aku rasa sebelom antar jet pon dorang dah tau..... tp sbb apa antar serang jet ke tandau.... mungkin strategi... bagi dorang selesa tak ekspek malaysia nak serang tg batu dulu.... sbb tuh dia kata dia selamat, .... kata malaysia silap bom... jadi penduduk tak jadi mangsa...
30 PENDUDUK DI TG BATU DITAWAN MILITAN
Oleh : MUTALIB M.D
TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.
Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.
Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.
Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.
Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.
"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,
Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.
"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat
Babai posted on 7-3-2013 06:14 PM
Tu yang aku risau tu. Yang dah datang awal2 ada 6 battalions. Tadi umum nak hantar lagi 5 battalio ...
pendapat peribadi sy.
pertambahan anggota ke sabah ada baiknya. terutama sekali untuk mengawal keadaan selepas operasi.
kadang2 bila sesuatu keadaan nampak baik....dlm diam2 becambah balik. itu lebih bahaya.
situasi di sabah lebih unik kerana melibatkan kawasan yg besar. lebih2 lagi bila ada info, mereka mahir laluan di sabah.
so, logiklah kalau lagi 5 atau lebih batalion dihantar pon xpe. sy setuju sgt2.
fikir positif, paling tak pun keadaan mcm ni telah memberi peluang kepada setiap anggota keselamatan negara untuk merasai operasi2 besar mcm ni. pengalaman berharga tu. ni baru lah namanya berbakti untuk negara.
kesian pada anggota keselamatan. kurang anggota dipertikai....lebih anggota pon dipertikai. pening
Rekod thread versi Lahad Datu mmg satu pencapaian yg mengkagumkan;
versi 1 dibuka tongkatwaran75 - khatam dlm 17 hari
versi 2 dibuka tongkatwaran75 - khatam dlm 3 hari
versi 3 dibuka gogo 2 - khatam dlm 3 hari
versi 4 dibuka SulurBidar - khatam dlm 16 jam
versi 5 dibuka JohnDeSouza - khatam dlm 17 jam
versi 6 dibuka NIXAR - khatam dlm 12 jam
versi 7 dibuka SulurBidar - khatam dlm 19 jam
versi 8 dibuka chazey - khatam dlm 1 hari
versi 9 dibuka albronzzo - khatam dlm ? jam/hari/bulan
bukan hanya kerana penggunaan bom jet pejuang tanpa hasil yg kita pertikaikan, cuma kita disifatkan antara tentera twrcanggih kawasan ini. kenapa kita tak boleh detect kg tu dah kosong, atau tak detect musuh2 ni dah menyelinap keluar dlm kepungan yg ketat? kita tak ada alat pandang infra red, thermal imaging atau xray ke utk memastikan sasaran ada di situ sebelum bom dilepaskan?
atau itu mungkin hanya diversion tactic atm utk membuatkan musuh ketawa girang di kampung sebelah dan berasa selamat dan terus leka, tapi akhirnya terkezut menerima henjutan rat tat tat dari komando2 kita...her her her...boleh jadi... jangan disangka atm kita ni boleh ditipu, kerna mereka dah berzaman involve dgn tactic2 gerila pondan..
sarinah99 posted on 7-3-2013 07:42 PM
pendapat peribadi sy.
pertambahan anggota ke sabah ada baiknya. terutama sekali untuk mengawal ke ...
Harap bro tak salah faham. Bukan aku pertikai anggota lebih. Aku just tertanya2 adakah ini bermaknya pihak keselamatan merasakan bakal ada ancaman yng lebih serius sehingga memaksa pertambahan bilangan anggota hampir dua kali ganda, dari 6 kepada 11 battalion.
maksud aku gerila musuh yg pondan...bukan atm kita pakai tactic gerila pondan... atm kita punya gerila warfare teknik adalah yg terbaik diiktiraf dunia buat masa ni.
tongkatwaran75 posted on 7-3-2013 07:38 PM
mmg la dorang tau...
sbb ada informer bagitau la tu...
siap perli lagik...
maksud aku tentera dah tau dia takde kat situ tp kat tg batu.... biar dia perli2 dulu.. antar jet ke tandau.... sbb area dia nyorok tuh ramai penduduk kampung.... dia kata malaysia silap bom... tp aku rasa ini trick jah.. jadi penduduk tg batu tak jadi mangsa