|
M3: Citra Bahasa, Penyerlah Nusantara [Next Task: 17 Dec]
[Copy link]
|
|
wakakkkaka.... nak tergelak ble baca korang dok speku2 jantina masing2 neh...
boleh pulak ...
airwickss Post at 26-8-2011 07:15 AM
hepp....ko gelakkan kite org.....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
adif dan rukia nih leh jadi upin ipin versi CT CARI kan.. hahhha
aku nak jadi FIZI.. ahhhahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
adoiii........x bleh blah...
sapo lak nak jadik opah ngan kak ros...
adifrs Post at 26-8-2011 02:57 PM
kak rose tuh.... ROSE RED ah
kak sixret tuh ahh jadi opah.....
MEI MEI si Cinta Ungu.. wakakakak
eddysheddy tuh... mail...
jarjit.. daus kot.. wakakakaka
adehh! |
|
|
|
|
|
|
|
kak rose tuh.... ROSE RED ah
kak sixret tuh ahh jadi opah.....
MEI MEI si Cinta Ung ...
khyree Post at 26-8-2011 03:41 PM
ngam hooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin lain kali,kalau ada pertandingan lagi yg melibatkan fasa....
soklan untuk fasa 1 dan fasa 2 boleh ditepek serentak. |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam berkesempatan on9 sgt
jenguk kjp2 je
Insya Allah markah penjurian dan komen akan menyusul
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin cerpen
a snippet of it:
“Kahwinlah dengan lelaki yang beriman.”
Dia pasti bisikan itu bukannya bisikan syaitan. Tiada seekor syaitan yang akan menyuruh dia berkahwin. Lebih-lebih lagi denga lelaki beriman!
Tiada seorang wanita normal yang waras akalnya tidak mahu berkahwin dengan lelaki beriman. Sungguh tipikal. Jika ditanya kepada pelacur, mereka juga inginkan lelaki beriman sebagai teman hidup. Jika ditanya kepada mak nyah sekalipun, mereka tetap ingin berkahwin dengan lelaki yang beriman! Fantasi yang mungkin sukar untuk menjadi realiti.
Namun, itulah ciri-ciri yang dirasakan harus ada pada seorang lelaki yang bakal berladang di kebun seorang wanita untuk menjamin kebahagiaan dalam berkeluarga.
Hakikatnya, dia juga hampir pasti, tiada siapa yang dapat menjamin kebahagiaan seseorang itu.
Bukankah kebahagiaan yang hadir dalam hati itu anugerah Ilahi setelah diuji dengan pelbagai ujian yang menyakitkan?
Tapi, itulah masalahnya!
Ya,lelaki berimanlah yang menjadi masalah baginya.
Ketika ini, hanya seorang lelaki yang dikenalinya memenuhi kriteria tersebut dan lelaki itu benar-benar mendatangkan rasa benci dalam hatiya.
Lelaki itu tidak perlu berada di hadapannya, cukuplah dengan hanya mendengar nama sahaja, rasa benci itu terus membuak.
Bukan ! Bukan !
Dia tidak perlu mendengar nama, cukuplah dengan hanya mengingati lelaki itu- cara dia berjalan, cara dia bercakap, cara dia tersenyum, sudah cukup untuk mengganggu moodnya.
Begitu sekali!
Cepat-cepat dia memanjatkan doa kepada Ilahi.
“Ya Allah, jika benar jodohku nanti seorang lelaki yang beriman, biarlah lelaki beriman itu orang lain selain Fadhil Bin Aziz!” jika nada suara menjadi pengukur pada keikhlasan seseorang, nadanya yang begitu berharap dan bersungguh-sungguh sehingga tiada syak betapa keikhlasan itu pasti.
Dia juga bertekad untuk bersolat hajat di rumah malam ini untuk bersungguh-sungguh meminta dijauhkan jodohnya dengan lelaki itu. Biar Allah tahu kesungguhan hatinya!
Semoga Allah memakbulkan doa Nabilah. Bukankah doa orang yang benar-benar mengharap itu dimakbulkan jika perkara itu sudah termaktub dalam Luh Mahfudz?
Doanya didengari. Itu pasti. Makbul atau tidak? Itu persoalan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
atau mungkin juga jurnal/artikel.
a snippet of it.
Aku perempuan.
Or is it more proper to say…wanita? Whichever, it is just a term with the same meaning.
Sepanjang hidupku, aku sentiasa dikelilingi perempuan. Ibuku wanita, adikku wanita,saudara maraku juga ramai wanita, ibu mertuaku sudah tentu wanita,sahabat-sahabatku juga wanita,guru-guru yang pernah mendidikku juga kebanyakannya wanita, rakan sekerjaku wanita, anak buahku majoritinya wanita,penyanyi kesayanganku, Siti Nurhaliza juga wanita. Heck, aku juga wanita!
But I tell you a secret, I could never understand women.
The more I try to understand them, the more I could not.
________________________________________________________________________
I have had an interesting chit chat just the other days with my an intelligent girlfriend about equally an intelligent topic.
She made an interesting statement saying that “They say women are full of EQ intelligence.”
I said who say?
She could not give names…..
Who’s to blame? |
|
|
|
|
|
|
| |
|