CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2013 02:24 AM | Show all posts
sesampainya kemat di wad bersalin. kelihatan 2 orang misi terkocoh-kocoh memapah bini kemat yang mulai lemah tu.
''takpe encik, tunggu sini. biar kita yang setel. ni macam nak bersalin ni..'' kata misi yang agak separuh umo bajet-bajet tahun depan kot dia pencen kepada kemat yang kepenatan memapah bini dari tadi. so 2 misi ni pun memapah masuk bini kemat ke bilik bersalin. tapi kemat terpikir, bersalin?? bukan bini aku baru 7 bulan ke?? awal nye??
takpe monolog kemat tadi dibuang jauh-jauh. pada dia, apa-apa pun bole jadi. maka menunggu dengan sabar la si kemat itu di luar bilik. kemudian salah sorang misi yang memapah tadi keluar.
''encik, ada bawak kain batik tak?? bini encik ni dah nak beranak dah ni.. hampir-hampir dah ni..'' misi itu berkata cemas. kalau dah misi pun cemas, kemat ape lagi.
''ada nurse, tapi kat kereta. kejap saya amik kain batik kat kereta''
''kereta nya parking mana?'' lantas kemat tunjuk ke arah tempat dia parking kereta tadi. agak jauh dari bilik bersalin.
''laahhh.. jauh nye! kan boleh parking kat sini... '' sambil tunjuk parking lot yang berdekatan kawasan bilik bersalin. ''dah2.. encik bawak kereta encik ke sini, dekat sikit. kain batik jangan lupa.''
umpama si bodoh lagak nya, angguk saja si kemat dengan arahan misi tu. memang jauh pun dia parking.

sesampainya dia kat tempat parking kereta, terkocoh-kocoh si kemat ni masuk kereta. start enjin. masuk gear reverse. masuk gear satu. jalan pelan-pelan. melilau matanya carik signboard parking ke kawasan wad bersalin. dari jauh terlihat satu signboard besar. cepat-cepat dia menuju arah signboard tu. makin jelas kelihatan tulisan signboard yang besar itu HOSPITAL ****** SUDAH DITUTUP BEROPERASI BERMULA XX/XX/2011. HARAP MAKLUM. dammmm!!!!!!
selesai saja kemat membaca tulisan signboard itu, serta merta! sekelip mata! sepantas kilat! kawasan hospital yang dari tadi kelihatan meriah dengan ambulan, pesakit, pelawat semuanya hilang! lenyap! kawasan tadi serta merta jadi gelap. sunyi. satu bunyik pun tak ada. apa lagi cahaya.

menggigil-gigil si kemat ni dalam kereta. berpeluh satu badan. seram sejuk. kaki tangan mula longlai. lemah. otak macam tak boleh berfungsi. ''aku kat mane ni?? aku kat mane ni?? Allah.. Allah.. Allah... tolong aku..'' menggeletar kemat dan cuba mengingat satu-satu kejadian yang membawak kemat ke sini. Terus kemat
''ya Allah bini aku! bini aku! anak aku!'' menjerit kemat dalam kereta. serta merta kaki yang lemah tadi mendapat kekuatan menekan minyak sekuat hati menuju kawasan yang dia sendiri tak pasti jalan nya. kemat meredah saja. kemudian Allah memudahkan segala-galanya, terlihat satu signboard tertulis bersalin. terus saja kemat mematikan enjin dan melompat keluar mendapatkan bininya yang dia jamin masih di dalam bilik bersalin. samada keseorangan atau........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 02:26 AM | Show all posts
dari luar kedengaran suara orang menjerit. dia yakin itu suara bini dia. makin dia dekat dengan bilik bersalin tu, makin kuat suara jeritan itu kedengaran ''abang!! abang!! tolong senah bang!! tolong!!''
makin laju langkah kaki kemat menuju ke arah suara tu, dan terus saja dia merempuh masuk bilik bersalin yang tak berkunci itu. nasib baik.....
sesampainya kemat dekat katik bersalin, terus dia capai bini dia yang sedang baring sambil menjerit dan meronta-ronta ''abang! kenapa bang... kenapa jadik macam ni.. kenapa bang... kenapa jadik macam ni bang...'' berulang-ulang ayat itu terkeluar dari mulut senah bini dia. tanpa mempedulikan rintihan senah, terus kemat mendukung bini dia keluar dari bilik terus menuju ke kereta. sempat dia raba-raba perut bini. oh, oke lagi. takda darah. takda luka.

masuk kereta terus dia tekan minyak menuju pintu pagar yang dia  tadi. sempat dia melintas satu bangunan usang yang tertulis RUMAH MAYAT. baru dia sedar,wad bersalin itu berdekatan betul dengan bangunan usang itu. tak mampu kemat nak menjeling ke arah bangunan tu walaupun dirasakan ada sesusuk tubuh yang sedang memerhatikan dia. nampak je dari jauh pintu pagar besar terus pedal minyak ditekan ke lantai, tak sabar dia mahu keluar dari tempat super angker yang penuh lakonan dan tipu daya syaitan! di dalam kereta mengongoi bini kemat menangis,merintih, merayu supaya dibawa pulang. tak mahu lagi duduk di sini. dia hanya mahu pulang. kemat yang masih tersentak dengan kejadian penuh misteri tadi masih bingung, otak nya tak mampu berfikir dengan baik. dia masih keliru dengan kejadian yang menimpa dia laki bini. kalau la dibiarkan bini nya tadi, tak tau lah apa yang akan jadi.... tak sanggup kemat nak pikir jauh-jauh..

dari dalam kereta kemat terlihat satu signboard tertulis BALAI POLIS ******.. terus kemat memusing stereng ke balai polis entah tujuan apa kemat tak pasti. apa yang pasti dia memang memerlukan seseorang untuk menerangkan tentang hal sebenar memandangkan dia tiada kenalan di daerah itu. sesampainya dia di balai polis, sekali lagi dia memapah keluar bini dia yang masih merintih lemah dalam keadaan pucat. polis yang berhampiran pun panik lalu dengan sifat prihatin ada yang menghulurkan air kepada senah, bini kemat.
terus kemat ke kaunter pertanyaan. dan soalan pertama ''tuan, hospital ***** kat mana??''
''hospital ******? kenapa encik??'' kemat yang tengah panik campur penat pun cerita la sedikit demi sedikit hal yang baru saja berlaku dalam hidup dia.. terbeliak-beliak mata pakcik-pakcik polis itu mendengar cerita kemat, ada yang marah. ada yang geram. ada yang sedih tak kurang jugak simpati. lucu je takda. sebab memang tak kelakar pun. dan antara pakcik polis yang kebetulan ada disitu adalah member ayah aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 02:28 AM | Show all posts
maka seorang pakcik polis yang berada disitu pun menjawab
''dik, tu hospital lama.. dah 2 tahun tutup dik. dah tak operasi lagi. hopsital dah tukar ke tempat lain. kat jalan sekian sekian sekian....'' begitulah jawapan pakcik polis sambil menatap wajah kemat yang mula beransur tahap kebingungan nya..
''takpe lah.. saya rasa, saya nak jumpa dan soal siasat pekerja hotel yang bagi awak direction yang salah ni.. dia pekerja hotel daerah ni, mana mungkin dia boleh tak tau hospital ***** dah lama tak operasi. satu ***** dah tau hospital baru dekat mana.. dah tukar nama pun..'' kata pakcik polis dengan nada geram dan tak puas hati kat pekerja hotel yang sengaja bagi direction salah..

maka polis dan kemat pun beransur ke hotel tempat kemat menginap. sesampainya di sana, melilau mata kemat mencari pekerja hotel yang dia jumpa untuk bertanya direction ke hospital.. tapi takda. barangkali dah tukar shift kot...getus kemat dan tak panik lagi dah. lalu pakcik polis ni bertanya ke receptionist lelaki yang bertugas
''mana pekerja perempuan yang jaga pintu hotel ni?''
''pekerja perempuan? tak ada tuan.. malam ni semua yang jaga lelaki.. pekerja perempuan jaga siang..'' jawab recept. lelaki itu.. maka berkerut dan berpanik semula si kemat yang baru nak pulih panik nya..
mana boleh! tadi memang pekerja perempuan yang layan aku..
''tapi tadi ada sorang pekerja perempuan jaga pintu hotel, yang pakai baju putih seluar putih tu.  saya tanya arah hospital *****, dia bagi direction salah.. takkan dia tak tau hosp. tu kat mane? mane pekerja tadi..'' kemat dah start nak marah masa tu. sebab perempuan itu lah, bini dia hampir melayang nyawanya..
setelah diterangkan berkali-kali bahawasanya tiada pekerja perempuan untuk shift malam itu, serta uniform sebenar hotel itu adalah ; baju kemeja putih, seluar hitam untuk lelaki. dan skirt hitam untuk perempuan. dan tidak pernah bertukar pun uniform itu dari mula hotel ni bukak sampai lah sekarang, kemat terus terduduk sambil melihat bini dia, senah terlentok lemah seperti tiada emosi. mungkin terkejut dengan kejadian ditinggalkan sorang-sorang, mungkin sorang dan mungkin 'berteman' dalam wad bersalin tadi.

''kalau uniform macam tu; baju putih seluar putih yang saya tau cuma nurse je encik'' sambung pekerja tadi. makin kebingungan kemat bila mendengar jawapan pekerja hotel tadi. makin berderau darah kemat, semakin laju jantung kemat.
''dia dah perhatikan aku.. dia follow aku awal-awal... dia memang ikut aku...patutlah aku tak sesat cari hospital tu... sial!!''
sekian...  


p/s dan benar.. ayah aku tak tipu. cerita dia malam tu memang best. sampai terbawak-bawak ke mimpi.
kasihan kemat.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 03:54 PM | Show all posts
ya ampunnnn.. seramnya kak! Wife dia tinggal sensorang kat situ. huhu. Tapi hospital mana eh? Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 03:57 PM | Show all posts
wah, mase SR aritu cume ade 2,3 cerita..
bila dah register, banyak lak nak khatam. hihi..

keep it up TT!! cerita TT best!!

Jap, nak g khatam jap..

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 27-12-2013 12:42 AM
terima kasih...
act saya suka membaca, oleh kerana bnyak thread baru tu yg saya leka ...

Iols lah tu silent reader dik non.sari :-)
Thumbs up to you... citer lengkap asam garam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2013 04:53 PM | Show all posts
sambal_kicap posted on 27-12-2013 03:54 PM
ya ampunnnn.. seramnya kak! Wife dia tinggal sensorang kat situ. huhu. Tapi hospital mana eh? Hehe

Bole ke ahkak reveal name dikk?
takde org batman ke kat sini?
huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 04:54 PM | Show all posts
SyaAnis posted on 27-12-2013 03:57 PM
wah, mase SR aritu cume ade 2,3 cerita..
bila dah register, banyak lak nak khatam. hihi..

Sila2.. Selamat berkhatam..
dah khatam nnt jgn lupa jamu aku pulut kuning..
tengkiuk kerana singgah di sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 04:55 PM | Show all posts
mrs.uzair posted on 27-12-2013 04:06 PM
Iols lah tu silent reader dik non.sari :-)
Thumbs up to you... citer lengkap asam garam...

Khenn... Adik tau dah...hehehe...
terima kasih.. Harap tak jemu..

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:40 PM | Show all posts
cerita yang sangat best abad ini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
....seekers epi. Psl hosp.ni aku ade tgk..n aku pn x smpat nk tgk nama hosp...dan ye dewan bersalin n rumah mayat mmg walking distance je...dlm epi tu mmg teruk jgk host d yg nama shy tu kena ganggu.tp mase d kt rumah mayat la..dewan bersalin pn antara kwsan yg bnyk gangguan mase crew seekers tu disana..Baby AA pn kena....d nmpk kelibat hitam mase kena tinggal sorg2 dlm wad bersalin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 06:19 PM | Show all posts
atie_chemi posted on 24-1-2014 12:40 PM
cerita yang sangat best abad ini...

tengkiu sudi singgah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 06:21 PM | Show all posts
nuyunnisa posted on 24-1-2014 02:36 PM
....seekers epi. Psl hosp.ni aku ade tgk..n aku pn x smpat nk tgk nama hosp...dan ye dewan bersali ...

yeke.. act citer tu pun aku tak sempat tgk..
bile ayah aku citer bende ni and kaitkan ngn team seekers ritu baru la aku sibuk nak mencarik kat utube..
pun masih tak sempat2 jugekk...  bizi sgt2!
mmg seram ke??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 09:57 AM | Show all posts
salam tt non sari...
tak de updates lagi ke?... rindu nk bace coretan tt... best sgt2...
hari2 masuk, kot2 ade updates...hmm...sidih..elek poringgek  
Last edited by atie_chemi on 25-3-2014 11:04 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 02:15 AM | Show all posts
atie_chemi posted on 25-3-2014 09:57 AM
salam tt non sari...
tak de updates lagi ke?... rindu nk bace coretan tt... best sgt2...
hari2 mas ...

Atie, silent reader ke? Heheh..
sory la sesangat.. Mmg dah lama sgt tak hapdet cerita kan..
bizi ngalahkan rosmah nih!
banyak cerita sebenarnye, cuma nak menaip dan mengolah tu yang tak ada mase.
insyaAllah, adalah cerita nya nnt..
tima kasih sudi singgah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 04:22 PM | Show all posts
Salam semua.. Dah lame rasanya aku tak share cerita serem sejuk beku aku ngan korang.. Tak sangka masih ada lagi yang dahagakan dan mendambakan cerita seram sejuk beku dingin ais ketul aku nih.. Heheh.
Okay... Here it is!

MILIK SIAPAKAH RAMBUT ITU.....

Sorry sangat2 sebab aku memang bizi super duper bizi sampai tak sempat nak buat ape pun. So dengan kesempatan yang ade nih yang aku sendiri pun tak tau berapa lama bole bertahan, aku share la serba sedikit pengalaman aku or orang terdekat aku nih.

1stly cerita berkenaan dengan pengalaman pelik yang berlaku dekat rumah makcik aku yang ada anak kembar Rona dan Roni. Pada yang baru nak mengfollow cerita berkenaan dengan kembar ni ada link di 1st page ye.. Oke, tapi yang ni bukan cerita pasal si kembar ni. Tapi cerita tentang apa yang berlaku dekat kawasan rumah makcik aku.

Takde la seram mane, erk! Tapi seram jugak la kat aku yang tengok dengan mata kepala sendiri.. Bende ni lebih kepada suspen sebenarnya. Takde la muncul makhluk-makhluk muka seram. Benda ni berlaku petang dan membawak kepada senja.

Petang tu makcik aku ni buat aktiviti dia macam biasa. Oleh kerana laman rumah die ni luas so sebagai wanita yang cintakan bunga makanye meriah lah kawasan rumah dia dengan pokok-pokok bunga yang tumbuh melata. Samada yang ditanam sendiri mahupun yang tumbuh sendiri. Tapi bukan bunga yang menjadi isu seram di sini. makcik aku ni seperti biasa menyiram suriram la bunga-bunga kat laman rumah dia.. Masa tu waktu dalam pukul 6 setengah seperti yang diberitahu.

Masa waktu ni memang takde pun sebarang kejadian pelik mahupun ganjil yang terjadi pada beliau mahupun pada bunga-bunga beliau. Kebetulan pakcik aku, pakcik Jamal sedang bersiap-siap nak ke surau. Sempat la die membelek-belek sekali bunga yang sedang disiram itu. So aktiviti petang itu berjalan dengan lancar nya.

TETAPI!! Jeng jeng jengg...!!! Wahahahahaha!! Oke aku bagi efek seram sikit. Berlaku sesuatu yang agak menyuspenkan dan menyeramkan bila mana lepas pakcik aku ni balik dari surau, tanpa salam mahupun bersopan terus menerjah masuk rumah dengan keadaan muka yang agak suspen dan berkerut. Terus dia memekik nama bini dia "senah! Senah! Abang balik ni sayang..." Cehh.. Takde lah dia panggil macam tu, cuma nama bini dia je yang sempat terpancul keluar dari mulut. So makcik aku yang masih bertelekung lagi terkocoh-kocoh mendapatkan hubby nya yang memekik-mekik memanggil nama dia.

"Agak dah kenapa bang??" Tanye makcik aku bila tengok laki dia macam orang terjumpa hantu. Masa tu makcik aku cakap pakcik Jamal ni asik tertoleh-toleh dapur rumah dia. Oke sebelum tu aku bagitahu kedudukan rumah dorang ni ye.. Dorang ni kalo nak keluar masuk rumah lebih selesa ikut pintu dapur yang mana keluar je dapur terus nampak garaj. So pakcik aku ni yang baru balik surau terus masuk rumah ikut pintu dapur. Oke sambung, masa tertoleh-toleh tu siap berkerut-kejut muka beliau.

"Masa ko siram bunga petang tadi ade nampak apa-apa tak?" Soalan pelik mula ditanya.
"Nampak ape bang? " makcik aku dah start seram even belum dengar soalan cepucemas seterusnya.
"Gini... Rambut sapa yang berlambak bawah tangga tu?" Yeah.. Itu dia soalan seram kedua pulak terpancul keluar.
Oke, part bawah tangga pulak, meh aku ceritakan bentuk rumah dorang ni. Wah, dah macam arkitek dah aku nih. Rumah dorang ni dorang tambah satu bilik tido kat atas yang mana tangga nye terletak di luar rumah. So kalo nak naik bilik atas maka nya kene keluar la dulu baru bole naik bilik.  Aku pun tau la sape punya idea buat rumah macam ni punya gaya. So bawah tangga nak naik bilik tu macam ada space sikit untuk letak barang berkebun. Err.. Korang imagine la sendirik ea..

Oke sambung, makcik aku dah start seram gila vavi. Setau dia memang takde apepun yang dia nampak masa siram bunga petang tadi melainkan dia nampak bunga je lah.
"Rambut?! Rambut sape bang? Banyak ke? Kat mane? Ade lagi ke? " maka soalan tadi di balas dengan soalan yang bertalu-talu dari makcik aku. Memang tak kasik can lah.
So pakcik aku pun cerita lah apa yang dia nampak sebentar tadi. Masa dia balik surau tadi lampu motor die tersuluh sesuatu dekat bawah tangga. So bila motor dah parking kat garaj, pakcik aku ni pun terus pegi bawah tangga tengok ape yang lampu motor die tersuluh tadi.

Dari jauh nampak macam something warna hitam terhampar kat bawah tangga. So dia amik torchlight and suluh la ke arah benda hitam yang dia nampak tadi. Makin lama makin dekat dia pada benda hitam yang melambak bawah tangga tu. Bila dah sampai tempat nya maka mengigil la satu badan pakcik aku ni, seram sejuk dia bila benda hitam yang disuluh itu adalah sehamparan rambut tah sape punya bertebaran dibawah tangga. Pakcik aku cakap banyaaakkkk sangat rambut tu. Bila dah macam tu terus la dia masuk rumah dia ikut pintu belakang yang aku bagitahu tadi.

Dan dari situ lah insiden soal jawab berlangsung. Kot lah makcik aku dah nampak dulu rambut tu cuma tak sempat bagitahu pakcik aku. Atau pun mungkin itu rambut makcik aku yang gugur.. Atau pun tu rambut dari anak-anak perempuan dia yang lain. Tapi semuanya menidakkan. Tapi memang agak mustahil lah rambut-rambut tu kepunyaan orang-orang kat rumah tu. Memang mustahil! Sebab tengok dari structure rambut tu macam dah lama tak bersyampu.  Kebetulan sepupu-sepupu aku semua ade dekat rumah. So bila dah dengar kenyataan seram dari pakcik aku maka semua sepupu-sepupu aku bermarathon keluar nak tengok rambut yang seperti yang di ceritakan itu. Makanye sempat lah sepupu-sepupu aku ni mengambil gambar rambut tersebut untuk dibuat ape pun aku tak pasti.  

Dan esok nya kebetulan aku ke rumah dorang. Dan masih ada lagi rambut yang banyak itu di bawah tangga. Tapi pakcik aku tak nak tunggu lama. Kang kalo dibiarkan takut bulu lain pulak ikut join sekali menebeng kat bawah tangga tu. Sempat la laki aku amik gamba rambut tu. Mana gamba nya? Ye... Nak bagitahu la nih, mase laki aku ambik memang dapat capture pic nye.. Then kitorang simpan la sampai kepam gamba tu. Konon-konon nak tunjuk orang, last-last sampai ke sudah gamba tu tersave and hilang sendirik tanpa diketahui punca nya. Jangan tanya aku, bukan hp aku so aku tak tau mane pegi gamba tu. Tanya laki aku lagi lah die tak tau cuma die cakap memang gamba tu di dah lame tak bukak and tengok. So dia tak sure dia terpadam atau ape.. Tapi dia kata die tak padam.

Apepun sempat la aku membelek rambut tu. Rambut tu lurus tapi tebal.. Macam penyapu. Korang agak rambut sapa tu ek?
Sekian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2014 05:47 PM | Show all posts
Okay next story!

KALAU BERDUA ADA YANG KETIGA

Oke, kisah ni masa aku keja dengan company lama.. Kerja aku ni dulu tersangatlah lah bizi umpama mengejar dunia semata! Kerja yang memerlukan aku ke sana dan ke sini.. Ke daerah sana dan daerah sini, ke negeri sana dan negeri sini. Sebulan kadang-kadang 4 hari je jumpa laki aku. Teruk sangat kan.. Tapi itu dulu.. Sekarang dah keje lain..

Oke, kejadian ni semasa aku kene ditugaskan ke sebuah tempat peranginan di selatan negeri.. Masa kejadian tu aku dengan seorang lagi member aku yang sama-sama ditugaskan ke sana. actually yang kene pegi 3 orang, tapi yang sorang tu datang lewat sebab dia mari dari Terengganu. So naik bas la dari sana ke sini. Masa nak menuju ke sana waktu masa tu dah pukul 6setengah.. Dan jalan masuk ke sana lebih kurang 1 jam. So memang agak lewat la masa tu. Tapi nak buat macam mana, dah keje. Kebetulan member aku bagitahu dalam tu ada hotel, sampai nanti terus je cek in. Itupun kalau tak penuh.. Pulak!

So masa on the way ke sana tu memang takda masalah pun.. Kitorang borak-borak, gurau-gurau, gosip-gosip.. Waktu makin merangkak senja.. Satu-satu kereta menuju ke sana hilang.. Masing-masing masuk simpang lain.. Yang tinggal cuma 2 buah kereta je, kereta aku dengan kereta yang follow belakang aku.. Tapi last-last tinggal keter aku je. So hari makin gelap. Jalan makin sunyi. Nasib baik ada lampu jalan masa tu. So demi tak nak mensunyikan dan menyeramkan keadaan, aku bukak la cd mengaji dalam keter tu..

Dan akhirnya sampai tempat yang di tuju. Perkara pertama yang dibuat adalah carik hotel. Waktu masa tu dah pukul 7suku. Tercepat 15min plak.. Aku kebetulan 'cuti'. Member aku ni pun satu hal. Die cakap tak mandi wajib lagi. So masa yang ada tu memang untuk carik hotel je la. Unfortunately, semuanya dah fully booked. So kami keluar dengan hampa. Kerja yang kami nak buat ni esok pagi. Hotel penuh. Nak tido mane pulak? Member aku dengan selamba badak nya cakap suruh patah balik. Carik hotel dekat bandar pulak. Aku marah la. gila ko! Masuk sini dah satu jam, jalan sunyi lagi. Signal minyak ni dari tadi dah terkenyit-kenyit kat aku suruh isi. Then member aku pun berkata,
"Ahh..minyak takda hal. Aku payung! Meh aku drive keter ko. Ko rilek saja ye.."
Wah! Ini sudah bagus.. So aku pun menurut saja tanpa membantah kerana benefit nya aku yang dapat.

Dari cd mengaji yang aku pasang, dengan musibatnya member aku boleh tukar cd lain. Dia kata tukar mood pulak. Kurang asam! So aku ikutkan je lah masa tu. Tiba-tiba member aku brake emergency. aku dah kalut. Agak dah kenapa ko budak? Rupa-rupanya dia nak bukak bonet kejap, nak amik cardi sebab sejuk pulak tiba-tiba. Aku cakap pakai je aku punya. Tapi dia tak nak. Tak kan aku nak paksa pulak. Dah setel tu, perjalanan diteruskan.

Tiba-tiba (banyak pulak tiba-tiba aku kan..) member aku ni boleh buat lawak bangang yang paling bangang aku penah dengar dalam dunia. Lawak ni lah yang menjadi punca segala-galanya. Tak semena-mena dia boleh cakap kat aku macam ni,
"Weh sari, ko bayangkan ea.. Tadi aku amik cardi kat bonet kan? Ko tunggu aku dalam kereta kan?" laju aku angguk tunggu ayat seterusnya..
"So dah setel, aku pun masuk kereta. Sambung drive. Tiba-tiba hp ko bunyik, sekali nama aku yang naik. Heheheh..." Dia dah start dah...
"Aku pun jerit kat ko, weh sari! Ko pegi mana? Aku tak naik lagi ko dah pecut tinggalkan aku."
"Rupa-rupanya yang dalam telefon tu aku, tapi yang drive kereta ko sekarang ni pun aku jugak. Ko pun terus tengok aku. Aku masa tu tengah pandang depan, tengah drive. Ape yang ko nak buat masa tu? Ko nak percaya yang mana? Percaya aku yang tengah drive ni ke atau ko percaya kan aku yang tengah call tadi..ngeh ngeh ngeh.." Begitu lah lawak bangang dari member aku sambil ketawa jahat dihujung nya..

Dan-dan tu jugak aku terus lempang bertubi-tubi member aku kerana lawak bangang nya itu. Seram kot. Dah la jalan tu masa tu cuma kereta aku je. Aku malas nk pot apa yang member aku cerita. Sebab masa tu dia still merepek-repek lagi. Aku sendiri pun pelik dengan perangai member aku masa tu yang agak cabul dan bengap jugak la sebab time-time macam ni,  lawak yang itu jugak menjadi pilihan. Masa dia merepek-repek tu aku sempat la pandang dia, sekilas itu aku terpandang sesuatu di tempat duduk belakang betol-betol di belakang seat member aku. Masa tu member aku masih ketawa dengan lawak ciptaan dia sendiri. Sendirik buat lawak, sendirik gelak.

Aku masa tu tak sure yang aku pandang tu apa. Sebab masa tu gelap. Dengan member yang still memekak. Just harapkan lampu jalan yang berselang tu je la. Nak fokus betol-betol memang aku kene pandang berkali-kali la gamaknye. Tapi kepala aku masa tu memang asik rasa nak menoleh je ke belakang. Then otomatik, aku toleh lagi bile aku rasa ada sesuatu kat seat belakang. Dan akhirnya! Aku terpandang satu makhluk yang aku kira lebih kepada Pontianak yang tak berapa nak jadi. Sebab apa? Sebab muka dia macam separuh je, tak jelas. Badan pun tak jelas tapi sekilas tu kita akan dapat tau itu badan dia then selebihnya rambut yang membukit. Dah gitu, aku cepat-cepat toleh depan. Masa tu memang istighfar panjang aku. Member aku ni pulak buat tambahan lagi dengan lawak dia. Serius. Malam tu dia sangat hyperaktif di samping mulut dia yang nauzubillah! Cabul!

Aku sempat tegur suruh dia diam. Fokus je dengan pemanduan dia. Dah dia kata aku ni penakut. Maka bergelak lagi la member aku. Masa tu memang aku rasa macam tak perlu la kot nak bagitahu dia. Since aku tengok dia sendiri pun dah macam setan, dari tadi asik nak menganjing aku je. Gelak sorang-sorang. So aku biar kan la dia dengan khayalan dia. Di samping tu jugak mulut aku ni tak putus-putus baca ayat Kursi.. Sempat jugak aku cakap kat benda tu perlahan-laham "pegi jauh-jauh.. Pegi jauh-jauh.. Aku nak keje ni.," then sambil-sambil tu sempat jugak la aku pandang sekilas dua untuk memastikan benda tu masih ada lagi ke tidak.. Dia macam biskut tau, kejap nampak ada.. Kejap kang tak ada.
Tak tau samada memang dia hilang-hilang atau sebab kejap gelap kejap terang.

Masa time aku tertoleh-toleh ke belakang tu, member aku sempat pulak berkata,
"Ko kenapa tengok-tengok aku.. Ko takut ea aku cerita tadi. Takda pape lah. Aku gurau la. Gila ko. Ko ingat aku berani nak lama-lama kat bonet tadi. Dah la aku rasa macam orang tengok aku tadi." Begitu la kata-kata yang betol-betol menusuk kat telinga aku dan terus membawak ke jantung. Dup dap dup dap dah jantung aku ni. Masa tu aku terdetik, agak bende ni ikut member aku masuk ke? Gulp!

"Ko tak rasa ke aku drive dari tadi tak sampai-sampai bandar?" Deng!!! Tiba-tiba soalan tu terpancul keluar dari mulut member aku. Ye, aku perasan ngok! Memang ko drive dari tadi tak sampai-sampai bandar. Memang aku pun perasan masa tu kereta aku macam tak keluar dari jalan tu. Kami tak jumpa simpang kampung, tak jumpa kereta, tak jumpa rumah-rumah tepi jalan, tak jumpa kedai mahupun apa-apa signboard pun. Cuma hutan kelapa sawit  je kiri kanan sedari tadi. Terus aku capai cd ngaji yang member aku kuarkan tadi. Masa tu memang takda masa la aku nak toleh-toleh belakang nak tengok benda tu. Terus aku cakap,
"Dah.. Dah.. Baca apa yang patut. Kira kat tempat orang ni. Baca je kuat-kuat." Begitu lah arahan aku masa tu. Agak bergetar jugak la nada suara aku masa tu, konon-konon macam takda pape, padahal awal-awal aku dah nampak dulu bende alah tu kat belakang.

Cd ngaji aku pasang kuat-kuat. Ayat Kursi kami baca kuat-kuat. Bermusabaqah la kami berdua masa tu. Then tak lama lepas tu barulah aku ternampak sebuah Lori kat depan, tak lama lepas tu simpang kampung-kampung berdekatan, diikuti dengan kedai dan seterusnya signboard ke bandar. Alhamdulillah.. Masa tu aku toleh kawan aku, sekali aku tengok dia.. lor! Nangis? Then masa ni lah aku rasa nak tergelak. Dah ko nganjing aku bagai nak rak, last-last ko yang nangis.rupa-rupa baru lah dia rasa yang dia tadi kena kacau. Drive tak sampai-sampai. Masa baca ayat-ayat tadi die cakap hati dia tak sedap langsung, macam ada sesuatu kat belakang. Dan itulah 1st time dia terkena dengan benda-benda tu.

Dah sampai bandar, Alhamdulillah, kami pun dapat hotel. Dan malam tu kami tido dengan lena bertemankan segala mak nenek lampu bilik dengan lampu bilik air, lampu meja, lampu cermin dan segala-gala lampu yang ada kat bilik tu kami terangkan. Esok nya aku pun berterus terang dengan member aku yang aku dah nampak dulu benda tu kat belakang dia masa dia tengah drive. Lalu setepek penampar jepun hinggap kat pipi aku. Dan member aku menambah perisa kegeraman nya,
"Apesal tak bagitahu aku bodoh!"
Sekian...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 05:57 PM | Show all posts
Mau lagi? Malam sikit ye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 06:47 PM | Show all posts
Sila2 hapdet lagi.. Jgn malu2.. Buat macam thread sndiri... Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
keledekbakar posted on 4-4-2014 06:47 PM
Sila2 hapdet lagi.. Jgn malu2.. Buat macam thread sndiri... Hehehe

Haha! Pandai ko gurau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.176361 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list