CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 19-12-2013 02:08 PM | Show all posts
UsuFie posted on 19-12-2013 11:43 AM
kan..walopun tak faham bahasa korea..

tapi lagu2nya, seronok utk telinga dgr..

kannn.....

so zack..cpt brlatih lagu korea yerrrr.....

jgn lupe pakai celak mcm abam Top..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2013 10:14 AM | Show all posts
khaizarina posted on 18-12-2013 07:28 PM
Ni semua good info tapi iols tak baca pun

Kihkihkih...

Ala...bukan uols sorang yang tak baca. Ramai yang skip part ni.....

Lagu medley cina, melayu omputeh? Masalahnya, susah nak cari bideo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 10:20 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-12-2013 05:34 PM
whoaaaaaaaa... berbulan aku tak masuk sini dah ada citer baru baekkk punyeee..
ai like! like! like ...

Wey Conan! Lama tak nampak hang...bertapa kat mana?

Errr...idola Zack Salleh Yaakob. Boleh? Nak yang muda sikit....Serap Muslim....




Thanks for the idea. Ada yang lebih kurang dgn apa yang iols fikir, tapi tulah. Agak cliche.

Tapi, lantaklah kan, cliche ke idok. Janji iols habeskan cerita ni sampai bab terakhir....(Mungkin iols twist sikit sana sini supaya tak terlalu cliche....)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 10:25 AM | Show all posts
awanjingga posted on 19-12-2013 02:08 PM
kannn.....

so zack..cpt brlatih lagu korea yerrrr.....

Zack tak minat Kpop.

Muka Zack pun melayu jawa jah, takkan nak tiru gaya retis jadi Kpop macam ini?



Gigih gugel gambo nak cari camna rupa sebenor Abam Top kesayangan mu iteww....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 10:30 AM | Show all posts
Di sebabkan Zack masih pening kepala nak pilih lagu apa untuk staff party + retis mana yg patut di tiru...maka kita biarkan saja dulu Zack dalam kepeningan.


Last edited by Nicki_Meow on 20-12-2013 10:34 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 10:33 AM | Show all posts
Episode 18

Zeta Bar, Hilton Kuala Lumpur

Tidak ramai pengunjung pada waktu ini. Mungkin kerana ianya bukan hari minggu. Badli melangkah perlahan, menuju ke kawasan island bar lalu duduk di salah sebuah kerusi yang kosong.

Di sebelah Aaron.

Badli sudah sedia maklum, bar ini memang tempat kegemaran Aaron bersantai. Sambil mendengar muzik, sambil minum. Kebanyakan pekerja bar ini sudah mengenali Aaron sebagai salah seorang pengunjung setia.

Aaron sedar kehadiran Badli di sebelahnya tetapi, dia hanya memandang dengan ekor mata. Tidak menegur. Malas untuk menegur. Pasti ada sebab kenapa Badli datang ke sini mencarinya setelah tidak bertegur sapa buat beberapa ketika.

Keakraban persahabatan mereka telah tercalar.

“Don.” Panggil Aaron, setelah mendiamkan diri selama lima minit. Don, si pelayan bar hadir dengan senyuman.

“Yes sir?” Soal Don.

Aaron hanya membuat isyarat kepala, mengarahkan Don untuk mengambil pesanan Badli. Don menurut.

“Your drinks sir?” Soal Don kepada Badli.

“Ginger Ale.” Jawab Badli. Don mengangguk lalu pergi untuk menyediakan pesanan.

“Dah insaf ke?” Perli Aaron. Badli hanya tersenyum tawar. Apa yang dia mahu minum, bukanlah masalah Aaron.

Aaron meneguk sedikit minuman dalam gelas sebelum berpaling ke arah Badli.

“What’s up?”

Badli tidak menjawab. Aaron ketawa sinis.

“Just spill it out, bro. Aku bukan mind reader yang boleh baca apa yang ada dalam kepala otak kau.”

“Kau nak balas dendam kan?” Suara Badli mendatar.

“Balas dendam?” Aaron menggelengkan kepala, tersenyum sedikit. “Aku bukan macam kaulah, Bad.” Suara Aaron kali ini lebih serius.

“Kalau bukan itu tujuan kau, kenapa kau nak rapat dengan Farizah?” Badli menyoal lagi.

“Itu aje sebabnya kau datang jumpa aku? Kau cuma nak tanya pasal Farizah?”

“You are crossing the line. Kau tahu aku sayangkan dia.” Balas Badli, sedikit meninggi. Sekali lagi, Aaron tersenyum sinis.

“Bad…Bad. Bukan Farizah saja perempuan yang ada dalam dunia ni. Berapa ramai yang dah jadi koleksi kau…”

“Farizah tak sama.”

“Your drinks, sir.” Don datang membawa pesanan Badli. Setelah meletakkan gelas, dia segera beredar.

“Kau tahu aku sayangkan Farizah. Sebab itu kau sengaja rapat dengan dia. Kau masih dendamkan aku pasal Emily.” Badli terus menuduh.

Wajah Aaron berubah sedikit bila Badli menyebut nama Emily. Sedikit sebanyak, tuduhan Badli berasas. Emily bekas kekasihnya. Mereka putus kerana Emily curang dengan Badli.

“Aku dah cakap banyak kali. Masa tu aku dengan Emily tengah high. Aku tak sangka yang aku boleh terlajak…”

“Bad, aku dah lama lupakan kes Emily. Benda tu dah lama. Emily pun dah kahwin dengan orang lain. Tak payah kau nak ungkit lagi.”

Badli terdiam.

“Jadi, kenapa kau sengaja nak rapat dengan Farizah?” Setelah meneguk sedikit minuman, Badli bertanya.

“Kenapa tak boleh?”

“Because I love her!”

Aaron ketawa menyindir. Last edited by Nicki_Meow on 21-12-2013 07:05 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2013 11:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-12-2013 10:20 AM
Wey Conan! Lama tak nampak hang...bertapa kat mana?

Errr...idola Zack Salleh Yaakob. Boleh?  ...

aku tgk lama benor citer2 kt sini nak hapdet, aku betapa kat penulisan2u ler

kalo tanak cliche, bior zack kawen 4, pastu dtg watak baru plak nak kawen sama zack
(ilham dr citer bini 5 tuh).
lps tu terus nicky pening. ending cerita terus jadi AKU BERMIMPI RUPANYA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 12:27 PM | Show all posts
“Bad, kau sedar tak yang kau dah bertunang? Kau dah nak kahwin tak lama lagi.” Suara Aaron kembali serius.

“Bukan aku nak sangat kahwin. Itu semua family aku yang nak. Aku langsung tak cintakan perempuan tu.”

“Still, kau kena kahwin jugak kan dengan dia?”

Badli merengus.

“Atau kau rasa, kau boleh kahwin dua?”

Badli mendiamkan diri.

“Bro, aku tahu...dalam agama kau, lelaki boleh kahwin sampai empat. Tapi, kau rasa…nak ke tunang kau dengan Farizah tu, bermadu?” Aaron menyindir.

“Damn it, Aaron. Kenapa kau pun beriya sangat dengan Farizah?”

“Sebab aku suka dia. Kenapa? Kau ingat, semua perempuan dalam dunia ni patut sembah kau sorang?”

“Kurang ajar.”

Aaron ketawa.

“Sudahlah Bad. Buang masa kita nak fight pasal ni. Kau pun tahu, aku tak akan bergaduh dengan kawan-kawan, hanya sebab perempuan. That’s just not me.” Aaron bersuara.

“Tapi aku mengaku, aku suka dia. Aku suka Farizah. Dan kau Bad...aku perlu ingatkan kau sekali lagi. Dah tiba masa kau ubah perangai. Kau dah nak kahwin, Bad. Sampai bila kau nak teruskan perangai buaya kau tu?” Sambung Aaron.

“Heh. Kau siapa nak nasihat aku?” Soal Badli.

“I’m your buddy.”

Badli menggelengkan kepala lalu ketawa.

“Kawan? Kawan takkan tikam belakang macam nilah.”

“Kau sepatutnya lebih tahu pasal tu, Bad. Kawan memang tak patut tikam belakang.”

“I knew it. Kau memang dendam pada aku.”

Aaron ketawa perlahan lalu menggelengkan kepala. Tak habis-habis Badli menuduhnya berdendam. Dia tidak berdendam. Malah kes Emily sudah lama dilupakan walaupun diakui, perkara itu membuatkan dia terkilan.

“Should I say that, this is Karma?” Aaron berkata, sengaja mengapi.

Badli merengus lagi. Dia tidak pernah rasa seperti ini. Dia tidak pernah rasa suka dengan seorang perempuan seperti mana dia sukakan Farizah. Dan apabila rakan baiknya mahu menikam dari belakang, dia benar-benar berang.

“Okay, fine. Kita bertaruh, siapa yang boleh dapatkan Farizah.” Badli mencabar. Aaron ketawa. Tak sangka Badli akan bertindak seumpama kanak-kanak, hanya kerana seorang perempuan.

“Sudahlah Bad. Takkan pasal perempuan, kau nak bertaruh?”

“Kalau kau taknak, then leave her alone.”

Aaron menarik nafas panjang. Kejengkelan jelas tergambar di wajahnya.

“Fine! Kalau itu yang kau nak.” Aaron membuat keputusan untuk mengikut saja rentak Badli.

“Apa yang aku dapat, kalau aku menang?” Aaron berkata dalam nada mendatar.

Badli mendiamkan diri.

Mereka tak akan pertaruhkan wang kerana wang bukanlah masalah besar kepada mereka. Walaupun hidup Aaron kelihatan lebih low-profile, Aaron sebenarnya adalah anak orang berada juga. Bapanya seorang tauke balak bertaraf Tan Sri di Sabah dan juga merupakan seorang ahli politik.
Jadi, wang tidak akan dijadikan pertaruhan. Apa yang di pertaruhkan di sini, adalah harga diri.

Harga dirilah sangat.

“Apa yang aku dapat, kalau aku menang?” Soal Aaron lagi. Kali ini, lebih kuat.  

“The looser, will have to call Sir to the winner.”

“Is that it?”

Badli mengangguk.

Aaron menggelengkan kepala. Mahu saja muka Badli ditumbuknya. Marahkan diri sendiri pun ada. Entah macam mana boleh terjebak dengan pertaruhan bodoh seperti ini hanya kerana perempuan. Tapi, perempuan itu adalah Farizah.

Aaron menghembus nafas kasar. Dia memang menyimpan perasaan pada Farizah walaupun dia tahu, Farizah tidak mempunyai perasaan yang sama. Walaupun manja di luaran, hati Farizah keras beku seperti air batu.

Dan Badli pula, perlu diajar. Lelaki seperti Badli perlu diajar bagaimana mahu menghargai wanita.

“DON!” Aaron memanggil dengan kuat. Sekeping duit lima puluh ringgit di campakkan saja di atas meja bar.

Aaron menandang Badli dan kemudian, dia bangun. Badli ditinggalkan saja di situ.
Last edited by Nicki_Meow on 21-12-2013 07:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2013 01:40 PM | Show all posts
Episode 19

“Excuse me, sir.”

Teguran si peramugara tinggi lampai membuatkan Badli menoleh.

“We are going to serve food.” Sambung si peramugara penuh sopan.

Badli mengangkat kening.

“I don’t want you to serve me.” Badli berkata, dingin.

“Sorry sir?”

“You don’t understand what I’m saying? I said, I don’t want you to serve me.”

“But sir…”

“Call Farizah, now.”

“But sir…”

“Look at my mouth and listen carefully. I said, I don’t want you to serve me. Call Farizah Sidek.”

Si peramugara mendiamkan diri.

“You don’t understand English? Okay, aku cakap bahasa Melayu. Kau panggil Farizah Sidek sekarang.” Suara Badli yang bertambah kuat. Beberapa penumpang mula memberikan perhatian. Mujur saja di bahagian Business Class, tidak ramai penumpang ketika ini.

Dua orang warga emas, mungkin berbangsa Inggeris duduk di bahagian depan. Seorang lelaki pertengahan umur sedang membaca majalah di bahagian tengah kanan. Seorang lagi pemuda dalam lingkungan awal dua puluhan pula, tidak memberikan perhatian. Telinganya disumbatkan dengan earphone.

Walaupun tak ramai, si peramugara tinggi lampai tetap terasa malu apabila diherdik begitu.

“Aku tahu dia ada kat belakang. Panggil dia sekarang.” Arah Badli lagi.

“Tapi Encik…”

“Kau jangan sampai aku buat kecoh dalam ni.” Kata Badli, disertai dengan beberapa ayat maki-hamun.

“Alright Sir.” Si peramugara mengalah. Dia berlalu sambil dalam hatinya menyumpah seranah. Terpaksa menerima saja dengan sabar walaupun hati membengkak. Maklumlah, customer is always right.

Right sangat. Silap-silap, ada penumpang yang ditolak keluar dari pintu kapal terbang pada ketinggian 86,775km dari paras laut ini.




“Izzy!”

Farizah yang sedang berdiri menikus dalam pantry mengangkat muka. Wajah cemberut Alvin dipandang simpati.

Sudah pasti Farizah tahu apa yang terjadi. Jeritan Badli dapat dia dengar walaupun dalam pantry. Memang Farizah sengaja mengelakkan diri dari berjumpa dengan Badli, sejak dari mula Badli masuk ke dalam pesawat hingga sekarang.

“Sorry Alvin.” Ucap Farizah sambil menggigit bibir. Tidak di sangka pula Badli tergamak memarahi Alvin tak tentu pasal.

“Boyfriend tengku-rak kau tu memang tak ada adab, kau tahu tak? Nasib dalam flight. Kalau kat luar, aku bagi flying kick je.” Alvin melepaskan geram.

Farizah menarik nafas.

“Sebelum dia naik angin lagi, baik kau pergi serve food pada dia.” Arah Alvin.

“Ala Alvin... aku taknaklah.” Farizah menolak sambil membuat muka simpati.

“Habis tu, kau nak biar dia terjerit-jerit macam monyet?” Balas Alvin.

Farizah mengeluh.

“Go now.”

“Suruh orang lain, tak boleh ke?”

“He want you.”

“Ala Alvin…”

“Izzy, aku tak tahu apa masalah kau dengan dia dan aku tak nak tahu. Yang aku tahu, kau pergi kat dia sekarang.  I don’t care what you do or how you do it but just make sure dia tak bising-bising lagi. Mengganggu passenger lain, tau tak?” Alvin memberi arahan sekali lagi.

“Alvin…”

“Sshhh! Stop Alvin Alvin with me. Pergi. SE - KA - RANG.”

Dengah berat hati, Farizah menurut. Last edited by Nicki_Meow on 21-12-2013 07:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 02:20 PM | Show all posts

Alvin...   


sunyi jer sini...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:03 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-12-2013 02:20 PM
Alvin...   

Cute pulak Alvin gini...bayangkan dia serve orang dalam flight....

Ari jumaat, ramai cuti kot. Tu yang sunyi. KL hujan lak tu... tido best ni...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:05 PM | Show all posts
Farizah menolak troli makanan secara perlahan ke arah tempat duduk Badli.

“Hai.” Badli menegur. Farizah kekal memasamkan muka.

Tanpa memandang Badli dan tanpa bertanyakan menu pilihan, makanan diletakkan di hadapan Badli. Seboleh mungkin, Farizah mengawal tindak-tanduknya.

Jika diikutkan hati, mahu saja dulang makanan dihempuk ke atas kepala Badli.

“Izzy…tunggu.” Badli memegang lengan Farizah apabila Farizah hendak berlalu pergi.

“Anything else, Tengku Badli?” Soal Farizah.

“Since when you bertengku-tengku dengan I?” Badli menjawab dengan soalan.

Farizah menghembus nafas kasar.

“Saya sedang bekerja, Tengku Badli. Boleh tak lepaskan tangan saya?”

“Tak boleh. Kalau saya lepaskan awak, awak akan terus lari dari saya.” Balas Badli, juga bersaya-awak.

Farizah mendiamkan diri.

“Kenapa you tak jawab bila I call?”

“Perlu ke I jawab?”

“Izzy, tell me. What’s wrong?” Soal Badli. Tangan Farizah dilepaskan.

“You dah berubah sejak rapat dengan Aaron. You memang ada apa-apa ke dengan dia?”

“Aaron? I tak ada apa-apa pun dengan Aaron.” Jawab Farizah.

“Izzy, please. Kenapa ni? You tahu tak…I betul-betul sayangkan you. You buat I macam nak gila…”

“Sayang?” Farizah tertawa kecil.

“Tell that to your fiancée.” Sambung Farizah. Muka Badli berubah.

“Siapa ya, nama fiancée you tu? Tengku Nadirahkan? Eloklah tu. Tengku dengan Tengku…baru sekufu.”

“Aaron yang beritahu you pasal ni?”

Farizah tak menjawab.

“Look Izzy. I bertunang sebab permintaan keluarga. I pun….takpernah tau siapa Tengku Nadirah tu. I tak pernah jumpa.” Jawab Badli, jujur.

Memang dia tak pernah berjumpa dengan Tengku Nadirah. Apa yang dia tahu, Tengku Nadirah itu saudara jauh. Bersaudara di sebelah bapa. Kini, sedang menyambung pengajian di Malaysia setelah pengajian di Jordan tertangguh akibat perang saudara.

Pernah belajar di Jordan. Sudah pasti penampilan Tengku Nadirah lengkap bertudung litup menutup aurat. Hendak dibandingkan dengan dirinya, memang jauh panggang dari api. Macam mana nak kahwin? Tak sanggup rasanya hendak mendengar ceramah agama setiap hari.

Dalam masa yang sama, Badli yakin. Tak mungkin Tengku Nadirah itu juga mahu bersuamikan lelaki seperti dia.  

“Bullshit kalau you kata tak pernah jumpa. You kan pantang nampak perempuan cantik?” Farizah menyoal balas.

“Serius I tak pernah jumpa. And I’m sure she’s not as beautiful as you…” Dalam memujuk, Badli selitkan sedikit pujian.

Farizah menggelengkan kepala.

“Izzy, tolonglah. Jujur I cakap dengan you, ini bukan kehendak I. Tak mungkin I nak kahwin dengan orang yang I tak kenal…tak sayang.”

“Sudahlah Bad. I tak terkilan pun kalau you dah tunang and then, kahwin. Kalau kita tak ada jodoh, nak buat macam mana.”

“No, please don’t say that. I sayangkan you.” Badli terus memujuk.

Farizah tersenyum menyindir.

“Okay..okay. I mengaku, you bukan orang pertama yang dengar I cakap macam tu. Mungkin you orang yang ke lima ratus tujuh puluh tiga…tapi…” Badli menarik nafas. “I really mean it, Izzy. I sanggup buat apa saja untuk you.”

“Kalau I nak you putuskan pertunangan you, sanggup?” Farizah sengaja menduga.

Badli tergamam. Last edited by Nicki_Meow on 21-12-2013 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 03:22 PM | Show all posts

berani badli nak putus tunang pilihan keluarga...

tak pasal2 hilang segala harta pusaka 7 keturunan tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:48 PM | Show all posts
“I thought so. Sudahlah Bad. You dah nak kahwin. Kita pun, bukannya betul-betul bercinta.” Kata Farizah setelah Badli terdiam lama.

“Izzy, I dah beritahu banyak kali. I bukan nak sangat bertunang dengan perempuan tu.”

“Bad. You ingat, ini novel Melayu ke? You tahu tak, selalunya…dalam novel Melayu…hero dengan heroin kena kahwin paksa sebab family suruh. Lepas tu, menyelitlah watak perempuan jahat yang nak rosakkan hubungan. Kalau you ingat, I akan jadi watak perempuan jahat yang nak rosakkan hubungan hero dengan heroin tu, you silap besarlah. I don’t give a damn about you.” Suara Farizah meninggi.

“You ni, banyak sangat baca novel...” Tegur Badli, hampir ketawa.

Farizah tidak berkata apa-apa.

“Bad…you dah tunang. Tolonglah. You dengan I memang tak…”

“Don’t say it.”

“Tak akan ada jodoh.”

Badli menarik nafas panjang.

“You betul-betul nak I putuskan tunang?” Soal Badli.

“You sanggup ke kena buang keluarga? You sanggup ke hilang harta pusaka tujuh keturunan you tu?” Sindir Farizah.

“Izzy. I love you. Dan atas permintaan you, I akan putuskan pertunangan I." Jawab Badli dengan penuh keyakinan.

"Now, I nak tanya you. Kalau I dibuang keluarga dan kalau I tak dapat harta pusaka tujuh keturunan tu, you sanggup ke kahwin dengan I?” Tanya Badli.

Farizah terdiam kali ini.

“Are you serious?” Soal Farizah perlahan.

“I am.”

Farizah hampir saja mempercayai kata-kata Badli apabila kenangan silam tiba-tiba saja menerjah mindanya. Nama Shah muncul dan otaknya terus memberi peringatan.

“Sudah, I tak percaya. Infact, I tak pernah percaya lagi pada lelaki. So…tak payah nak buat janji dengan I, Bad sebab I takkan percaya.” Balas Farizah. Dia hendak pergi tetapi lengannya dipegang lagi.

“Lepas.”

“Nope.”

“Bad, I tengah kerja ni.” Suara Farizah meninggi semula.

“Stay. Kalau tak, I buat kecoh dalam ni.” Ugut Badli.

Farizah ingin melawan tetapi pandangan tajam Alvin dari pintu pantry mematikan niatnya.

“Bad..please. Next time, kita bincang pasal ni.” Mahu tak mahu, Farizah terpaksa berlembut. Alvin telah memberi amaran secara telepati.

“Nope. Let’s discuss now.”

“Bad..tolonglah. Bila kita touch down nanti, kita bincang lagi.”

“Janji?” Badli meminta kepastian.

“I janji.” Farizah berkata separuh rela.

“I tak percaya.”

“Bad! You nak I buat apa?”

“Sampai London nanti, I nak you keluar dengan I.”

Farizah mendiamkan diri.

“So..?”

“Okay.” Jawab Farizah sambil menjeling Alvin.

“Good girl.” Lengan Farizah dilepaskan.

Badli tersenyum melihat Farizah berlalu pergi. Dia yakin, tak lama lagi, Aaron akan memanggilnya Sir setiap hari. Last edited by Nicki_Meow on 21-12-2013 07:35 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:49 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-12-2013 03:22 PM
berani badli nak putus tunang pilihan keluarga...

tak pasal2 hilang segala harta pusaka 7 ketur ...

Pinjam ayat Usu, reta pusaka tujuh keturunan....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 04:25 PM | Show all posts


Tengku Badli sebelah kanan. Abaikan sebelah kiri tu...




Last edited by Nicki_Meow on 20-12-2013 04:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 04:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-12-2013 04:25 PM
Tengku Badli sebelah kanan. Abaikan sebelah kiri tu...


ooo...ini ker ropanya badli...mmmmm.....

sgtlah tak hensem...

ensem lagi rahul...eh..eh..rahul plak..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 04:32 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-12-2013 04:31 PM
ooo...ini ker ropanya badli...mmmmm.....

sgtlah tak hensem...

Hensem atau tidak, bukan masalah besar.

Yang paling penting, kesesuaian membawa watak itew...
(dan jangan lupa, reta pusaka 7 keturunan)



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:33 PM | Show all posts

farizah...jgn ler pegi jumpa badli tu...

nanti dia ajak hang membunuh syaiton secara harommm......



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:37 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-12-2013 04:31 PM
ooo...ini ker ropanya badli...mmmmm.....

sgtlah tak hensem...


betul jugak tu...bab ropa tu takpelah ejaz ler memana yg patut..
yg penting..platinum kad tu ha...yer dak..

tambahan plak zaman skrg sgt susah nak cari pakej combo hensem-muda-kaya..
yg melekat cuma salah satu atau salah 2 dari di atas.






Last edited by UsuFie on 20-12-2013 04:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.159761 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list