CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr.kulop

MotoGP

 Close [Copy link]
Post time 8-10-2008 04:24 PM | Show all posts
kawan2 bleh tlg tak.. nak tau info psl tiket motogp.. kalau kat kl kat mana open counter??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 06:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #402 dexa's post

ok thanks.. dah tau kat mana kaunter kat kl..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 10:17 AM | Show all posts
sapa2 lagi gi moto gp...
boleh kita berjumpa di sepang...
aku gerak konvoi dari naza pj, pagi ahad jam 10am...
ada sapa2 yg join???
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 06:19 PM | Show all posts

Rossi wins Malaysian MotoGP

SEPANG, Malaysia (AFP)
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 06:21 PM | Show all posts
mamat 250cc tu mcm nak mati je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2008 06:00 AM | Show all posts

VALENTINO Rossi melakukan aksi wheelie di depan krew pasukan
Yamaha selepas menjuarai kelas MotoGP di Grand Prix Malaysia
dekat litar Sepang, semalam.- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 06:00 AM | Show all posts
Lebih 50 ribu banjiri litar Sepang

SEPANG - Sebanyak 50,152 penonton menyaksikan perlumbaan motosikal dunia (MotoGP) Grand Prix Malaysia 2008 di Litar Sepang semalam, mengatasi jumlah kehadiran 35,000 pada perlumbaan tahun lalu.

Pegawai Media Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhar Ghazali berkata, sebanyak 4,221 penonton menyaksikan sesi latihan bebas Khamis lalu, diikuti 7,371 orang pada sesi kelayakan, kelmarin.

"Sebanyak 38,560 penonton menyaksikan perlumbaan hari ini (semalam) menjadikan jumlah keseluruhan 50,152 orang sepanjang tiga hari GP Malaysia berlangsung.

"Angka kali ini lebih baik berbanding kira-kira 35,000 orang tahun lalu. Walaupun sasaran 70,000 penonton pada perlumbaan kali ini tidak tercapai, jumlah 50,000 orang yang hadir kali ini tetap membanggakan.

"SIC yakin perlumbaan musim depan akan menggamit lebih ramai penonton," katanya.

Kelmarin, SIC diberi hak penganjuran perlumbaan MotoGP) dua musim lagi dengan badan pengendali perlumbaan tersebut, Dorna memberi jaminan Malaysia akan terus diberi hak penganjuran untuk tempoh yang panjang berdasarkan rekod penganjuran yang cemerlang sejak 10 tahun lalu.

Ketua Pegawai Dorna, Carmelo Ezpeleta berkata, Litar Sepang diberi hak penganjuran perlumbaan MotoGP untuk musim 2009 dan 2010.

"Saya memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus diberi hak penganjuran MotoGP untuk musim-musim berikutnya kerana litar ini bukan sahaja penting untuk perlumbaan MotoGP tetapi juga menjadi pilihan untuk sesi ujian pasukan yang bertanding.

"Sejak 10 tahun lalu Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah berjaya menganjurkan perlumbaan dengan cemerlang dan litar ini memiliki kemudahan yang berkelas dunia.

"Setiap tahun saya melihat penganjuran perlumbaan di litar ini bertambah baik dan yakin penganjuran MotoGP akan terus bertahan di sini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 07:02 PM | Show all posts
Congrats Rossi.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 09:34 AM | Show all posts
epi.. letih.. suka.. berpeluh.. fuhhhh.. happening kat sepang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 02:13 PM | Show all posts
mmg enjoy gile tgk Rossi kejor Pedrosa for few laps....
layan belah tower...best...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 03:25 PM | Show all posts
wahhhhh aku dah lame gile tak

follow motoGP...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 03:27 PM | Show all posts
start tahun depan aku nak

bikin kecoh kat bod ni pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 03:28 PM | Show all posts
aku tetap bersama repsol...

wpun doohan dah lame bersara  

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 09:59 AM | Show all posts
urm..peminat org lamo nmpk..takpe..anak didik dia ade kan....tapi mesin honda mcm tak besh ajek skrg nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 05:47 PM | Show all posts

Balas #415 t0m\ catat

honda memang tak power pun....

tgk F1 sudah laa....

geng belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2008 09:49 AM | Show all posts

Reply #416 hyphrigian's post

woiiiii celupaq mulut hang...

aku penyokong honda dari dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 05:53 AM | Show all posts
Kejuaraan 600cc masih terbuka


FUAD (depan) jadi taruhan negara untuk sekat penguasaan Hamaguchi.


SAINGAN bagi merebut gelaran juara kategori Supersports 600cc pada kejuaraan motosikal Grand Prix Asia Petronas Sprinta FIM 2008 semakin terbuka.

Pelumba dari Jepun, Toshiyuki Hamaguchi yang mewakili pasukan United Akeno Speed sudah mula mengorak langkah untuk terus memberi tekanan kepada pencabar terdekatnya, Ahmad Fuad Baharudin yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Malaysia.

Sebelum ini, Fuad selesa memimpin carta keseluruhan sebelum kedudukannya dipintas oleh Hamaguchi pada perlumbaan Pusingan 5 di Zhuhai, China hujung minggu lalu.

Hamaguchi dilihat semakin garang apabila tampil di Zhuhai dengan imej dan penaja baru iaitu United Akeno Speed.

Sebelum ini, dia bernaung di bawah Babie's Sports Racing tetapi hubungannya dengan Babie's Sports tidak kekal lama sebelum mendapat sentuhan baru daripada penajanya sekarang.

Mungkin masalah penajaan sedikit menjejaskan aksi Hamaguchi sebelum ini yang menyaksikannya terkapai-kapai mencari rentak.

Keadaan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Fuad dalam empat pusingan sebelum ini untuk meraih seberapa banyak mata yang boleh dengan harapan merampas gelaran juara keseluruhan.

Namun, misi Fuad seakan tidak menjadi kebelakangan ini kerana mendapati sukar untuk menempatkan dirinya dalam kelompok lima terbaik.

Jentera barunya dilihat belum serasi dengan gaya tunggangannya berbanding jentera lama yang telah menghadiahkan beberapa kemenangan podium pada saingan di awal musim.

Pada saingan di Litar Zhuhai Ahad lalu, Hamaguchi meraih kedudukan podium pada perlumbaan 1 dan 2.

Dia menguasai perlumbaan 1 sementara pada perlumbaan 2 dia menduduki tempat ketiga.

Kemenangan yang dilakar oleh juara lima kali itu sudah cukup untuk mengubah kedudukannya dalam carta keseluruhan sekali gus memintas penguasaan Fuad.

Hamaguchi kini selesa dengan 141 mata meninggalkan Fuad yang menghuni tempat kedua dengan 137 mata.

Azlan Shah Kamaruzaman yang agak cemerlang di Zhuhai kini menduduki tangga ketiga dengan 117 mata diikuti seorang lagi pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia, Zamri Baba dengan 105 mata.

Jika berhasrat mahu meminta Hamaguchi, Fuad tidak boleh kehilangan mata lagi dan dia perlu tampil cemelang pada dua perlumbaan penutup musim yang akan berlangsung Di Litar Zhuhai awal Disember depan.

Fuad juga mengharapkan agar Hamaguchi gagal menamatkan perlumbaan terakhir itu bagi membolehkannya merampas gelaran juara keseluruhan.

Juara bertahan, Decha Kraisart dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Thailand juga dilihat semakin hilang sentuhan walaupun musim lalu di bagaikan sukar digugat di Zhuhai.

Musim ini, pelumba Thailand itu seakan hilang taringnya selepas mengalami keretakan pada tangannya pada saingan pembuka tirai di Sentul, Indonesia.

"Saya semakin yakin sekarang. Keadaan jentera juga semakin lancar dan ia telah memberi keyakinan dan semangat baru kepada saya untuk terus beraksi cemerlang.

"Walaupun sudah berjaya memintas Fuad dalam carta keseluruhan, tetapi saya tetap perlu berhati-hati kerana banyak kemungkinan boleh berlaku.

"Mungkin hari ini kamu bernasib baik, tetapi esok, lusa atau hari berikutnya, pelumba lain pula yang memiliki nasib yang sama.

"Saya perlu percaya bahawa kemenangan pada sesuatu perlumbaan itu banyak bergantung dengan keupayaan jentera. oleh sebab itu, kami perlu bekerja keras untuk mempastikan jentera kami sentiasa berada dlaam keadaan baik tanpa menghadapi sebarang masalah mekanikal," kata Hamaguchi.

Menurutnya, fokusnya sekarang adalah untuk menghadapi perlumbaan penutup musim yang dijadualkan berlangsung pada 14 Disember depan di Zhuhai.

"Perlumbaan itu adalah penentuan dan yang pasti saya tidak boleh melakukan kesilapan.

"Saya yakin Fuad juga mempunyai misi yang sama dan saya perlu mengawasi kebangkitannya," kata Hamaguchi.

Pelumba dari jepun itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa Azlan juga berpeluang melakukan kejutan memandang pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Malaysia itu semakin menampilkan keberanian.

"Namun saya tetap mengawasi Fuad," katanya.

Bagi kategori Underbone 115cc pula, kehangatannya sudah tidak begitu dirasai.

Juara keseluruhan sudah diketahui yang menyaksikan pelumba Indonesia, Owie Nurhuda sudah mengesahkannya di Litar Zhuhai Ahad lalu.

Tujuh mata yang diraihnya pada saingan di Zhuhai itu sudah cukup untuknya bergelar juara walaupun prestasinya tidak begitu cemerlang selepas gagal menamatkan perlumbaan 1.

Pelumba pasukan Suzuki Top-1 SHC Indoparts FDR Chia Felix itu juga tidak begitu garang pada perlumbaan 2 apabila sekadar menamatkan saingan di tempat kesembilan.

Begitupun, ia sudah cukup untuk merealisasikan impiannya untuk bergelar juara.

Nasib juga dilihat menyebelahi Owie pada aksi di Zhuhai itu kerana pencabar terdekatnya yang juiga rakan senegara, Wahyu Widodo tidak beraksi pada perlumbaan di Zhuhai itu.

Owie kini mengumpul 165 mata diikuti Wahyu dengan 106 mata sementara pelumba Malaysia, Mohd. Iskandar Raduan di tempat ketiga keseluruhan dengan 102 mata.

Berdasarkan kedudukan terkini, Iskandar dilihat berpeluang untuk menamatkan saingan musim 2008 di tempat kedua keseluruhan dengan syarat meraih kejayaan podium pada perlumbaan penutup musim kelak.

Apa pun, saingan bagi kategori Supersports 600cc tetap menjadi tumpuan kerana misi memburu gelaran juara masih menjadi perebutan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:50 AM | Show all posts

singapura berpeluang anjur MotoGP 2011!!!

Singapura dapat peluang anjur MotoGP

SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah kejuaraan Moto GP bermula seawal 2011 berikutan kejayaan menganjurkan perlumbaan Formula Satu tahun ini, mengikut satu laporan yang dipetik daripada pemegang hak sukan itu, Carmelo Ezpeleta.

Syarikat milik Ezpeleta, Dorna Sports, pemegang hak komersil perlumbaan MotoGP sudah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat Singapura bagi menganjurkan salah satu daripada 18 pusingan perlumbaan.

“Ya, saya boleh mengesahkan kami sudah menandatangani perjanjian dengan promoter untuk menganjurkan perlumbaan motosikal di Singapura,” kata Ezpeleta kepada akhbar Today.


“Tetapi ia bergantung bila litar tetap yang akan dibina, siap sepenuhnya. Saya difahamkan ia mengambil masa dalam tempoh tiga tahun, jadi kita boleh mengadakan perlumbaan seawal 2011, kalaupun tidak 2012.”

Tidak seperti perlumbaan F1 GP Singapura yang diadakan di litar jalanan September lalu, perlumbaan motosikal akan dijalankan di litar tetap yang akan dibina di sekitar Changi.

Sekalipun menghadapi suasana ekonomi yang sukar ketika ini, ketua eksekutif Majlis Sukan Singapura (SSC), Oon Jin Teik berkata, perancangan membina litar itu tidak berubah.

“Litar Changi adalah komponen utama pembangunan industri sukan permotoran SSC di Singapura dan ia sepatutnya dibiayai sektor swasta,” kata Oon.

“Suasana kewangan ketika ini akan memberi kesan terhadap jenis dan jumlah tawaran yang akan mampu kami pikat.”

Ezpeleta menambah Asia adalah benua yang penting bagi sukan permotoran di masa akan datang.

“Asia penting bagi perkembangan MotoGP dan Singapura berada di tengah-tengahnya, sebab itulah kami mahu mengadakan satu pusingan perlumbaan di sana. Tetapi seperti yang saya katakan, persetujuan dengan promoter di Singapura bergantung sekiranya litar tetap dibina,” katanya.

Asia akan menjadi tuan rumah kepada tiga perlumbaan Moto GP tahun depan - di Jepun, Australia dan Malaysia - selepas China dipadam daripada kalendar perlumbaan. - AFP





waduh waduh...  singapore nih ek... kecik2 cili burung ler ni...  F1 pun dah dapat... ni motoGP ler pulok...   :victory:

aku tak pasti letak mana ni.. kalu nak gabungkan kat gp pung.. aku no hal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:39 PM | Show all posts

Reply #18 hyphrigian's post

back to topic pls

kalo Singapore nak anjur ..kat mane ade tanah lagi....unless dier tambak tanah kat area changi jail tuh..or blkg tudm singapore nyer runway baru tuh..tmpt2 laen aku rasa cam xde je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068640 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list