|
Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)
[Copy link]
|
|
:lol mmg pendejo la budak2 arqam nih..avatar pon jadik issue..cam bercakap ngan budak kecik..nak buat cemner..sekolah tak tinggi :lol |
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAN SEMASA
Seperti yang dijanjikan, tatie akan mengumumkan secara rasmi siapa yang akan merasmikan Program BEDAH BUKU Arqam di Sebalik Tabir pada 25 September ini.
Perasmian dilakukan oleh Prof Dr Dato' Ariffin Suhaimi (Bekas Timbalan Naib Canselor UIA)
Ahli panel :
En Ann Wan Seng
Prof Dr Hussin Mohammad (Pensyarah UM)
Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid (Pensyarah USM)
Penganjur : Di wakili oleh Prof Madya Dr Hamidi (Penerbit UM)
Sekian.
[ Last edited by serihartatie at 21-9-2005 05:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalay at 20-9-2005 06:30 PM
Assalamualaikum semua..
Lama dah saya tak masuk dalam Forum nie..
Sedar-sedar masa dah berubah. Pak Malau pun dah merajuk membawa diri kat thread ASWJ.Bagus juga dia berkampu ...
hek elehhhhhhhhhhhhhhhhhhh ... lama tak masuk ....
sudah lah ... sedarlah sikit cik abang oi ... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 21-9-2005 12:16 AM
hek elehhhhhhhhhhhhhhhhhhh ... lama tak masuk ....
sudah lah ... sedarlah sikit cik abang oi ... ;)
ermmm....kelakar pula rasanya bila ustaz buat kelakar cam kat atas tu....
ermm...pakmalaypun tak yah lah buat joke tak kelakar tu...nanti ramai yg tersedak..;) |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Masa dulu tak banyak universiti. Bangunan tinggi pun tak banyak. Apatah lagik sekolah tinggi!!!! Hehehehehehe
Masa dulu harga barang pun murah-murah. Laksa sepinggan sepuluh sen jer. Masa kat sekolah ,sampai ketingkatan 2 kena pakai seluar pendek.Seluar panjang hanya boleh dipakai semasa tingkatan 3. Kekawan semua lelaki dari darjah satu sampai tingkatan 5.
Kakak-kakak yang belajar kat Ting 6 pun tak ramai yang pakai tudung.Yang ramai pakai baju kurung serta mini skirt! Paling kurang adalah sorang dua pakai skaf.Ustaz-ustaz ramai yang berkepala gondol tak memakai ketayap,cuma yang ramai memakai ketayap putih ialah peminta sedekah.Saya bersekolah King Edward VII, Taiping.
Masa tu mana ada kesedaran pada Islam .Yang ada kesedaran nak tegak negara Islam!Nasib baik dapat ikuti usrah Abuya selepas tingkatan 6.Rumah saya terletak bersebelahan masjid. Mengaji juga kuliah fardu ain kat Ustaz pas tu..tapi banyak ilmu yang melepas. Asyik bagi ceramah nak tegak negara Islam jer.Bila dengar kuliah Abuya, baru ada rasa fresh sikit. Kuliah mengenal diri melalui rasa hati. Inilah Jalan Kita. Ilmu mengenal Tuhan. Cinta dan takut pada Tuhan.Ilmu Mengapa manusia dihidupkan.
Terima Kasih Abuya ku. Dikau mengubah kesedaran ku dari fikrah Islamiah kepada Roh Islamiah...
:pray::pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
JASA-JASA YANG BANYAK DILUPAKAN ORANG
Buruh-buruh kasar banyak jasanya kepada bangsa dan negara,
tapi mereka dilupakan sahaja
Petani-petani membanting tulang menyediakan makan minum
untuk bangsanya dan juga selainnya tapi dilupakan orang akan mereka
Bahkan dipandang rendah pula oleh manusia
Nelayan-nelayan yang setiap hari dilambung ombak
mencari lauk untuk bangsanya, tapi mana dipedulikan orang
Padahal jasa mereka terlalu banyaknya
Mereka menyabung nyawa demi bangsanya
Jasa mereka dilupakan orang begitu sahaja
Buruh kasar di pekan-pekan dan di bandar-bandar ramai di dalam negara
membersihkan kekotoran untuk kesihatan umat
Mereka berletih-letih, berhadapan dengan kebusukan,
mengeluarkan keringat, setiap hari memerah tenaga empat kerat
Pekan dan bandar bersih dibuat oleh mereka
Kesihatan rakyat terjaga, pemandangan tidak menyakitkan mata
Tapi siapa peduli dengan mereka,
bahkan ada yang memandang jijik dan hina pula terhadap mereka
Begitulah satu bangsa yang sudah melupakan Tuhan
Otomatik orang-orang miskin, orang-orang bawahan, orang-orang yang susah
tiada siapa yang memberi kasih sayang
Mereka dipandang hina, mereka dibiarkan,
tidak ada siapa yang jatuh hati dengan mereka
Bangsa yang mudah melupakan jasa orang
sekalipun membangun dan maju, kasih sayang gersang
Bangsa yang maju, melupakan orang-orang yang miskin dan susah,
di dalam membangun itu banyak jenayah
Di dalam membangun, banyak berbalah, banyak rasuah, banyak tipu daya,
perpaduan tidak ada bahkan musnah
Apalah ertinya maju, rakyat bawahan terbiar,
jasa mereka tidak dihargai bahkan dilupa
Apalah erti maju, pemimpin bangga dengan kejayaan,
tapi rakyat jelata, terutama yang miskin papa membenci pemimpin mereka?!
Bangsa yang baik bahkan akan dihormati,
boleh berkasih sayang di antara orang miskin dan kaya
Boleh bersatu di antara pemimpin dengan rakyat jelata di semua peringkatnya
15.4.2003
Menjelang Zuhur
:pray::cak:  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AboNawas at 21-9-2005 09:19 AM
JASA-JASA YANG BANYAK DILUPAKAN ORANG
Buruh-buruh kasar banyak jasanya kepada bangsa dan negara,
tapi mereka dilupakan sahaja
Pet ...
 Mawar rasa sajak abuya ni lebih sesuai dipaste pada topik..."Di manakah wang zakat yang berjuta2 ringgit ?" Bagus buat renungan utk permasalahan yg dibincangkan di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
la, budak KE ka? tapi naper block ngan black pon TAK TAU :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 19-9-2005 09:44 AM
ni aku paste balik fitnah ko...
"so kepercayaan pd asaari ni kuat dan menebal , dan x akan berubah , sama spt je dgn kepercayaan pd asaari melebihi nabi muhamamd saw."
Aku mintak ko buktikan fitnah ko di atas yg mengatakan org2 rufaqa percaya pada abuya melebihi Nabi Muhammad saw...sila pastekan di sini...
...
ermm..bateesta, tatie pun ndak tahu jawapan dari awak...bila ndak jawab soalan guys ni?...:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 21-9-2005 05:39 PM
ermm..bateesta, tatie pun ndak tahu jawapan dari awak...bila ndak jawab soalan guys ni?...:stp:
Siapa Batesta tu? Macam pernah baca namanya dalam akhbar!
Rasa2nya macam bunyi pemain bola sepak Argentina..:cak::cak:
Sedih sungguh umat islam sekarang. Bubuh nama pelik2 seperti nama orang bukan Islam tapi nak mentarbiah pada orang Islam!!
Bukankah banyak nama Islam yang boleh dipamerkan sebagi nick. Sekurang2nya kita mengangkat syiar Islam dari memberi laluan pada pemain yang bukan beragama Islam.Sebab tu kena berguru mursyid ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MataPena at 21-9-2005 09:54 PM
Siapa Batesta tu? Macam pernah baca namanya dalam akhbar!
Rasa2nya macam bunyi pemain bola sepak Argentina..:cak::cak:
Sedih sungguh umat islam sekarang. Bubuh nama pelik2 ...
Apa salahnya... sekurang2nya itu merupakan doa agar si empunya nama yang sebenarnya tergerak hati untuk menerima hidayah dari Allah SWT Yang Maha Bijaksana....
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
ostad tu nak buat jasa.. kalo suka nak tolong..tolong ler ikhlas kalo takmo takdok sapa paksa.
kalo nak tegur biar ler ada bukti jelas bukti yakin bukan bukti di dengari sana sini, zaman ni ramai oang berani sumpah dengan nama Allah swt malah zaman ni ramai duk mengaku pejuang islam padahal Allah swt yang memelihara islam bukannya manusia pun..tugas manusia kalo nak btui selamat ..haa masuk bebetui keseluruhannya bukan ikut2 jek tapi tak paham.
character assasination zaman maklumat cenggini sonang berlaku bebeno nya. jangan mudah terpedaya, mudah reaksi, mudah ikut2 jek..baca fikir faham selidik jugak.
tapi ostad jangan wisauuuu..kalo seme manusia lam donia rebah tumbang hanyut ke or apa pun tinggal ostad ngan kamek tok..kamek tok akan sokong ostad selagik tidak jelas bertentangan apa di seru tuh..insyaallah.:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 24-9-2005 08:19 AM
ostad tu nak buat jasa.. kalo suka nak tolong..tolong ler ikhlas kalo takmo takdok sapa paksa.
kalo nak tegur biar ler ada bukti jelas bukti yakin bukan bukti di dengari sana sini, zaman ni rama ...
;)
Alhamdulillah, Program Bedah Buku Al Arqam di Sebalik Tabir telah berlangsung dengan jayanya pada 25 September 2005 yang lalu.
Pada sesi dialog, ahli panel terdiri daripada tiga orang ahli akademik iaitu :
Prof Dr Hussain Mohammad
Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM
Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid
Pensyarah Kanan USM
En Ann Wan Seng
Penulis/Penceramah/Pengkaji Ilmiah
Program dirasmikan oleh Dato Prof Dr Ariffin Suhaimi
Bekas Timbalan Rektor UIA
Pengerusi PERKIM Kebangsaan
(harap terjawab tuduhan sniper yg menyatakan tatie hanya berani berkata tanpa ada bukti mengenai siapa yg terlibat di dalam program ini..........sekarang bukti terpampang di depan mata...masih mahu tarik talikah lagik?...)
[ Last edited by serihartatie at 25-9-2005 08:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Antara isu-isu yang dibincangkan :
1. Mengapa ARQAM diharamkan?
2. Apa hikmah di sebalik pengharaman ARQAM?
3. Apa kaitan Aurad Muhammadiah dengan Arqam.
4. Apakah bentuk perjuangan Arqam?
5. Mengapa ARQAM menjadi satu isu yang sangat menarik bukan sahaja diperbincangkan di peringkat lokal tetapi juga di peringkat global dan merentas sempadan agama, bangsa dan negara.
6. Isu Al Mahdi dan PBT.
7. Kaitan Arqam, UMNO dan PAS.
Seorg penulis buku politik yang terkenal Encik Sayuti Omar juga telah hadir sebagai peserta dan memberi beberapa input kepada persoalan-persoalan di atas memandangkan beliau juga pernah menulis dan menghasilkan buku mengenai Al Arqam.
Sekian, secara ringkas sinopsis program tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 25-9-2005 08:56 PM
;)
Alhamdulillah, Program Bedah Buku Al Arqam di Sebalik Tabir telah berlangsung dengan jayanya pada 25 September 2005 yang lalu.
Pada sesi dialog, ahli panel terdiri daripada tiga oran ...
Depa semua ni setuju ker Abuya tu jadi PM Malaysia? Eh...makcik Tatie tentu tak boleh jawab soalan ni sebab bukan ahli Rufakak dan cuma berkempen ajer kan..kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 26-9-2005 12:52 AM
Depa semua ni setuju ker Abuya tu jadi PM Malaysia? Eh...makcik Tatie tentu tak boleh jawab soalan ni sebab bukan ahli Rufakak dan cuma berkempen ajer kan..kan?
hehehe...sebenarnya dalam hal ini awak yg terkedu grave...bukan kami....;)...sebenarnya tak dak masa ndak layan soalan lawak awak tu..sebb lepas ni menyusul lebih byk program lagi....jom kita gi JITRA tgk projek pertanian, penternakan remaja-remaja rufaqa tu...atau tolong pelajar miskin/anak yatim kat Rompin tu dengan beri bantuan apa yg termampu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 25-9-2005 09:20 PM
Antara isu-isu yang dibincangkan :
1. Mengapa ARQAM diharamkan?
2. Apa hikmah di sebalik pengharaman ARQAM?
3. Apa kaitan Aurad Muhammadiah dengan Arqam.
4. Apakah bentuk perjuangan Arqam?
5 ...
cuba tatie cerita sikit secara ringkas natijah bedahbuku tu, saya nak tahu. syukran. |
|
|
|
|
|
|
|
Buku Al-Arqam Disebalik Tabir telah dicetak sebanyak 3 kali dalam masa 4 bulan.
Buku yang paling terlaris dalam Penerbitan Universiti Malaya.
InsyaAllah akan diterjemahkan dalam bahasa Inggerris dan Cina.
Pertama kali ditulis oleh penerbit berbangsa Cina yang mana pada awal penulisan belum beragama Islam. Tetapi akhirnya memeluk agama Islam sejak perkenalan dengan Abuya mulai awal tahun 1990 an.
Maklumat yang didapati dari buku tersebut adalah berbentuk primary secara langsung dari Ustaz Ashaari
 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hambasufi at 26-9-2005 09:46 AM
Buku Al-Arqam Disebalik Tabir telah dicetak sebanyak 3 kali dalam masa 4 bulan.
Buku yang paling terlaris dalam Penerbitan Universiti Malaya.
InsyaAllah akan diterje ...
ok. jadi kalau nak tahu lebih lanjut kena baca buku tu.
cuma bila tatie masuk nanti mintak dia ceritakan pasal bedahbuku tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|