CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 17-7-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik betul anak Iban tu ye, sayang betul kena bunuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-7-2024 03:40 PM
Mcm arwah ts zaman khan digelar supercop. Ada satu kes, anak2 buah puas cari kelongsong peluru dal ...

Kena tengoklah PM masa tu siapa. Pemimpin cerdik, anak buah tentu kena cerdik juga. Lalau pemimpin drama, anak buah pun drama jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 06:59 PM | Show all posts
Berita

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang

BERNAMA

17-07- 2024 04:19 PM



Ahli keluarga dipercayai waris kepada Nur Farah Kartini Abdullah iaitu Syeril Norsyuhada (kanan) dan Farizza Azmi Abdullah (kiri) ditemui pemberita semasa hadir untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini - foto BERNAMA



SUNGAI BULOH: Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.

Perkara itu dinyatakan abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, menerusi sistem mesej aplikasi WhatsApp hari ini.

“Saya tidak pasti pukul berapa boleh datang ke Jabatan Forensik untuk tuntut jenazah,“ katanya.

Mohd Farriza Amir berkata butiran lanjut berkaitan urusan pengebumian adiknya juga belum dapat dikongsikan lagi.

“Apa yang saya boleh katakan jenazah akan dikebumikan di Pahang,“ katanya.

Sebelum ini media melaporkan proses bedah siasat mayat Nur Farah Kartini di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada 6.10 petang, semalam.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://thesun.my/cerita/berita/ ... il-abang-GH12736624
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 17-7-2024 06:53 PM
MUTAKHIR

Ibu Nur Farah Kartini lakukan ujian DNA

Kenapa kebumi di Pekan? Kenapa tak kebumi di Miri.

Pelik kalau orang Sarawak kebumi di sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 07:01 PM | Show all posts
MSTAR | SEMASA

Sejauh mana hubungan Nur Farah Kartini dengan suspek disiasat... Polis cari motif bunuh


Rabu, 17 Julai 2024 4:45 PM



Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini.


ALLAHYARHAM Nur Farah Kartini Abdullah, yang ditemukan mati pada Isnin lalu, dengan suspek kes pembunuhannya mengenali antara satu sama lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia adalah berdasarkan hasil siasatan namun pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, pada Rabu.

Hussien menambah, pihaknya percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gegangsa, Hulu Selangor adalah lokasi utama (primary scene) berlakunya pembunuhan Nur Farah Kartini.

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit

Beliau dalam pada itu memaklumkan, seramai 26 individu sudah diambil keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kematian mangsa yang juga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Semua saksi tersebut termasuk rakan dan kawan sekerja mangsa serta saksi awam.

Dalam pada itu Hussein turut memaklumkan jenazah Nur Farah Kartini tidak boleh dituntut hari ini kerana pihaknya perlu menunggu keputusan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) yang diambil daripada ahli keluarganya.

Difahamkan keputusan itu mungkin mengambil masa beberapa hari.

Untuk rekod, Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu sebelum mayatnya ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang pada Isnin, 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek yang berusia 26 tahun itu direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.mstar.com.my/lokal/s ... is-cari-motif-bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 17-7-2024 02:40 PM
Iya, mmg jantan Indon hanat lahabau hawau nilah yg patut dikeji, dicerca secara berjemaah 40 hari  ...

Hidung jambu tu macam mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2024 07:09 PM | Show all posts
BERITA  > Semasa

[VIDEO] Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh

Oleh
NORAFIZA JAAFAR

17 Julai 2024 04:10pm

Masa membaca: 4 minit


HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain namun pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.

"Kita percaya ia berlaku di sini (lokasi kejadian) dan dilakukan suspek seorang.

"Motif dalam siasatan lagi dan tidak boleh bagi satu keputusan yang terlalu awal, namun kita percaya kes pembunuhan berlaku di sini maksudnya sini ialah 'primary scene'," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Hussein berkata, penahanan suspek lelaki berusia 26 tahun itu pada 15 Julai lalu telah membawa kepada penemuan mayat Nur Farah Kartini di lokasi kejadian selain barang bukti.

"Suspek kita tahan, siasat dan membawa kepada penemuan mangsa dan beberapa barang bukti," ujarnya.



Unit forensik sub akuatik melakukan operasi pencarian bahan bukti.


Mengulas lanjut beliau berkata, operasi pencarian bahan bukti di lokasi pada Rabu menemukan sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Polis rakam percakapan tujuh individu kes wanita hilang
"Operasi pencarian bahan bukti akan diteruskan sehingga pasukan siasatan berpuas hati dengan bahan siasatan.



Suspek dibawa ke lokasi kejadian sekitar jam 11.40 pagi. (Gambar kecil: Nur Farah Kartini Abdullah)


"Operasi membabitkan mengenai pasukan forensik serta unit anjing pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi kejadian.

Beliau pada sama memaklumkan, operasi juga akan diteruskan di satu lagi lokasi di kawasan Perak yang jaraknya kira-kira 20 minit dari lokasi tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, suspek juga bekerja sebagai anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Balai Polis Slim River, Perak ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.sinarharian.com.my/a ... rah-kartini-dibunuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 07:09 PM | Show all posts
  


  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2024 07:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:14 PM | Show all posts
Al fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:21 PM | Show all posts
Edited by DeluluMelulu at 17-7-2024 07:23 PM
antikorok replied at 17-7-2024 07:01 PM
MSTAR | SEMASA

Sejauh mana hubungan Nur Farah Kartini dengan suspek disiasat... Polis cari motif bu ...

Sejauh mana hubungan Nur Farah Kartini dengan suspek disiasat... Polis cari motif bunuh


ALLAHYARHAM Nur Farah Kartini Abdullah, yang ditemukan mati pada Isnin lalu, dengan suspek kes pembunuhannya mengenali antara satu sama lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia adalah berdasarkan hasil siasatan namun pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.



Rupanya belum confirm lagi lah ya mangsa yang dikutuk2 oleh netizen di socmed sana dengan berbagai-bagai gelaran penghinaan tapi bukan main lagi ya mereka semua mencerca mangsa bagai tiada hari esok!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:37 PM | Show all posts
Pengecaman visual tidak dapat dibuat, perlu tunggu keputusan DNA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:39 PM | Show all posts
Tepek lah berita yg bapak dia ckp anak dia mmg
dh kenal lama dgn arwah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah dah grad kan tak mention kerja apa ke
Still kena mention bekas penuntut
Kerja dia sekarang ada kaitan ke dgn suspek...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:55 PM | Show all posts
dagusengett replied at 17-7-2024 07:48 PM
Arwah dah grad kan tak mention kerja apa ke
Still kena mention bekas penuntut
Kerja dia sekarang ada ...

Arwah kerja kat sebuah tempat/kedai percetakan
Sambil FL tolong hantar kereta sewa, dapat komisen
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:06 PM | Show all posts
miss_white replied at 17-7-2024 07:39 PM
Tepek lah berita yg bapak dia ckp anak dia mmg
dh kenal lama dgn arwah

Jumpa ni..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 09:23 PM | Show all posts

Ehhh apa hal berita kt fb dgn yg ni xsama
Kt fb ckp lain
Sini ckp lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 09:35 PM | Show all posts

Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Bernama


17/07/2024 18:45 MYT



Hussein berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam. -Gambar fail/Sinar Harian

HULU SELANGOR: Seramai 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya ditemukan di Kampung Sri Kledang, di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.

"Setakat ini kita percaya suspek yang ditahan merupakan suspek tunggal dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pencarian bahan bukiti di parit berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian itu yang turut melibatkan Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik CSI berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa di dalam parit berkenaan.

"Pasukan pencarian berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dipercayai dapat dalam membantu siasatan kes ini.

"Operasi melibatkan K9 masih diteruskan di lokasi kejadian manakala Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik, mereka akan mencari di satu lagi lokasi di Perak, kira-kira 20 minit dari lokasi ini," katanya yang enggan mendedahkan lokasi terbabit.

Mengenai motif kejadian, Hussein berkata seperti dimaklumkan sebelum ini, mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain tetapi sejauh mana hubungan itu pihaknya masih lagi menyiasat sebelum membuat kesimpulan motif sebenar pembunuhan.

Beliau turut memaklumkan reman suspek yang akan tamat Isnin ini kemungkinan akan disambung lagi dan suspek yang juga anggota polis kini ditahan kerja secara automatik.

Sementara itu, Hussein berkata laporan bedah siasat mangsa masih belum diperolehi dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak hospital dan makmal.

Mayat mangsa katanya, kini masih di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh Hussein dan beberapa prosedur perlu dilakukan termasuk ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dilakukan oleh Jabatan Kimia berikutan pengecaman mayat yang tidak dapat dilakukan secara visual.

"Mayat mangsa akan diserahkan kepada keluarga bergantung kepada ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi ibu dan adik-beradik mangsa yang akan dilakukan Jabatan Kimia.

"Saya rasa (mayat) tidak dapat dibawa keluar hari ini, mungkin mengambil masa beberapa hari lagi dan dalam masa sama kita akan meminta Jabatan Kimia percepatkan proses terbabit," katanya.

Hussein sebelum ini memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas (10 Julai) ditemukan mati di ladang kelapa sawit tersebut pada petang Isnin.
Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

-- BERNAMA


https://www.astroawani.com/berit ... -kp-selangor-479476
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 09:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana ES cakap sahih pula arwah tak izin suspek blk kampung??Tak kan percaya keterangan laki gatal tu je, hp arwah pun baru jumpa hari ni..
Apa ke hal wartawan interview bapak suspek? Sah2 bapak backup anak.
Kalau bini kau tau pun kenapa kau bunuh syaiton..geram aku mamat celaka ni, tak sedar berbini curang lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.087703 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list