC yang agak lemau.  Tidak kreatif & agak malas untuk update segala aktivi Ben.
Tapi admin masih tidak sedar yang views & likes untuk setiap post mereka are extremely low.

Masih tidak sedar, masih di awang-awangan dengan award yang telah diterima??

Ben, mangement & BAOFC sila bangun dari tidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 07:56 PM | Show all posts
Ada orang dah buat comeback kt twitter.. Fuyoooo. Lama dah tak tgk twit dia ribu riban likes & rt.


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 07:57 PM | Show all posts
NekNgah replied at 7-6-2021 05:34 PM
Ben kena rajin buat live spontaneouly untuk simply say hi pada followers.

Tolonglah Ben, berinter ...

Rasa dah start take action tu. Ben dah kembali ke twitter pastu habis gigih dia likes semua yg quote twit dia. Beli jiwa fans kettew...??
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 46BlueBerry at 9-6-2021 08:13 PM

Tepek gak versi ss. Dia ni bukan boleh caya. Suka delete.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:07 PM | Show all posts
Edited by 46BlueBerry at 9-6-2021 08:15 PM

Nak compare twit2 sebelum ni yg sendu.. Lama sangat masuk gua.. Fans pon tawar hati.. Cuba la interact dgn fans tu.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NekNgah at 9-6-2021 09:04 PM


Sejak semalam, tular dimedia sosial berhubung sepotong video melibatkan pakar motivasi yang juga merupakan pakar mata Prof Muhaya.

Video berkenaan memaparkan kenyataan Prof Muhaya yang menerangkan kenapa ada wanita yang lambat jodoh.

Bagaimanapun,  kenyataan tersebut itu nyata menimbulkan reaksi banyak pihak yang menyifatkan ia seperti merendah-rendahkan kaum kebolehan kaum wanita.

Antara yang turut memberikan reaksi berhubung isu ini termasuklah pelakon, Ben Amir.

Jelas Ben, sebagai lelaki dia terbuka seandainya pasangan seorang wanita bijak kerana ia akan membuatkan perhubungan menjadi lebih baik.

"Only weak man fear strong women. Smart & strong woman excites me. Push me to be better, out of my comfort zone. Live your dreams and fly high ladies," tulisnya.

Kenyataan itu dikongsikan oleh pelakon drama Chandelier itu melalui sebuah ciapan yang dimuat naik dilaman twitter.

Katanya lagi,  hanya lelaki yang lemah sahaja akan tergugat dengan kebijaksanaan seorang wanita


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen setuju selain turut mendoakan semoga bintang Sweet Dreams itu segera dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

Sumber: Twitter Ben Amir & Carian Google

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NekNgah at 11-6-2021 11:38 PM


MESKI sudah menceburi bidang lakonan sejak lebih lapan tahun lalu, Ben Amir mengakui baru sahaja mengecapi populariti apabila bakat dan namanya mula diberikan perhatian dalam dua tahun ini.

Tidak mahu mensia-siakan setiap peluang yang datang kepadanya, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 31, sentiasa memberikan terbaik untuk menyerlahkan kemampuan lakonannya menerusi pelbagai karakter.

“Saya belum lagi sampai ke tahap pelakon yang bagus atau sebaris dengan nama-nama besar dalam industri, tetapi saya sentiasa berusaha untuk berada di situ.

“Boleh dikatakan nama saya naik dalam tempoh dua tahun ini, terutamanya selepas menang di Anugerah Era dan Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu sekali gus membuka banyak peluang baharu.

“Bagaimanapun kebetulan pada tahun lalu pandemik Covid-19 tercetus sehingga menyebabkan banyak kerja terpaksa ditangguhkan dan perjalanan saya menjadi perlahan,” ujarnya pada sesi sidang media secara virtual drama Diva Popular untuk siaran Awesome TV baru-baru ini.

Menurut bekas finalis Hero Remaja Hero Remaja 2011/2012 itu, banyak tawaran menarik diperoleh, namun tidak dapat dilakukan kerana kekangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelbagai tawaran menarik saya dapat pada tahun lalu dan tahun ini yang bakal menguji lakonan saya, tetapi disebabkan keadaan semasa dan kekangan PKP, ia tidak dapat diteruskan.

“Saya percaya, banyak benda lagi yang saya boleh tawarkan kepada industri dan macam-macam karakter yang saya nak cuba tapi bila ada peluang, tak dapat buat pula kerana keadaan.

“Saya harap pandemik segera berakhir dan kami penggiat seni dapat kembali buat kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini,” katanya.

Berkongsi tentang pembabitannya menerusi drama komedi Diva Popular terbitan Rumah Karya Citra dan arahan oleh Rahid Sibir, Ben menyifatkan drama tersebut banyak memberikan pengalaman baharu buatnya.

“Saya pernah menjayakan drama komedi sebelum ini, tapi bukan senang nak cari komedi yang kena dengan saya sebagaimana ditampilkan dalam Diva Popular.

“Agak susah bagi saya pada awalnya kerana saya dikenali sebagai pelakon serius. Komedi kena nampak semulajadi dan itulah cabaran untuk saya.

“Apatah lagi bila bergandingan dengan pelakon-pelakon yang hebat seperti Nabila Huda dan Tiz Zaqyah yang kita sudah tahu bagaimana permainan dan komitmen mereka dalam lakonan,” ujarnya.

Drama yang turut menampilkan lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima itu menemui penonton di Awesome TV (saluran 123), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Dalam perkembangan lain, Ben yang mula mencipta populariti menerusi drama Sweet Dreams itu mengakui turut terjejas pendapatan disebabkan pandemik apabila banyak tawaran kerja tidak dapat dilaksanakan.

“Semua orang terjejas disebabkan pandemik, termasuklah saya. Cuma saya bernasib baik kerana ada pendapatan lain menerusi kolaboratif bersama beberapa jenama produk untuk komitmen di platform digital,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Dior.
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2021 11:14 PM | Show all posts
Edited by NekNgah at 11-6-2021 11:46 PM

MaskulinMag - maskulin.com.my

Berdepan cabaran tatkala dunia diselubungi wabak COVID-19 telah memberikan pelbagai peringkat ujian kepada umat namunisa.  Tidak kira jantina, usia , pangkat dan pekerjaan boleh dikatakan kita semua terkesan dengan penularan wabak ini.

Bagi mereka yang berdepan masalah ekonomi , meneruskan kehidupan seharian merupan satu ujian besar buat mereka.  Dan dengan perbagai dugaan ini jugalah muncul masalah bagaimana untuk tangani tekanan dan tidak ketentuan emosi.

Hari demi hari kita membaca berita atau laporan tentang pelbagai golongan berdepan masalah tekanan jiwa sehinggakan ada yang bertindak nekad mengambil nyawa sendiri.

Pada isu digital cover MASKULIN VOL.2, kami sempat menemubual aktor yang kini cukup disegani ramai, Ben Amir yang turut berkongsi rasa dan pengalaman bagaimana untuk membantu mereka yang berdepan masalah ini.

Lakonannya yang selalu memaparkan seribu satu emosi terutamanya menerusi drama hit 'Sweet Dreams' menjadikan Ben Amir antara pelakon yang paling ekspresif di negara kita sekarang.

Jadi tidak hairanlah jumplah pengikut serta peminat setianya semakin hari semakin ramai dan cukup setia menantikan perkembangan terbarunya. Ikuti temu bual MASKULIN bersama pelakon serba versatil ini di bawah.

1.  Perkembangan terkini serta projek baru yang bakal menyusul?
Buat masa sekarang banyak projeck terpaksa ditangguhkan dahulu  disebabkan PKP. Insyallah kalau semuanya okay, bulan depan saya akan memulakan pengambaran drama baru yang berkisarkan dunia undang-undang.

Kemudian ada juga terlibat dengan filem memegang watak sebagai perisik atau spy.  Namun info selanjutnya saya masih belum boleh kongsi, cuma apa yang saya tahu ia sebuah filem komedi aksi.  Ini juga projek menarik kerana pertama kali saya terlibat dengan genre komedi aksi.

2.  Projeck paling mencabar, apa yang membuatkan ia benar-benar memberi kesan kepada kerjaya?
Paling memberi kesan semestinya 'Sweet Dreams' .  Walaupun drama tersebut sudah ditayangkan dua tahun lalu namum masih ramai peminat yang masih ingat dan sering membicarakannya bersama saya.

Insyaallah hujung tahun ini kita akan shoot untuk musim kedua pula.  Tak sabar untuk terlibat semula dengan karaker yang cukup mencabar ini.

3.  Idola dalam dunia lakonan?
Kalau di Malaysia saya mengagumi Bront Palarae.  Dia merupakan idola saya dalam lakonan keranya kariernya yang cukup kaya dan versatil.  Dia boleh jadi kelakar, serius, drmatik dan segala macam emosi lagi dengan cara tersendiri.  Manakala pelakon antarabangsa pula saya gemar melihat Denzel Washington dan Ryan Reynolds.  Mereka berdua juga sangat versatil mampu berlakon dalam pelbagai genre dengan berjaya.

4.  Sering disalah erti disebabkan anda sejenis yang gemarkan privasi dan dilabel tidal mesra, pendapat anda?
Setiap orang ada perangai masing-masing dan pembawaan berbeza.  Kalau dengan kawan kita lain, dengan orang pula kita lain.  Saya dengan orang yang tidak berapa kenal, saya akan lebih berati-hati dan reserve.  Kalau sesiapa yang mengenali saya dengan rapat pasti tahu saya ni jenis banyak cakap juga.  Siapa nak judge saya dengan macam tu terpulang pada mereka.

5.  Anda terlibat dengan mana-mana kerja amal sepanjang penularan pandemik ini?
Hujung tahun lepas saya ada melancarkan produk minuman tenaga Bentamix.  Dari situ kami lancarkan progaram stokis dan buka peluang untuk mereka yang terjejas seperti yang baru hilang kerja dan suri rumah untuk jana pendapatan.  Jadi apa kita buat kita tolong mereka untuk sama-sama berniaga dan jana pendapatan.  Alhamdulillah, ada agent dapat jana pendapatan sehingga lima angka.

Kami ada juga buat program bersama badan sukan di Perak (MAKSAK) dengan beri sumbangan air vitamin dan barangan keperluan untuk lebih 200 buah keluarga yang memerlukan.

6.  Pengurusan emosi amatlah penting tatkala musim pendemik, apa yang biasa anda lakukan jika mengalami masalah ini dan apa saranan anda untuk mereka mengangani stress sepanjang waktu ini.
Zaman pandamik memang ramai yang berdepan masalah emosi dan stress.  Jadi kesihatan mental memang akan jadi isu besar di sebalik pandemik ini.  Lain orang lain cara kendalikan tekanan. Tapi apa yang boleh saya kongsi, salah satu cara terbaik ialah makan makanan sihat.

Bila makan sihat, badan akan terasa lebih sihat dan berfungis sempurna.  Good diet reflex pada hormon dan badan.  Jadi bila badan cukup nutrien kita boleh handle stress dengan betul.

Dan satu lagi, kita kena bersenam.  Ini kerana dengan bersenam kita boleh release tekanan dan hilangkannya  dengan baik serta berfikir dengan lebih waras.  Seman di rumah itu boleh dilakukan.  Melakukan regangan badan juga sangat penting untuk rasa lebih relax dan badan pun rasa lebih baik.

7.  Pernah atau tidak anda berhadapan denga situasi atau individu yang mengalami malah emosi melampau, apa yang anda akan lakukan jika berhadapan dengan situasi ini?
Ya, pernah.  Apa yang saya buat ialah menjadi pendengar segala luahan mereka.  Ketila emosi mereka tidak menentu, jadilah telinga yang baik dan sertia mendengar.  Paling penting perlu sentiasa ada di samping takala mereka memerlukannya.  Berkan perhatian terbaik.

8.  Bagaimana pula anda menjaga emosi bila berdepan dengan netizen yang sentiasa memberi kkomen negatif terhadap kerjaya anda?
Apa yang boleh saya buat ialah buat tak tahu sajalah.  Tapi bukan tak ambil peduli.  Cuma saya refleks semua apa yang mereka katakan dan tengok yang mana saya boleh tukar jadi lebih positif.  Saya tidah boleh harap semua orang sukakan saya , kerana itu adalah perkara mustahil.  Jadi saya harus belajar untuk move on dan jangan jadikan ia terlalu personal.

9.  Tiga tip kekal sihat sepanjang hari.
Pertama work out dan diet.  Kedua banyak minum air kosong.  Dan ketiga minum Bentamix untuk tambah tenaga.

10.  Tip penjagaan kulit wajah anda sebagai selebriti.
Saya bukanlah jenis yang sangat strict dengan apa yang saya pakai dan guna.  Tapi saya akan pastikan untuk selalu bersihkan atau cuci muka.

11.  Tip penjagaan rambut Ben Amir?
Saya akan sapu minyak kelapa di rambut kira-kira dua kali sebulan.  Ia dapat membantu rambut jadi lebat dan lembut.  Kedua,pilih syampu kurang bahan kimia.  Ketiga, jangan cuci rambut hari-hari.  Dan juga tidak lupa juga jaga makan!
[attachimg]
12.  Memilih karya adakah penting bagi anda atau ia bole membunuh kerjaya seorang selebriti?  Kenapa?
Ya, ia sangatlah penting.  Perama kerana nak jayakan satu-satu karya ini kita kena kenali dulu dengan siapa kita akan bekerja ,  Kena ambil tahu dengan skrip dan kerekter yang diberikan sebagaimana.  Sebagai pelakon juga saya kena jaga penjenamaan diri.  Jadi kena pandai pilih jenis karya bagaiman untuk kita terima.

13.  Harapan Ben terhadap kerjaya anda untuk hari mendatang.
Bagi saya sendiri, saya akan tetapkan sasaran untuk lima tahun akan datang.  Apa yang saya sasarkan lima tahun lepas, Alhamdulillah saya telah capai.  Untuk next saya nak lebih berjaya dalam perniagaan, nak jadi pengarah atau produser.  Itulah harapan saya pada masa akan datang.

Team MASKULIN: Farizul Izwandy Ibrahim & Kim Rahim
Foto: Pinography
Solekan: Jib Salim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek jugalah dekat sini walau ada yang tak suka gambar tu.
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada apa nak update,
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NekNgah at 17-6-2021 05:25 PM

Lately banyak online news keluar pasal Ben tapi kebanyakannya ulang-ulang cerita yang sama dan tak ada isi. Sumber pun hanya dari media sosial.
Kosmo ni pun sebenarnya dah beberapa hari keluar tapi malas nak tepek semalas Ben munculkan diri di media sosial.
Berita Kosmo adalah dari interview dan cover mengenai kerja Ben. Berbaloi dibaca.

ISU kemunculan ramai pendatang baharu dalam industri ketika ini tercetus apabila kelompok pensohor media sosial mula mencuri perhatian ramai, sekali gus memanggil banyak perdebatan pelbagai pihak.

Ada yang bersetuju, namun tidak kurang juga sesetengahnya bersuara lantang memberi teguran perihal sikap, tanggungjawab, komitmen dan cara kerja bintang-bintang media sosial terbabit.

Kehadiran para pensohor media sosial yang rata-ratanya muncul ‘tangan kosong’ menambahkan para pelakon senior dalam projek sama.

Perkara berkenaan turut mencuri perhatian lelaki pujaan peminat, Ben Amir untuk melontarkan bicara. Persoalan tentang tentang impak kehadiran golongan sedemikian terhadap kerjaya lakonannya turut menjadi topik perbualan.

Jujurnya, pelakon kacak itu mengakui turut memikirkan persoalan serupa, lebih-lebih lagi sekiranya mereka diberikan peranan memegang watak utama dalam sesebuah naskhah. Menjadikan keadaan lebih kompleks katanya, kebanyakan pensohor media sosial tidak ada pengalaman berlakon.

“Kalau setakat diberi watak pembantu, okeylah. Tapi kalau nak dipadankan dengan saya sebagai watak utama, berkiralah juga.

“Sebab saya agak selektif untuk tahu siapa pelakon yang akan bekerja dalam sesebuah naskhah. Dari situ saya kenal dan tahu tentang komitmen kerjayanya.

“Bikin sebuah karya bukan seorang punya kerja. Kalau jenis yang tak fokus dan mengharapkan nama saja terkenal tidak guna juga. Kalau boleh saya memang tak mahu bekerja dengan orang sebegitu, sebab nanti akan susahkan diri sendiri,” luahnya jujur.

Ben sendiri mengakui, pengalaman bekerja dengan golongan tersebut sebelum ini membuatkan dirinya berasa ‘serik’.

“Pernah juga saya jalani penggambaran dengan orang macam ini. Berbelas kali ulang rakaman, jadi sangat mengacau ‘mood’,” katanya.

Bersua dengan Ben menerusi panggilan video sempena kemunculan menerusi naskhah komedi, Diva Popular baru-baru ini, dia banyak berbicara tentang pengalaman berlakon dengan rakan-rakan artis seperti Nabila Huda dan Tiz Zaqyah.

Komedi

Kata lelaki berusia 30 tahun itu, biarpun gementar pada awalnya kerana melihat gandingan pelakon yang bukan calang-calang, namun keseronokan mengatasi segalanya.

Lebih utama, tawaran tersebut melunaskan impiannya untuk bekerja dengan pelakon-pelakon hebat, apatah lagi drama arahan Rashid Sibir berkenaan memaparkan sisi berbeza Nabila Huda.

“Masa tahu nama mereka (Nabila dan Tiz) dalam senarai, saya terus setuju sebab memang dah lama nak bekerjasama dengan kedua-dua mereka.

“Dapat pula cerita komedi dan saya tidak pernah tengok sisi lain Nabila. Ini kerja yang sangat menyeronokkan bagi saya,” katanya teruja.

Dramatis yang cukup dikenali dengan watak lelaki romantik itu juga tidak pernah serik mencuba naskhah berbeza lebih-lebih lagi nuansa komedi.

Cuma, peraih trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) itu akur dengan kesukaran mencari naskhah berjalur komedi yang benar-benar sesuai dengannya selepas ini.
“Kalau ditanya, mana paling susah antara watak komedi dengan serius, dua-dua ada cabaran.

“Sebab watak komedi tak boleh dipaksa untuk buat lawak, nanti nampak bodoh. Jadi untuk buat nampak semula jadi, itu yang susah.

“Saya harap selepas ini ada lagi tawaran berlakon naskhah komedi. Cuma saya akui, agak sukar mencari yang betul-betul sesuai,” katanya lagi.

Pandemik

Teruja menjadi sebahagian daripada naskhah yang berjaya mengukir tawa penonton dalam suasana mencabar ketika ini, Ben juga banyak menempuh implikasi bahana penularan Covid-19 yang tidak dijangka.

Katanya, banyak kerja yang tertunda termasuklah filem, telefilem dan lebih lima buah drama yang masih menunggu waktu untuk direalisasikan.

Keadaan tersebut sekali gus menepis dakwaan bahawa populariti yang diraih menerusi ABPBH33 tempoh hari sekadar angin lalu, sebaliknya Ben sentiasa diburu rumah produksi.

“Disebabkan pandemik, tergendalalah semua kerja, termasuklah ada yang sepatutnya ke luar negara.

“Tapi benda ini tak boleh dikawal. Saya pula naik (popular) pada zaman pandemik, jadi sekarang tunggu sahajalah,” katanya yang kini banyak menjana pendapatan menerusi kerjasama dengan jenama komersial.

Wanita istimewa

Masih menutup rapat soal kekasih daripada pengetahuan umum, Ben bertegas bahawa hatinya belum dimiliki mana-mana wanita istimewa.

Memberi respons ringkas, seraya bertegas masih solo, lelaki itu turut menjelaskan tentang status sebenar hubungannya dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Sebelum ini, mereka pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa gara-gara tular sekeping foto menyaksikan kedua-dua mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran sekitar November tahun lalu.

Menjelaskan sejauh mana hubungan yang tercipta, pelakon drama Sang Pewaris itu berkata, mereka tidak lebih sekadar daripada rakan biasa.

“Tak adalah. Saya dan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tiada apa-apa pun (hubungan istimewa).

“Jika ada wanita yang boleh memberi nasihat, ketepikan ego dan pandangan saya, maka dialah orangnya. Tetapi setakat ini belum jumpa lagi,” tutupnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NekNgah at 23-6-2021 02:42 PM

Tita-tiba bagi teaser untuk Panasonic aircond review video. So, kita tunggu.
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Panasonic aircond review,
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
#Tiber
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NekNgah at 25-6-2021 05:00 PM



Sudah agak lama rakyat Malaysia ‘terkurung’ di rumah kerana mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun ia adalah untuk kebaikan, namun fikiran untuk bercuti dan melancong pasti ada menjengah dalam fikiran, betul tak?

Pelakon Ben Amir turut merasakan begitu apabila beliau tertanya-tanya bila agaknya kita semua dapat bercuti lagi.


Ben telah memuat naik satu foto melalui akaun Instagramnya yang menunjukkan dirinya ketika sedang bercuti.

Mesti beliau ada rasa rindu untuk melancong lagi.

Sementara itu melalui ruangan komen, para peminatnya meninggalkan pendapat mereka untuk perkonsian tersebut.

Semoga negara kita akan menunjukkan penurunan kes COVID-19 yang lebih ketara selepas ini.

Sumber: Intagram Ben Amir

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by poetess at 29-6-2021 09:51 PM

Found something juicy. Dah lama simpan ni chuols. Story ni posted 30 May, hentam BAOFC yang super lemau. Tak reti promote Ben.
Story ni pasal Zus Coffee.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.748849 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list