YUP....YAM Tengku Puan Zanariah Iskandar dan kekandanya YAM Tengku Puan Nora Ismail..
...
ayu999 Post at 21-1-2011 19:40 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sultan Johor mansuh kuasa Jaksa Pendamai serta merta
2011/02/17
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, memutuskanuntuk memansuhkan jawatan dan kuasa Jaksa Pendamai (JP) di negeri ini sertamerta dan tidak akan menganugerahkan tauliah itu.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkatakeputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan MajistretKelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini.
"Fungsi Jaksa Pendamai pada ketika ini tidak lagi relevan dan oleh keranaitu Tuanku Sultan Johor memutuskan jawatan terbabit dimansuhkan dengan sertamerta dan tauliah mereka dikembali ke Istana," katanya dalam sidang akhbardi Istana Besar di sini, hari ini.
Beliau berkata, sejak penganugerahan tauliah JP bermula pada 1948 sehingga 1980seramai 55 individu telah menerimanya, tetapi hanya empat penerima yang masihhidup sehingga hari ini.
Menurut Abdul Rahim, penganugerahan JP itu dilakukan selaras dengan peruntukandi bawah Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948, dengan penerima hanyamengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.
Katanya, penerima JP Johor kebanyakannya terdiri daripada pegawai tadbir negeriyang menjalankan tugas sebagai JP disebabkan masalah kekurangan majistret dinegeri ini tidak lama dulu.
Bagaimanapun, ketika ini, katanya, dengan bilangan majistret yang mencukupi disetiap daerah telah menjadikan tugas sebagai JP tidak lagi relevan mengikutperedaran waktu.
Sementara itu, Abdul Rahim juga berkata, gelaran Diraja Johor bagi SultanahZanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan ZanariahIskandar dengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku."
Beliau juga berkata, gelaran Diraja Johor bagiSultanah Nora Ismail digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismaildengan dibahasakan "Tunku Puan" atau "Tunku."
"Kedua-dua Tunku Puan itu tidak dibenarkan menggunakan gelaranSultanah," katanya sambil menambah, keistimewaan yang diberikan selaridengan gelaran Sultanah itu turut ditarik balik.
Gelaran Diraja Johor bagi Duli Yang Maha MuliaRaja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, disebut sebagai Duli YangMaha Mulia Raja Zarith di dalam ucapan serta persuratan dan dibahasakan"Tuanku," katanya. - BERNAMA
tabik spring la u ayu....yr statementon 21th january...slps 1 bln baru jumaah diraja johor buat pengumuman..... so tajuk thread kena tukar la dari DYMM kpd YAM..?
|