daiman posted on 15-3-2014 08:05 AM
Abeh sume nama tokmoh ni sebut. Tak leh simpan rahsia betul org tua ni.. Tepuk dahi org umno:lol
kantoi dari dulu sampai sekarang semua pemimpin UMNO guna khidmat bomoh temberang dia nak pertahan kuasa... sampai dia arahkan pun pemimpin UMNO ikut cakap dia... kantoi rahsia selama nih.... UMNO dan bomoh tak dapat dipisahkan..
sombong giler org tua ni.. mcm semua jatuh bangun pemimpin di tangan dia jer..
org tua ni kalau kat Brunei, aku yakin, dia di antara penentang hukum hudud di laksana kan.. sebab nya, pengamal benda2 tahyul kurafat ni pun ada termasuk dlm qanun jenayah syariah..
Saya sudah mendapatkan pengesahan dari Jakim. Terima kasih kepada team kami di Jakim yg pantas membaca sensitiviti aqidah ini.
Besok kenyataan KP Jakim akan dikeluarkan sebagai respon menyelar tindakan khurafat dan syirik di KLIA.
Urusan penangkapan hendaklah diadukan kepada Jais, bukan Jakim.
Laporan Utusan Malaysia yg memetik bahawa Dato Jamil Khir membenarkan kehadiran bomoh juga adalah tidak benar dan ia adalah laporan yg tidak bertanggungjawab.
Khairy-KAJANG - “Satu Malaysia nak tampar dia,” demikian kata Khairy Jamaluddin berseloroh ketika ditanya mengenai kenyataan ‘Raja Bomoh’ yang ingin menamparnya berhubung kenyataan di Twitter baru-baru ini.
Tegas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau enggan melayan kerenah Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang disifatkannya mengamalkan amalan khurafat dan upacara ritual hingga memalukan negara.
“Dia sorang yang nak tampar saya…tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.
“Perbuatan dia syirik, khurafat…saya tak nak layan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan dengan pengundi di Taman Indah Sungai Jelok di sini, Sabtu.
Sebelum ini Ibrahim yang menggunakan gelaran ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya di atas kenyataannya itu.
Terdahulu Khairy menerusi Twitternya menyifatkan tindakan Ibrahim yang mengamalkan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sebagai karut dan khurafat.
Gambar dan video ritual Raja Bomoh yang menggunakan tikar, buah kelapa dan ‘tongkat sakti’ di ruang legar KLIA tersebar luas di internet dan menjadi bahan ketawa masyarat dunia, lapor mStar
Beberapa gambar parodi rakyat asing mengenai ritual tersebut turut dikongsi di laman sosial yang menyifatkan kononnya Malaysia menggunakan kaedah unik dalam mencari pesawat MH370.
toksah dilayan bomoh giler nih
nak suruh KJ dtg jumpa dia minta penjelasan.......... konon...
pandang rendah pd kepimpinan baru
mcm mana org nak hormat kau kalau kau pon tak reti hormat orang
apapun saya nasihat anda semua berpada2lah kutuk tokmoh tu
kita kena hormat sensitiviti sebagian masyarakat melayu yg masih percaya dan guna khidmat bomoh
kena jaga tu..