CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
Post time 15-10-2010 10:27 PM | Show all posts
yeahhhh... demam asmara sudah datang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 10:34 PM | Show all posts
hahahaha...zafira...go away boleh jadi i love your way..
detox, sambung lagik.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 11:03 PM | Show all posts
zafiraaa...dalam hati dah ada taman berbunga-bunga sama itu encik bitter gondola..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 02:51 PM | Show all posts
detoxxxx.....n3nya??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 05:16 PM | Show all posts
zafira dah tolak husin dalam tasik...
apa pula tindakan husin nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 09:22 PM | Show all posts
uwaah sib baik husin x arwah....
tunggu balasan dari husin lempoyang pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2010 10:08 AM | Show all posts
HI, hi.. hilang sikit stress yg menimpa dua tiga hari ni..
i love your way...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:53 PM | Show all posts
“Jadi Jane ke malam-malam ni ?” Husin mendengus, lari semua ikan talapia dalam tasik
Taman Aman  ...
detox Post at 15-10-2010 20:51



tak tahan..........lawak sungguh...bila adigan bitter gondol gelabah dpn zafira ni.......teringat kat Shahrukhan gelabah depan Kajol dalam Kuch Kuch Ho Tai......masa Kajol nak balik dr camp dgn Salman Khan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 03:54 PM | Show all posts
yeahhhh... demam asmara sudah datang....
pura Post at 15-10-2010 22:27



Asmara, hilang semua derita....bak kata kat nita
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:56 PM | Show all posts
yg best tu Husin boleh perasan seksi sekejap...adehhhh la....gondol....oooppppssss, sorry nanti ada pulak yg terasa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 04:20 PM | Show all posts
hahaha.... cute la si gondol & zafira
takde ke lelaki syok kat zafira
buat bitter gondol jeles plak
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 06:06 PM | Show all posts
Hahaha  zafira dah kuch kuch hota hai dekat sigondol
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 06:07 PM | Show all posts
hahaha.... cute la si gondol & zafira
takde ke lelaki syok kat zafira
buat bitter gondol jeles pl ...
sang_arjuna Post at 17-10-2010 16:20


salam smiley lama tak nampak Apa khabar? Bila cita baru nak tempek kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:42 PM | Show all posts
la, ingatkan hari ni ade N3...
x de rupenya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:53 PM | Show all posts
la, ingatkan hari ni ade N3...
x de rupenya
sakura2503 Post at 17-10-2010 22:42


hari ni Sunday detox nak main-main dengan Imran
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:10 AM | Show all posts
ingatkan dh ade sambungan....x sbar plak nak bc...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2010 06:08 AM | Show all posts
salam semua, sorry tak de sambungan semalam......sibuk sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 06:09 AM | Show all posts
Reply 388# cmf_blingblings

Alamak ! Tak pernah tengok citer ni...... hu hu hu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 06:13 AM | Show all posts
Bab 4       

HUSIN tersenyum. Sambil bersiul-siul perlahan dia bergerak semula ke arah kedainya. Dalam hati membilang, SATU…DUA…TIGA, dan...

Zafira menjerit sekuat hatinya.

“TAK GUNA !!!”

Husin mengulum senyum dan lagu Django Reinhardt, Minor Swing berputar-putar dalam mindanya.

“HOI BITTER GONDOL !” Zafira berdiri di kaki lima mencekak pinggang.

Suaranya hilang, matanya pula mengikut seorang lelaki rendang dan agak gempal berseluar putih, berkasut puith, dan berHawaian Shirt biru bunga-bunga putih. Lelaki itu, mukanya tidak ada senyuman. Mata Zafira pula teralih ke arah Husin yang berdiri di hadapan kedai, mukanya juga tiada senyuman. Ternyata kedatangan pelanggan rendang gempal tidak disenangi.

Mata Zafira terus mengikut lelaki rendang gempal itu menolak pintu kaca kedai Husin’s Chocolātl dan hilang di dalam kedai. Husin ikut lambat-lambat. Zafira yang by nature agak penyibuk terkuit-kuit hatinya hendak tahu apa terjadi dalam kedai. Dia masih berdiri di kaki lima, hati membengkak, dua sebab satu kerana ingin tahu apa terjadi di kedai sebelah, dua kerana HADIAH dari Husin. Hadiah ? Rumpai tasik Taman Aman selonggok di hadapan kedainya – itulah hadiah untuknya. Baunya HANYIR. Ada nota lagi. Dia tidak pedulikan nota yang sudah basah di tengah-tengah longgokan rumpai tasik. Bau air tasik Taman Aman yang selalu ok pada hidungnya, menjadi TIDAK ok sekarang.


Di dalam kedai Husin. Suasana tidak begitu memberangsangkan....

“Semalam adik aku menangis …” Murad memulakan.

Matanya tidak ke arah Husin, tetapi lebih berselera melihat coklat-coklat yang terpamer.

“Kau tahu kenapa dia menangis ?” tanyanya, kali ini matanya terjegil ke arah Husin (Murad terpaksa mendongak di sebabkan ketinggian yang tidak mencukupi untuk terus menganyang Husin dengan mata garangnya).

Husin mengebam bibir dan menggeleng perlahan.

“Jangan tipu…lepas korang keluar untuk temujanji, kau buat apa ?”

“Lepas makan roti canai…”

“Roti canai ? Kedai MAMAK ?” Murad memotong, matanya terbeliak dan dia berjalan menghampiri Husin. Melangut lagi, tapi terpaksa berundur dua tiga tapak sebab dia hanya nampak bahagian bawah muka Husin, tidak matanya. Dia mahu Husin takut dengan renungan penuh berapinya.

“Jess tak SUKA kedai MAMAK !” suaranya bergegar.

Itu kali kedua Husin bertemu Murad. Pertama adalah beberapa tahun dahulu. Sewaktu itu Murad masih bekerja sebagai seorang penghantar suratkhabar. Itu kerja sambilan, dia sebenarnya bekerja dengan Jos, jadi pengintip Jos. Murad tahu mana rumah orang yang ada duit, mana rumah yang kosong untuk di pecah dan geledah. Dua tahun jadi pengintip, Murad berpaling tadah. Dia tinggalkan Jos dan beberapa orang kuat Jos kini menjadi orang kuatnya. Jos tidak tahan dengan ugutan Murad lalu berpindah tempat. Itu cerita Murad, seorang yang dikatakan gangster paling kejam di kawasan itu. Tapi entah pagi itu dia rasa hendak ketawa melihat Murad.  Dia hairan dengan kata-kata orang kalau Murad sanggup mendera mangsanya dengan kejam. Hakikatnya Murad nampak , er, KELAKAR.

“Kenapa ketawa ???”

Husin geleng kepala.

“So Jess menangis ?” tanya Husin kembali, tidak mahu memberi keterangan kenapa dia ketawa. Takut nanti Murad kecil hati. Dia kulum bibir dan telan ketawa, nafas kecil di hirup perlahan-lahan.

“Ya. Dia mengadu kamu main-main dengan dia….”

“Emm…tak main-main. Saya bawa dia makan, kemudian hantar balik. That’s it.” Terang Husin sejujurnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 06:19 AM | Show all posts
Dia memang pasti lepas roti canai dan segelas teh tarik, dia terus hantar Jeslina pulang. Walau Jeslina merengek-rengek ajak dia berjalan di sekitar tasik terlebih dahulu. Tapi Adam dan Dengut menjadi penyelamat. Jeslina berhenti merengek apabila Dengut tidak henti-henti mengiau dan cuba menjilat mukanya. Jeslina kelam kabut turun dari Mini Austin merah lada dan berlari mendapatkan keretanya yang di parkir di hadapan kedai Fir’s Fwower. Dengut mengejarnya, tapi tak sempat. Dengut kembali berlari ke arah Adam dengan bunyi mengiau yang sedih. Jeslina tinggalkannya. Dengut kesedihan dan terus berbaring di tepi longkang. Mata kuyu dan mengadu nasib pada aliran air longkang yang mengalir lesu.

“Apa-apa lah, sekarang nak buat macam mana ? Jeslina tidak mahu makan, tidak mahu keluar bilik, tidak mahu hidup.”

Husin berkerut-kerut muka.  

“Aku nak kau pujuk dia atau terima akibatnya .. kau tahu kan pengaruh aku kat sini besar mana ?” gertak Murad.

Husin angguk, setuju dengan kenyataan pengaruh kuat si Murad tapi menggeleng tidak mahu memujuk Jeslina.

“Apa ?” mata Murad terbeliak, dia menarik sedikit baju bunga-bunga putih. Terselit pistol di situ.

“Kau nak tembak aku ke Murad ?” soalan bodoh membuatkan Murad bengang.

“Aku akan tembak kau kalau kau tak kembalikan senyum pada Jeslina. Faham ?”

Husin tarik nafas. Memang nahas betul. Kenapa dalam ramai-ramai pelanggan wanitanya, Jeslina yang harus tertarik padanya. Kenapa bukan Anita ? Kenapa bukan Mila ? Kenapa bukan Makcik Rogayah ???? Husin meraup muka. Apalah nasib aku ni !

“OK…tapi nak aku buat apa ?” tanya Husin. Soalan bodoh lagi menyebalkan seorang gangster yang tidak punya masa berjam-jam untuk duduk dan sama-sama cari jalan penyelesaian.

“Keluar dengan dia, turut semua kemahuan dia…dan aku tak mahu dengar dan lihat dia menangis dan mengurung diri macam sekarang. FAHAM ?” itu adalah arahan dari seorang bernama Murad. Arahan kenalah di patuhi.

Husin menarik nafas dan mendengus kuat. Ketika itu Adam dengan cerianya masuk ke dalam kedai.

“Hai Uncle Husin. Good morning ….” Dia baru sahaja datang dengan Mojo.  Mojo sudah pun ke warung mamak seberang jalan. Dia perlu minum teh tarik Mamak terlebih dahulu. Dia macam sudah ketagihan teh tarik Mamak.

Husin tidak boleh tunggu Adam pagi tadi, lalu diserahkan tanggungjawab memandikan dan, memastikan Adam memakai baju serta makan sarapan yang sihat pada Mojo. Dia ada misi. Misi menyakitkan hati si Bunga Tahi Ayam. Lagi pun kalau lambat lagi dia beri hadiah itu , makin pening hidungnya terpaksa melayan bau hanyir rumpai-rumpai yang ikut sama naik dari tasik Taman Aman ketika dia di tarik oleh seorang pemancing tegar. Satu malam tidurnya terganggu di sebabkan bau yang masih melekat di kulitnya walaupun sudah di gosok dengan sabun dan berendam di dalam bath tub dengan air suam.

Adam mengangkat kening. Dia ‘ternampak’ pistol yang terselit walau lelaki rendang gempal itu cepat-cepat menarik baju bunga-bunga putih. Uncle Husin dalam bahaya ke ? Mulutnya ditutup erat, dia tidak mahu bertanya atau bercakap apa-apa. Dia biarkan saja lelaki rendang gempal itu mengambil beberapa kotak coklat di atas meja di tengah-tengah kedai itu sebelum melangkah keluar. Tidak pula lelaki rendang gempal itu hendak ke kaunter untuk membayar. Tidak pula Uncle Husin menegah. Memang, sah , Uncle Husin dalam bahaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.735429 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list