CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 16-4-2010 12:44 AM | Show all posts
400# qimi08

tajuk original Tiada Dikau Tiada Makna

one of the first novel yg aku baca di sini

sedey sampai nangis sorang sorang tengah malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2010 12:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 16-4-2010 00:47

Najlah memutar straw dalam gelas berisi jus kalamansi. Penghawa dingin di Penang Village Great Eastern Mall tak mampu melenyapkan panas di hati. Iskandar masih belum sampai walaupun janjinya pukul 12.30. Sekarang pukul 1.00  tapi batang hidung tak nampak lagi. Perutnya berkeroncong minta di isi. Dia memanggil pelayan dan memesan Prawn Mee.

“ Makan tak tunggu I kah?” Iskandar mengambil tempat duduk 15 minit kemudian. Berpakaian seragam seorang peguam, baju putih dengan seluar hitam, Iskandar tampak lebih kacak dari biasa. Rambutnya yang sedikit ikal di suak ke belakang menampakkan dahi yang luas. Blazer hitamnya di sangkut di kerusi. Beberapa pasang mata tertumpu ke arahnya, seperti biasa.

“ I lapar sangat. Sorry. I tak sempat nak breakfast pagi tadi” kata Najlah sambil mengelap mulutnya .

“ Kenapa you pilih tempat ni? I lagi suka Alexis” Iskandar mengerut hidung bila terbau belacan yang semerbak dari mangkuk Najlah. Najlah mencebik dalam diam. Orangputih sangatlah tu, sampai tak tahan bau belacan.

“ Dah selalu sangat  pergi Alexis. Try something different lah pula. You nak makan apa?”

Iskandar membelek menu dengan muka tak puas hati. Bertahun dia bekerja di London , seleranya lebih kebaratan. Bukannya dia tak makan nasi tetapi pie , pasta dan sandwich lebih menepati selera. Nasib baik Najlah pandai memasak makanan barat. She is perfect for me.

“ I’ll have the fish and chips”  katanya dengan British accent yang masih tak hilang. Itu salah satu daya tarikan Iskandar. Loghat British yang sangat sexy. Macam Hugh Grant.

“ Lepas ini, kita pergi fitting baju dan ambil cincin you di Tiffany. The SA call I tadi kata dah siap. After that , we meet the travel agent to discuss our honeymoon”

“ Okay” Najlah mengangguk. Mangkuk Prawn Mee di tolak ke tepi. Perasaan ingin tahunya membuak. Sudah dua hari dia merangka ayat.

“ Malam Rabu hari tu, I ada kat Shangri La. I nampak you masa I nak balik”

Iskandar tersentak. Aku yang bukan pakar membaca bahasa tubuh pun tahu dia cuak, detik hati Najlah. Ah.. ha.! Mesti ada sesuatu yang di sembunyikan. Betul kata Tasha , orang lelaki bukan boleh di percayai sangat. Tambah pula peguam. Mesti pakar dalam ilmu kelentong.

“ Er.. malam Rabu? I tak berapa ingat. “ Iskandar mengerut dahi kemudian memetik jari “ Oh, wait a minute. I jumpa klien from Singapore yang tinggal di sana”

“ Wow, you are really dedicated. Sampai klien panggil ke bilik pukul 11 malam pun you pergi.” Nadanya sinis

Iskandar menanggalkan butang di pergelangan tangan dan menyinsing lengan baju. Dia mula terasa seram sejuk. Takkan tembelang aku dah pecah. Bagaimana kalau Najlah tahu hal sebenar? Habis lah aku.

“ Kes itu kes berat. My fees pun mahal. Terpaksalah I pergi kalau di panggil. Tak kira pukul berapa. You tu buat apa malam malam di Shangri La?” Iskandar mengubah taktik dari defensive jadi agresif.

“ I dengan my housemate Tasha ada dinner dengan my client di Lemon Garden.By the way, Tasha ikut you malam itu” Terpaksa tipu sunat.

Muka Iskandar pucat. Air liur di telan. “ What? Kenapa dia menyibuk? “

“ Kenapa muka you pucat? Apa yang you buat sebenarnya?”  Ha ha… jerat aku mengena. Mana kau nak lari? Najlah menopang dagu dan memaku mata pada Iskandar. Mungkin sebab dia tidak cintakan Iskandar, tiada rasa cemburu menganggu emosi. Cuma dia ingin tahu kisah sebenar agar tidak membuat keputusan yang silap.

Di kala suasana tegang, telefon bimbit Iskandar  berbunyi. Pantas Iskandar menjawab bila melihat nama Shah.

“ Hello”

“ I’m having lunch with Najlah. Why?” Dahi Iskandar berkerut. Nafasnya turun naik

“ Please, jangan buat apa apa. Tunggu.  I’ll be there” Nadanya cemas. Masaalah besar melanda.

“ Sayang, I’m so sorry. I have to be at the court in half an hour.” Iskandar menggengam jari Najlah lalu merendahkan suara “ Najlah , tolong percayakan I. You are the only woman in my life. I tak ada skandal dengan perempuan lain. I berani sumpah dengan Quran”

Najlah mengecilkan mata. Walaupun dia berani sumpah, aku masih lagi sangsi. Gaya Iskandar bercakap telefon tadi bukan seperti ada kaitan dengan hal pejabat. Kali ini mungkin dia lepas tapi aku akan teruskan siasatan. Lambat laun kebenaran akan terserlah jua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:53 AM | Show all posts
hahhahaha akhrnya ada pun new n3....
thanks juna...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:53 AM | Show all posts
jeng..jeng..jeng... siasat najla jangan tak siasat... harap tembelang is pecah sebelum majlis kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:55 AM | Show all posts
jeng..jeng..jeng... siasat najla jangan tak siasat... harap tembelang is pecah sebelum majlis kawen...
asyriqa Post at 16-4-2010 00:53

aik hang tak tdo lagi.. merempit kat umah juna plak ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 12:56 AM | Show all posts
Najlah menyeka airmata. Hari ini hari malang bagi nya. Pagi tadi kena marah dengan Datuk Fuad sebab bergaduh dengan Iskandar.Salahkah kalau aku tanya apa dia buat di Shangri La malam itu? Itu pun nak di jadikan isu besar. Bukan aku tuduh apa apa pun. Pastu pergi report pada Abah yang aku ni cari pasal dengan dia. What a jerk! Macam haper jer… dah tua pun  asyik report kat bapa. Bukan bapa sendiri pula tu, tapi bapa aku. Perkahwinan aku kurang dari  tiga minggu lagi dan aku mula sedar aku buat keputusan yang salah. Iskandar ada menyembunyikan sesuatu dari aku. Perangai sebenarnya dah mula keluar. Penipu, panas baran, kuat control, pandai bermuka muka. Aku tak suka. ARRGGGGHH!  TENSION! Aku nak lari dari semua ni. Mata Najlah kabur dengan airmata yang bertakung.

Dalam perjalanan ke ofis, keretanya kena gesel dengan Mat Rempit. Aduhhh! Senang senang saja melayang tiga ratus ringgit. Blood pressure aku dah go upstairs.

Tak cukup dengan hal Abah, Iskandar, dan mat rempit, bila sampai ofis kena marah dengan Adham sebab tak dapat kontrak Bukhary Group. Sampai hati dia salahkan aku. Kononnya aku tak pandai ambil hati Datuk Bustami.  Apa lagi yang dia nak aku buat dengan si tua tu? Dah bukan rezeki Karyabina. Aku pun kecewa sebab harapan aku untuk hias bilik hotel tak kesampaian.

Najlah mengambil tisu dan mengesat airmata yang mula berjurai di pipi. Semua lukisan dan lakaran di tolak ke tepi. Laptop nya di hidupkan. Kali ini dia betul betul tertekan. Ikon Microsoft Words di tekan. Hatinya nekad. Dia sudah tidak sanggup lagi kerja di sini. Semua memandangnya seolah dia membuat kesalahan besar.


Baru sempat dia menaip tiga ayat, bahunya di sentuh. Najlah dapat mengagak siapa di sisi bila pewangi Burberry Sport menyapa hidung. Signature perfume Adham yang selalunya menyenangkan  berbau tengit di hidungnya. Aku allergic dengan Adham. Dia memalingkan tubuh.

Adham terpempan melihat skrin computer

” Naj, please. Kau tak boleh resign. Aku yang silap. I’m sorry”

Najlah mendiamkan diri dan terus menaip. Belum sempat menekan butang Save, Adham dengan pantas menepis jarinya dan mendeletekan surat. Celaka! Jerit Najlah dalam hati. Muka Najlah merah padam menahan marah bila jarinya di genggam Adham.

“ Let go of my hand” Giginya di ketap.

“ Sshhh….Naj, Datuk nak jumpa. Come, let’s go” Lembut tapi tegas suara Adham. Tangannya di pegang kemas. Dia terpaksa mengikut Adham.

Pintu ofis Datuk Badri sudah terbuka luas. Datuk  Badri meletak telefon sebaik mereka masuk. Wajahnya serius

“ Najlah, Adham… saya baru dapat berita tentang Bukhary Group.”

Mulut Najlah muncung. Lagi sekali kena marah. Kalau aku kena dengan Datuk Badri aku nak bagi notis 24 jam  dan bawa diri ke… ke mana mana lah. Aku tak kisah.

“ Kita tak dapat jadi arkitek dan interior designer untuk Hotel Darulmakmur. Bukhary Group kena tangguh pengubahsuaian hotel  sebab tak cukup duit. Their cashflow is tight and they are over leveraged. Bank bank dah tak nak pinjamkan wang.”

Najlah rasa kecewa tapi lega. Bukan salah aku. Tak guna punya Datuk Bustami, sedap sedap saja makan free padahal dia mesti tahu yang projek itu kena tangguh. Matanya di jegil pada Adham yang tersenyum sumbing dengan rasa bersalah kerana memarahi nya tanpa usul periksa. Pandai pandai saja tuduh aku.

“ Nampak gayanya kita kenalah cari projek lain. Tahun ini saya tak boleh jamin yang kamu semua dapat bonus.”  Adham dan Najlah mengangguk. Faham sangat dengan maksud boss. Susah nak cari projek besar sekarang. Tahun ini sudah hampir sampai ke penghujung. Nampak gayanya bonus yelek.

Sebaik keluar dari bilik Datuk Badri, Najlah mempercepatkan langkah. Rasa marah pada Adham masih bersisa. Malas nak tengok mukanya.

“ Naj, tunggu. Aku tahu kau marah aku .  I’m really sorry. Aku tak tahu cerita sebenar.”

“ Yang kau ikut aku ni kenapa? Aku nak pergi toilet” Najlah mendengus sambil menolak pintu kaca depan meja resepsi

“ Tak kisah, Nak ikut juga.”

“ Gila ke?! Sudahlah, aku malas nak layan kau. Aku tengah tension ni”

Adham menarik lengan Najlah dan memusingkan tubuh gadis itu supaya bertentangan dengannya. Dia menarik kerusi di belakang meja resepsi dan memaksa Najlah duduk. Wajah gadis itu cengkung dan matanya bergelung hitam. Dia melutut di sisi Najlah.

“Kau boleh cerita kat aku apa problem kau. Aku tahu kau tengah serabut sekarang ni. You need to take a break. Let’s go somewhere” Aku perlu ceritakan siapa sebenarnya Iskandar sebelum  terlambat.

Najlah melepaskan keluhan.  Betul kata Adham. Alangkah bagus kalau aku dapat pergi jauh untuk rehatkan minda yang bercelaru. Tapi dia cepat sedar. Banyak lagi benda yang perlu di bereskan untuk perkahwinannya nanti. Lagipun aku akan bergelar isteri tak lama lagi. Tak manis kalau aku keluar bersama Adham.

“ Tak boleh lah Adham. Aku banyak kerja”

“ Please Najlah… I care about you. Aku taknak tengok kau macam ni”

Keduanya tidak sedar bila pintu kaca di tolak. Lelaki beruniform penghantar DHL berdehem.

“ Ada dokumen untuk Cik Najlah Emina Fuad”

“ Saya” Najlah bangun dan mengambil pen yang di hulurkan. Siapa pula hantar dokumen kat aku ni? Surat saman kah? Isinya agak tebal.

Tanpa lengah dia mengoyak sampul. Matanya terbeliak. Seumur hidup  tidak pernah dia melihat sesuatu sejijik ini. Dadanya sesak dan tekaknya loya. Najlah berlari ke tandas. Segala isi perutnya terhambur keluar sehingga tubuhnya longlai. Dia tergelongsor di lantai dan memejam mata. Jawapan yang di cari sudah jelas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2010 01:01 AM | Show all posts
harap2 esok pun masih ade n3..
x sabar nak tunggu rasia iskandar pecah...
kalo aku jd najlah..aku pi ikut senyap2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:02 AM | Show all posts
ape jd.... mesti gambar iskandar tgk wat hal ni,,, adoiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 01:07 AM | Show all posts
ayoyoyo... arjuna sambung la lagi sket tuh... suspen neh... mesti pic is tgh wat projek... plzzzzzzzz.....{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:07 AM | Show all posts
yes..yes..lg n3 kalo ade..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:09 AM | Show all posts
aik hang tak tdo lagi.. merempit kat umah juna plak ye...
pura Post at 16-4-2010 00:55




kena la rewang suma tempat... melawat kawasan seblum tido neh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:11 AM | Show all posts
kena la rewang suma tempat... melawat kawasan seblum tido neh...
asyriqa Post at 16-4-2010 01:09

btul mcm warden asrama check satu2..
juna sambungla skt lagi sblm tdo ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 01:20 AM | Show all posts
tq pura , asy, liya....
skrg gi la tidur

dah takde sambungan lagi sampai esok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:22 AM | Show all posts
tq pura , asy, liya....
skrg gi la tidur

dah takde sambungan lagi sampai esok.sang_arjuna Post at 16-4-2010 01:20


since juna dah bg confirmation den tpaksa mengerakkn diri la gamaknya...
berbaloi den tunggu... thanks dear.....
gud nite n sweeet dreams
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:40 AM | Show all posts
mesti gambar is dgn shah kot...
tp sape yg bg gambar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:50 AM | Show all posts
arjuna.. esok tak de samb?? naper???
malam ni tak kisah la.. sumer dah tido..
esok plak arjuna tak de n3...
tak dapat jupe YEM esok..
takpe.. yg penting tembelang iskandar dah pecah.. bapak sendiri pon tak leh nak tutup kesalahan anak kebanggaan dia tuh.. yeaahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 02:30 AM | Show all posts
mesti gambar iskandar tu.. bagus la kalu naj dah tahu.. tak der lah terseksa dia bila dah kawin nnt
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 06:26 AM | Show all posts
hurm.. tak sabar nak tau apa yg naj terima sampai termuntah2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 07:46 AM | Show all posts
smiley.....kenapa stop kat sini.......

gambar iskang ke ??? or wat ???

aisseh......tolong cepat sambung ye....thanks smiley......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 08:02 AM | Show all posts
rasanya najlah terima gambar iskandar & affair dia la... sbb tu menjijikan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.336461 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list