Bahan-Bahan:
200gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus ½ cawan perahan limau nipis
5 batang cili api - hiris nipis
Garam
Gula
Cara:
Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang.
Tambahan:
Jika hendak lebih pedas, tambahkan cili api hiris.Kerabu kaki ayam juga sedap dimakan bersama nasi panas.