CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 4-1-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
babycha posted on 4-1-2014 04:43 PM
Dpt call dr TA...flight Cha dicepatkan ke 14/1.
Moga segalanye dipermudahkan. Sib baik dh
start pa ...

Cha, ko pergi naik airline apa yg 14 feb tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 07:26 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 4-1-2014 04:46 PM
Cha, ko pergi naik airline apa yg 14 feb tu?

Cha g 14/1 naik MAS
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 08:23 PM | Show all posts
Salam,

Saya sekeluarga ambil pakej umrah dengan Andalusia. Sepatutnya chartered flight kami ke Madinah jam 8.55 malam ni tapi delay ke 3.00 petang esok. Dugaan kami sekeluarga. Dan kami difahamkan jadual akan stick mcm asal iaitu pulang ke KUL pada 15/1. Dah kurang sehari perjalanan umrah kami. Harap2 kami dapat jalankan Ibadah umrah dengan lancar..

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 08:31 PM | Show all posts
babycha posted on 4-1-2014 07:26 PM
Cha g 14/1 naik MAS

Berapa harga pakej ko byr?? Ko amik agent mana?? nampaknya kita sekapal. Aku gi dgn KAA 14/2 dgn MAS gak.. Harga pakej RM7000 yg bertiga sebilik. Kat Mekah dok Meridien kat Madinah aku lupa pula dok hotel mana. Kena belek balik brochure depa. Pakej ko pergi berapa ari?? aku punya 13 hari 11 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 09:26 PM | Show all posts
babycha posted on 4-1-2014 04:43 PM
Dpt call dr TA...flight Cha dicepatkan ke 14/1.
Moga segalanye dipermudahkan. Sib baik dh
start pa ...

eh sama la kita....saya punya dipercepatkan 1 ari ke 14/1 tapi ngan saudi air....asalnya ngan MAS....flight pkl 3 ptg

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi ...

Setelah dpt kunci bilik dan membersihkan diri saya dan anak lelaki bergegas ke masjid nabawi utk solat jama' takhir maghrib dan isya' serta ziarah Rasulullah SAW. Cuaca sejuk 15°C kami redah sbb tak sabar nak ucap salam dan selawat kpd Nabi SAW.

Pada masa itu semua pintu telah ditutup kecuali babussalam dan bab al-baqi'. Pintu nisa' pun masih dibuka. Maknanya kami terpaksa berjalan sejauh 500m utk sampai ke bab al-baqi'.

Alhamdulillah, kami dibenarkan masuk melalui pintu baqi' sbb jemaah tidak ramai ketika itu. Ini bermakna kami ziarah Rasulullah SAW terlebih dahulu baru solat tahiyyatul masjid dan solat jama' maghrib dan isya' di raudhah.

Oleh kerana jemaah tidak ramai, kami bebas untuk berlama-lama di raudah dan solat di tiang aisyah, di tiang taubat, di mehrab nabi SAW, berdoa  dsb. Setelah hampir 2 jam kami berada di raudah, kami ziarahi Nabi SAW, dan dua orang sahabat baginda sekali lagi sebelum pulang ke hotel. Hati terasa puas sbb dapat mengucapkan salam dan berselawat kepada Rasulullah SAW dalam keadaan yang tenang dan sangat hampir dgn baginda. Air mata mengalir membasahi pipi mengingati betapa indahnya moment tersebut.

Alhamdulillah, syukur kpd Allah atas segala limpah nikmatNya yang tidak terhingga.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2014 11:18 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 4-1-2014 08:31 PM
Berapa harga pakej ko byr?? Ko amik agent mana?? nampaknya kita sekapal. Aku gi dgn KAA 14/2 dgn M ...

Cha pg 14/1..x sama kapal kite
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:20 PM | Show all posts
an2toncit posted on 4-1-2014 09:26 PM
eh sama la kita....saya punya dipercepatkan 1 ari ke 14/1 tapi ngan saudi air....asalnya ngan MAS. ...

Insyaallah berjumpa di epot kite nnt. MAS pun kul 3pm gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 11:23 PM | Show all posts
tAnyA311 posted on 4-1-2014 08:23 PM
Salam,

Saya sekeluarga ambil pakej umrah dengan Andalusia. Sepatutnya chartered flight kami ke Ma ...

Salam,
I macam u juga masa gi umrah dgn andalusia dulu. Flight dari 3pm, delay kepada esuk hari sebab plane saudi rosak di Jakarta.  Mula-mula mereka beri kupon untuk makan malam, lepas makan malam, tunggu lagi, pastu definate delay keesuk hari so mereka beri hotel utk malam tsb. I dapat hotel pan pac (sekarang hotel sama-sama), dapat makan malam lagi.Pagi breakfast dan lunch. Taulah, makan di pan pac mmg 'heaven' , banyak sangat makanan. Alhamdulillah rezeki. I tunggu sehingga jam 3pm keesukan hari baru naik flight ke madinah.So mmg kurang 1 harilah dimadinah, cuma dapat 2 hari.
Sepanajng di mekah, adalah I dan hubby mcm tak puas hati sebab 2 hari aje di madinah, pastu dok compare dgn TA lain - TA yang ada pergi shopping di Jeddah. Kata dlm hati - 'bestnya' kalau dapat gi Jeddah shopping.

Tau tak apa yang terjadi lepas tu! Masa nak balik - kami berdua tidak ada tiket balik. Dalam ramai-ramai jemaah tu - kami aje yang tidak ada tiket. kata mutawif-flight overbook. Tapi bila check tiket kami - rupanya salah tarikh, tarikh balik kami 2 hari lebih awal. Minta Andalusia cari juga tiket balik but semua penuh. The earliest flight ialah 3 hari lagi, so Andalusia tanggung semua hotel, duit makan selama 3 hari tu. Kami stay 1 night di Jeddah, so dapatlah gi shopping kompleks dia and shopping sikit sikit. Esuk pagi naik flight gi Madinah and stay 2 malam lagi.

Pengajaran bagi kami:
Peristiwa yang terjadi tu iaitu takda tiket and kena stay 3 hari lagi - Allah telah menggantikan 2 hari yang tak cukuip di Madinah, pastu penuhi impian I untuk shopping di Jeddah.
Moral of the story: Kena redha dan adalah kebaikan disetiap kejadian.

Sorrylah panjang pulak cerita ni. I harap you tabah dan redha tentang flight delay ni. Semoga you selamat pergi dan menunaikan ibadah umrah.



Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2014 09:34 PM | Show all posts
Salam. Kami sekeuarga pun patutnya fly 1hb hari tu dengan Tiram.
Tapi delay atas sebab katanyer pesawat tak dapat landing right.
Setakat ni dia janji 8hb.
Tensen jugak laaa...

Mohon doanya urusan perjalanan kami dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2014 09:39 PM | Show all posts
sufi^_^ posted on 5-1-2014 09:34 PM
Salam. Kami sekeuarga pun patutnya fly 1hb hari tu dengan Tiram.
Tapi delay atas sebab katanyer pes ...

Salam,
Yg 1 hb pun still tak dapat pergi?
Kami dah 'pull out', tak tahan dengan management mereka. Pastu minta refund. Shah alam kata JB yang buat. Call JB, JB kata tak terima bayaran dr kami. Tension betul!
Pastu fax JB resit dan tunjukkan yng check yang kami beri tu dah pun dicashed oleh shah alam. Teruk betul mereka ni - HQ dan cawangan pun tak 'bercakap'. Sekarang ni still tunggu refund dr mereka.
Last week, call shah alam - ada ke ustaz tu kata yg dia tak tahu kami dah menarik diri and dia kata flight 28/12 delay ke 1/1. So 1/1 ni pun takdalah ye.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2014 09:52 PM | Show all posts
Memang tak best bila delay.

Ni klu jadi 8hb maknanya delay seminggu.



Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 01:24 AM | Show all posts
rules baru ni mcm2 plak dia kenakan utk wanita bawah 45 tahun yg x pegi ngan suami...........my sis 2 kali kene gi wisma putra....surat beranak kena sahkan dah pegi minggu lepas, esok surat nikah plak.....nasib adik ada makcik belah suami dia situ kalo tidak leceh nak tunggu kat kaunter
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 07:21 AM | Show all posts
an2toncit posted on 6-1-2014 01:24 AM
rules baru ni mcm2 plak dia kenakan utk wanita bawah 45 tahun yg x pegi ngan suami...........my sis  ...

Bawah 45 tahun kena ada mahram temankan.
Surat beranak atau surat nikah tu semua document nak sahkan mahram.

Memang agak leceh, sebab tu makumat ni kena sebarkan kot.
Kelam kabut & stress bagi yg nak pegi dalam masa terdekat.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 07:25 AM | Show all posts
Kat hotel madinah & makkah cemana kemudahan basuh baju & iron baju ye?


Maaf, tanya soalan mundane gini First time nak pegi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 08:19 AM | Show all posts
uda posted on 4-1-2014 11:23 PM
Salam,
I macam u juga masa gi umrah dgn andalusia dulu. Flight dari 3pm, delay kepada esuk hari s ...

Saudi Airline mmg selalu delay. Ramai yg terkena. My friend terkena 20 jam kat sana nak blk Msia. Kesian makcik2 yg dah tua2. Andalusia ni kdg2 lepas tangan few things. Yg last sy pergi umrah 2011, ada 5 org makcik kena tinggal bas. Depa tak chk total Jemaah dlm bas & terus blah mcm tu saja. Nasib baik kami ada kat sana & kami bawa depa ikut kami. Mkn pun begitu. Ada beberapa Jemaah Andalusia tumpang mkn makanan kami. Kita org tak kisah sebab kesian gak tg makcik2/pakcik2 yg beratur lama tak dpt mkn. Since kami punya portion besar, kami panggil depa amik kami punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 08:20 AM | Show all posts
babycha posted on 4-1-2014 11:18 PM
Cha pg 14/1..x sama kapal kite

Lah! sorry. Ingatkan ko pergi bulan depan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 08:31 AM | Show all posts
tgk kat fb kawan, airport madinah close sebab ada plane thai terhempas, betul ke? sape boleh confirm?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 08:35 AM | Show all posts
sufi^_^ posted on 6-1-2014 07:25 AM
Kat hotel madinah & makkah cemana kemudahan basuh baju & iron baju ye?

laundry ade kat hotel... hantar ke lobby bawah atau ke orang yg jaga cafeteria atau ke cleaner yg dtg cuci bilik...sana takde sistem yg teratur..kalau baju lambat dipulangkan...kau kena ingat kepada sapa kau antar ...sbb dia main style sapa yg basuh, orang tu dpt duit, orang tu yg akan dipualngkan baju tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 08:36 AM | Show all posts
ok dah jumpa news pasal airport madinah tu

http://www.arabnews.com/saudia-p ... ncy-landing-madinah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.238961 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list