CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
Post time 10-9-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 3-6-2019 07:00 AM
Perjalanan mengambil masa hampir sejam meredah laluan kecil di hutan dengan menaiki motor dan lebih  ...

Al Fatihah buat Pak Tahir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Heloo helllo , where isi sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tenderfly replied at 12-9-2019 05:54 PM
Heloo helllo , where isi sambungan

eh? marah nampak? sabar ye...sibuk sikit kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2019 09:21 PM | Show all posts
Setelah kami berada jauh dari jalan besar, perjalanan kami menjadi agak sunyi…hanya ditemani suara serangga dan kadang kala kicauan burung2. “Dah kenapa si Ramli ni senyap sangat? Biasanya dialah yang paling banyak bercakap”, kataku di dalam hati yang cuba membuat pembaca was2 yang Ramli ni orang ke tak.


Aku: Bro, kenapa kau senyap?
Ramli: Huufff…hahhh…huufff…haahhh (tercungap2 mengambil nafas). Kau ni lagi mau tanya? Dah tau aku stamina tak kuat, kalau borak2 dalam hutan ni lagi semput lah aku.
Aku: Hahahahaha


Untuk memuaskan hati pembaca semua, selepas aku gelak tu aku pun tonggeng tengok kaki Ramli jejak kat tanah ke tak.


Ramli: Woooiiii…tu dah kurang ajar dah tu. Kau ingat aku ni apa?
Aku: Saja nak kepastian.


Ramli pun duduk di atas sebuah batu besar dan meneguk air mineralnya. Kemudiannya dia berkata, “kau nak dengar satu cerita tak?”.


“Woii…kau apahal? Kita dalam hutan ni…”, aku memprotes kelakuan tidak senonoh yang cuba dilakukan oleh Ramli itu.
“Alaahhhh…sambil2 je. Aku penat ni…bagi la can aku rehat sekejap”, Ramli cuba memujukku. Melihat akan muka Ramli yang basah berpeluh sambil tercungap2 mengambil nafasnya, aku pun duduk bersandar pada pokok di belakangku.


Ramli tersenyum lega, ini adalah peluang baginya untuk mengumpul semula tenaganya sebelum kami meneruskan perjalanan.




Oyang Ramli


Ramli: Kau tau tak…
Aku: Tak tau…kau belum cerita lagi
Ramli: Bukan aku tanya kau betul2…tu ayat mukadimah dia je lah. Kau nampak tak tanah tak ada rumput kat kaki kau tu?


Aku pun tunduk melihat arah jari telunjuk Ramli, kelihatan seperti ada satu garisan yang tak berumput tetapi tidak bersambung. “Tu lah dia jalan asal ke Kg Mentimun tu”, sambung Ramli lagi. Mengikut cerita Ramli lagi, keturunan Oyangnya lah yang membuka kampong itu selepas mereka berhijrah setelah kejatuhan kerajaan Demak.


“Hah? Ni lama gila punya cerita ni? Mamat ni nak buang masa aku ke apa?”, aku berkata di dalam hati sambil mengusya muka si Ramli yang coba2 untuk cover macho.


Ramli: Jangan lah usya aku macam tu bro…aku bukan nak mintak masa lebih kat sini.
Aku: Ok, kau straight to the point saja.
Ramli: OK…ok…pada satu malam tu…


Sewaktu itu Ramli masih kecil lagi, Oyangnya pernah mengajaknya tidur di sebelahnya, lalu berkata, “Ram (nama yang biasa dipanggil oleh keluarga Ramli) …Oyang ada benda nak bagi pada Ram, Oyang harap…Ram terimalah ye?”.


Ramli yang masih kecil itu tidak faham akan permintaan Oyangnya itu, tetapi dia menganggukkan sahaja kepalanya. Kemudian Oyang menyambung lagi, “nanti kalau Ram nampak “dia”, jangan pula Ram tutupkan mata…Ram anak lelaki...mesti mahu berani ya”.


Sekali lagi Ramli hanya menganggukkan kepalanya tanpa mengetahui apa yang hendak diberikan oleh Oyangnya itu. Kemudian dia terdengar Oyangnya seperti berbisik, “ku seru engkau hai penjaga ku, ku seru engkau penjaga keluargaku, ku turunkan engkau kepada warisku…”.


Lebih kurang macam tu lah ayat yang dikatakan oleh Ramli kepadaku, dia pun tak dapat nak ingat sepenuhnya. Walaupun dia tak dapat ingat betul2, agak meremang jugalah bulu roma…dah la dalam hutan, bercerita pula pasal ni.


Kemudian muncullah makhluk dari siling tempat tidur mereka, rambutnya menggerbang…mukanya berkerut2 seperti biji asam dan matanya kemerahan. Makhluk itu turun perlahan2 ke arah muka Ramli, perlahan2 lidahnya yang berlendir keluar dari mulutnya...semakin lama semakin panjang, seperti mahu menjilat muka Ramli.


Ramli menutupkan matanya dan mula menangis teresak2, Oyangnya cuba memujuk Ramli tetapi tidak berhasil. Lalu dipeluknya Ramli sehingga dia berhenti dari menangis. Menurut Ramli, selepas dia berhenti dari menangis…dia melihat makhluk itu sudah tidak ada. Tapi tergambar jelas pada wajah Oyangnya seperti kecewa.


“Prapp…praappp”. Cerita Ramli terhenti di situ, kedengaran seperi bunyi ranting dipijak. Aku mulai risau kalau2 ada binatang buas di dalam hutan ni. Perlahan2 aku mengintai di sebalik pokok yang aku bersandar tadi, jantungku semakin berdebar2. Tiba2 kami dikejutkan dengan suara, “siapa di sana? Sila kenalkan diri”. Rupa2nya seorang lelaki lengkap berpakaian celoreng lengkap bersama beg dan senapang riflenya sedang melalui kawasan kami berehat.


Sekaligus aku menghembuskan nafas lega, kemudiannya aku mengenalkan diriku dan Ramli kepada brader askar tersebut dan menerangkan tujuan kami di situ. Aku bagi nama brader tu Hafiz saja dalam ni, dia seperti tidak percaya yang kami mahu ke Kg Mentimun sehinggakan berkali2 dia bertanyakan kepada Ramli. Aku mula bertambah2 syak wasangka aku pasal kampong Oyang Ramli ni.


Ramli: Jadi encik ni pula buat apa di sini?
Hafiz: Sulit (confidential), saya tak boleh beritahu sesiapa. Tapi kalau encik berdua meneruskan perjalanan ke arah Kg Mentimun, ianya tak menjadi masalah kerana bukan di dalam kawasan larangan.
Aku: Jadi berapa jauh lagi ya Kg Mentimun tu?
Hafiz: Ada kurang lebih 1km lagi. Oh ya…tadi kamu berdua sedang cerita seram ke? Saya pun ada juga cerita seram.
Aku: …… (dalam hati: ahhh…dah kenapa pulak brader ni?). Bukan encik nak cepat ke?
Hafiz: Ohh…tak apa, kalau tengok masa macam awal lagi ni…kalau lambat nanti saya berlari lah.
Ramli: Ceritalah…


Aku pun duduk bersandar pada pokok tadi, diorang nak bercerita hantu pula time2 macam ni. Kacau bilau perasaan aku dibuatnya.


Bersambung…


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 10:28 AM | Show all posts
makin pendek plak citer ko skang exo.. hahaha
buat panjang2 sikit lg boleh tak? request la pleaseeee....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 12-9-2019 09:08 PM
eh? marah nampak? sabar ye...sibuk sikit kerja

Bukan marah, mengidam teruk nak baca hahahaha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 13-9-2019 10:28 AM
makin pendek plak citer ko skang exo.. hahaha
buat panjang2 sikit lg boleh tak? request la pleaseee ...

sabaq noo...aku memang nak taip panjang2 sikit tapi tenderfly dah mintak jadi aku letak je la yang tak abis taip
nanti wiken aku sambung
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 11:42 AM | Show all posts
waduhhh makin suspend dibuatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 13-9-2019 03:41 AM
sabaq noo...aku memang nak taip panjang2 sikit tapi tenderfly dah mintak jadi aku letak je la yang ...

Cepat lah sambung john. Tak sabar aku nak baca sambungannya.. Citer ko best sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... Terbantut aku nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Berdebor nunggunye pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2019 12:28 PM | Show all posts
Pusat Latihan Tentera Darat


Brader askar yang bernama Hafiz tu berasal dari Pantai Dalam tetapi dibesarkan di Seberang Prai. Menurut ceritanya sewaktu dia menjalani training di Port Dickson, kakinya terkena batang kayu yang dipancang (dia ada cerita apa function kayu ni tapi aku tak dapat nak ingat) sewaktu terjun ke bawah. Masa tu dia ingat, “ahhh…biasa lah calar kot? Aku kena habiskan jugak latihan ni secepat mungkin”.


Tapi bila dia dah nak sampai penamat course tu, tiba2 kawan2 yang dah sampai tu cakap, “Hafiz…kaki kau…dah nampak putih tulang”. Masa tu baharulah Hafiz melihat kakinya, memang benar kulit di tulang keringnya telah terkoyak dan menampakkan tulangnya yang putih bersama kemerah2an darahnya. Hafiz terus berguling2 di atas tanah sambil menjerit kesakitan dan seterusnya dihantar ke unit rawatan.


Malam itu Hafiz tidak dapat tidur kerana kakinya berdenyut2, manakala rakan2nya yang lain sedang tidur lena kerana kepenatan. Dalam dia berkalih ke kanan dan ke kiri tanpa menggerakkan kakinya yang berbalut tu, dia terdengar seperti ada suara perempuan menangis di belakangnya. Sebagai satu2nya insan yang boring tak tidur lagi, dia pun menoleh melihat ke arah suara tangisan tersebut.


Kelihatan seperti bayang2 berlalu perlahan2 di sebalik cermin kaca di dalam bilik tersebut, maklum sajalah bilik lelaki ni tak berlangsir kebiasaannya. “Aiseymen…ada program lagi ke malam2 ni?”, bisik hati Hafiz ketika itu yang tidak pernah seumur hidupnya berhadapan dengan situasi angker seperti ini. Mata Hafiz mengekor sahaja makhluk itu mengelilingi bilik mereka bersama dengan tangisannya yang tiada terputus.


Hati Hafiz semakin runsing, ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena…makhluk tu masih lagi melakukan tawaf di luar bilik mereka. Secara tidak sengaja Hafiz terpandangkan kawannya, Ali yang katilnya bersebelahan dengannya. Muka Ali berkerut dan berpeluh2.


“Ooo…tak tidur lagi mamat ni rupanya…”, Hafiz berkata di dalam hati sambil menguis2 muka kawannya itu. Pada awalnya Ali hanya menepis2kan saja tangan Hafiz tu, lama kelamaan dia semakin runsing dengan gurauan yang tak kena pada masanya itu lalu dia berkata, “jangan kacau orang lah bongok!”.


Sekaligus suara tangisan itu berhenti serta merta, muka Ali bertambah2 pucat. Dia melihat makhluk itu berhenti dari bergerak mengelilingi bilik mereka. Cepat2 Ali membisikkan kepada Hafiz, “kau buat2 tidur” sebelum dia menyelubungi dirinya dengan selimut. Hafiz hanya mengikutkan saja, dengan menutup mukanya dengan bantal.


Tiba2 mereka berdua terdengar suara yang serak berkata, “siapa…bongok…?” berulang2 kali. Jikalau tadi di bilik itu meriah dengan bunyi dengkuran dari rakan2 Hafiz dan Ali yang lena tidur, tetapi kali ni hanya suara makhluk itu sajalah yang kedengaran. “Aduhh…masak aku ni…budak2 yang lain boleh bangun lari, tapi aku macam mana pulak? Sah2 belakang sekali kalau berlari sebelah kaki je”, bisik hati Hafiz yang mulai cuak dengan situasi tersebut.


Hafiz membuka sebelah matanya untuk mengintai apa yang terjadi, dia melihat makhluk itu berjalan di setiap katil2 yang ada di dalam bilik tersebut sambil berkata, “siapa…bongok…?”. Gaya makhluk itu berjalan bagaikan terapung, tidak menjejaki lantai. Ketika ini jelaslah yang rakan2nya yang lain pun sudah terjaga kerana masing2 pun menutup muka mereka dengan bantal dan ada juga kedengaran suara tangisan di sebalik bantal yang menutupi muka mereka itu.


Ada juga yang menangis sambil berkata, “why me? Why? Just why?” dan ada juga yang membaca apa yang diketahui mereka, “alif…ba…ta…tsa…jim…”. Tidak kurang juga yang berlakon tidur sehingga jatuh katil dan kemudiannya bergolek2 ke arah pintu, seterusnya berlari keluar sambil menjerit, “sini ada hantulah shial!!”.


Di dalam kekalutan itu, tiba2 Hafiz merasakan geli2 pada lukanya. Agak pelik baginya…sepatutnya lukanya rasa berdenyut2 sahaja. Perlahan2 dia mengangkat bantal yang menutupi mukanya dan melihat apa yang telah terjadi pada kakinya. Kelihatan makhluk itu sedang menjilat2 darah pada pembalut luka di kakinya…Hafiz tidak tahu apa yang patut dibuat ketika ini, sekiranya kucing atau anjing bolehlah disyuh2kan aje.


Tiba dia terpandangkan Ali sedang berdiri di atas katil sambil memegang erat bantal dengan kedua2 tangannya, kemudiaannya dia melompat dan menghempuk makhluk itu menggunakan bantalnya sambil melaungkan battlecrynya, “ambik ni, bongok!!”. Akan tetapi bantal dan makhluk itu bukan lah dari alam yang sama, maka bantal yang dihempuk itu menembusi badan makhluk itu dan mengenai luka di kaki Hafiz.


Lantas Hafiz menjerit dengan kuat dan seterusnya pengsan akibat trauma yang dialaminya. Manakala rakan2 sebiliknya yang lain mengambil peluang tersebut untuk melarikan diri. Ali pula berada di dalam situasi awkward apabila serangannya tidak menjadi…lebih awkward lagi perbuatannya tadi menyebabkan makhluk itu mengusya sahaja mukanya.


Suasana menjadi semakin getir, peluh membasahi muka Ali. Tetapi nasib mereka baik kerana seorang brader dari bilik sebelah datang berkunjung ke bilik mereka. Nama brader tu Naim, berasal dari Bachok, Kelantan. Maka terjadilah dialog antara mereka.


Naim: Nate beghuk weh…dop tau ko ore nok tidur male2 ni? Buat gapo kaco ore lagu ni?
Makhluk: Diorang…jerit…panggil…aku…bongok (pahe pulok ore kecek klate)
Naim: Oohh…meme mu bongok pun. Ore dop kaco hidup mu lah. Gini lah…ambo bagi warning sa ja, kalu mu babei dop mau kelik jugok, ambo sendiri anto mu gi.


Perlahan2 makhluk itu berundur dan seterusnya hilang di sebalik dinding. Ali pun menghembuskan nafas lega dan perlahan2 menaiki katilnya untuk sambung tidur. Keesokan harinya mereka semua didenda kerana tidak mematuhi waktu tidur, ramai yang berlari2an di luar koridor dan ada juga yang mengganggu budak2 di bilik yang lain meminta tumpang tidur.




*kembali kepada kami yang berada di dalam hutan.


“Oklah…saya pergi dulu ye…?”, kata Hafiz kepada kami sambil mengemaskan kedudukan beg yang digalasnya dan mula berlari mengikut arah kompasnya. “Ater…? Moh ler kita leghaih”, kataku kepada Ramli. Kami pun menyambung perjalanan kami mengikut sisa2 tinggalan jalan asal yang hampir terpadam.




Kampung Mentimun


Dari hutan2, sehinggalah tiba kami ke kawasan yang lapang tetapi semak samunnya masih lagi agak meninggi cuma tidaklah ada pokok2 besar rapat2 seperti di hutan tadi. Ramli menarik2 tumbuhan menjalar dan pokok2 yang tumbuh pada sebuah batu besar, kelihatanlah nama Kg Mentimun di dalam tulisan jawi.


Ramli: Kita dah sampai
Aku: Mana satu rumah Oyang kau?
Ramli: Rumah dia yang paling hujung sekali
Aku: …… (dalam hati: hadoooiiii...jauh lagi rupanya)


Perjalanan kami diteruskan dengan pemandangan kesan2 rumah yang telah roboh dengan sendirinya setelah sekian lama ditinggalkan. Ketika itu waktu pun telah menunjukkan jam 1 petang, perjalanan di dalam kampong agak mudah kerana jalan utama kampong itu meskipun kecil, tetapi ianya telah ditar. Jadi lalang hanya tumbuh di tepi2nya sahaja.


Kami singgah di perkarangan surau kampong, untuk memakan bekal makanan yang dibeli sewaktu di pekan Tangkak tadi. Agak aneh di surau itu, walaupun suraunya telah roboh, tetapi perkarangannya seperti bersih, terjaga. Tiada lalang paras2 pinggang seperti yang kami lalui tadi.


Apabila sudah masuk waktu zuhur, aku pun meminta Ramli mengimamkan dengan alasan tu kampong Oyang dia. Dia pun terpaksalah akur. Sewaktu kami solat di dalam rakaat pertama, aku terasa seperti ada orang menepuk bahu kiriku dan kemudiannya melaungkan takbir.


Aku pun berundur ke belakang, pada ketika ini aku tidak ingat yang aku berada di kampong tinggal. Dari pandangan ekor mataku pula, seperti semakin ramai orang di sebelah kiri dan kananku. Tetapi apabila aku memberikan salam, tidak ada siapa2 pula. Ramli pun bertanyakan kepadaku, “macam mana suara kau macam ramai je tadi?”.


Aku hanya terdiam sambil melihat sahaja muka Ramli. Dia pun seakan faham akan reaksiku itu, dengan tidak semena2 peluh mula membasahi mukanya. Kami pun segera mengemas dan menyambung perjalanan kami, tetapi langkah kami terhenti kembali apabila hutan mulai tebal di hadapan kami.


Aku: Kau biar betul ni Ramli? Macam dah masuk hutan balik. Kita dah terlepas ke?
Ramli: Betul lah…belum habis lagi kampong ni, baru separuh je. Tapi kenapa sini tebal ya amat ni?




Bersambung…


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2019 02:45 PM | Show all posts
Kampung Mentimun Bahagian 2


Dengan hati yang berdebar2, kami pun melangkah masuk ke dalam hutan yang tebal itu. Suasana di hutan itu sangat2 sunyi, tiada kicau2 burung mahupun bunyi2 serangga. Tiba2 sahaja kami dikelilingi dengan bunyi, “kik kik kik kik kik kik kik kik…kik”. Langkah kami terhenti, aku melihat sekeliling kami dan kemudiannya aku memandang ke arah Ramli. Dia dengan beraninya berkata, “tu bunyi lang…”.


Tidak sempat dia menghabiskan perkataannya aku melemparkan ranting yang memang ku pegang dari tadi kalau2 Ramli hendak mencabulkan mulutnya di saat2 getir. “Sakit lah sial”, Ramli memprotes perbuatan aku itu. “Tau pun sakit…perangai tu jangan tak semiok sangat”, aku menjawap kembali kepadanya.


Kami meneruskan lagi perjalanan kami walaupun bermacam2 bunyi haiwan yang keluar ketika itu. Pada awal2nya seperti bunyi jebon, kemudiannya suara gagak, anjing menyalak dan akhir sekali anjing melolong, “auuuwwwww”.


“Kejadahnya kau auuwwww terang2 hari ni bongok?”, kataku di dalam hati.


Perjalanan kami semakin sukar apabila mendengar suara, “huuiiii”. Seperti orang melaung kalau di kampung2 kebiasaannya bila menjawap namanya dipanggil. “Kau dengar tak apa yang aku dengar?”, Ramli bertanyakan kepadaku setelah menghentikan langkahnya.


“Aku rasa kau tak patut tegur benda yang kau dengar tu”, jawapku bersahaja. Kemudian kami terdengar lagi, “huuuiiii…nak pergi ke mana tu huuiiii…?”. Ketika ini bulu2 roma di tanganku berdiri tegak, memang betul gerak hatiku…tak sepatutnya aku ikut budak Ramli ni. Tetapi menyesal di waktu2 ni dah tak berguna lagi.


Aku memberi isyarat kepada Ramli supaya tidak berkata apa2 kepada suara itu dan meneruskan sahaja perjalanan kami. “Huuiiii…sombongnya…tak mau dilayannya kita”, sekali lagi suara berkata kepada kami dan sekali lagi bulu2 romaku tegak berdiri bila mendengarnya. Ramli mula menunjukkan reaksi muka seperti nak menangis. “Kau punya angkara…jangan nak nangis2 lah”, bisikku kepada Ramli.


Baharu sahaja kami hendak memandang ke hadapan kembali tiba2 sahaja makhluk itu telah berada di hadapan kami, bersandar pada pokok dan berkata, “huuuiiii”. Ramli terus sahaja rebah dan terpaksa ditampung olehku. Aku cuba menampar2 pipinya tapi tidak berhasil. Aku pun bersila di tepi Ramli dan mula memagar diri kami.


Makhluk itu mula menghampiri kami, kulitnya seperti kayu2 reput yang dimakan anai2, rambutnya hanya helaian2 jarang, matanya lopong dan gelap seperti tidak ada hujungnya. Dia berhenti di hadapanku lalu berkata, “aku tanya tu jawap lah…kenapa kurang ajar sangat?”. Aku hanya berdiamkan diri sambil menguatkan pagar di sekelilingku.


“Kau tahu tak…kau dah masuk kawasan jajahan aku?” tanya makhluk tersebut sambil bertenggong di hadapanku.
“Siapa mati dan jadikan kau raja di sini?”, balasku kembali.
“Ooo…kau kurang ajar ya?”, kata makhluk itu sambil tangannya yang berupa tumbuhan menjalar itu cuba melilitku tetapi ianya terpantul kembali.
“Kalau pendinding yang seperti ini pun tidak mampu kau tembusi, masakan pula kau raja di sini?”, kataku mencabar makhluk tersebut.


Makhluk itu pun naik berang dan melibas2 pendindingku dengan kedua2 belah tangannya tetapi tangannya mulai sakit dan mulai hancur di hujung2nya. Makhluk itu meraung sekuat2 hatinya…sambil dia melihat kedua2 tangannya, dia pun bertanya, “Perisai apa yang kau pakai ni?”. Aku tidak menjawap pertanyaannya dan hanya tersenyum sahaja.


“Sekarang ni…kau bagitahu aku, apa tujuan kau mengganggu kami?”, aku bertanya kepada makhluk tersebut.
“Aku ditugaskan untuk halang kau…daripada keluar dari alam kami ini”, jawap makhluk itu teragak2.
“Kau tak bagi aku keluar? Macam lah aku tak tahu keluar sendiri”, kataku bersahaja kepada makhluk itu. Tetapi makhluk itu seakan tidak percaya apa yang aku katakan.


Setelah aku pasti yang itu bukanlah alam kami, aku pun membacakan apa yang diajarkan oleh Pak Tahir kepadaku dahulu. Lalu menolak kabus tersebut pergi dengan tangan kiriku, maka keluarlah kami berdua dari alam makhluk itu. Yang kelihatan hanyalah aku yang sedang bersila di atas tanah dan Ramli yang sedang berdengkur.


Aku pun menampar pipi Ramli sekuat2 hati, menyebabkan dia bingkas berdiri sambil tanya, “mana nasi? Mana nasi?”. Ibarat meminta sedas lagi penampar dari aku. “Takde nasi2, jom sambung perjalanan kita”, kataku kepadanya. Ramli pun hanya mengangguk dan mengikutkan sahaja. Dalam perjalanan kami, aku coba mengatur kembali mindaku, bahagian mana mulanya kerana tiba2 sahaja kami berada di alam sebelah.


Tetapi ianya seperti tidak masuk akal, lalu aku membiarkan saja. Tambah tidak masuk akal lagi bila habis meredah hutan tu, kami tiba di sebuah kampong yang kali ni agak proper. Bukanlah kampong tinggal, tapi orangnya tidak lah seramai mana. Tidak jauh dari kami ada seorang pakcik yang berpakaian baju pagoda, berkain pelikat dan bertali pinggang ihram di kainnya itu. Aku pun menghampirinya dan bertanya, “Assalamualaikum…Pakcik tau tak di mana Kg Mentimun?”.


Pakcik itu pun menjawap, “Wa’alaikummussalam…Kg Mentimun? Lama tak dengar nama tu, nak. Tu lah nama asal kampong ni, tapi sekarang ni dah dinaik taraf jadi kampong tersusun selepas Kg Mentimun tu terbiar je. Penduduk2 kampong ni pun kebanyakannya dari waris2 Kg Mentimun. Anak ni nak cari siapa?”.


Dari penjelasan pakcik itu yang merupakan generasi keempat dari Kg Mentimun, maka dapatlah dikesan di mana rumah arwah Oyang Ramli dan kuburnya. Mengikut cerita Pakcik tu lagi, ada seorang dari waris Oyang tu datang memutuskan saka yang ada di dalam tubuhnya, kemudian baharulah dia dapat pergi dengan tenang.


Pakcik: Anak ni datang tadi dari mana? Takda kenderaan pun dengan anak ni?
Aku: Kami datang dari hutan belakang tu, Pakcik.
Pakcik: Lah…kok susah2 saja anak ni. Sana tu ada jalan besar yang dah disiapkan kerajaan, mana ada orang guna jalan lama lagi.


Aku mula membuat renungan maut terhadap Ramli, di dalam hatiku berkata, “memang nak mampus budak sekor ni…dah lah merosakkan cuti aku”. Ramli pula tersengih2 ibarat meminta sedas lagi penampar dariku.


Pakcik: Anak ikut jalan lama tadi tak ada apa2 ke?
Ramli: Kenapa pula, Pakcik?
Pakcik: Hutan tu ada sambungan ke alam lain, kalau tak kena gaya memang tak boleh keluar. Tu belum lagi cerita makhluk2 yang tak baik di dalamnya. Orang2 kampong sini pun tak berani nak masuk ke hutan tu.


Ramli menelan air liurnya sambil memandang aku, dia masih tidak ingat sepenuhnya apa yang telah terjadi kepada kami sewaktu melalui hutan tersebut. Pakcik itu kemudiannya menghantar kami ke jalan besar, di tepi simpang kampong ada sebuah pondok bas yang telah usang dan berkarat. “Sekejap lagi adalah bas nak ke Segamat lalu di sini nanti”, terang Pakcik tersebut kepada kami.


Aku: Ramli, kau cakap dulu kau pergi sini zaman belajar dulu? Ni macam dah siap kampong baru bagai…
Ramli: Masa darjah 1 dulu kan kira zaman belajar lah jugak.
Aku: Kau memang nak makan penampar aku ni…
Ramli: Hehehehe
Aku: Oh ye, Pakcik tu cakap waris Oyang tu kiranya sedara mara kau jugak lah kan?
Ramli: Ha’ah…lupa aku nak tanya siapa nama orang tu, nanti boleh lah aku tanya kat mak aku.


Kami pun menoleh kembali ke arah Pakcik tadi tetapi suh sahaja, tiada apa2 di belakang kami melainkan hutan sahaja. Jalan kampong yang kami lalui tadi pun tidak ada. Ramli mula memegang kepalanya, hal ini terlalu sukar untuk dihadamkannya. Untuk mengelakkan diriku menjadi sama seperti Ramli, aku pun mula beristighfar. Kejadian ini terlalu tak masuk akal, sekejap masuk alam sebelah, sekejap keluar…tadi ada, sekarang dah tak ada pula.


Tidak lama kemudian kami pun menahan bas yang melalui jalan tersebut. Driver bas memberhentikan bas dan kemudiannya terjenguk2 ke belakang kami lalu bertanya, “korang ni dari mana pulak? Tak pernah2 ada orang kat pondok bas ni. Kalau tak kerana hari terang siang, aku tak berhenti ambik korang”. Kami tidak mampu lagi untuk menjawap soalan dari driver bas tersebut.


Aku menghempaskan badanku ke tempat duduk dan kemudiannya terlelap sehingga ke pekan Segamat. Kemudiannya kami menaiki bas ke Tangkak untuk mengambil kereta Ramli. Disebabkan badan kami terlalu penat untuk memandu pulang, maka aku pun meminta Ramli untuk belanja hotel dan tapau makanan. Keesokan harinya baharulah kami pulang ke rumah masing2.




-Tamat-


*selepas pulang
Ramli: John, aku call mak aku tanya pasal Oyang aku
Aku: Hah...apa jawapnya?
Ramli: Dia tanya aku balik siapa Oyang tu pulak...aku pun call lah kakak aku, dia bagitau mak aku dah start nyanyuk sikit. Pasal Oyang tu kakak aku pun tak tahu sebab mak aku tak pernah bawa di jumpa Oyang. Aku mintak maaf lah ye sia2kan cuti kau minggu ni.
Aku: Hadoiiilahhh...apelah nasib. Tapi takpelah, dapat balik dengan selamat pun dah syukur alhamdulillah. Lagipun cuti 3 hari ni ada 3 minggu berderet...aku harap yang berikut2nya takdelah siapa2 kacau aku.
Ramli: Oh ye...Fendi bagitau aku, dia dah ada kat Malaysia.
Aku: &@%$!*

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeszaa ada sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 10:26 AM | Show all posts
wah ada end credit post
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 01:33 PM | Show all posts
Best citer tt...semoga ada citer lain lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank u bro John.

Banyak benda aku belajar kat thread ni.

Antaranya, kalau mayat tu bangun duduk sendiri, dah tak takut dah, maknanya badan mayat tu banyak gas.

Manusia yg dikatakan boleh jadi hantu penanggal ni berisiko tinggi, time kepala dia terbang, body dia terdedah kepada berbagai bahaya (kena rogol etc) sebab kepala dia dah takde kat situ nak jaga body dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry bertanya John, kejadian melawat Kg Mentimun ni, baru2 ni ker? Sebabnya ada mentioned pasal cuti 3 hari dalam 3 minggu (cuti awal Muharram, cuti birthday Agong, cuti hari Malaysia).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bro_kr replied at 17-9-2019 02:25 PM
Thank u bro John.

Banyak benda aku belajar kat thread ni.

Errr...berguna ke mende2 tu?
Penanggal tu pernah juga orang dulu2 sorok badan dia, rasanya dia kena balik sebelum azan subuh...ni aku tak sure sangat, just cerita2 orang je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bro_kr replied at 17-9-2019 02:40 PM
Sorry bertanya John, kejadian melawat Kg Mentimun ni, baru2 ni ker? Sebabnya ada mentioned pasal cut ...

Baru2 lah juga...masa pergi Kg Mentimun tu cuti yang awal muharram. Aku dah punya lama tenang, aman bahagia tak tengok benda bukan2. Sekali disebabkan dak Ramli tu, dah jumpa lagi...berderau darah aku bila tengok benda tu
Tengok Ramli & Fendi pun darah aku berderau jugak, tapi lebih kepada menyirap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 28816 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 28399 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40835 Replies : 314
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275566 Replies : 8029
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96815 Replies : 988
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 23352 Replies : 436
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145363 Replies : 2457
Letupan internet, Jay-Z didakwa merogol gadis 13 tahun bersama Sean 'Diddy' Combs lebih 2 dekad lalu
maklukpenggodaLetupan internet, Jay-Z didakwa merogol
Views : 37460 Replies : 53
[ILMU MUDAH]: Cacing Kerawit
ipes2[ILMU MUDAH]: Cacing Kerawit
Views : 40433 Replies : 1
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
ultra78Tidak boleh jual daging babi, makanan ti
Views : 46265 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.607941 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list