CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
 Author| Post time 12-4-2022 05:24 AM | Show all posts
seribulan replied at 11-4-2022 10:08 PM
Hari ni rajin terbeli sebab warna tu

sampai sekarang tak dapat lagi makan tepung pelita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2022 05:25 AM | Show all posts
seribulan replied at 11-4-2022 10:07 PM
Kuar Buletin TV3 semalam, kome

nampak sangat saya tertinggal keretapi sbb anak sedara tak sekolah situ
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 11-4-2022 07:26 PM
saya suka air kelapa gula merah atau plain. kalau boleh nak yang banyak isi. hehe.

Plain sedap sini ada yg taruh asam boi...kurenggg
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-4-2022 04:24 AM
sampai sekarang tak dapat lagi makan tepung pelita

Sabo kome ada can nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-4-2022 04:25 AM
nampak sangat saya tertinggal keretapi sbb anak sedara tak sekolah situ

Tu tertengok berita kale tak...harammm tahu...kluster sekolah yg tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:47 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-4-2022 10:22 AM




SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
12 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 11 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (100%) dan Selangor (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Satu (1) negeri iaitu WP Putrajaya (64%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 102 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 12%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 11 April 2022, sebanyak 427 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 187 kes (43.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 240 kes (56.2 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 11 April 2022:
  • Kes sembuh: 19,049 kes [4,163,777 kes kumulatif (96.1%)];
  • Kes baharu: 7,739 kes (4,333,557 kes kumulatif);
  • Kes import: 23 kes [22 warganegara (95.7%); 1 bukan warganegara (4.3%)];
  • Kes tempatan: 7,716 kes [7,414 warganegara (96.1%); 302 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 174 kes (75 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 102 kes (43 kes disahkan COVID-19; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 7,739 kes harian yang dilaporkan pada 11 April 2022:
  • Kategori 1: 4,354 kes (56.26%);
  • Kategori 2: 3,318 kes (42.87%);
  • Kategori 3: 34 kes (0.44%);
  • Kategori 4: 14 kes (0.18%); dan
  • Kategori 5: 19 kes (0.25%).
Daripada 67 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 11 April 2022:
  • 24 kes (35.82%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 16 kes (23.88%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 27 kes (40.30%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 36 kes (53.73%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 42 kes (62.69%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (1.49%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,952 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 2;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,826 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 126 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 11 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor0.92
Negeri Sembilan0.86
Terengganu0.82
Perak0.82
Johor0.80
WP Putrajaya0.80
Melaka0.79
WP Kuala Lumpur0.77
Sarawak0.76
Pahang0.75
Sabah0.73
Pulau Pinang0.72
Perlis0.71
Kedah0.70
Kelantan0.66
WP Labuan*10 kes
MALAYSIA0.84
*Kiraan nilai RT bagi kes <20 kes adalah tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 07:42 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:59 AM | Show all posts
*SALAM 11 RAMADHAN AL-MUBARAK 1443*




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه
& وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة الحمد للّه


*Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt, dipermudahkan segala urusan, perjalanan, diteguhkan silaturrahim sesama kita, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa  memperoleh rahmat dari Nya*


آمِيّنْ آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ ...


*Terima Kasih *

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2022 08:01 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-4-2022 07:39 AM
Plain sedap  sini ada yg taruh asam boi...kurenggg

pelik rasa letak asamboi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 08:02 PM | Show all posts
Edited by farhana008 at 13-4-2022 08:24 PM
seribulan replied at 12-4-2022 07:40 AM
Sabo kome  ada can nanti...

dah dapat makan semalam masa berbuka. alhamdulillah! amekaw sampai 12 saya sorang makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 08:03 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-4-2022 07:41 AM
Tu tertengok berita  kale tak...harammm tahu...kluster sekolah yg tinggi...

tadi baca bh online. mrsm muar tutup seminggu mula 3 hari lepas
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-4-2022 07:01 PM
pelik rasa letak asamboi.

Tahu x pe...x beli dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-4-2022 07:02 PM
dah dapat makan semalam masa berbuka. alhamdilillah! amekaw sampai 12 saya sorang makan

Wah...balas dendam sungguh tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-4-2022 07:03 PM
tadi baca bh online. mrsm muar tutup seminggu mula 3 hari lepas

50 ke berapa kes camtu...tadi cari kolig...Covid...dpt dr anak yg dpt dr sekolah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 08:11 PM | Show all posts

yang asli dan piyo juga sedap walaupin takde gula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 08:14 PM | Show all posts
Edited by farhana008 at 13-4-2022 08:16 PM
seribulan replied at 13-4-2022 08:11 PM
50 ke berapa kes camtu...tadi cari kolig...Covid...dpt dr anak yg dpt dr sekolah

30 pelajar positif masa baca kat bh online. tadi abang beritahu dia pula positif. beberapa hari lepas isteri dan anaknya yg kat asrama positif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-4-2022 07:11 PM
yang asli dan piyo juga sedap walaupin takde gula

Betoi3x suka sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-4-2022 07:14 PM
30 pelajar positif masa baca kat bh online. tadi abang beritahu dia pula positif. beberapa hari lep ...

Kluster sekolah byk...tapi kena harung utk ke fasa Endemik...live with it
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 08:20 PM | Show all posts
seribulan replied at 13-4-2022 08:17 PM
Kluster sekolah byk...tapi kena harung utk ke fasa Endemik...live with it

kesian juga sbb ada bayi baru lahir kat rumah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-4-2022 07:20 PM
kesian juga sbb ada bayi baru lahir kat rumah dia.

Mujur xde sgt kes kematian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:35 AM GMT+8 , Processed in 5.257722 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list