CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Squash / Skuasy -

[Copy link]
Post time 24-1-2010 10:28 AM | Show all posts
hi...aku pn baru nak berjinak2 main squash nie...beli raket kat pertama complex...alang2 nak buatkan permainan nie hobi baru so aku beli lah raket ringan skit....brand wilson, n120...

tp seriously, seronok main squash nie...berpeloh tak hingat punyer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 05:49 AM | Show all posts
nape snyp lak nicol skrg
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 06:29 PM | Show all posts
Nicol juara Terbuka KL

Oleh Aizawati Ahmad
-utusan

NICOL David mengucup trofi kejohanan Terbuka Kuala Lumpur selepas muncul juara di Berjaya Times Square, semalam. - MINGGUAN/Mohd. Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David menebus kehampaan tahun lalu apabila merampas kejuaraan skuasy Terbuka Kuala Lumpur, menumpaskan pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy pada perlawanan akhir, semalam.

Omneya ternyata bukan lawan Nicol, apabila pemain No. 1 dunia itu menang mudah 11-4, 11-2, 13-11 dalam masa 31 minit.

Ia merupakan kejuaraan keenam Nicol pada Terbuka Kuala Lumpur dan membawa pulang wang tunai AS$8,550 (RM28,270).

Nicol, menyertai kejohanan kali ini dengan reputasi hebat selaku juara lima kali - 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.

Mengulas kemenangannya, Nicol tetap menganggap perlawanan sukar kerana Omneya mempamer permainan hebat.

''Saya lihat Omneya amat tenang dan dia beraksi seolah-olah tidak rugi apa-apa, tetapi saya pula sebaliknya, mahu merampas kejuaraan.

''Omneya adalah lawan yang handal, ini dibuktikan apabila saya diberi tentangan terutama pada set ketiga," katanya.

Sementara itu, Ramy Ashour muncul juara acara lelaki selepas menewaskan rakan senegara dari Mesir, Karim Darwish 11-8, 11-8, 11-9, dalam masa 41 minit.

Ia merupakan kejuaraan pertama Ashour pada kejohanan ini dan memenangi hadiah wang tunai AS$7,600 (RM25,129).

Ashour mengakui gembira dengan kemenangan tersebut dan mahu mengulanginya tahun depan.

''Perlawanan akhir ini tidak mudah, saya ditentang habis-habisan oleh Darwish sehingga ketinggalan pada set terakhir 5-9.

''Saya bersyukur kerana sempat mengejarnya dan memenangi set terakhir,'' katanya.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Azlina Aziz.

------------------------------------------------------------------------------
Tahniah Datuk!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 03:26 PM | Show all posts
datuk seksi menang lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:55 PM | Show all posts
Nicol pertahan kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David mengekalkan gelaran juara Terbuka Kepulauan Cayman, setelah menewaskan pemain England, Jenny Duncalf pada kejohanan itu, kelmarin.

Pada perlawanan akhir di Camana Bay, Grand Cayman, Nicol, yang merupakan pilihan pertama kejohanan, hanya mengambil masa 32 minit untuk mengalahkan Duncalf dalam straight set dengan mata 11-8, 11-8 dan 11-4.

Untuk rekod, Nicol kalah dua kali kepada Duncalf pada November lepas, pada perlawanan peringkat separuh akhir Terbuka Carol Weymuller dan Qatar Classic.

"Jenny memang lawan yang hebat. Mula-mula rasanya macam 3-2 (keputusan), kemudian 3-0, perlawanan pertama sungguh sengit.

"Gembira sungguh rasanya kerana saya berjaya mengekalkan gelaran juara di sini. Harap-harap saya akan dapat kembali ke sini bagi mempertahankan gelaran saya ini tahun depan dan sekiranya keadaan tubuh masih mengizinkan, pasti saya akan kembali ke sini bagi menyertai Terbuka Dunia 2012," kata pemain berusia 26 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu seperti yang dipetik daripada laman web skuasy www.squashsite.co.uk.

Kemenangan tersebut adalah kemenangan ketiga Nicol dalam pertandingan Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita (Wispa) tahun ini selepas dinobatkan sebagai juara Terbuka Chennai dan Terbuka Kuala Lumpur bulan lepas. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:40 AM | Show all posts

Nicol juarai Terbuka Wanita Dunia kali ke-5!Tahniah Datuk!


KUALA LUMPUR, 23 Sept - Datuk Nicol David sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila menjuarai Terbuka Wanita Dunia sebanyak lima kali di Soho Square, Sharm El Sheikh, Mesir, pagi ini (waktu Malaysia). Ratu skuasy negara itu mudah menumbangkan pemain tempatan, Omneya Abdel Kawy yang juga pilihan keempat kejuaraan, 11-5, 11-8, 11-6 dalam masa 30 minit. Kejayaan pemain yang digelar Duracell Bunny itu sekali gus menyamai rekod juara terbanyak Terbuka Wanita Dunia lima kali yang dipegang Sarah Fitz-Gerald, 41, dari Australia yang bersara lapan tahun lalu.Fitz-Gerald memegang rekod juara Skuasy Terbuka Wanita Dunia paling banyak dengan lima kali (1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002). Nicol pula pernah menjadi juara dunia pada 2005, 2006, 2008 dan 2009. Nicol, 27 kini sedang berada di tahap tertinggi puncak prestasinya. Beliau layak digelar lagenda pemain squasy wanita dunia pertama dari asia. Menjadi pemain Nombor 1 dunia sejak 2006 hingga kini. Hanya tewas 2 kali pada tahun lepas namun momentum kecemerlangan Datuk Nicol David akan diteruskan pada Sukan Komanwel akan datang di New Delhi di mana cabaran dari tiga Negara seperti Australia dan England bagi merebut pingat emas Squasy individu dan bergu. Syabas!- Agensi



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2010 09:49 AM | Show all posts
tahniah!!!!!.. sudah tiba masa latihkan pengganti ditakuti tahta tiada pengganti
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:01 AM | Show all posts
Kita memang sudah ada pelapis pemain wanita muda iaitu Low Lee Wern, 20 berasal dari Pulau Pinang yang turut melayakkan diri ke suku akhir Terbuka Dunia baru-baru ini namun terkandas di tangan kehebatan Datuk Nicol David. Low Lee Wern turut mengejut bekas juara dunia Rachael Grinham dari Belanda pada pusingan pertama dan seterusnya layak ke suku akhir namun gagal menyekat kemaraan Datuk Nicol Daivid. Cuma apa dah jadi dengan pemain lelaki kita..lembik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 10:34 AM | Show all posts
Tahniah.... Nicol....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:00 AM | Show all posts
Kita memang sudah ada pelapis pemain wanita muda iaitu Low Lee Wern, 20 berasal dari Pulau Pinang ya ...
dru_helle Post at 23-9-2010 10:01



lelaki dalam kebanyakkan hal masih terbelakang dari wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 01:10 AM | Show all posts
merge
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 09:48 AM | Show all posts
Tahniah dato' nicol for winning your fifth world title...truly an inspiration for all malaysians....now go get your 1st commonwealth gold medal....kalau games kat delhi ni tak cancel le....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:41 AM | Show all posts
asal pemain squasy lelaki kita lembik tak macam nicol....nak dapat No.1 dunia pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:03 AM | Show all posts
Pemain muda ingin seperti Nicol


NEW DELHI - Khaalija Nimji mencipta rekod apabila menjadi pemain skuasy termuda pertama bermain di Sukan Komanwel walaupun terpaksa melawan kerinduan pada kampung halaman.

Pemain berusia 12 tahun dari Nairobi itu pernah menjadi juara kebangsaan Kenya dan menyertai Komanwel buat kali pertama, namun pemain itu tewas kepada Nicolette Fernandes dari Guyana dengan keputusan 11-0, 11-3, 11-1 pada perlawanan pembukaan semalam.

'' Saya begitu teruja apabila dapat bermain di Komanwel ini walaupun masih muda lagi dan ini adalah pengalaman yang sangat berguna pada saya.

'' Fernandes bermain dengan cemerlang walaupun saya cuba untuk melakukan yang terbaik malah dia adalah pemain yang hebat pernah saya bertemu, '' kata Nimji.

Menurut pemain muda itu, impiannya adalah untuk menjadi pemain terbaik dunia seperti Datuk Nicol David.


- AFP / Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:33 AM | Show all posts
Mudah buat Nicol


2010/10/05


SEPERTI yang dijangka, pemain nombor satu dunia, Nicol Ann David tidak menghadapi masalah menang mudah ke atas pemain Sri Lanka, Damindhi Udangawe dalam perlawanan pusingan pertama di Kompleks Sukan Siri Fort, semalam, yang mengambil masa tidak sampai setengah jam.

Nicol yang menduduki ranking satu dunia dalam tempoh 55 bulan berturut-turut, tidak memberi peluang buat pemain Sri Lanka itu untuk menang 11-2, 11-4 dan 11-2.

Turut mara Low Wee Wern yang menewaskan Zoe Barr dari Ireland Utara 11-4, 11-3, 11-3 manakala Delia Arnold menundukkan pemain Guernsey, Issey Norman-Ross 11-5, 11-4, 11-5.
Dalam acara lelaki, kesemua pemain skuasy lelaki negara berjaya mara ke pusingan kedua selepas menang perlawanan pusingan pertama masing-masing.

Juara Skuasy Asia di Chennai, Mei lalu, Mohd Azlan Iskandar mengalahkan James Bentick dari St Vincent & Grenadines 11-7, 11-2 dan 11-5.

Pilihan kesembilan, Ong Beng Hee pula tidak menghadapi masalah menewaskan pemain Zambia, Lazarus Chiluyfa 11-6, 11-3, 11-8, manakala Mohd Nafiizwan Adnan menundukkan atlit Kenya, Hartaj Bains 11-8, 11-2, 11-5.


- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 09:41 PM | Show all posts
azlan dah kalah... ni tgj tgk nicol lak.. go nicol...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 10:09 PM | Show all posts
Nicol menang..... tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 03:56 PM | Show all posts
Nicol menang..... tahniah....
karambunai Post at 8-10-2010 22:09



   


karam jom lwn squasy ngn micha.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 07:52 PM | Show all posts
Nicol, Azlan ke separuh akhir

Oleh AIZAWATI AHMAD

KUALA LUMPUR - Seperti yang dijangka, pemain pilihan utama, Datuk Nicol David dan Muhammad Azlan Iskandar mudah melangkah ke separuh akhir apabila berjaya mengatasi lawan masing-masing pada suku akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2011 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini, semalam.

Kehadiran Nicol yang juga pemain No. 1 dunia pada kejohanan tersebut lebih bersifat sebagai pemanas badan buatnya, apabila tidak berhadapan masalah untuk menewaskan Tan Yan Xin 11-4, 11-9, 9-11, 11-3.

Lawan Nicol pada separuh akhir ialah pemain yang berada di ranking ke-47 dunia, Siti Munirah Jusoh, yang mengalahkan Sharon Wee 11-6, 9-11, 11-4, 7-11, 11-6.

Baik Nicol mahu pun Azlan tumpuan sebenar mereka ialah pada Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan diadakan pada 18 Julai ini di ibu negara.

Bagi Azlan, pemain No. 10 dunia, lawannya pada suku akhir iaitu Aaron Soyza masih belum benar-benar menguji kemampuan sebenarnya. Dia mudah mengatasi Aaron 11-0, 11-5, 11-0 hanya dalam masa 12 minit untuk mencipta pertemuan dengan Kamran Khan.

Kamran, yang kini berada di ranking ke-78 dunia dipaksa berhempas pulas selama hampir dua jam sebelum mengalahkan Muhammad Asyraf Azan (no. 67 dunia) 11-9, 5-11, 15-13, 8-11, 11-8.

Azlan ketika ditemui pemberita berkata, setelah mendapat bye pada pusingan pertama, aksi pada suku akhir mudah baginya dan tumpuannya kini adalah saingan di separuh akhir bertemu Kamran.

"Saya tidak menghadapi masalah untuk menang, saya main 12 minit sahaja, jadi esok mungkin lawan lebih mencabar. Perancangan saya esok ialah bermain seperti biasa dan yang penting menang untuk ke final," katanya di sini, semalam.

Turut mengiringi Azlan ke separuh akhir, pilihan kedua kejohanan, Ong Beng Hee yang juga tidak menghadapi masalah mengetepikan cabaran Choong Kam Hing 13-11, 11-4, 11-4. Beng Hee bakal bertemu Mohd. Nafiizwan Adnan yang menewaskan Ivan Yuen 9-11, 11-4, 11-2, 8-11, 11-4.

Sementara itu, Low Wee Wern mengalahkan Zulhijah Azan 11-4, 11-4, 11-9 untuk melangkah ke separuh akhir bertemu Delia Arnold yang menumpaskan Pushppa Devi 11-3, 11-8, 11-7.

Wee Wern ketika ditemui pemberita memberitahu, tumpuannya kini ialah untuk bertemu Delia dan menyifatkan peluangnya adalah 50-50.

"Saya tak ingat bila kali terakhir bertemu Delia, rasanya sudah lama saya tidak bertemu dengannya. Kalau tak silap saya kali terakhir Delia menang 3-2, saya rasa perlawanan esok (hari ini) pasti sengit," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 08:20 AM | Show all posts
Datuk Nicol David 7th times Malaysian Open Champion...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.116991 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list