CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 18-10-2010 06:24 AM | Show all posts
Zafira buat-buat kemas di kaki lima kedainya. Dia lihat saja lelaki rendang gempal itu masuk ke dalam kereta mewah berwarna putih. Sekelip mata kereta itu hilang di pandu pemandu yang menanti di luar kereta tadi. Zafira betul-betul nak tahu siapa pelanggan yang ‘misteri’ itu. Apa terjadi dalam kedai si Husin Lempoyang ? Dia hanya dapat melihat sedikit sahaja. Itu pun puas dia cuba mendapat spot paling cantik. Tapi apa yang di bualkan. Nampak tegang saja. Matanya teralih pada longgokan rumpai (sebabkan dia menyibuk cuba memasang telinga dan melontar pandangan, niat untuk bersihkan longgokan hanyir depan kedainya tidak siap-siap). Geramnya datang lagi. Ok ini masanya.


Pintu di tolak kasar, wind chime juga bergeseran kuat-kuat. Husin terkejut. Fikirnya Murad datang hendak menyerang tapi rupanya si Bunga Tahi Ayam, di tangannya plastik beg merah terisi rumpai air tasik Taman Aman.

“Ini awak punya kan ? Nah…” dia taburkan betul-betul pada sepasang kaki yang memakai loafer coklat. Loafer kering jadi basah semula dan tentunya bau hanyir akan melekat berhari-hari.

Mata Zafira mengerling tajam tapi sempat pula melihat coklat-coklat yang sungguh menyelerakan. Air liurnya berkumpul dan dia teringinkan SEMUA coklat yang dipamerkan di kedai Husin itu.

Hilang bau coklat, ganti bau hanyir. Mata Husin tergedik-gedik. Dia nampak muka puas hati Zafira. Kesabarannya sudah di jentik. Dia mahu perang ! Sebelum sempat Zafira keluar, Husin dahuluan menarik tangannya. Badan Zafira terdorong ke arah Husin. Sesungguhnya Husin tidak bermaksud untuk membuatkan Zafira terhenyak ke badannya. Bau hanyir, dan bau harum bunga serta bau manis coklat bersatu. Dua orang yang keliru menatap satu sama lain. Lagu Django Reinhardt, Minor Swing berputar-putar semula dalam minda Husin dan lagu Baby I Love Your Way menyanyi-nyanyi di tepi telinga Zafira.

Pegangan Husin melonggar. Husin mengundur, Zafira mengundur. Mereka kini dipisahkan oleh ruang waktu yang terhenti, di dalam minda masing-masing punya cerita sendiri yang menyebabkan apa-apa di keliling mereka berhenti. Adam memerhati dengan penuh minat. Dia senyum, dan berlari ke belakang. Kembali dengan penyapu dan mop.

“Ini untuk Aunty…ini untuk Uncle…” dia menyerahkan penyapu pada Zafira dan mop pada Husin. “Bersihkan sekarang juga.” Wah arahan dari si Adam. Hari ini Husin terima dua arahan. Satu dari Murad, satu dari Adam.

Mereka masih berdiri. Dua-dua tidak puas hati.

“Apa lagi…bersihkan cepat…” arah Adam. Dia memeluk tubuh dan berlagak seperti cikgu disiplin.

Mereka menerima arahan seolah berada di ‘detention class’. Seorang cikgu disiplin garang memastikan denda yang di beri di buat dengan sungguh-sungguh. Akhirnya spot rumpai air tadi sudah sudah dibersihkan, bau hanyir terus hilang, yang tinggal bau harum dan manis.

Dua pasang mata yang curi-curi memandang, tapi  pada muka mereka macam gunung berapi yang tunggu hendak memancutkan lahar lalu membakar apa sahaja di hadapan mereka.

“Apa yang penting KERJASAMA, KERJASAMA…wonder pet !” Adam menyanyi riang. Dia tergelak gelak dan menari di antara Husin dan Zafira.

Kerjasama. Dan Husin teringatkan tempahan coklat Dr. Ensha Hani. Zafira teringatkan bakul beri dan wild flowers yang patut disiapkan. Husin masuk ke dapur. Zafira balik ke kedainya. Lagu Django Reinhardt, Minor Swing berputar-putar semula dalam minda Husin dan lagu Baby I Love Your Way menyanyi-nyanyi di tepi telinga Zafira. Dua dua senyum dalam pengertian sendiri sebelum memulakan kerja masing-masing. Hmmm !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2010 06:25 AM | Show all posts
ok semua...selamat membaca...nanti kita ketemu lagi ya !

he he he
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 07:51 AM | Show all posts
morning sis..

hahahhhaha best2..nti smbung lagi kak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:21 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

Alamak ! Tak pernah tengok citer ni...... hu hu hu
detox Post at 18-10-2010 06:09


Er, I tgk dengan Datin Dira
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:28 AM | Show all posts
Zafira buat-buat kemas di kaki lima kedainya. Dia lihat saja lelaki rendang gempal itu masuk ke dala ...
detox Post at 18-10-2010 06:24


Boleh ku bayangkan Adam tgh berdiri dgn suar pendek dan t.shirt belang sambil berpeluk tubuh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:29 AM | Show all posts
T/Kasih detox....kalau ada masa bg E3  lagikkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2010 09:39 AM | Show all posts
kelakar la si zafira dgn husin lempoyang ni... xhabis2 ari mslah aje..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:50 AM | Show all posts
tq detox nanti sambung lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 09:50 AM | Show all posts
kelakar la si zafira dgn husin lempoyang ni... xhabis2 ari mslah aje..
asnita Post at 18-10-2010 09:39


mcm tulah nanti bunga taik ayam bertukar roses
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:22 AM | Show all posts
mmg kelakar la husin n zafira..
detox,
nnt sambung panjang2 lagi ok
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:28 AM | Show all posts
terasa macam ada orang yang akan mati di penghujung cerita nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:29 AM | Show all posts
terasa macam ada orang yang akan mati di penghujung cerita nih
suyfea Post at 18-10-2010 10:28


No No No.............adeh tak kan nak sedih lg kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:33 AM | Show all posts
No No No.............adeh tak kan nak sedih lg kot
cmf_blingblings Post at 18-10-2010 10:29


mungkin Murad tertembak Jess ...... semasa Husin nak selamatkan Zafira
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:41 AM | Show all posts
puas ati dpt bc..huhuhu..
husin lempoyang..hehehe..nm yg pnah femes 1 ms dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:44 AM | Show all posts
cutenya si Adam...mengarahkah org dewasa buat kerja lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:13 AM | Show all posts
salam morning....
best la kak... N3 lg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 11:13 AM | Show all posts
salam morning....
best la kak... N3 lg?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:19 PM | Show all posts
wow pandai sugguh detox ni menarik mood kami utk terus melekat & mengikuti ceta ni....
nampaknya akan muncul pelbagai kekalutan dan tindakan antara si bitter gondol & bunga tahi ayam.................
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:39 PM | Show all posts
kan detox kata this story is happy ending..

takde maknanya sad ending..kan kan detox..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 12:46 PM | Show all posts
ye no no sad ending.....

all happy happy

he he he

dan korang just bayangkan Murad adalah crook yang funny not the heavy type la
dia cuma hendak jadi ganas tapi sebenarnya cam husin nampak murad KELAKAR ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.348180 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list