CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] ASB : Dividen 2012 7.75%, Bonus 1.15% Total 8.90 Sen Seunit

[Copy link]
Post time 21-12-2012 12:27 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 21-12-2012 08:45 AM
memandangkan hari ni kiamat, dividen 50% bonus 50%


........... haha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 12:27 PM | Show all posts
Magika posted on 21-12-2012 12:25 PM
pulangan dalam 8.9% ni kira okay le kot dari melabur dalam fixed deposit ke, saving account mayban ...

bg aku ok la...... tahun ni niat taknak wat kluar... nak menambah katanya.... tak tahu jd ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:28 PM | Show all posts
Magika posted on 21-12-2012 12:26 PM
kalau yang buat loan 200,000 ... tahun ni dapat le lebih RM200

dlm rm17k kan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:29 PM | Show all posts
dino posted on 21-12-2012 12:28 PM
dlm rm17k kan....

mana dpt 17k beb.....jilat bontot la


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:38 PM | Show all posts
Syukur pada BN....dapat aku belanja sakan setahun ni lagi...rasa nak tukar kereta lahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:39 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-12-2012 12:38 PM
Syukur pada BN....dapat aku belanja sakan setahun ni lagi...rasa nak tukar kereta lahhhh...

tuka kete ke jadah.....ko ingt byk sgt ke 7.75????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2012 12:40 PM | Show all posts
Perkiraan dividen tak sama dengan bonus. Kadar dividen (7.65 x baki terendah setiap bulan pada 2012) Manakala bonus (1.15 x baki terendah setiap bulan untuk 10 tahun yang lepas)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:43 PM | Show all posts
maar66 posted on 21-12-2012 12:39 PM
tuka kete ke jadah.....ko ingt byk sgt ke 7.75????

ko ingat aku simpan seringgit je ke?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 12:47 PM | Show all posts
Wah....'tinggi' betul la pulangan asb tahun ni....hahahahaha........harapan....harapan menjadi layu......
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:47 PM | Show all posts
Odyman posted on 21-12-2012 12:40 PM
Perkiraan dividen tak sama dengan bonus. Kadar dividen (7.65 x baki terendah setiap bulan pada 2012) ...

cuba ko bagi contoh kiraan dia camna????
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:48 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-12-2012 12:43 PM
ko ingat aku simpan seringgit je ke?..

kalau 200k pun ko ingt byk ke, sampai bole beli kete cash...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:49 PM | Show all posts
maar66 posted on 21-12-2012 12:48 PM
kalau 200k pun ko ingt byk ke, sampai bole beli kete cash...

Tang mana saya kata saya nak beli kereta cash?..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:49 PM | Show all posts
Pengiraan dividennya camni lah bukan pukul rata ye, kiraannya kepada per bulan sebab tu saya dapat RM 3000++ dividen + bonus.

Tuan/Puan,

Kami dengan hormatnya merujuk kepada emel tuan/puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Jan setiap tahun. Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan/puan:-

(a)Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011  hingga Disember 2011     x KADAR
                                      12 Bulan

    BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
    Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
    Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
    Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.


(b)Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2011 :-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2002 hingga Disember 2011    X   KADAR
                                120 Bulan

    BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
    Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2002 hingga Disember 2011 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
    Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.


Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000/2057 3111 atau layari laman web kami diwww.asnb.com.my .

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220




Berikut pula adalah contoh kiraan dividen ASB:


"Untuk makluman, kaedah pengiraan dividen ASNB adalah berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan seterusnya didarabkan dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh ASNB dan dibahagikan berapa bulan kita mencarum.

Mari mulakan pengiraannya:

Ogos

- Masukkan RM500.00
- Keluarkan RM100.00
- Masukkan RM100.00
Baki Minimum: RM400.00

Walaupun anda sudah masukkan RM400, tetapi oleh kerana ada pengeluaran pada bulan tersebut, baki minimum yang dikira ialah RM400.00, bukannya RM500.00 walaupun selepas itu RM100 dimasukkan semula.

September

- Baki dari bulan Ogos RM500.00
- Masukkan RM300.00
Baki Minimum: RM500.00

Meskipun RM300 telah dimasukkan tetapi RM500 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM500.00, bukannya RM800.00

Oktober

- Baki dari bulan Ogos RM800.00
- Masukkan RM200.00
Baki Minimum: RM800.00

Meskipun RM200 telah dimasukkan tetapi RM800 adalah baki minimum pada bulan berkenaan. Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM800.00, bukannya RM1,000.00

November

- Baki dari bulan Oktober RM1,000.00
- Tiada kemasukan pelaburan baru
- Jadi baki minimum yang diambilkira ialah RM1,000.00
- Baki kekal sehingga ke hujung tahun

Jadi pengiraannya ialah RM400 (Ogos) + RM500 (Sept) + RM800 (Okt) + RM1,000 (Nov) + RM1,000.00 (Dis)
= RM3,700 / 12 bulan X 0.07 (kadar dividen 7%)
= RM21.58"

Kredit: Blog Cikgu Emas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:50 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-12-2012 12:49 PM
Tang mana saya kata saya nak beli kereta cash?..

utang apa baranggggg
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:52 PM | Show all posts
aku xreti kira...

buta angka kekdahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:54 PM | Show all posts
maar66 posted on 21-12-2012 12:50 PM
utang apa baranggggg

suka hati saya la nak berhutang..selama ni pun saya beli kereta, rumah pun berhutang...ko jeles ke?...ko mabuk?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 12:55 PM | Show all posts
bila boleh bawak kluar duit dividen nih?
middle of januari kah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 12:55 PM | Show all posts
Nak lebih mudah kira dividen ASB??, sila guna kalkulator online di sini.

http://eimiza.net/blog/form2.php

Maaf terpaksa kreditkan URL blog ini untuk pautan kiraan online. Kesahihan jumlah dividen menggunakan kalkulator ini adalah 95 % kejituannya. Untuk bonus, kiraan agak rumit sedikit sebab guna bonus terendah pada 10 tahun lepas..
Last edited by zaidi_jb on 21-12-2012 12:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 01:02 PM | Show all posts
Magika posted on 21-12-2012 12:26 PM
kalau yang buat loan 200,000 ... tahun ni dapat le lebih RM200

apesal aku kira dapat RM 15, 500 ?

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 01:23 PM | Show all posts
Ye ye ye. Nak update buku lepas balik dr Jepun.

Walaupun biasa2 jer dividen & bonus, rezeki gak. Tak sesia my parents bukak & masukkan duit dlm ASB  for me dari kecik lagi, bila dah besar sambung sendiri. So mmg dah biasa merasa bonus tiap2 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.262598 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list