sedih bila tgk instag and twitter gf adam ni. hari ni besday arwah adam.
happy besday to arwah, dan semoga kalian selamat bersemadi di sana.
to adik2 yg kaki racing, ingat la org tersayang dan allah kalau nk race tu.
MUAR – “Adam yang kahwin, mak...Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan, awal pagi kelmarin.
Remaja berusia 18 tahun itu, sempat bergurau bersama ibunya menerusi panggilan telefon.
Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.
Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.
Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.
“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.
“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.
Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang kelmarin.
Assalamualaikum wbt. Ni ad satu lagi berita kemalangan berkaitan dgan pelajar IPTA ni..IPTA yg iols maksdkan lah pelajar Uitm Shah Alam kampus B Puncak Perdana
Seorang meninggal manakala 3org lagi kritikal..kejadian berlaku petang smalam dan dipercayai mereka dalam perjalanan nak ke stadium nasional bukit Jalil. Kemalangan berlaku di persimpangan Sunway Kayangan. keempat2 pelajar merupakan pelajar diploma in accountancy (FastTrack). Pelajar yang meninggal tu housemate iols masa sem 1 dlu. Berasal dari kelantan. Sama2 lah kita sedekahkan Alfatihah.. smoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin.
p/s : buat kwan2 or rakan2 yang kerap lalu jalan tu mohon kalian berhati2 la lepas ni eh.
sapp73 posted on 30-6-2013 02:57 PM
Inalillah..mereka nak pergi menonton bola ke
ntah la.. aku pn x pasti, Tp arwah pakai baju TRW..
diorg berlanggar dgan Honda Accord.. tak tau la teman sapa dilanggar and sapa yg melanggar. Td jenazah arwah disolatkan di surau kampus ktorg. Lepas tu bru bwa blek ke kelantan
aireen24 posted on 30-6-2013 11:51 PM
Turun bukit? Kat situ mmg hotspot accident..prone to accident. Kami duk heran kenapa masih xde tra ...
aah..kan klu kita dr puncak perdana ni lepas lalu chaya spk tu ad nmpak simpang 3 yg ad shell tgah buat kat situ.. kan org slalu laju je
sesuai ke wat traffic lght kat situ..huhuu..sbb dua2 arah trun bukit. Tp better buat la kan dr takde.. bahaya kot. aku kdang2 laju jgak kat situ. lepas ni tobat
Post time 30-6-2013 11:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagi satu aku yakin kawan2 ko tuh dr kampud puncak perdana straight..besar kemungkinan honda tu yg salah..sbb tadi aku jln tepi tuh tgk dgn kaca2. .pastu dgn serpihan2 motor dgn kereta..kak ngsn mak aku kata 'mungkin' kereta yg salah..
Innalillahiwainnailahirajiun ... kesian kan bkn slh diaorg rsnya keta yg nk msk sunway kayangan tula yg main msk je x reti nk berenti .. jam smp kul 9 mlm gak la smp ke pnck perdana ... kena buat traffic light kat situ sbb jln tu turun bukit mmg bahaya ...
x silap 2 - 3 minggu sebelum tu pun ada excident..kebetulan aku mmg kat situ..
for info, situ mmg bnyk sgt kejadian maut...
kalau x silap honda accord tu salah.. dia masuk time budak2 uitm ni turun bukit..
silap budget honda x sempat masuk baaannngggg !!! budak2 uitm hentam...
mmg ramai yg mintak traffic lite, tapi x membantu sbb jalan tu turun bukit..
kecuali minta dibuat flyover jer....