CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yastross

Mercedes GP Petronas..

[Copy link]
Post time 4-4-2010 07:02 AM | Show all posts
Rosberg ceria, Schumacher hampa
(tajuk pun sodih.... wehhhhhh tu 7 WC tauuuu)

SEPANG - Pemandu Mercedes GP, Nico Rosberg mencipta sejarah apabila buat pertama kali berjaya menempatkan diri di barisan hadapan pada Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pada pusingan kelayakan, semalam, Rosberg mencatat keputusan yang cemerlang buat pasukannya apabila menduduki tempat kedua di belakang pemandu Redbull, Mark Webber.

Pemandu berusia 25 tahun itu amat gembira setelah berjaya mendapatkan tempat di barisan hadapan dan ia merupakan sesuatu yang hebat buah keseluruhan pasukannya serta Petronas.

''Mencatat keputusan yang baik di salah satu litar gelanggang sendiri merupakan sesuatu yang hebat. Saingan hari ini (semalam) amat mencabar dan prestasi saya pada kelayakan ketiga adalah yang terbaik," katanya.

Menurut Rosberg, dia mencatat keputusan yang baik di pusingan pertama tetapi tayar jenteranya tidak stabil pada pusingan kedua, dan ini menyukarkannya untuk meningkatkan kelajuan.

Pemandu kelahiran Jerman itu melahirkan keyakinan tinggi untuk bersaing hari ini, tanpa mengira keadaan litar basah atau kering.

Sementara itu, rakan sepasukan Rosberg, Michael Schumacher, yang menduduki petak kelapan perlumbaan hampa dengan keputusan yang dicatatnya pada pusingan kelayakan.

''Kami mencatat keputusan yang baik pada awal perlumbaan, tetapi, pada kelayakan ketiga saya mengalami masalah pada tayar yang menghalang untuk saya meningkatkan pecutan pada jentera," ujarnya.

Bekas juara dunia tujuh kali itu turut mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya, Rosberg yang berjaya menempatkan diri di barisan hadapan perlumbaan hari ini.

Dalam pada itu, prinsipal pasukan, Ross Brawn berkata, kedua-dua pemandunya berjaya mengendalikan jentera dengan baik dan meletakkan pasukan berada pada landasan yang betul.

''Ia penting untuk kami berada dalam keadaan tenang dan saya gembira kerjasama dalam pasukan telah membolehkan kami bersaing dalam ketiga-tiga pusingan kelayakan," jelasnya.

PS : Bila dah bersara, jagan duk nak menyibuk masuk balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2010 04:42 PM | Show all posts
381# Yo-Ya

suka ati dia lah nak masuk balik ke tak
dengki la tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 06:53 PM | Show all posts
hebak rosberg
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 09:19 PM | Show all posts
mamat yg dapat bwk sumaker naik modenas kriss tu musti bangga...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 09:29 PM | Show all posts
congrats nico rosberg
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 08:22 AM | Show all posts
good race utk nico rosberg

race semalam mercedesGp kompetitif boleh kacau redbull

nasib buruk plak utk schumy..apapun boleh try next race
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2010 09:51 AM | Show all posts
Rosberg dh mula tunjuk belang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 03:45 PM | Show all posts
good effort dari rosberg

hope mercedesGp boleh improve time kat eropah

setakat ni kemampuan hanya no 4 terbaik dari team elit lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2010 04:25 PM | Show all posts
aku nampak schumi naik moto...

ekekkekkekekekke cam mat rempit

7 WC jadi mat rempit kat sepang
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 04:26 PM | Show all posts
ape dah jadi kat team merc ni...

boleh pulak nut tayar belakang tercabut....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 04:35 PM | Show all posts
tak pasti lagi la kenape boleh tercabut

kena realistik skit..

mercgp agak ketinggalan berbanding team lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 04:42 PM | Show all posts
masalah mase pasang tayar la tu...

nut tak ketat... tecabut la... salah kat mekanik

yg pasang tayar dia... biasa belaku time pit stop...

tu sume nak cepat mmg kebarangkalian nak kene tinggi...

ni nak start race ko wat mistake cam ni... mmg kene hamput la
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 09:13 PM | Show all posts
tak pasti lagi la kenape boleh tercabut

kena realistik skit..

mercgp agak ketinggalan berbanding team lain
weta_studio Post at 5-4-2010 04:35 PM


hmm pit crew mana yg derang pakai, bekas brawn / honda dulu ka pit crew baru bawak dari kilang merc ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 08:24 AM | Show all posts
393# ShadowChaser
ape yg aku faham..kereta mercgp tahun ni adalah dari rekaan brawnGp last year..jadi tak mustahil benda yg sama berlaku

cuma brawn upgrade je kereta tu

kereta mercgp tahun ni adalah hasil gabungan honda/brawn/mercedes.ni maybe disebabkan brawn takde duit nak develop kereta utk season 2010 sbb take over dari mercedes dah lewat.Jadi dgn masa yg skit dia cuma upgrade dari kereta BrawnGp.

jadi kemampuan sebenar kereta mercedesGp adalah tahun depan dimana brawn maybe akan tumpukan develop kereta utk tahun depan.Kat planet F1 dia bagi masa until june je.If result tak best..stop develop season ni pas tu start utk season 2011.

brawn pernah buat benda ni.Tahun 2008 kereta honda slow jadi dia tumpukan develop kereta utk next year jadi tahun 2009 menang double champieng..


ape yg aku harapkan please ambil semula rory bryne..dia sorang je pernah buat kereta schumy menang 7 kali world champion
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 09:02 AM | Show all posts
ok kite tggu thn depan same ade merc

blh jadi champion ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 09:12 AM | Show all posts
394# weta_studio

tunggu kebangkitan mercgp next season
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 10:18 AM | Show all posts
389# akughi

kah kah kah kah

gua tak ada gambar yang dia naik modanes tu geng..... tolong cari untuk gua



ada gambar yang member sumi nak bawa dia gi rempit aje.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 10:20 AM | Show all posts
kita tunggu tahun depan....

coz tahun ni fan sumi dah mengaku kalah.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 10:55 AM | Show all posts
393# ShadowChaser
ape yg aku harapkan please ambil semula rory bryne..
weta_studio Post at 6-4-2010 08:24 AM


weta, bila masa byrne keja ngan brawn gp nih

byrne bukan tgh sabatical leave lepas berenti ferrari ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:06 AM | Show all posts
kita tunggu tahun depan....

coz tahun ni fan sumi dah mengaku kalah.  
Yo-Ya Post at 6-4-2010 10:20 AM


sapa ngaku kalah

baru 3 race tahu, keta pun lum develop, walopun tahun ni merc gp dijangka tiada pape impact

tgk ah dulu kot derang akan perkenalkan upgrade package utk aero & technical, enjin konpom takleh develop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055750 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list