CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

From the Cempaka Dahlia's Files--oleh theflash

[Copy link]
Post time 15-1-2014 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2014 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan tt...best n seram cite ko ni...cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2014 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah la gi makan kat kedai guna pelaris. .. ramai giler orang. .. tapi mujur aku x nampak pape cuma makanan kat situ aku rasa x sedap... rasa makanan yg dah busuk... daging busuk n sotong busuk... muntah gak ler aku...

suami aku lak nampak atas kat syiling tu tengkorak.... banyak... huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 05:18 PM | Show all posts
Pedang 7 bilah.

nota kaki- LAMA WEIIIIIIIII TAK TULIS. JAM JUGAK NAK START. HEHE
               ok . ini cerita mengenai abang si CD. seorang yang suka mengumpul pedang. pisau dan keris. tapi ini hobi lama beliau.
               sekarang sudah serik. sebab kejadian ini.




Malam itu aku dan mak dengan seronok hati memasak.
mana tak nya. ketika itu aku baru dapat gajin first sebagai cashier di sebuah pasaraya di Pontian.
mana tak seronok. lepas SPM. ada kerja. boleh beli macam macam
tapi ketika itu aku tak terpikir nak beli handphone,
lebih kepada nak beli baju dan barang2 lain.

malam tu. masih aku ingat, jam 9 tepat. kami duduk depan tv. tonton cerekarama.
aku malam tu pelahap. aku masak ayam ala2 KFC dan kailan bawang putih
dan mak. dengan kari telur puyuh.
dah lama aku tak makan bersama dengan mak.
selalu aku balik lewat jugak
jam 8pm baru sampai
kebetulan hari itu. hari public holiday

kira kira jam 920. abang balik.
abang num 3. aku namakan dia sebagai Imran.
di belakang dia ada beberapa batang. sekali pandang mcam batang mop.

"keleeeentunggg" bunyi besi berlaga, sejurus abg letak benda di belakang nya

PEDANG!
ITU YANG  terlintas dalam kepala aku ketika itu.

ah sudah. mana pulak dia dapat, menambah koleksi atau menambah bala?
aku mula rasa tak sedap hati.
bukan nya aku tak paham minat abang aku.
tapi selalunya., die selalu bawa pulang sebilah
selalunya keris. tak penah parang panjang2 macam tu.

"mana kamu dapat Ran." sapa mak. nada semacam marah.

Abang ketawa. Kawan bagi. jawab nya endah tak endah. tangan sibuk membelek pedang.

"dah makan. pegi amik pinggan. " sapa mak. kali ini mak dah bangun. sudah selesai makan. tapi aku perasan,ada lagi nasi di dalam pinggan.
mungkin tak selesa.
sama macam aku. terus macam takda mood nak makan.
rasa bengang.
tapi ntah kenapa

aku kemas. dan abang. masih belek2.
masa mak tanya., dia hanya jawab ya
tanpa memandang dan melihat mak.

mak terus kemas2 dapur dan kata pada aku. nak masuk tidur
dan aku ke ruang tamu. tonton tv. sambil aku lihat abang aku tak habis2 megelap.menggosok dan megasah parang tu.

"oi. malam2 ni nak ngasah kenapa?" bentak aku. seakan bingit telinga., mendengar bunyi batu asah berlaga

sringgg. sringgg.!

" rilek la. nak test. baru dapat. nak hilgkan karat"
aku diam dan kuatkan volume tv.

jam 12 lebih. aku masuk tido. dan ketika itu, abang sudah baring di sofa. pedang2 nya di letak di lantai.,bertutup surat khabar.

malam itu hujan. tapi aneh. rumah aku rumah kampung. kalao bila sudah malam. memang sejuk seperti ada 56 biji aircond depan badan.
malam itu.
PANAS membara. jenuh aku berkalih. berpeluh. dan basah tilam di buatnya
tiba tiba bahu aku di kuit.

"adik. panas tak.mak panas. aduhh" bisik mak
dapat aku dengar dan aku iakan. sebab bunyi hujan membantai atap zink
gelendang gelendung bunyi., tapi aku dapat dengar butirnya dan PANAS betul!

aku duduk bersila. mahu mengambil air. tekak terasa haus.aku keluar dan tiba tiba tangan aku di tarik mak.

"mak nak ikut" ujar mak. memang rasa pelik
tak penah orang tua ni nak ikut sekali. selalu kalau tengah malam dia nak buaang air besar. selamba je dia seorang diri.

aku mamai. tarik jugak mak.

sampai di dapur. terpampan.

ada sebilah
pedang. betul betul terletak di atas dapur dan api terpasang!
aku tak tahu berapa lama sudah ada di situ
sampai boleh di lihat.
dan naik merah besi itu. tunggu di ketuk!


akan bersambung
hehe jangan marah
ada meeting overtime jam 6,hehe nak prepare.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
theflash posted on 22-1-2014 05:18 PM
Pedang 7 bilah.

nota kaki- LAMA WEIIIIIIIII TAK TULIS. JAM JUGAK NAK START. HEHE

Yessss..... terubat gak rindu aku nak baca update Theflash ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 05:20 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 22-1-2014 05:19 PM
Yessss..... terubat gak rindu aku nak baca update Theflash ni

esok sambung ye. ok hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
theflash posted on 22-1-2014 05:20 PM
esok sambung ye. ok hehe

Okeh....aku tunggu... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 05:56 PM | Show all posts
yeayyy.. akan ku tunggu~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 06:01 PM | Show all posts
yeeayyyy.... dan windu dah ngan citer2 flash....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
theflash posted on 22-1-2014 05:18 PM
Pedang 7 bilah.

nota kaki- LAMA WEIIIIIIIII TAK TULIS. JAM JUGAK NAK START. HEHE

Yeayyyyyyy..dah ada update..nasib baik tt ingat jga nak blik rumah dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:02 AM | Show all posts
rindu tu mmg la ilangg...tp besmbg la plakk...
potong stimm jehhh....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:08 AM | Show all posts
igtkan gmbr2 tu nk tunjuk penampkan ke...
aku naik seram bila nmpk org bwk moto tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:25 AM | Show all posts
cepat la sambung flashhhhhhhhhhhhh......dulu arwah abah, ada simpan pedang zaman jepun...bila arwah meninggal, abang amik pedang tu terus di humbannya ke dalam laut dari atas jambatan pulau pinang.
nak tau pasai pa???

rumah keluarga kami ada stor, Stor tu teletak di tengah tengah ruang koridor yg memisahkan ruang tamu dan dining hall...so whenever kami lalu saja depan stor....akan dengaq sora org bercakap dlm stor...abah simpan pedang tu dalam stor, siap balut dgn kain batik, ikat kemas dgn tali rafia...for yearss....benda ni berlarutan, dan sapa pun tak berani nak tanya abah sebab kami sememangnya dah tau jawapannya...the pedang speaks.

Setahu mama pedang tu tak penah nampak pun abah guna, just once in a very very blue moon abah akan keluarkan dari sarung kaler kuning, dia akan duduk dan belek the blade....study the kilt and the batu batu yg terdapat di kepala pedang tu..(kepala ke..entah, tak reti mama nak describe, hampa paham sendiri la na) jenis batu, agak menarik, kaler merah tapi agak pudar, kuning topaz dan hijau. Yg hijau ni menarik...becoz sometimes it glows...bila nak tengok dekat dekat, abah nanti perambat suh mind our own business.....

bukan abah buat apa pun, mungkin dia minat...atau ada sentimental value yg dia tak penah kongsi dengan kami anak anak nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2014 04:35 PM | Show all posts
cepat cepat aku padam api tungku
mak dah mula mengerling aku semacam nampak sesuatu.
ah sudah.
aku dah mula cuak. cepat2 aku berlari ke arah mak. dan buat2 tak takut.

"cepat la minum" mak cakap.
aku dan mak terus gogok air di atas para dapur, dan cepat2 lari.
mak di depan .hendak menuju ke ke pintu bilik.

sempat aku kerling.ke arah dapur, tempat letak pedang.
aduh!
ada lelaki berpakaian seperti baju silat berbengkung merah dan berambut panjang seakan2 terbang!
bersila dan terbang!
( CD cakap pada saya. " Macam Dhalsim dalam Street Fighter)

membelakangkan aku dan sedang seakan2 menilik pedang itu!

sepantas kilat mak tutup mata aku dan palingkan aku dr pandangan dan terus tarik dan rentap aku masuk dalam bilik.

"dah. baca ayat kursi. dan tidur!" ujar mak.
kedengaran dalam bunyi gerumping hujan. terkumat2 kamit mulut mak dan aku membaca suratul Qursi
tertido kami dua beranak.

pagi itu aku bangun..badan macam letih. penat.
terlupa sekejap peristiwa malam tadi.
terus teringat melihat Abang di bawah
sedang mengasah pedang!

aduh.
terus aku perhatikan.
"pergi mandi dlu." ujar mak dari belakang.
aku akur.
mandi.

kira kira jam 10.kedengaran abang bising2
katanya

"mana pedang aku lagi satu. ada nampak tak"? tanya dia pada aku.
aku jawab.,
entah. mana satu?

tiba tiba aku teringat.
pedang malam tadi. pangkal dia ada kain putih hitam merah.

"haa. yang tu la!" ujar abang macam seronok!
"malam tadi atas tungku." ujar aku
abang nafi. cakap

"aku masuk dalam guni kot." sambil dia mencari2 dalam rumah.di bawah sofa.

"bukan ke ko letak bawah surat khabar?' tanya aku. teringat pulak.

tak. jawab abang pendek.
aku masuk dalam guni. letak bawah katil dalam bilik.
aku tidur dalam.

pulak.
dalam banyak2 kes aku dengan mistik. aku paling tak suka benda yang menyerupai orang yang kita kenal. serius. aku benci,
aku nampak abang baring atas sofa, membelakangkan aku.

sudah.aku malas layan perasaan.terus aku buat kerja rumah. petang nanti shift keje aku.

selang beberapa. dengar abang jumpa pedang dia

terpacak di dahan pokok pisang di laman rumah.
"mak guna ke? tak abis asah lagi niii" ujar Amran lembut

mak hanya kerutkan muka.dan sempat dia mengomel.
"aku ada parang sendiri la"perlahan
tapi aku dapat tangkap.

INI CERITA ESOK NYA

masa aku kerja. mak duduk di rumah. sedang menyiang sayur dan ikan. kedengaran bunyi abang baru balik dari kebun. katanya dia nak test pedang dia nak menebas.
sewaktu itu. mak dengar abang balik. lagsung tak beri salam. dan kebetulan. mak perasan yang abang ke peti ais untuk minum.
dan ketika itu.serentak.
mak berpaling melihat abang.kata mak. dia nak tanya., dah tabur baja ke pekerja indon tu.
belum sempat mak tanya.

mak terkejut. kebetulan. masa mak berpaling. abang pun berpaling

terkejut mak.
mak cakap. muka abang sehitam hitam yang ada. macam di tonyoh arang. muka sahaja! tengkuk dan lain2 ok!
dan mata abang seakan terjegil.!

cepat2 mak berpaling dan teruskan kerja. sambil dia mengucap.

malam itu. mak panggil ustaz. sebab rasa tak sedap hati. kebetulan. masa itu abang takda. keluar. tetapi pedang2 nya ada

aku baru balik ketika itu. dan aku dapat saksikan.

"pedang ini ada pedamping. kesemua ada. nampak ni...sambil ustaz Harun ( nama tipu) tunjuk pada kami. ini kesan macam karat. tapi.." ustaz arah pembantu dia Roslan mengambil segelas air dan tisu. lalu di letak di permukaan pedang.

"tengok. ini bukan karat. tapi kesan darah kering..dan melekat. nampak macam karat. mana leh karat guna air utk hilang. dan bau dia. hanyir kan?" ujar ustaz

"buang la ustaz": terus aku bersuara

"boleh. tapi dia akan datang balik." senyum ustaz melihat aku. serius. aku dh mula rasa takut.



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
theflash posted on 23-1-2014 04:35 PM
cepat cepat aku padam api tungku
mak dah mula mengerling aku semacam nampak sesuatu.
ah sudah.


Yessss ada sambungan dah.... aku tengah shopping. ... malam kang aku bace.... woha
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 04:45 PM | Show all posts
theflash posted on 23-1-2014 04:35 PM
cepat cepat aku padam api tungku
mak dah mula mengerling aku semacam nampak sesuatu.
ah sudah.

Aduh..sangat tensi citer sekerat-kerat encik TT ni...dah la susah nak tunggu hupdate huhu...please3x sila sambung huhu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 10:37 AM | Show all posts
lama x masuk tret nih...dah ada update...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:34 PM | Show all posts
theflash posted on 23-1-2014 04:35 PM
cepat cepat aku padam api tungku
mak dah mula mengerling aku semacam nampak sesuatu.
ah sudah.

uiksss seram bace..
mane abg CD dapat pedang tu?...
Last edited by khailya on 24-1-2014 04:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 03:19 PM | Show all posts
baru join. and citer best. bersila tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 04:06 PM | Show all posts
setel khatam dari 1st page..
best cerita TT..
cume mule2 agak konpius.. sebab 1st stori tak abis.. terus cite bab lain..
now.. aku da konpius.. mane cite yg tak abis ko cite lagi..adoii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.961692 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list